4 Feb 2011

[Video] 100,000 Ekor Ikan Jerung Serbu Florida.

Miami - Kira-kira lebih 100,000 ekor ikan jerung berenang 91.44 meter dari pantai negeri Florida di Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar kelmarin.

LEBIH 100,000 ekor ikan jerung Spinner berenang dekat pantai di negeri Florida baru-baru ini.

Gambar 100,000 ekor ikan jerung itu berenang berjaya dirakamkan oleh seorang juruterbang, Steve Irwin menerusi telefon bimbit berkamera.

Ikan jerung itu dipercayai spesies Spinner sepanjang 0.91 meter hingga 2.13 meter berenang ke utara di antara Fort Lauderdale dan Pulau Jupiter.

Irwin yang mengendalikan perkhidmatan helikopter di Fort Pierce berasa bingung kerana melihat sejumlah besar ikan jerung berkumpul di kawasan perairan cetek itu.

"Ia merupakan penglihatan yang amat menakjubkan. Terdapat puluhan ribu ikan itu kemungkinan 100,000," kata Irwin.

Ikan jerung tersebut dikatakan sedang berpindah ke kawasan Utara Carolina.








1 ulasan:

  1. wow! terliur. kalo kat malaysia, mesti masuk projek jerung umno.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.