4 Feb 2011

Mubarak Pergi Atau Kita Yang Syahid

Kaherah - Pada hari ini, para pemerhati menjangkakan protes menuntut Presiden Mesir Husni Mubarak untuk letak jawatan akan terus berlangsung sengit. Dengan lantang para penunjuk perasaan menyiapkan slogan bersama, "kita tetap bertahan. Mubarak pergi atau kita yang syahid."

Jelas sekali bila tidak ada niat dari para penunjuk perasaan untuk mundur dari tindakan mereka yang sudah berlangsung lebih dari seminggu itu, onekezone dipetik.

Berdasarkan beberapa laporan menyentuh pegolakan di Mesir, para penunjuk perasaan sepertinya tidak ingin mengundurkan diri dari tindakan demonstrasi sebelum Presiden Mubarak turun.

Seorang mahasiswa jurusan Bahasa Arab Al Azhar, motto "kita tetap bertahan. Mubarak pergi atau kita yang syahid," ini didengungkan oleh para penunjuk perasaan menjelang ultimatum yang diberikan kepada Mubarak, untuk letak jawatan hari Jumaat.

Erdian juga mengaku masih mendengar suara tembakan yang entah berasal dari kelompok pendukung Mubarak atau anti-Mubarak.

Hingga kini keadaan di Mesir memang terus bergolak. Massa anti-pemerintah terus bertahan di Tahrir Square, mereka dipisahkan oleh pihak tentera yang menjaga dari serangan massa pro-pemerintah. Tercatat enam orang massa anti-pemerintah dilaporkan terkorban dalam aksi penembakan yang terjadi pagi hari ini.

Sebelumnya tiga orang lainnya dikabarkan terkorban dalam aksi penembakan yang terjadi pada hari Rabu 2 Februari malam waktu tempatan.


Ucapan Mubarak dicemuh rakyat

Pengumuman Presiden Mesir ‘disambut’ dengan batu, kasut penunjuk perasaan

KAHERAH: “Berani dia membuat kenyataan seolah-olah kami ini budak-budak,” kata seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir di Kaherah selepas mendengar ucapan presiden Hosni Mubarak yang disiarkan secara langsung oleh televisyen awal pagi semalam.

“Jika dia mahu kekal sehingga September kami juga akan kekal membuat tunjuk perasaan sehingga itu,” kata penunjuk perasaan itu.

Hampir sejuta penunjuk perasaan yang membanjiri dataran di pusat bandar Kaherah itu mengikuti secara langsung ucapan Mubarak melalui laporan rangkaian televisyen al-Jazeera yang ditayangkan di skrin besar.

Ketika presiden yang dituntut rakyat berundur segera itu mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding melanjutkan tempoh jawatan pada pemilihan presiden September ini, penunjuk perasaan menjerit kemarahan.

Skrin besar yang memaparkan wajah Mubarak itu dibaling dengan batu, diiringi laungan berkali-kali “Irhal, irhal” (berambus, berambus).

Pada satu ketika penunjuk perasaan menunjukkan kasut ke arah skrin berkenaan- satu penghinaan dalam budaya Arab.

Rata-rata penunjuk perasaan tidak puas hati dengan pengumuman Mubarak itu. Malah mereka bukan saja menuntut Mubarak berundur segera tetapi keseluruhan rejim parti Demokratik Kebangsaan pimpinannya.

“Mungkin pengumuman itu memadai untuk menyejukkan hati kami beberapa hari lalu, tetapi sekarang ia sudah terlambat,” kata Amr Gharbeia, seorang aktivis yang memasang khemah di dataran itu.

“Ia hanya membuat kami marah,” kata seorang lagi penunjuk perasaan, Ibraheem Kabeel, seorang doktor berusia 26 tahun.

Seorang tokoh aktivis terkenal, Gamila Ismail, menolak tawaran presiden itu.
“Dia langsung tidak faham. macam mana boleh diadakan pilihan raya umum yang bebas dan adil jika sistem politik yang dicemari undang-undang darurat masih kekal,” katanya.

“Bagaimana boleh ada keadilan politik jika kerajaan menguasai semua institusi politik,” katanya. – Agensi


2 ulasan:

  1. Jika aku di Mesir, aku akan bersama2 berjuang, bersama membentuk daulah Islam atau gugur syahid menumbangkan kezaliman demi membantu saudara2 seIslam ku di Mesir dan Palestin... Takutkah kita utk mati? Mati hanyalah sekali & biarkan mati yg sekali itu mati yg menjanjikan syurga Allah.. Ya Allah, teguhkan ikatan ukhuwah saudara2ku di sana, kuatkan iman mereka utk meruntuhkan munafiquun.. Ya Allah, saudara2ku di Mesir & Gaza tertindas oleh Mubarak, hancurkanlah rejim ini..ameeen..

    BalasPadam
  2. aku setuju sangat ngan hang..dr jadi 'ulamak munafik' cakap tak serupa bikin..takut terkencing2, baik balik Mesia dok bawah ketiak mak depa..cakap p belajaq ke Mesir tp hampeh..penakut..bukan p ambik ilmu nabi Musa tp p ambik ilmu firaun..TAKUT MATI..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.