Majlis bandaran meluluskan pembinaan sebuah masjid dua tingkat di daerah Temecula di California walaupun mendapat bantahan daripada penduduk setempat.
Gambar: SYUKURI KEPUTUSAN MAJLIS BANDARAN: Imam Harmoush (kanan) berpelukan dengan seorang penyokong selepas majlis bandaran meluluskan pembinaan masjid Pusat Islam Temecula Valley.
Sebelum ini, penduduk mengadakan tunjuk perasaan dengan membawa anjing masing-masing dan mengumpulkan beratus-ratus tandatangan bagi membantah pembinaan masjid seluas 7,620 meter persegi itu.
Pusat Islam Temecula Valley itu antara masjid di serata Amerika Syarikat yang menjadi tumpuan akhir-akhir ini.
Ia ekoran kontroversi pembinaan pusat Islam menelan belanja AS$100 juta ($127 juta) dua blok dari tapak serangan pengganas di New York pada 11 September 2001.
Sebuah lagi masjid yang dirancang dibina di daerah Nashville, Tennessee, turut mencetuskan bantahan.
Menurut Imam Mahmoud Harmoush, tapak pembinaan pusat Islam di Temecula dimiliki sekitar 150 keluarga Islam setempat sejak beberapa tahun lalu dan tidak pernah mendapat bantahan sebelum ini.
Namun, ia mendapat tumpuan apabila rancangan membinanya bertembung dengan perdebatan membina pusat Islam di New York.
Beberapa penduduk khuatir masjid di California itu akan dijadikan pusat bagi Islam radikal dan menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah teruk.
Imam Harmoush berkata pihak masjid telah membelanjakan lebih AS$17,000 tahun lalu, antara lain bagi menjalankan kajian ke atas tapak masjid seluas 1.74 hektar untuk menangani keprihatinan penduduk setempat.
Ia telah juga menganjurkan rumah terbuka, majlis iftar dan forum masyarakat bagi mendekati penduduk bukan Islam, namun usaha itu tidak berhasil melenyapkan bantahan.
Majlis bandaran kemudian mengubah permit pembinaan bagi menyertakan kewajipan menjalankan semakan keadaan lalu lintas setiap lima tahun.
Ia juga melarang penggunaan speaker luar bagi melaungkan azan.
Menyambut baik tindakan majlis bandaran meluluskan pembinaan masjid itu, pengerusi lembaga masjid tersebut, Encik Hadi Nael, berkata:
'Ini sebuah negara hebat. Setiap orang mempunyai kebebasan bersuara dan mengamalkan agama.' - AP.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.