19 Nov 2010

Penghargaan Untuk Ustadz Hassan Shukri - Terlewat, Tetap Bermakna.

Majlis Syura hargai pengorbanan Ustaz Hassan

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis Syura Ulama PAS menghargai pengorbanan dan jasa Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang menggangotai majlis itu selama 20 tahun.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh jawatankuasa menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib di rumahnya di Taman Melewar, pagi ini.

Menurut Dr Haron, Jawatankuasa Majlis Syura pada mesyuaratnya telah memutuskan untuk memberi penghargaan kepada Almarhum Ustaz Hassan dalam bentuk sesuatu yang dapat dilihat untuk dijadikan kenangan kepada anak-anak dan cucu beliau.

“Kami datang untuk berziarah dan menyampaikan penghargaan secara rasmi Majlis Syura sebagai menghargai bakti Almarhum Ustaz Hassan yang menjadi Ahli Majlis Syura sejak sesi 1990 hingga 2010,” ujar beliau yang turut disertai isterinya, Datin Khadijah Mohd Salleh.

Beliau juga menyatakan kesyukuran kerana Almarhum Ustaz Hassan telah dipanggil oleh Allah dalam keadaan yang cukup baik (husnul khatimah) yang telah menyumbang bakti kepada perjuangan Islam.

Menurutnya, Almarhum telah memberikan pandangan yang bernas berhubung dengan tahaluf siasi dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“Almarhum telah memberikan fikiran yang berguna dan sentiasa konsisten hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama,” ujarnya.

Beliau yang menyimpan banyak kenangan pahit manis bersama Ustaz Hassan menyifatkan Almarhum sebagai pakar perlembagaan PAS.

Katanya, jika tiada buku peraturan PAS dibawa pada sesuatu mesyuarat, maka Almarhum Ustaz Hassan dijadikan sebagai rujuk mengenai perlembagaan PAS.

Selain pakar perlembagaan, ujarnya Almarhum Ustaz Hassan juga amat mengambil berat tentang organisasi PAS di semua peringkat.

Sementara itu, Ustazah Hamidah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang telah menyampaikan penghargaan tersebut.

Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia pada 14 Jun bersamaan 1 Rejab lepas di Hospital Selayang. -harakahdaily

Ulasan GB

Syukur alhamdulillah. Akhirnya PAS membuka mata untuk menghargai tokoh yang tak dapat dicari ganti seperti Allahyarham Ust Hassan Shukri.

GB telah menulis banyak kali tentang perlunya PAS menghargai sumbangan pemimpin-pemimpin PAS yang telah banyak mengorbankan tenaga, masa malah diri mereka sendiri untuk perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Memang mereka semua itu tidak mengharapkan balasan - kerana keikhlasan perjuangan di tangan Allah yang membalasnya - namun menjadi kewajipan kepada mereka yang memegang jawatan tinggi-tinggi di dalam PAS untuk menghormati dan menghargai sumbangan mereka berkenaan.

GB perlu mengulas isu tersebut di SINI. Petikan:

Pemergian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri sebaik sahaja Muktamar PAS Ke 56 melabuhkan tirainya.

GB sebelum ini telah menulis betapa perlunya PAS menghargai tokoh-tokoh PAS sebagai agenda di dalam muktamar atau ap-apa program yang perlu dianjurkan oleh parti seperti Anugerah Maal Hijrah dan seumpamanya. Petikan:

Banyak perkara boleh dibuat oleh PAS, tapi tak buat. PAS boleh anjurkan program Maal Hijrah sendiri untuk iktiraf pejuang2 PAS yang dah berkorban utk parti seperti Hassan Shukri, Subky Latif, bekas2 PJ Negeri-negeri, tapi pemimpin PAS tak buat, lebih seronok bertenggek atas pentas VIP majlis Maal Hijrah pihak lawan.


Sehinggalah semalam, PAS masih tak lakukan kerja-kerja menghargai mereka yang telah bertungkus-lumus untuk parti. Jangan kata blogger, yang dihadiahkan herdikan "Luncai", sehinggakan seorang bekas Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang semua ahli lama PAS mengenalinya sebagai artitek yang telah mendraf Perlembagaan PAS, Allahyarham Ustadz Hassan Shukri, dilupakan.


Inilah PAS yang ada kini.

Apa-apa pun kepada keluarga Allahyarham, kita ucapkan TAKZIAH. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semuga dihimpunkan Allahyarham di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan ditempatkan di syurga jannatun-naim.




Pemilihan PKR Ternyata Pincang Dan Tidak Bermoral

PKR sedia batal keputusan cabang dipertikai, kata Dr Molly Cheah

PETALING JAYA, 19 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia membatalkan keputusan pemilihan membabitkan cabang-cabang yang dipertikaikan, tetapi menolak gesaan calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub agar proses pengundian yang berbaki dua hari lagi dibatalkan.

“Saya seorang sahaja tidak boleh membuat keputusan penangguhan tetapi kalau ada bukti yang betul, kita hanya boleh membatalkan keputusan kemenangan (cabang-cabang terbabit).

“Saya seorang sahaja yang mendengar aduan mereka, keputusan tidak boleh dibuat melainkan selepas kita melihat secara terperinci,” kata Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah kepada The Malaysian Insider selepas mengadakan pertemuan sejam dengan dua wakil Mustaffa pagi ini.

Ketika ditanya jumlah cabang yang mungkin terlibat, Dr Cheah berkata, beliau sendiri tidak dapat memberi maklumat terperinci.

“Ini kerana saya baru dengar sebelah pihak,” kata beliau lagi.

Kata Dr Cheah juga berkata, JPP juga akan memanggil pengawas-pengawas yang menyelia pemilihan di cabang-cabang yang dipeertikaikan untuk memberi keterangan.

Beliau menambah, laporan hasil pertemuan hari ini akan dibawa ke mesyuarat JPP.

“Saya sendiri akan menghubungi Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk memaklumkan butiran-butiran khususnya tentang cabang Teluk Intan,” katanya.

Bukti berkaitan dengan cabang Teluk Intan turut dibawa oleh wakil Mustaffa hari ini.

Dua wakil itu ialah Ketua Penerangan PKR Perak Dzulkifly Ibrahim dan Yusoff Kamaruddin yang juga pengurus kempen bagi Mustaffa.

Pertemuan itu ekoran Mustaffa sendiri, yang sebelum ini dua kali mendesak penangguhan dan pembatalan proses pemilihan pusat yang didakwanya wujud penyelewengan.

Dr Cheah berkata, pihaknya turut bersedia membuat pengiraan semula undi di beberapa cabang yang dipilih secara rawak sekiranya Dzulkifly dan Yusoff mampu menunjukkan bukti penyelewengan dalam proses pengiraan undi.

Dzulkifly, dalam satu kenyataan media selepas menemui Dr Cheah mendedahkan beberapa bukti terbaru berhubung penyelewengan proses pengiraan undi di cabang Teluk Intan, Sabtu lalu.

“Kiraan petugas untuk calon ke-84 MPP (Majlis Pimpinan Pusat) Nik Mahmood Nik Hassan hanya mendapat satu undi tetapi apabila kita membuat semula kiraan, beliau mendapat 21 undi.

“Begitu juga dengan Noraini @ Ahmad Faidah Saidi, calon MPP ke-85 mendapat dua undi sahaja, tetapi selepas kita buka balik peti dan buat kiraan semula, beliau mendapat 53 undi.

“Calon MPP ke-86 Nordin Mahmood yang begitu popular di Perak pun hanya dapar satu undi, takkan dia dapat satu undi kerana isterinya, emak, anak-anak dan menantunya mengundi dia (Nordin).

“Kalau inilah bukti yang ada di Perak, tidak mustahil ditempat lain pun ada,” tegas Dzulkifly yang juga Ketua PKR Tambun.

Dzulkifly berkata Dr Cheah wajar menangani beberapa aduan lain berhubung kecacatan proses pemilihan di Perak, Kelantan, Selangor dan Sabah.

Di Perak, Setiausaha PKR Pasir Salak Hishamuddin Ali dan Maknor Yahya selaku anggota di cabang itu pada 5 September lalu membantah proses pencalonan Osman Abdul Rahman sebagai ketua cabang kerana status kedua-dua wakil calon Osman dianggap bukan anggota ekoran tidak membayar yuran keahlian.

Pemilihan jawatan cabang itu dimenangi Osman.

Kemenangan Zamsuri Zakaria sebagai timbalan ketua cabang Pasir Salak pada 25 September lalu turut dipersoal kerana beliau telah menghantar surat penarikan diri bertarikh 19 September kepada setiausaha cabang Hishamuddin Ali.

Peranan Fatmawati Salim menjadi ejen pengiraan undi di cabang Gopeng turut diadu kepada JPP kerana beliau adalah calon Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Pencalonan Azman Marjohan sebagai ketua cabang Tanjong Malim turut dipersoal kerana peribadi terbabit bukan lagi anggota parti di cabang terbabit.

Di Kelantan, Intan Rohani Tan selaku salah seorang wakil calon Mustaffa meminta keputusan pengundian cabang Kota Baru dibatalkan ekoran wujudnya unsur pengundi hantu.

The Malaysian Insider difahamkan, jumlah kehadiran ketika pengundian cuma 204 anggota tetapi kertas undi yang didapati dalam peti undi adalah sebanyak 213.

Di Selangor, Dzulkifly mengadu semula insiden kekecohan pemilihan cabang Kota Raja pada 26 September lalu.

The Malaysian Insider difahamkan, insiden tersebut merujuk pada proses pengiraan undi yang kecoh ekoran tindakan kumpulan tertentu rampas kertas undi dan peti undi.

Sebanyak 18 peti undi tersebut dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.

Kekecohan itu melibatkan ketua cabang tersebut Dr A. Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor dan saingannya S. Kottappan dan M. Telaiamblam.

Di Sabah, Anthony Dass Joseph Vandort membangkitkan insiden pengiraan undi di luar pusat pengundian cabang Tenom iaitu di Hotel Cititel Express, Kota Kinabalu yang meragukan.

Lanjutan dari itu, Dzulkifly menuntut beberapa tuntutan segera daripada JPP.

JPP dituntut supaya memanggil kesemua pengadu untuk memberi penjelasan, siasatan segera dibuat lalu diputuskan keputusan siasatan sebelum berlangsungnya Kongres PKR Nasional hujung bulan ini.

Malah, JPP turut digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas yang bebas untuk menyiasat kesemua aduan lanjutan yang diberikan oleh pasukan Mustaffa hari ini.

Kata Dzulkifly lagi, jika aduan berhubung anasir penyelewengan di cabang Pasir Salak dibuktikan benar, JPP wajar mengumumkan semula status Mustaffa yang kalah pada persaingan peringkat cabang sebelum ini bagi merebut jawatan ketua cabang.

Dzulkifly turut menuntut supaya dilakukan pengiraan semula kertas undi bagi semua jawatan tertinggi parti iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua wanita, ketua Angkatan Muda Keadilan dan MPP.

Minggu lepas, Mustaffa ketika menyerahkan memorandum kata dua 48 jam kepada Dr Cheah mendesak supaya proses pemilihan ditangguhkan serta-merta.

Ulasan GB

Dari kaedah JPP bekerja, terserlah kelemahan yang ketara disamping cuba untuk menyumbunyikan banyak rahsia, terutama rahsia konspirasia peringkat tertinggi parti.

Buktinya:

Saya sendiri akan menghubungi Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk memaklumkan butiran-butiran khususnya tentang cabang Teluk Intan

Apa hal pula JPP yang sepatutnya sebagai sebuah badan bebas dan berintegriti perlu menghubungi Presiden terlebih dahulu? Kemudian Presiden pula akan menghubungi Ketua Umum dan SUA(?)

Sewajarnya kesemua mereka diheretkan ke mahkamah untuk menjawab persoalan PENIPUAN yang berlaku di dalam Pemilihan. Kesemuanya perlu dibongkar dari A sampai Z. Dan jika terbukti bersalah, kesemua mereka yang terlibat perlu sangat dipenjarakan sebagai pengajaran kerana MENGKHIANATI amanah. Demi kebenaran dan keadilan, saya berdoa ke arah itu.

Hadir 30 Orang, Dapat Undi 450

PKR pandang berat aduan "politik wang dan penipuan" di Sri Aman

PETALING JAYA: Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR Radin Shamsul Kamar berkata pihaknya memandang berat aduan wujudnya "politik wang dan penipuan" ketika berlangsungnya pemilihan di cabang Sri Aman Ahad lalu.

"Siasatan masih dijalankan dan jika aduan itu benar, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan keputusan di cabang tersebut," kata beliau kepada FMT hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan membatalkan kelayakan calon yang bertanding dalam mana-mana jawatan.

"Selain daripada calon-calon yang bertanding, para pegawai dan pengawas pemilihan juga akan diambil tindakan jika terbukti mereka terlibat," ujar beliau.

FMT pada Selasa lalu, melaporkan pemilihan pusat telah dijalankan dirumah pengerusi Jimmy Donald dan 30 anggota hadir untuk mengundi.

Timbul tanda tanya

Setelah selesai pengundian dijalankan, Jimmy yang juga calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperoleh 450 undi, sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota yang hadir.

Anggota PKR di cabang itu mendakwa wujud ‘politik wang dan penipuan’ ketika pemilihan berlangsung dan mereka mempersoalkan kesahihan pemilihan pada Ahad lalu.

"Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Kami mahu ibu pejabat segera menyiasat hal ini tanpa melengah-lengahkan lagi, kerana ia akan mencemar imej parti," kata anggota parti itu.

Ini bukan pertama kali laporan dibuat berikutan terdapat lapan pengundi dikesan dari kalangan ahli DAP yang turut mengundi ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.

Dalam pemilihan itu, Jimmy Donald berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Cabang Sri Aman selepas memperolehi 84 undi dengan menewaskan pesaingnya, Ibi Uding yang mendapat 76 undi dan seorang lagi calon mendapat 10 undi.

Uding yang juga Ketua Wanita PKR negeri berkata, beliau mempertikaikan kesahihan mereka sebagai ahli PKR untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Menurutnya, lapan ahli DAP itu dipercayai mengundi untuk Jimmy dan dibawa oleh anaknya Leon Jinat Donald, yang juga ahli DAP Sri Aman. -FMT

Ulasan GB

Bila dah ada satu kes masuk mahkamah, baru kini PKR mahu mengakui wujudnya penipuan di satu cabang PKR.

Masih ada banyak lagi kes-kes penipuan yang belum terdedah.

Satu demi satu akan muncul terutama yang dapat undi beratus-ratus tapi kehadiran cuma berpuluh sahaja.

Seperkara jadi persoalan: Mana pergi ahli-ahli PKR yang diwarwarkan oleh Setiausaha Agong ada hampir setengah juta orang itu, sedangkan yang keluar mengundi cuma tak sampai 5%?



Dihukum Gantung Sampai Mati

Kes bunuh: Penjual ikan dihukum gantung sampai mati

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penjual ikan kerana membunuh seorang peniaga runcit dalam satu kejadian samun, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman, membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Roslan Hussin, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Roslan dituduh membunuh Jasmi Hamid, 50, di Jalan Mini Tar, Kampung Air Hitam pada 8.45 malam, 23 Mac 2008 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia kelihatan sugul selepas mendengar keputusan itu dan sempat bertemu beberapa ahli keluarganya sebelum dibawa keluar dari mahkamah.

Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata, walaupun tertuduh memiliki sikap kemasyarakatan yang positif namun nafsu dan nalurinya sendiri menyebabkan dia melakukan jenayah sehingga mengakibatkan kematian.

"Pelaku jenayah tidak mengenal mangsa, jauh sekali untuk membezakannya, (dalam kes ini) tertuduh sanggup membunuh mangsa semata-mata untuk menyamun wang tunai RM9,000 walaupun tertuduh amat mengenali mangsa, dan ada pertalian saudara," katanya.

Selain itu, Abdul Halim berkata,pembelaan Roslan yang dibuat dari kandang tertuduh, lebih merupakan penafian dan ia juga tidak lengkap dari segi perundangan.

"Pembelaan seperti ini penuh dengan kecurigaan, keterangan tersebut juga kosong tanpa disokong oleh bukti-bukti, dan sekaligus gagal menyanggah keterangan pendakwaan," kata beliau.

Roslan diwakili peguam Simon Murali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Arik Zakri Abdul Kadir. - BERNAMA

Jenapala Failkan Affidavit Sokongan Mohon Isytihar Pemilihan PKR Tidak Sah, Pendengaran Kes Ditetapkan Isnin

Jenapala failkan afidavit sokongan di mahkamah

Bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala hari ini memfailkan afidavit sokongan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah dan terbatal.

Saman pemula yang difailkan oleh Jenapalan semalam akan didengar oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Isnin ini oleh Hakim Datuk Aziah Ali.

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.

Jenapala dalam samannya yang difailkan peguam Firoz Hussein dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Jalan Duta di Kuala Lumpur. Beliau turut menyatakan bahawa dia masih layak untuk bertanding jawatan itu pada 29 Nov ini walaupun dikatakan telah dipecat daripada parti pada 2008.

Beliau selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam saman itu, Jenapala, 56, berkata pemilihan itu bertentangan dengan haknya sebagai anggota PKR seumur hidup, dan beliau masih boleh bertanding bagi jawatan itu.

Jenapala, yang menjadi timbalan setiausaha agung PKR sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada Disember tahu yang sama, telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada 17 Sept lalu.

Dalam samannya, beliau berkata kenyataan Saifuddin pada 20 Sept lalu bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 Sept.

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Beliau menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -mk


Permohonan halang pemilihan timbalan presiden PKR didengar Isnin

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Jenapala, agar mahkamah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah, akan didengar Isnin ini.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini, Datuk Aziah Ali.

Jenapala hari ini hadir ke mahkamah bagi memfailkan afidavit melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi menyokong saman pemula yang dibuatnya semalam di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

Beliau dalam afidavitnya itu menyatakan mahkamah sepatutnya membenarkan injunksi interlokutori untuk memastikan tiga defendan iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution, tidak meneruskan pemilihan dan perisytiharan.

Jenapala selaku plaintif berkata, ketiga-tiga defendan itu tidak prihatin kerana didakwa gagal memberi respon terhadap suratnya bertarikh 27 September lalu.

Jenapala, 56, berkata beliau telah memberi beberapa surat kepada parti itu berhubung pengesahannya sebagai ahli parti itu yang layak dan boleh bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Katanya, beliau berhak bertanding kerana masih menjadi anggota parti itu kerana beliau adalah ahli seumur hidup.
Dalam saman pemulanya yang difailkan semalam, Jenapala berkata kenyataan media oleh Saifuddin pada 20 Sept lepas bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 September.

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya. - BERNAMA


Kenyataan Media Zaid: Penarikan Diri Drp Keahlian PKR

Penarikan Diri Daripada Keahlian Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN MEDIA

Ini berikutan episod pemilihan parti di mana saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti: Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi. Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti. Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai ‘Trojan Horse’ dan ‘Sore Loser’. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya.

Saya amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepada saya selama ini. Saya mungkin telah melakukan kesilapan semasa saya berada dalam parti tetapi saya tidak sekali-kali melakukannya di atas niat jahat untuk melemahkan parti atau untuk menjatuhkan sesiapa pun. Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam. Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu.

Sewaktu saya meletakkan jawatan sebagai Menteri dahulu, saya mahu menegakkan satu prinsip penting iaitu bahawa mana-mana menteri yang tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan mestilah meletakkan jawatannya, iaitu prinsip ‘Collective Responsibility’. Pada masa itu, saya tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan untuk menggunakan ISA terhadap 3 orang awam. Kali ini pula, saya berhenti kerana adalah amat wajar untuk saya berbuat begitu apabila saya tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggap saya sebagai pengkhianat. Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.

Saya meletakkan kepercayaan saya kepada kebijaksanaan masyarakat untuk memahami bahawa kita mestilah sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dasar yang ikhlas walau dalam situasi apa sekalipun kerana itulah sahaja yang akan menentukan erti perjuangan sebenar. Ramai peminat Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada saya bahawa karier politik saya akan hancur selepas ini. Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini.

ZAID IBRAHIM

Mustaffa Hantar Wakil Serah Kepincangan Kepada JPP

Petaling Jaya, 19 Nov — Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak bertemu dengan Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah tetapi menghantar wakilnya bagi menyerahkan sejumlah kecil keterangan mengenai dakwaan kepincangan pemilihan pagi ini.

Gambar: Dzulkifly Ibrahim (kanan) bersama Yusoff Kamaruddin ketika tiba di pekarangan ibu pejabat PKR sebelum mengadakan pertemuan dengan Dr Cheah.

Perkara itu dinyatakan Mustaffa sendiri, yang sebelum ini dua kali mendesak penangguhan dan pembatalan proses pemilihan pusat yang didakwanya wujud penyelewengan.

“Saya tidak akan hadir ke sana (ibu pejabat PKR) namun wakil saya, Dzulkifly Ibrahim akan bertemu JPP pagi ini dengan beberapa butiran yang ada,” kata Mustaffa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak berkata, banyak aduan yang diterima JPP sebelum ini sepatutnya sudah boleh mendorong jawatankuasa pengendali pemilihan pusat itu menangguhkan proses pemilihan yang ketika ini hanya tinggal dua hari lagi iaitu esok dan lusa.

“Sebenarnya telah banyak (aduan) yang JPP terima, tetapi tiada siasatan dan penyelesaian yang meyakinkan.

“Tidak perlu menunggu (aduan) saya, dia kena siasat kerana banyak (aduan) terbengkalai,” kata beliau sambil menyatakan bahawa inisiatif beliau membuat beberapa desakan sebelum ini demi memulihara nama baik PKR.

Dzulkifly yang juga Ketua Penerangan PKR Perak ketika ditemui kemudian di ibu pejabat PKR memberitahu, aduan-aduan tersebut antaranya berhubung kecacatan proses pemilihan di Perak, Kelantan, Selangor dan Sabah.

Di Perak, Setiausaha PKR Pasir Salak Hishamuddin Ali dan Maknor Yahya selaku anggota di cabang itu pada 5 September lalu membantah proses pencalonan Osman Abdul Abdul Rahman sebagai ketua cabang kerana status kedua-dua wakil calon Osman dianggap bukan anggota ekoran tidak membayar yuran keadlian.

Pemilihan itu dimenangi oleh Osman.

Peranan Fatmawati Salim menjadi ejen pengiraan undi di cabang Gopeng turut diadu kepada JPP kerana beliau adalah calon Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Di Kelantan, Intan Rohani Tan selaku salah seorang wakil calon Mustaffa meminta keputusan pengundian cabang Kota Baru dibatalkan ekoran wujudnya unsur pengundi hantu.

The Malaysian Insider difahamkan, jumlah kehadiran ketika pengundian cuma 204 anggota tetapi kertas undi yang didapati dalam peti undi adalah sebanyak 213.

Di Selangor, Dzulkifly mengadu semula insiden kekecohan pemilihan cabang Kota Raja pada 26 September lalu.

The Malaysian Insider difahamkan, insiden tersebut merujuk pada proses pengiraan undi yang kecoh ekoran tindakan kumpulan tertentu rampas kertas undi dan peti undi.

Sebanyak 18 peti undi tersebut dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.

Kekecohan itu melibatkan ketua cabang tersebut Dr A. Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor dan saingannya S. Kottappan dan M. Telaiamblam.

Pengurus kempen bagi Mustaffa, Yusoff Kamaruddin turut menyertai perundingan tertutup dengan Dr Cheah hari ini. -TMI

Rakyat Malaysia Ditahan Kerana Menggodam Rangkaian Komputer US

Penggodam M'sia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit

Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.

Pasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.

- AFP/mk


Lagi Kereta Terbakar Semasa Nahas, Seorang Jurujual Rentung

Jurujual rentung kereta terbakar

Gambar: ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat pemandu kereta yang rentung di Kilometer 12.2 Jalan Lingkaran Luar Butterworth, dekat Sungai Puyu, Butterworth, awal pagi semalam.

BUTTERWORTH: Seorang jurujual rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 12.2 Jalan Lingkaran Luar Butterworth dekat Sungai Puyu, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa, Wong Tat Heng, 27, memandu kereta Chevrolet dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menikmati makan malam di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, setiba di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan menyebabkan keretanya terbabas, sebelum merempuh pembahagi jalan di susur keluar Sungai Puyu lalu terbalik dan terbakar.

Beberapa penduduk bergegas ke tempat kejadian sebaik terdengar bunyi dentuman kuat, namun tidak dapat menyelamatkan mangsa kerana api marak lalu menghubungi bomba.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan Dua, P Yellepal, bersama empat anggotanya ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.50 pagi.

Katanya, kereta mangsa masih terbakar ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan mengambil masa 15 minit bagi mengawal api.

“Pemandu kereta itu didapati rentung seluruh badan dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui kerana musnah dijilat api.


“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Traffik dan Ketenteraman Awam Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Superintendan, Mohd Suhaimi Mohd Noor, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 421(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BH

Jambatan Sungai Jelai Roboh Lagi

Kuala Lipis: Kira-kira 1,000 penduduk dari 12 kampung di pesisiran Sungai Jelai berdekatan Kampung Gemunchor meminta sebuah jambatan konkrit dibina di situ bagi menggantikan jambatan kayu yang sering roboh setiap kali musim tengkujuh.

Gambar: JAMBATAN Sungai Jelai yang menghubungkan 12 kampung terputus selepas dirempuh balak ketika arus deras.

Jambatan konkrit itu penting bagi mereka kerana ia juga dapat menyediakan kemudahan lebih baik kepada penduduk untuk meningkatkan ekonomi setempat.

Ini disebabkan ketika ini mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jambatan kayu untuk membawa keluar hasil tani seluas kira-kira 800 hektar yang dilaksanakan penduduk kampung dengan pelbagai tanaman dan Estet Mini RISDA seluas kira-kira 100 hektar tanaman kelapa sawit.

Jambatan kayu yang merentangi Sungai Jelai hampir 20 tahun itu yang juga nadi utama perhubungan penduduk itu bagaimanapun kerap runtuh setiap kali hujan lebat yang akan membawa arus deras dan menghanyutkan sisa balak yang akhirnya akan menghentam tiang jambatan kayu hingga roboh.

Penduduk 12 kampung itu antaranya Kampung Baru Gemunchor, Kampung Kemunchor, Kampung Tanjung Jelai, Kampung Batu Bor, Kampung Batu Tunggal, Kampung Batu Balak, Kampung Tulus, Kampung Mempelas, Kampung Tanjung Aur, Kampung Kuala Kenong, Kampung Jeram Bungor Seberang dan Kampung Kecau kini terputus lagi hubungan apabila jambatan itu sekali lagi roboh awal pagi Selasa lalu.

Ketua Penerangan Belia 4B Penerus Gemilang dan Mela, Mohd Safri Salleh, 30, berkata pembinaan jambatan baru itu perlu disegerakan kerana selain untuk kegunaan perhubungan, ia dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
“Estet mini RISDA akan lebih aktif dengan ramai pengusaha kampung berdekatan dan pekebun dari beberapa kampung berkenaan yang mempunyai kebun di kawasan itu dapat memasarkan hasil pertanian mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Belia Penerus Gemilang dan Mela, Amirul Haidil Ismail, 19, berkata ramai belia turut mengerjakan kebun getah di Kampung Gemunchor dan jambatan itu sebagai nadi untuk mereka bergerak ke seberang.

“Sejak jambatan ini runtuh, kami tidak dapat mengerjakan kebun kami kerana kesukaran ke seberang dan cara lain hanyalah dengan menggunakan perahu untuk menyeberang sungai kira-kira 300 meter dengan meredah arus deras yang merbahaya,” katanya.

Penghulu Mukim Cheka 1, Abdullah Mat Isa, berkata beliau bimbang penduduk di situ makin berkurangan dan terus ketinggalan serta mungkin berpindah jika jambatan lama masih belum diganti dengan konkrit.

“Jika hal ini berlarutan, mungkin kampung berkenaan menjadi kampung tinggal dan semua hasil pertanian mereka akan ditinggalkan serta mewujudkan masalah baru seperti kadar kemiskinan meningkat,” katanya. -BH

[Video] Tren Mekah Atasi Kesesakan

Kereta api Mashair atasi kesesakan

MAKKAH: Perkhidmatan kereta api Mashair berharga 6.5 bilion Riyal Saudi (RM5.4 bilion) yang beroperasi dari Arafah, Muzdalifah dan Mina di Makkah, mampu mengurangkan kesesakan di jalan raya pada musim haji ini, berbanding jika menggunakan 3,000 bas.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perusahaan dan Perindustrian Jeddah (JCCI) Abdul Gadier Al-Jabarti berkata, perkhidmatan kereta api laju itu sangat berkesan untuk menangani masalah kesesakan jalan raya yang teruk di tanah suci ketika musim haji.

Projek kereta api Mashair akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana 3,000 bas tidak lagi digunakan apabila keseluruhan projek itu siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya yang dilaporkan dalam akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, operasi kereta api itu yang kini 35 peratus dan hanya dibuka untuk kegunaan jemaah haji tahun ini dari Arab Saudi dan negara Teluk lain, apabila siap, ia mampu mengangkut 70,000 jemaah haji sejam.

Katanya, projek kereta api itu menyumbang kepada pembangunan Muzdalifah dan juga membolehkan beberapa jemaah bermalam di sana. - Bernama




Rencana Berkaitan Sebelum Ini

[Bergambar] Tren Mekah Bermula Bulan Ini

[Bergambar & Video] Monorel Mina-Arafah Diuji Hari Ini

[Bergambar] Projek Membesarkan Kota Ibadah Makkah Al-Mukkaramah Siap Menjelang 2012






Peguam Ariel Peterpan Minta Perbicaraan Tertutup

Peguam mahu perbicaraan tertutup

JAKARTA: Peguam Ariel Peterpan, semalam memohon supaya perbicaraan penyanyi itu berhubung kes video lucah tetap diadakan secara tertutup.

Arfian Bondjol berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pejabat pendakwa raya yang berkata, perbicaraan itu yang akan bermula di Bandung Isnin ini akan diadakan secara terbuka kerana ia tidak membabitkan moral.

Ketua Pendakwa Raya Bandung, Sumantono sebelum ini berkata Ariel akan dibicara secara tertutup tetapi semalam, Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya di Jakarta, berkata, ia akan diadakan secara terbuka.

“Tertutup jika ia membabitkan kes moral. Tetapi perbicaraan ini hanya mengenai penyebaran video,” kata Babul Babul Khoir Harahap.

Menurutnya, perbicaraan itu tidak berkait dengan pembabitan Ariel dalam video itu dengan Luna Maya dan Cut Tari, tetapi isu penyebarannya. Arfian menyangkal pendapat Babul dengan berkata, kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham perlu dikategorikan sebagai kes moral.

“Kes itu tetap membabitkan moral dan kerana itu ia perlu diadakan secara tertutup. Bayangkan bagaimana saksi hendak memberi keterangan. Pasti mereka akan malu,” kata Arfian ketika dihubungi menerusi telefon.

Saksi utama kes berkenaan ialah dua selebriti yang terbabit dalam perbuatan seks dengan Ariel, Cut Tari dan Luna Maya. - Agensi

Artikel Berkaitan Sebelum Ini

Ariel Mahu Bertaubat, Lihat Gambar Terhangatnya, PANAS!

Anak Menderita Kerana AIDS, Dakwa Ayahnya Seorang Gitaris May

Budak Aids dakwa anak gitaris May

Teluk Intan: Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia sembilan tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya.

Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.

“Ayah saya seorang pemain gitar, dia meninggal dunia lima tahun lalu kerana Aids. Ibu juga meninggal dunia kerana penyakit sama pada Jun lalu manakala adik meninggal dunia tahun lalu,”
katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya.

Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

Menurutnya, S kini terpaksa bergantung hidup dan mengharap belas kasihnya dan besar kemungkinan hanya menanti detik ajal seperti dilalui ahli keluarganya lain.

Katanya, dia bersimpati terhadap nasib dilalui anak saudaranya itu dan menjaganya selepas adik perempuannya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun.

“Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. -HM


Sekadar wajah seiras

IPOH: “Segala bukti termasuk gambar yang didedahkan ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu bukan milik saya. Sekali imbas, memang wajah arwah bapa kanak-kanak itu ada iras muka saya.

“Dia (arwah bapa kanak-kanak itu) mungkin peminat tegar saya sehingga bergaya dan meniru gaya saya seperti yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan. Tetapi, yang pasti dia bukan saya.” Demkian kata pemain gitar bass kumpulan May, Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48, atau dikenali dengan nama Yus mengenai dakwaan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bernama S bahawa Yus ayahnya dan meninggal dunia lima tahun lalu akibat Aids.

Mohd Mokhtar berkata, dia terkejut selepas namanya dikaitkan dengan kanak-kanak terbabit seperti disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 15 November lalu.

“Berita itu tidak benar dan ia membuatkan saya tersentak berikutan ia boleh menyebabkan reputasi kumpulan May tercalar.

“Saya tidak kenal kanak-kanak itu dan kenyataannya tidak betul. Malah, nama Md Nor yang didakwa nama bapa kanak-kanak itu berlainan dengan nama saya. Saya tidak pasti dari mana cerita tidak benar ini timbul, namun perkara ini perlu dijelaskan,” katanya ketika ditemui.

Yus berkata, apa yang pasti dia, isteri bersama tiga anak berusia tujuh hingga 21 tahun masih sihat walafiat dan hidup bahagia di bandar ini.

Menurut Yus, dia bersama ahli kumpulan May sibuk menjalani rakaman album terbaru bagi menyambut ulang tahun ke-25 kumpulan itu tidak lama lagi.

“Waris keluarga kanak-kanak terbabit seharusnya meneliti terlebih dulu dakwaan terbabit selain menunjukkan bukti jelas berhubung identiti bapa kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun, saya maafkan perkara itu jika ini hanya salah faham dari mereka (waris kanak-kanak) berkenaan. Mungkin bapa kanak-kanak terbabit individu lain yang mempunyai iras wajah dengan saya,” katanya.

Katanya, dia sudah meneliti gambar dimaksudkan waris keluarga kanak-kanak perempuan itu dan mengesahkan bukan dirinya berdasarkan beberapa perbezaan nyata.

“Muka arwah bapa kanak-kanak itu ada iras saya, tetapi saya tidak pernah memakai jam tangan sebelah kiri kerana saya memakainya pada tangan kanan walaupun gaya rambut dan berpakaian sama dengan saya.

“Saya menyifatkan arwah bapa kanak-kanak itu sebagai peminat tegar saya sehingga dia sanggup meniru setiap gaya saya. Memang kami ada peminat tegar, dia mungkin seorang daripada mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, atas dasar perikemanusiaan, dia bersama ahli kumpulan May yang lain sanggup bertemu kanak-kanak perempuan itu bagi menghulurkan sedikit sumbangan, sekali gus mengurangkan beban serta penyakit yang dihidapi.




[Video & Bergambar] Hujan Lebat Sewaktu Jemaah Melontar Dan Tawaf

Mina, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut.

Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.

"Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.

Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.

Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup.

Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu.

Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.

Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.

Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.

Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. - Agensi/kosmo









Video Hujan Lebat Pada Bulan Lalu


Bibir Sumiati Digunting, Pihak Pendakwa Arab Saudi Tahan Majikannya

Pihak Pendakwa Saudi Periksa Majikan Sumiati

Gambar: Berita penyiksaan Sumiati sempat mendapat sorotan media Saudi

Pihak Pendakwa Arab Saudi di Madinah memeriksa dan menahan majikan Sumiati Binti Salam Mustapa dan seorang anaknya hari Khamis.

Konsul Indonesia untuk Perlindungan WNI di Arab Saudi Didi Wahyudi menjelaskan kepada BBC, pemeriksaan majikan Sumiati dilakukan setelah ada pengaduan dari Kedutaan Besar Republik Indonesia.

"Kita melaporkan kepada pihak polis kes ini, polis mengumumkan langkah pemeriksaan kemudian melihat orangnya dan memang jelas bekas-bekas penyiksaan. Sesudah itu ia terus dilaporkan kepada badan penyiasat atau Pihak Pendakwa dan badan siasatan yang menangkap mereka," kata Didi.

Menurut Didi biasanya Pihak Pendakwa melakukan pemeriksaan sekitar 60 hari sebelum diajukan ke pengadilan.

Bukti-bukti dalam pengusutan ini berupa pernyataan mangsa yakni Sumiati sendiri. Kemudian, kata Didi, harus ada keterangan dari rumah sakit.

"Keterangan rumah sakit ini penting kerana yang bersangkutan disiksa dan bukan orang gila yang memukuli diri sendiri," ujar Didi.

"Jadi dia dihantar ke rumah sakit jiwa di Madinah, kemudian di rumah sakit gila dikatakan tidak sakit jiwa. Lalu dia dihantar ke rumah sakit umum Raja Fahd di Madinah," katanya.

Didi menegaskan, untuk kes jenayah kita bawa ke pengadilan. "Banyak kes yang dibawa ke pengadilan, supaya yang bersangkutan dihukum, itu sudah prosedur dari perwakilan Indonesia di Saudi agar segera dituntut secara hukum," katanya.

Namun demikian Didi mengakui setelah proses pengadilan boleh diambil penyelesaian yang lain.

"Katakan saja seseorang membunuh, kemudian dijatuhi hukuman mati oleh pengadilan. Hukuman itu harus jatuh dulu, kemudian melakukan langkah-langkah non litigasi secara Islami yang namanya pemaafan atau tanajul," lanjutnya.

Kasus Sumiati binti Salam Mustapa menarik perhatian sejumlah kalangan, antara lain dari Presiden Yudhoyono yang menyebut kes ini sebagai penyiksaan yang luar biasa.

Ia menjadi mangsa penganiayaan fizik dan bibirnya digunting oleh keluarga majikan. Sumiati mengalami luka sangat serius termasuk dua kakinya yang hampir tidak dapat digerakkan dan kulitnya melepuh akibat terbakar.

Menurut media lokal Saudi Gazette, Sumiati tiba di Arab Saudi pada 18 Juli 2010. Dia dijanjikan upah 800 riyal Saudi per bulan sebagai imbalan bekerja untuk keluarga yang menjadi penajanya di Madinah.

Sumiati sendiri tengah menjalani perawatan intensif di sebuah ramah sakit pemerintah Arab Saudi.