10 Nov 2010

24 Ketua Cabang PKR Tuntut Pemilihan Ditangguhkan

Sebuah badan - Gabungan Cabang PKR - mendakwa sekurang-kurangnya 24 ketua cabang telah membuat tuntutan terbuka kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti itu supaya menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung.

Menurutnya, cabang berkenaan juga menuntut supaya siasatan segera dijalankan ke atas dakwaan yang dibuat seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Dalam kenyataannya hari ini, gabungan itu menyenaraikan 24 ketua cabang tersebut - Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Ketika dihubungi, ketua cabang Putrajaya Onn Abu Bakar berkata, siasatan juga perlu dibuat ke atas aduan yang disampaikan invidu lain sebelum ini.

"Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya ahli JPP dan juga petugas pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi.

"Fenomena tersebut telah dikesan berlaku di dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut diadukan oleh Mustaffa Kamil dan juga ahli yang lain kepada JPP dan juga kepada sekretariat parti," katanya.

Onn berkata beliau mendapat sokongan daripada 24 cabang berkenaan, termasuk Teluk Intan, Petaling Jaya Utara dan cabangnya sendiri sejak semalam."Kalau semua sekali anggaran 80 cabang semuanya yang sokong kita (untuk tangguhkan pemilihan).

"Ini bukan soal sokong siapa-siapa, kita hanya mahu tambah baik proses pemilihan ini," katanya lagi.

Ditanya sekiranya beliau akan meneruskan usaha untuk meraih sokongan cabang lain untuk mencapai objektif itu, beliau berkata "cukuplah setakat ini."

Jelasnya, usahanya setakat ini telah membuahkan hasil apabila mendapat sokongan berkenaan memandangkan ia dibuat secara spontan.

Ulasan GB

Orang oleh hentam GB kerana kritik JPP dan pimpinan PKR, tetapi kebenarannya, akar umbi PKR sendiri yang menuntut supaya Pemilihan ditangguhkan supaya diselesaikan segala isu yang menyebabkan pemilihan parti jadi pincang.

PKR tiada pilihan lain, tangguhkan pemilihan, siasat dan hentikan semua manipulasi dan konspirasi, ambil tindakan semua pihak yang terlibat dengan manipulasi termasuk calonnya.

Sekalipun Zaid telah tarik diri dan Mustaffa belum dapat menyaingi calon favorit pimpinan, Azmin Ali, ternyata, sokongan terhadap Zaid dan Mustaffa ternyata masih tinggi di peringkat akar umbi.


Saya Cuma Minta Maaf Jika Berkecil Hati, Bukan Tarik Balik Suruh Bersara

Asri tak tarik cadangan gesa Anwar bersara

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah menarik balik atau menyesal kerana mencadangkan “dinosaur-dinosaur” politik dalam PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara.

Katanya, perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam surat terbukanya kepada ketua pembangkang itu semalam.

"Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau berkecil hati.

"Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, menjawab dakwaan Anwar di lobi Parlimen, Dr Mohd Asri menafikan digunakan oleh akhbar Umno Utusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Anwar sebagai ketua pembangkang.

Beliau juga berkata, sebagai seorang Muslim, diharapkan persaudaraan Islam antaranya dan Anwar tidak terputus.

Sambil menegaskan bahawa pandangannya hanya untuk renungan politik dan bukan isu peribadi, Dr Mohd Asri berkata, sebagai saudara Muslim, beliau sekali lagi memohon maaf atas pandangannya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah mendatangkan hal yang sebaliknya. -mk

Banjir: Terengganu Perlu Bersiap Sedia

Terengganu dijangka berdepan banjir besar

KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengalami banjir besar, bulan ini atau bulan depan, sekiranya hujan turun melebihi paras normal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana (JPBB) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, berkata Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan mengalami jumlah taburan hujan 20 hingga 40 peratus melebihi paras normal pada musim tengkujuh sehingga Mac tahun depan akibat kesan Fenomena La Nina.

"Ia boleh menyebabkan berlaku beberapa episod hujan lebat serta bencana banjir di negeri ini," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Mazlan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa kejadian air pasang besar diramal akan berlaku di Terengganu dalam tempoh seminggu dua ini.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti 198 kawasan yang sering dilandar banjir di negeri ini.

Di Besut, katanya, terdapat 30 kawasan, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Sebagai persediaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menyediakan sejumlah 341 pusat pemindahan yang berupaya menampung seramai 48,807 mangsa banjir dalam satu masa.

Pusat itu ialah di Kuala Terengganu 27 buah, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (73), Marang (23) dan Setiu (32).

Pada masa sama, JKM sudah mengenalpasti sebanyak 121 pangkalan hadapan di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu (3), Kemaman (16), Dungun (10), Besut (22), Hulu Terengganu (33), Marang (15) dan Setiu (22).

Mazlan berkata, bilik gerakan banjir negeri akan dibuka 24 jam apabila banjir berlaku lebih dari satu daerah, manakala bilik gerakan daerah pula akan dibuka sebaik banjir melanda daerah berkenaan. - BERNAMA

Fazley, Menantu Rosmah Miliki Ijazah MBA & PhD Palsu

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan

Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.


Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. -mstar


BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu. -kosmo



Khir Toyo Dimasukkan Ke Hospitak Disyaki Denggi

Khir Toyo Dimasukkan Ke Hospital Disyaki Demam Denggi

SHAH ALAM, 10 Nov - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di sini pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad," kata beliau.

Sementara itu, ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2011 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menanyakan di mana Dr Khir yang tidak hadir untuk mendengar perbahasan.

ADUN Sungai Pelek daripada Barisan Nasional (BN) Yap Ee Wah, bangun dan memberitahu dewan bahawa Dr Khir tidak hadir pada hari ini kerana dimasukkan ke hospital disyaki menghidap demam denggi.-- BERNAMA

Ulasan GB

Kuasa manusia boleh dilawan dengan pelbagai cara, wang ringgit, Polis, SPRM dan sebagainya.

Jika sebelum ini PM sendiri diserang campak, kini Khir Toyo dipetok nyamuk aedes sehingga kena demam denggi.


Perletakan Jawatan Zaid. Nurul Izzah Terasa Kehilangannya

Ramai menaruh harapan pada Zaid – Nurul Izzah

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Nurul Izzah Anwar berkata beliau merasai kehilangan yang besar kepada parti khususnya di Wilayah Persekutuan ekoran perletakan jawatan pengerusinya Zaid dua hari lalu.

Menurut Izzah, sejak Zaid memegang jawatan Pengerusi PKR beberapa bulan lalu ramai dikalangan ahli menaruh harapan yang besar terhadap kepimpinan Zaid.

"Saya juga merasai kehilangan beliau kerana begitu ramai ahli yang menaruh harapan dan amanah terhadap beliau," jelas Nurul. Katanya, beliau menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh Zaid kerana memahami keputusan yang dilakukan Zaid setelah memikirkan secara mendalam.

"Saya percaya setiap anggota parti PKR bebas untuk berfikir dan melakukan yang terbaik untuk diri mereka dalam kerangka perjuangan parti. Pilihan sama ada untuk memegang atau melepaskan jawatan itu adalah hak setiap anggota parti." tambah beliau ketika dihubungi.

Menurut Izzah lagi, pengisisan kekosongan jawatan sebagai peneraju PKR wilayah Persekutuan perlu di isi segera.

"Saya juga percaya PKR mempunyai anggota-anggota yang cukup dan mampu untuk mengambil alih tugasan yang telah diberi kepada Dato’ Zaid sebagai pengerusi PKR WP supaya aktiviti parti dapat dijalankan." ujar beliau

Sementara itu, Zaid ketika dihubungi memberi tahu surat perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan akan di serahkan dalam sehari dua lagi.

Semalam, Zaid dan seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayob mengadakan sidang media bersama menggesa kepimpinan tertinggi parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan proses pemilihan yang sedang berlangsung kerana didakwa berlaku pelbagai penyelewengan.

Faktor tersebut juga menjadi punca utama Zaid melepaskan semua jawatan beliau dalam parti.

Ulasan GB

Siapa yang berkata itu?
Ya Nurul Izzah, anak Anwar Ibrahim.
Apa dan bagaimana riaksi kumpulan pro-Azmin terhadap kenyataan Nurul izzah itu?
Apakah Nurul izzah juga akan dituduh dah terpaut dgn UMNGOK seperti tuduhan kumpulan Pro-Azmin apabila GB memberikan sedikit pembelaan kepada Datuk Zaid?


Pemilihan PKR Pincang: Chegu Bard Akan Umum Pendirian Malam Ini

Calon ketua sayap muda PKR putuskan malam ini opsyen tarik diri

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin akan memutuskan sama ada kekal dalam saingan ataupun menarik diri daripada bertanding - mengambil langkah Datuk Zaid Ibrahim — malam ini di sebalik dakwaan pemilihan parti berhadapan dengan kepincangan dan kecacatan.

Zaid mengumumkan pendirian menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden kelmarin dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti itu.

Badrul Hisham berkata, beliau akan membuat keputusan “penting” demi kelangsungan parti dan juga bagi memenuhi harapan rakyat terhadap PKR.

“Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai satu krisis yang memerlukan satu keputusan, saya akan mengambil kira aspek kelangsungan parti dan memenuhi harapan rakyat,” kata beliau.

“Seluruh kepimpinan muda akan memutuskan bersama untuk mencari penyelesaian terhadap kepincangan yang timbul, kita akan membuat keputusan termasuk sama ada perlu atau tidak menarik diri daripada bertanding,” kata beliau yang turut dikenali sebagai “Chegubard” kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kata Badrul Hisham, oleh kerana beliau membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak secara kolektif semasa hendak bertanding sebelum ini, apa jua keputusan malam ini akan diputuskan secara bersama.

“Ini cara kami membuat keputusan, kami mahu membuat keputusan mengenai penyelesaian kepada kepincangan semasa secara kolektif,” kata beliau lagi.

Kira-kira 100 pemimpin dijangka berhimpun malam ini, kata beliau.

Pertemuan malam ini yang dinamakan “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan” akan berlangsung di Dewan Perniagaan Cina Selangor, 9 malam ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, salah seorang pesaing jawatan naib presiden, juga akan turut hadir.

Jawatan ketua AMK disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham.

Saingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) masih didahului Shamsul Iskandar dengan 1,455 undi manakala Badrul Hisham mengekori rapat dengan 1,428 undi.

Sebelum ini termasuk semalam, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menafikan pemilihan parti dicemari manipulasi dan penyelewengan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Zaid.

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan blog bahawa kertas undi pemilihan pusat PKR boleh dibeli.

Kelmarin, Zaid pula mendakwa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kerana kecewa apabila aduan-aduan dikemukakan tidak diambil perhatian.

Ketika ditanya sama ada pemilihan patut ditangguhkan sebagaimana digesa oleh seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, Badrul Hisham berkata, memang menjadi pendirian beliau dari awal bahawa pemilihan parti harus ditangguhkan sementara segala masalah dan isu yang ditimbulkan diselesaikan.

“Saya dari awal lagi sudah membuat pendirian ini. Tetapi parti membuat pendirian bahawa pemilihan harus diteruskan
, kami akur dengan keputusan itu.

“Tetapi masalah yang dibangkitkan sebelum ini berterusan,” kata beliau merujuk kepada dakwaan dan memorandum yang dikemukakan oleh Mustaffa semalam menggesa pemilihan dibatalkan dan proses pengundian baru diadakan.

Sementara itu, Nurul Izzah dalam ulasannya mengenai situasi semasa dalam parti itu berkata, beliau percaya setiap anggota PKR bebas untuk berfikir dan melakukan yang terbaik demi diri mereka dalam kerangka perjuangan parti.

Pilihan sama ada untuk memegang atau melepaskan jawatan itu adalah hak setiap anggota parti.

“Pada masa yang sama, saya percaya PKR mempunyai anggota-anggota yang cukup mampu untuk mengambil alih tugasan yang telah diberi kepada Datuk Zaid sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan,” kata beliau dalam kenyataan SMS.

Walaupun begitu, kata Nurul Izzah, kehilangan Zaid terasa oleh ramai ahli yang menaruh harapan dan amanah terhadap kesinambungan pimpinan beliau dalam parti. -TMI


Shamsul dipelawa lagi berdebat CheGuBard

Pasukan Penerus Perjuangan Reformasi (PPPR) sekali lagi mempelawa calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin untuk berdebat dengan pencabarnya, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheGuBard.

PPPR juga mempelawa dua calon timbalan ketua AMK - Khairul Anuar dan Chang Lih Kang - untuk berdebat.

Penyelaras kempen PPPR, Zulkifli Ibrahim berkata, pihaknya yang mewakili CheGuBard pernah menghantar pelawaan tersebut kepada Shamsul sebulan lalu, tetapi sehingga ini tidak menerima sebarang jawapan.
"Sehingga ini tiada sebarang respon diperolehi kecuali sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam bahasa Inggeris sebab CheGuBard tak pandai berbahasa Inggeris," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zulkifli berkata, Ureka - sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur debat calon ketua AMK di Taiping baru-baru ini - bersedia menganjurkan debat tersebut.

Katanya, pelawaan itu dibuat bagi mewujudkan pertandingan ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan lampiran rekod terdahulu.

"Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan.

"Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu," katanya lagi.

Zulkifli berkata, seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri.

"Bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi," katanya. -mk


Mustaffa Selar Saifuddin, Tidak Wajar Umum Pendirian Ketika Memo Sedang Diteliti

Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, setiausaha agung tidak wajar mengumumkan status bahawa pemilihan akan diteruskan memandangkan pucuk kepimpinan parti masih meneliti memorandum mengenai dakwaan kecacatan proses pengundian yang dikemukakan semalam.

Mustaffa berkata, memorandum itu yang memberikan tempoh 48 jam untuk penyelesaian — diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah, petang semalam.

“Tidak wajar beliau (Saifuddin) membuat pengumuman bahawa pemilihan akan diteruskan kerana Presiden parti dan JPP masih meneliti memorandum yang kami serahkan,” kata Mustaffa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Semalam, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan meneruskan pemilihan langsung yang diadakan sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan oleh dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Saifuddin juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.


Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.

Saifuddin juga menegaskan, daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan proses pengundian, Datuk Zaid Ibrahim menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang. Mustaffa menang di sebanyak 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin.

Mustaffa berkata, Dr Wan Azizah berjanji untuk membincangkan dakwaan disenaraikan dalam memorandum yang dikemukakan semalam bersama beberapa pemimpin dan JPP.

“Beliau berjanji akan membincangkan perkara itu hari ini bersama beberapa pemimpin, kemungkinan dalam Biro Politik juga
,” kata Mustaffa sambil menambah, beliau meminta pucuk kepimpinan dan JPP memberikan penelitian segera memandangkan proses pengundian akan diteruskan hujung minggu ini.

Lazimnya PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik setiap Rabu.

“Kami meminta perkara ini disegerakan memandangkan pemilihan akan diteruskan mulai 12, 13 November ini,” katanya.

Semalam, Mustaffa menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu - menggunakan kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa memberi tempoh 48 jam kepada JPP agar mengambil kedua-dua tindakan itu pada sidang media diadakan oleh Zaid yang kelmarin memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat.

Tempoh kata dua beliau akan berakhir petang esok.

“Hasil tindakan ke atas memorandum ini, awal Jumaat ini, saya akan mengumumkan pendirian saya sama ada saya akan terus bersaing ataupun sebaliknya,” kata beliau.

Anak Orang Kaya Nikmati Pemberian Netbook, Yang Miskin Dipinggirkan

Bapa pelajar tidak puas hati agihan netbook

KUALA KRAI - Tindakan memilih pelajar dalam kalangan anak ‘orang berada’ sebagai penerima netbook di bawah Program Pemberian Netbbook 1Malaysia di daerah ini menimbulkan rasa tidak puas hati bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah, dekat sini.

Bapa terbabit, Kamaruddin Seman, 55, berkata, tindakan memilih pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi seperti guru dan pegawai kerajaan sebagai penerima berbanding anak orang miskin itu amat mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.

Katanya yang juga pesara kerajaan, seorang anaknya yang kini belajar di Tingkatan Lima turut menjadi mangsa sikap ‘pilih kasih’ pihak terbabit apabila tidak terpilih sebagai penerima.

“Mana adilnya kalau pelajar yang ibu bapa mereka gaji ribu-ribu sebulan boleh terpilih sebagai penerima (netbook) tetapi anak seorang pesara kerajaan seperti anak saya tidak terpilih,” katanya di sini, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini mengumumkan pengagihan 40,000 netbook untuk pelajar sekolah seluruh negeri ini menerusi dua fasa Program Pemberian Netbook 1Malaysia.

Penyerahan netbook secara berperingkat mengikut daerah, bermula di Jeli, Ahad lalu itu selaras dengan matlamat kerajaan mencapai 27 peratus penembusan jalur lebar dalam kalangan isi rumah di seluruh Kelantan menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, Kamaruddin yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemandu dan Pemilik Kereta Sewa Jajahan Kuala Krai berkata, masalah sama berlaku pada pengagihan bantuan wang ihsan baru-baru ini apabila lebih ramai pelajar daripada keluarga senang yang terpilih.

“Anak orang berada seperti anak cikgu dan pegawai kerajaan tidak sepatutnya dipilih untuk terima wang ihsan kerana ramai lagi pelajar yang lebih susah dan lebih layak dapat bantuan ini.

“Anak saya sebelum ini tidak pernah dapat bantuan dan bila ada pula sikap pilih kasih dalam pengagihan netbook, jadi rasa sudah sampai masanya untuk saya bersuara dan lahirkan rasa tak puas hati,” katanya.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, dia sedia bersemuka dengan pihak berkenaan jika diminta membuat penjelasan berhubung dakwaan berlaku sikap pilih kasih dalam pemilihan penerima netbook dan beberapa pengagihan bantuan lain.

“Saya juga nak tahu secara jelas kenapa anak saya tidak tersenarai sebagai penerima (netbook) kerana kalau ikut borang permohonan, dia sepatutnya lebih layak tetapi kenapa kawan dia dalam kalangan anak orang berada boleh terpilih,” katanya. -SH

Pendatang Asing Diri Rumah Setinggan Di Puchong

Puchong: Mencemarkan pandangan mata apabila puluhan rumah setinggan didirikan dipercayai didiami pendatang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan kilang industri di tebing Sungai Puchong dekat Pangsapuri Angsana Hilir, di sini, sejak empat bulan lalu.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati lebih 10 unit rumah setinggan setingkat dan dua tingkat diperbuat daripada kayu didirikan yang terlindung di sebalik pokok besar.

Penduduk, Rozita Abd Razak, 38, berkata, pendatang berani mendirikan rumah setinggan itu kerana ia tersorok di sebalik pokok besar hingga tidak kelihatan penduduk sekitar.

Katanya, penempatan haram itu boleh mendatangkan pelbagai masalah sekiranya tidak dibendung kerana mereka mungkin akan menambah lagi bilangan rumah serta mengajak masyarakat mereka mendiami kawasan itu.

“Kita bukan tidak suka dengan pendatang asing tetapi kedatangan mereka yang sesuka hati mendirikan rumah boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk kecurian dan rompakan kerana pada masa ini pelbagai masalah jenayah berlaku di sini.

“Kami bukan mahu menuduh mereka melakukan jenayah, tetapi eloklah kita berjaga sebelum kena,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Angsana Hilir,.

Menurutnya, penambahan warga asing di kawasan itu membimbangkan kerana menyebabkan jenayah kecil seperti kecurian berlaku hingga menakutkan penduduk terutama wanita.

Peniaga, Nasir Mohamad, 45, berkata, walaupun kedatangan setinggan tidak mengancam penduduk, ia memberi kesan pada masa akan datang kerana mereka berani mendirikan rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu.

Katanya, kawasan tebing sungai diteroka boleh merosakkan ekosistem air kerana mungkin mereka menggunakan sungai sebagai punca air dan melakukan kegiatan harian.

“Kita tidak mahu kehadiran mereka memberi kesan kepada pelbagai pihak dan meminta pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi melegakan hati masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya akan membuat siasatan perumahan setinggan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, perumahan itu mungkin baru kerana Subang Jaya bersih daripada setinggan apabila semua penduduk dipindahkan ke perumahan yang disediakan.

“Pada masa ini tidak sepatutnya ada setinggan kerana dasar inflasi sifar sudah menghapuskan semuanya dan mungkin ia dibina oleh pendatang asing,” katanya. -metroplus

Remaja Minat Jenayah seks, Kelucahan

Bukit Beruang - Jenayah seks dan kelucahan dikenal pasti sebagai perlakuan yang sering membabitkan remaja apabila ia mencatatkan peningkatan 0.03 peratus.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lapan perlakuan jenayah yang membabitkan remaja belasan tahun termasuklah kenakalan/ketenteraman awam, salah laku musnah, kurang sopan, jenayah berat, tidak pentingkan masa, kelucahan dan seks, kekemasan diri dan ponteng sekolah.

Menurutnya, daripada lapan kategori itu, gejala ponteng sekolah mencatatkan kekerapan dan angka membimbangkan iaitu sebanyak 0.22 peratus.

“Dalam kajian MCPF dan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah seks serta kelucahan turut menarik minat remaja kerana angka 0.03 peratus ini adalah petunjuk yang memeranjatkan dan tidak dijangka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kelab Pencegahan Jenayah peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Negeri, di sini, semalam.

Lam Thye berkata, walaupun gejala itu mencatatkan jumlah peratusan agak kecil, namun ia cukup menggambarkan perlunya langkah pencegahan drastik diambil.

Menurutnya, arus pemodenan kini menjadikan usaha itu semakin sukar kerana banyak budaya songsang dari luar dibawa masuk menerusi pengaktifan kehidupan ‘alam talian maya’ seperti Internet.

“Walaupun demikian, MCPF akan tetap mempergiatkan langkah pencegahan menerusi siri ceramah kepada remaja, khususnya pelajar remaja sekolah dengan bantuan PDRM dan Jabatan Pelajaran setiap negeri,” katanya.

Pada masa sama, Lam Thye berkata, usaha membanteras perlakuan jenayah dalam kalangan remaja tidak seharusnya diserahkan bulat-bulat kepada polis.

“Ibu bapa atau penjaga perlu memainkan peranan kerana runtuhnya institusi keluarga bermakna peratusan remaja yang runtuh akhlak juga turut meningkat,” katanya. -SH

Kereta Aminul-Rasyid Dibawa Ke Mahkamah


Kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini supaya pihak pendakwa, peguambela dan hakim Latifah Mohd Tahar mendapatkan gambaran lebih jelas.

Ia juga bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun itu.

Peluru tersebut ditemui ahli patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Semalam, dalam keterangannya, Saari berkata, selepas memeriksa dua submesingun - Heckler dan Koch HK MP 5 - yang digunakan oleh polis yang dikemukakan sebagai bahan bukti, beliau tidak dapat memastikan dari senjata mana peluru itu ditembak.

Mahkamah juga diberitahu bahawa sebanyak 32 lubang dan lekukan peluru ditemui pada kereta yang dipandu Aminulrasyid pada hari dia ditembak mati.

Shaari Desa yang juga adalah ketua unit senjatapi dan kesan alat dari Seksyen Criminalistic, bahagian forensik, Jabatan Kimia, berkata semua kesan itu ditemui semasa beliau memeriksa kereta bernombor pendaftaran BET 5023, yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat pada 5 Mei lalu.

Saksi ke-24 pendakwaan itu berkata beliau juga menemui satu kesan tembakan dari arah belakang kereta yang menembusi bahagian tempat letak kepala kerusi pemandu.

Beliau berkata kesan lubang peluru turut ditemui pada belakang kereta, ekzos dan bahagian tangki minyak.

Shaari berkata demikian pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata selain tembakan, turut ditemui pada kereta itu ialah kesan perlanggaran seperti kerosakan pada sisi kiri bahagian depan dan penjuru depan sebelah kiri.

Ditanya mengenai kedudukan penembak dengan kereta yang dipandu mangsa, Shaari berkata yang pasti, individu tersebut bukan dalam keadaan merangkak atau meniarap. -mk

Ulasan GB

1. Kita berharap akan wujud keadilan penghakiman kes ini. Adalah tidak wajar samasekali seorang anggota polis terpaksa melepaskan berpuloh-puloh tembakan ke atas kereta remaja yang menurut mereka "hanya disyaki" penjenayah. Belum pun terbukti wujudnya jenayah.

2. Namun menjadi pengajaran kepada ibu/bapa yang berkenderaan agar tidak sewenang-wenangnya membenar mereka terutama anak, walaubagaimana disayang pun yang tidak mempunyai lesen memandu kenderaan kerana malang itu tidak berbau.


Surat Terbuka Untuk Presiden PKR

Surat terbuka kepada Presiden PKR
Illam Kubong ak Dagang

Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.

Walaubagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.

Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.

Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden. Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.

Jika perlu, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.

Saya doakan Presiden akan berjaya dalam misi ini. Janganlah hancurkan impian kami sebagai ahli-ahli biasa untuk parti membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.

Sekian, Salam Reformasi.

Illam Kubong ak Dagang,
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568
9 November 2010

diterbitkan di dalam harakahdaily

Obama Ucap "Assalamualaikum"

Obama ucap assalamualaikum

BARACK OBAMA (tengah) dan Michelle Obama (di belakangnya) berdiri tegak dalam majlis meraikan kedatangan mereka di Istana Merdeka, Jakarta semalam.

JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Jakarta semalam untuk melakukan lawatan dengan sasaran bagi meningkatkan hubungan perdagangan dan keselamatan dengan Indonesia mengucapkan assalamualaikum serta terima kasih semasa bercakap di depan wartawan di Istana Merdeka.

Dalam ucapan itu, Obama banyak memberikan sokongan terhadap Indonesia, antaranya dalam usaha-usaha memerangi rasuah dan keganasan.

Semasa berucap, Obama sempat mengimbas kemajuan di Indonesia dengan menyatakan semasa beliau kecil, cuma terdapat sebuah bangunan yang tinggi tetapi kini bilangannya semakin bertambah.

Beliau turut menyentuh mengenai hubungan perdagangan antara Indonesia dan Amerika Syarikat, pelaburan serta kerjasama bilateral termasuk dalam bidang ekonomi atau sosial.

Jakarta merupakan tempat tinggal Obama semasa zaman kanak-kanak pada 1960-an.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan barisan anggota Kabinetnya menyambut ketibaan Obama dan isterinya, Michelle di Istana Merdeka.

Setelah berkenalan dengan para menteri, Obama dan Michelle bergambar dengan Susilo dan isterinya, Ani Yudhoyono.

Obama kemudian bercakap dalam bahasa Indonesia. "Apa khabar? Selamat sore." Semasa bergambar pula Obama memegang tangan Susilo.

Kira-kira 15,000 anggota polis dan tentera dikerah untuk mengawal ketenteraman semasa lawatan Obama di Indonesia.

Obama tiba di Jakarta dengan menggunakan pesawat rasmi Air Force One dari India. Lawatan itu yang dilihat oleh Obama sebagai satu destinasi penting untuk pelbagai sebab strategik dan peribadi telah ditangguhkan dua kali.

Menurut White House, lawatan itu mungkin dipendekkan kerana letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa yang meletus sejak 26 Oktober lalu. - Agensi


Dunia tunggu pidato Obama

Presiden AS Barack Obama hari ini (10/11) dijadualkan mengunjungi Masjid Istiqlal dan memberikan kuliah umum di kampus Universitas Indonesia.

Pidato di kampus UI di Depok tersebut merupakan acara terjadual Presiden Obama yang paling ditunggu oleh kalangan di dalam dan luar Indonesia.

Menurut Kementerian Luar Negeri Indonesia, pidato Presiden Obama akan berkisar pada tema kemajmukan, Islam dan demokrasi.

Pidato itu sendiri akan menjadi kesempatan penting kedua bagi Obama untuk menjelaskan kebijakannya atas isu Amerika Serikat dan dunia muslim setelah pada Jun 2009 di Universitas Kairo Mesir, dia menawarkan babak baru dalam hubungan dengan dunia Islam, berdasarkan sikap saling percaya dan saling menghormati.

Namun, dalam jumpa pers bersama Presiden Yudhoyono di Jakarta hari Selasa (9/11) Presiden Obama mengakui kebijakan yang dia ucapkan dalam pidato di Kairo tersebut belum beres, dan ada "banyak tugas yang harus dikerjakan".

Dipersingkat

Sementara itu, kunjungan Presiden Obama sendiri dilaporkan akan dipersingkat dari jadual awal.

Mengutip pejabat Geung Putih, beberapa pejabat berita mengatakan Presiden Obama bertolak lebih awal dari Jakarta untuk mengantisipasi kemungkinan abu dari Gunung Merapi bertiup ke Jakarta, dan itu akan menganggu penerbangan.

Namun, jurubicara kepresidenan RI urusan luar negeri, DR Teuku Faizsyah pada Selasa larut malam mengatakan kepada BBC Indonesia bahwa pemerintah RI belum menerima informasi dari pemerintah Amerika Serikat bahwa kunjungan Presiden Obama dipersingkat.

Kunjungan Presiden Obama ke Indonesia ditunda dua kali di tengah krisis politik di dalam negaranya, dan baru terlaksana awal November ini.

Jamuan malam

Setelah mengadakan pembicaraan rasmi dengan Presiden Yudhoyono, Presiden Obama semalam menghadiri jamuan makan malam kenegaraan di Istana Merdeka, Jakarta.

Dalam kesempatan itu, tuan rumah, Presiden SBY menyerahkan penghargaan, Bintang Jasa Utama, untuk mendiang ibunda Obama, Stanley Ann Dunham atas dedikasinya dalam pengembangan ekonomi kerakyatan, termasuk pemberdayaan wanita di Indonesia semasa hidupnya.

"Saya bangga dan merasa kecil untuk menerima penghargaan ini atas nama ibu saya," ujar Obama.

Bersama dengan beberapa pejabat tinggi negara, Ketua Mahkamah Konstitusi (MK) Mahfud MD adalah salah seorang undangan dalam jamuan untuk menghormati Presiden Obama semalam.

Mahfud mengatakan kepada BBC Indonesia bahwa Presiden Obama "lebih Indonesia" dari para pejabat Indonesia dalam bersikap.

"Dia datang menyalami pejabat-pejabat yang sebenarnya sudah diatur berdiri, tidak usah terlalu [repot] bersalaman," tutur Mahfud.

"Dia meluangkan waktu untuk menyalami satu per satu pejabat utama yang ada di situ," tambahnya.

Presiden Obama, yang lebih akrab dipanggil Barry ketika menjalani masa kecilnya di kawasan Menteng, Jakarta, bermukim di Indonesia kurang lebih empat tahun .

Nasi Goreng dan bakso

Mahfud menggambarkan suasana jamuan makan malam kenegaraan itu "cair" dan "akrab" seperti acara keluarga.

Dalam komunikasi dengan hadirin, Presiden Obama menyisipkan bahasa Indonesia. "Bicara itu pakai bahasa Inggris, pakai bahasa Indonesia. Dicampur-campur begitu," tutur Mahfud.

"Di mejamu ada emping. Di mejamu ada keropok. Ada rambutan," kutip ketua MK menirukan cara Presiden Obama mempersilakan untuk menyantap hidangan.

Dalam jamuan makan malam di Istana Merdeka, semua makanan khas Indonesia yang digemari Presiden Barack Obama disuguhkan, termasuk nasi goreng, sate dan bakso.

"Dia sebut nama masakan Indonesia itu satu per satu dengan fasih," cerita Mahfud yang pernah menjabat menteri pertahanan di era Presiden Abdurrahman Wahid.

Presiden Obama tampaknya merasa pas dengan suguhan makanan kegemarannya. "Dia menikmati betul dan habis begitu," tuturnya Mahfud. -bbc



Anak Kapak Emak Kerana Terpengaruh Buku Tahyul

Pekan: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga kedai runcit, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Chini selepas pendarahan teruk di kepala.

Suspek yang juga anak ketiga daripada empat beradik ditahan anggota Rela di belakang rumah seorang penduduk kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut Halim, ketika kejadian dia berehat di ruang tamu rumah sambil melayan cucu perempuannya berusia tiga tahun, manakala anak bongsunya, Amira, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, Maran, yang bercuti semester berada di dapur membancuh susu untuk kanak-kanak itu.

“Saya bermain dengan cucu, manakala isteri saya berada di beranda untuk mengangkat jemuran di ampaian sejurus pulang selepas menutup kedai runcit kami yang terletak berhampiran rumah.

“Tidak lama kemudian saya dengar enjin kereta anak lelaki saya yang baru balik daripada menemui rakannya. Selepas itu, saya mendengar suara isteri bercakap dengan anak dalam keadaan cemas sebelum disusuli bunyi benda jatuh diiringi jeritan Allahuakbar sebanyak dua kali,” katanya.

Halim yang ditemui di bilik mayat Hospital Pekan (HP) di sini, semalam berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki perkara buruk berlaku dan beranggapan bunyi itu mungkin bunyi besen pakaian kering terjatuh.

“Kira-kira 10 minit kemudian baru saya teringat arwah bertakbir. Saya dan Amira keluar ke beranda untuk memeriksa keadaan selepas timbul rasa tidak sedap hati.

“Kami terkejut apabila menemui arwah terlentang di lantai dengan kepalanya berlumuran darah, manakala anak lelaki saya sudah beredar dari beranda,” katanya.

Halim berkata, dia memangku isterinya sambil menjerit meminta pertolongan jiran manakala anak bongsunya bergegas ke rumah tetangga bagi mendapatkan bantuan.

“Ketika itu, arwah masih bernafas, tapi sangat perlahan. Saya cuba mengajarnya mengucap, namun dia sudah tidak mampu bercakap dan hanya terdengar bunyi pernafasannya turun naik.

“Jiran juga sudah ramai mengerumuni. Mereka membalut kepala arwah yang luka terkena tetakan sebelum seorang daripada mereka menolong menghantar arwah ke klinik.

“Sebelum bertolak ke klinik, saya meminta bantuan penduduk memanggil anggota Rela untuk mencari anak saya kerana bimbang dia akan melakukan perbuatan lebih buruk,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan ke klinik, isterinya menggenggam erat tangannya dan pada masa sama dia pula tidak henti-henti meminta wanita itu bertahan.

“Namun, Allah lebih menyayanginya dan sebaik kami tiba di klinik, dia perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan saya dan menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sangat sedih dengan pemergiannya kerana dia isteri yang sangat baik dan taat. Sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bertengkar kerana lebih suka menyelesaikan masalah dengan berbincang hati ke hati,” katanya yang lebih 20 tahun menjadi peneroka.

Ditanya mengenai tindakan kejam anak lelakinya itu, Halim berkata, dia tidak menyangka anaknya tergamak membunuh ibu sendiri sedangkan sebelum ini dia tidak menunjukkan sebarang masalah.

Katanya, anak lelakinya yang sekadar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya membantunya di ladang, selain pernah menjadi pembanci sementara dalam bancian negara, baru-baru ini.

“Kedua-duanya tiada perselisihan faham, malah dia juga anak kesayangan isteri saya.

“Sebelum kejadian, anak saya yang bersikap pendiam tidak menunjukkan keganjilan dan bersikap seperti biasa menyebabkan kami sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, kata Halim, dia mengesyaki perbuatan anaknya itu ada kaitan dengan pengaruh ilmu mistik kerana dia kerap dilihat membaca buku mengenai makhluk halus.

“Saya menyedari dia suka membaca buku perkara tahyul sejak sebulan lalu. Saya pernah meminta isteri memeriksa kandungan buku yang selalu dibaca itu kerana saya tidak tahu membaca.

“Menurut arwah, buku itu mengandungi amalan yang tidak boleh diikut umat Islam. Saya tidak tahu bagaimana anak saya boleh terpengaruh ajaran demikian dan dari mana dia mendapatkan buku itu,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata, arwah ibunya pernah beberapa kali memberitahu sikap abangnya itu yang suka membaca buku mengenai makhluk halus.

“Emak pun tidak tahu bagaimana abang boleh terjebak ajaran demikian kerana dia tidak pernah menceritakan kegiatannya kepada keluarga.

“Ketika menemui emak dalam keadaan berlumuran darah di beranda, saya sudah dapat meneka ia perbuatan abang kerana nampak abang berjalan selamba keluar dari kawasan rumah sambil memegang kapak pemotong buah kelapa sawit,” katanya. -HM

Ulasan GB

GBtidak menolak kemungkinan itu iaitu pengaruh buku mistik sehingga minda anaknya terisi dengan hal-hal yang menyentuh alam metafizika yang tidak benar dan akhirnya menimbulkan pemberontakan di dalam diri akibat bacaan yang tidak berpedoman itu.

Kita hairan masih banyak di pasaran, buku-buku yang tidak mengembangkan minda secara positif, sebaliknya bertebaran buku-buku tahyul dan khurafat yang ada diantaranya di atas nama "Perubatan Islam" dan seumpamanya.

Diperburukkan dengan limpahan filem-filem khurafat disiarkan melalui stesyen televisyen di negara. GB pernah mengulas di SINI. Petikan:

Kita menjadi hairan dengan sikap berdiam diri para mufti, JAKIM dan lain-lain yang berautoriti di dalam hal-hal keagamaan di dalam negara kita. Lebih malang lagi apabila Lembaga Penapis Filem seperti menggalakkan kehadiran filem-filem tempatan yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Kita boleh saja terima jika filem itu dari dalam atau luar negara yang dihasilkan oleh mereka yang bukan beragama Islam, namun apa yang mendukacitakan ialah filem-filem berkenaan dihasilkan dan dilakonkan oleh mereka yang beragama Islam.

Apa sebenarnya agenda Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan penerbitan dan penayangan filem berunsur syirik itu?


Kini apa yang GB bimbangkan beberapa bulan dahulu benar-benar jadi kenyataan di dalam masyarakt. Masih mahu berdiam diri lagikah para mufti dan Lembaga Penapisan Filem Negara?


Soalan Salahuddin Mengenai Kereta Lama Di Parlimen Merisaukan Rakyat

Lebih 5 Juta Kenderaan Lebihi Usia 10 Tahun

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,110,326 daripada 19,820,842 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga Ogos lepas berusia lebih 10 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, kementerian sentiasa menekankan aspek keselamatan terhadapsemua kenderaan tanpa mengambil kira usia kenderaan berkenaan.

"Selain daripada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, langkah pengawalan keselamatan melalui pemeriksaan Puspakom diwajibkan bagi memastikan kenderaan itu masih layak digunakan," katanya semasa menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.


Salahudin ingin tahu jumlah kenderaan berdaftar di negara ini melebihi usia 10 tahun dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan itu selamat.

Abdul Rahim berkata, pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan beberapakategori termasuk kategori kenderaan perdagangan yang memerlukan kewajipanpemeriksaan awalan sebelum pendaftaran dan menjalani pemeriksaan berkala setiaptahun bagi dua tahun pertama dan setiap enam bulan untuk masa seterusnya.

Bagi kenderaan persendirian, setiap urusan pertukaran hak milik perlu menjalani pemeriksaan Puspakom selain perlu menjalani pemeriksaan khas sebelum diubah suai, katanya.

"Selain itu kementerian melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan meneruskan kempen keselamatan jalan raya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penyelenggaraan kenderaan dalam keadaan 'roadworthy' (masih boleh digunakan di jalan raya) bagi menjamin keselamatan pengguna kenderaan itu dan pengguna lain," katanya.

Penggunaan cermin gelap pada kenderaan di negara ini masih dibenarkan asalkan tidak melebihi had yang ditetapkan, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

Berdasarkan peraturan sekarang, sesebuah kenderaan dibenarkan memasang cermin gelap dengan ketelusan cahaya tidak kurang daripada 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin sisi dan belakang. - BERNAMA

Ulasan GB

Beberapa orang rakan telah bertanya saya malam tadi apakah soalan YB dari Kubang Kerian itu sebagai tanda beliau turut menyokong tindakan kerajaan untuk menyusahkan pengguna kenderaan lama?

Penggunaan kenderaan lama kini menghadapi banyak kesukaran, malah untuk menghidupkan road tax pun kini kena mengambil insurans yang berkali-kali ganda mahalnya. Kini nak dihantar pula ke Puspakom.

GB tidak dapat menghubungi YB Salahuddin. Tetapi GB juga turut tersentak membaca laporan Bernama berkenaan.

Jika benar apa yang dilaporkan, rakyat amat dukacita.

Kemalangan jalanraya yang berlaku tidak mengira usia kereta, baru atau lama. Malah didapati daripada kejadian-kejadian yang dilaporkan setakat ini kita lihat kebanyakan adalah terdiri dari kereta-kereta baru yang usianya kurang 10 tahun. PDRM sepatutnya mempunyai angka yang terperinci mengenai hal ini.

Kedua, kemungkinan sekali YB Salahuddin kini sudah berkereta baru, dah dua penggal menjadi MP. Mungkin dah tak ingat lagi zaman dimana beliau, sebelum menjadi YB dahulu terpaksa menggunakan kereta lama ke hulu hilir menyampaikan ceramah, itu pun menumpang kereta rakan-rakan. Pernah sekali GB ada bersama.

Itu sebab GB kata, ramai YB-YB kita sudah lupa. Sudah hidup dengan kemewahan kemudian ke parlimen bukan untuk menjadikan rakyat senang tetapi megemukakan soalan-soalan yang akan menjadi rakyat lebih susah.

Susah lah begini jika YB Pakatan Rakyat pun dah tak dapat membantu rakyat.

Gunung Merapi Terus Aktif, Hambur Awan Panas 1 Kilometer

Gunung Merapi, Pulau Jawa - Gunung Merapi masih mengeluarkan bunyi gemuruh semalam manakala awan, gas dan serpihan dihamburkan setinggi satu kilometer ke udara.

Gambar: DEBU Gunung Merapi memenuhi kedai-kedai dan jalan di Pekan Muntilan.

"Berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, ia akan meletus sekali lagi pada bila-bila masa," kata seorang ahli vulkanologi Indonesia, Surono.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan menyatakan, jumlah keseluruhan kematian akibat letusan itu meningkat dari 138 orang kepada 141 orang semalam.

Peningkatan itu ekoran pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat di kawasan pergunungan.

Pemerintah Indonesia turut meletakkan bandar Yogyakarta dalam keadaan berjaga-jaga ekoran letusan yang masih belum berhenti.

Lapangan terbang di bandar itu masih ditutup semalam dan debu tebal berterbangan di udara menyebabkan penduduk sukar bernafas.

Bagaimanapun, tidak ada arahan daripada pemerintah supaya penduduk meninggalkan bandar Yogyakarta.

Beberapa kampung kecil kelihatan seperti tidak berpenghuni dengan pintu dan tingkap rumah ditutup.

Namun, terdapat pakaian yang dibiarkan di penyidai.

"Apakah pilihan yang kami ada?'' soal seorang penduduk Sukirno, 37, yang menunggang motosikal bersama isteri dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, dia akan menetap dengan saudara-maranya yang tinggal jauh dari gunung itu kerana bimbang debu tersebut akan menjejaskan kesihatan keluarganya.

Beberapa pakar menyatakan, ancaman terbesar di bandar itu ialah Sungai Code yang mengalir ke tengah bandar tersebut dari Gunung Merapi.

Sungai itu mungkin membawa lumpur berapi yang mengalir ke sungai apabila hujan sekali gus memusnahkan apa saja benda di laluannya.

Endapan gunung berapi telah memenuhi sebuah kawasan kediaman di tebing sungai.

Hampir 280,000 orang kebanyakannya yang tinggal di cerun gunung telah mendapatkan perlindungan di pusat-pusat kecemasan. Kebanyakan penghuni pusat kecemasan itu mengadu tiada tandas dan bekalan air bersih tidak mencukupi.

Gunung Merapi itu meletus pada 26 Oktober lalu dan ia masih belum berhenti.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan penghantaran satu briged tentera untuk membantu kerja-kerja bantuan dan pembangunan semula di tengah Jawa.

Pengumuman itu dilakukan selepas Indonesia turut dilanda tsunami pada 25 Oktober lalu ekoran gempa bumi dalam laut sekuat 7.7 pada skala Richter sehingga mengakibatkan 428 orang terbunuh manakala 15,000 lagi hilang tempat tinggal. - Agensi/kosmo