Bapa pelajar tidak puas hati agihan netbook
KUALA KRAI - Tindakan memilih pelajar dalam kalangan anak ‘orang berada’ sebagai penerima netbook di bawah Program Pemberian Netbbook 1Malaysia di daerah ini menimbulkan rasa tidak puas hati bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah, dekat sini.
Bapa terbabit, Kamaruddin Seman, 55, berkata, tindakan memilih pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi seperti guru dan pegawai kerajaan sebagai penerima berbanding anak orang miskin itu amat mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.
Katanya yang juga pesara kerajaan, seorang anaknya yang kini belajar di Tingkatan Lima turut menjadi mangsa sikap ‘pilih kasih’ pihak terbabit apabila tidak terpilih sebagai penerima.
“Mana adilnya kalau pelajar yang ibu bapa mereka gaji ribu-ribu sebulan boleh terpilih sebagai penerima (netbook) tetapi anak seorang pesara kerajaan seperti anak saya tidak terpilih,” katanya di sini, semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini mengumumkan pengagihan 40,000 netbook untuk pelajar sekolah seluruh negeri ini menerusi dua fasa Program Pemberian Netbook 1Malaysia.
Penyerahan netbook secara berperingkat mengikut daerah, bermula di Jeli, Ahad lalu itu selaras dengan matlamat kerajaan mencapai 27 peratus penembusan jalur lebar dalam kalangan isi rumah di seluruh Kelantan menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, Kamaruddin yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemandu dan Pemilik Kereta Sewa Jajahan Kuala Krai berkata, masalah sama berlaku pada pengagihan bantuan wang ihsan baru-baru ini apabila lebih ramai pelajar daripada keluarga senang yang terpilih.
“Anak orang berada seperti anak cikgu dan pegawai kerajaan tidak sepatutnya dipilih untuk terima wang ihsan kerana ramai lagi pelajar yang lebih susah dan lebih layak dapat bantuan ini.
“Anak saya sebelum ini tidak pernah dapat bantuan dan bila ada pula sikap pilih kasih dalam pengagihan netbook, jadi rasa sudah sampai masanya untuk saya bersuara dan lahirkan rasa tak puas hati,” katanya.
Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, dia sedia bersemuka dengan pihak berkenaan jika diminta membuat penjelasan berhubung dakwaan berlaku sikap pilih kasih dalam pemilihan penerima netbook dan beberapa pengagihan bantuan lain.
“Saya juga nak tahu secara jelas kenapa anak saya tidak tersenarai sebagai penerima (netbook) kerana kalau ikut borang permohonan, dia sepatutnya lebih layak tetapi kenapa kawan dia dalam kalangan anak orang berada boleh terpilih,” katanya. -SH

dahlah hidup susah dan miskin tapi masih sokong UMNO, dah nasib badan
BalasPadamBuat apa bising sana sini. Pangkahlah lagi BN tuh. Dasar orang melayu, dah terantuk baru tengadah. Nasi dah jadi bubur. Telajak perahu boleh undur, tersalah pangkah segalanya mengabur.
BalasPadamYa emangnya begitu resam duniya. Mana ada adilnya, keadilan sendiri pun porakperanda. Bapak Kamaruddin sendiri kan presiden persatuan, kok mau juga netbook ?, ha kan ... bapak juga sama, tengok macem wak ni, beli sendiri aje untuk anak.
BalasPadamsalam.....satu lg projek memperkayakan kroni...sila check harga bg sebuah netbook tu....langsung x masuk akal......bodoh lg melayu kita ni....bila dh jd mcm ni..br nk melalak2....menyampah betul aku...dh terbukti di tranung...wang ehsan ditabur kt puak2 umno...ni klantan plak...ish..semua negeri mlelayu...selamanya melayu kena kencing dgn melayu...aduhai bangsaku...bila kita nk berubah...
BalasPadamSaya beli sendiri netbook untuk anak saya..meski saya tidak kaya! Lebih berkat!
BalasPadamsalam...kita tdk boleh salahkan sebelah pihak saja...pmberian netbook nie bergantung kpd faktor2 lain sama...bukannnya ada sifat pilih kasih atau salah pihak kerajaan...kalau xdpt jgnlah bising2...
BalasPadamLain kali pangkah lah Bn lagi kalau dah kemaruk sangat nak netbook tu. Jangan lupa PRU 13 ni undilah BN ye... Aku rasa lebih baik beli sendiri drpd dpt free.. Duit rakyat tuh.
BalasPadam