10 Nov 2010

Pendatang Asing Diri Rumah Setinggan Di Puchong

Puchong: Mencemarkan pandangan mata apabila puluhan rumah setinggan didirikan dipercayai didiami pendatang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan kilang industri di tebing Sungai Puchong dekat Pangsapuri Angsana Hilir, di sini, sejak empat bulan lalu.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati lebih 10 unit rumah setinggan setingkat dan dua tingkat diperbuat daripada kayu didirikan yang terlindung di sebalik pokok besar.

Penduduk, Rozita Abd Razak, 38, berkata, pendatang berani mendirikan rumah setinggan itu kerana ia tersorok di sebalik pokok besar hingga tidak kelihatan penduduk sekitar.

Katanya, penempatan haram itu boleh mendatangkan pelbagai masalah sekiranya tidak dibendung kerana mereka mungkin akan menambah lagi bilangan rumah serta mengajak masyarakat mereka mendiami kawasan itu.

“Kita bukan tidak suka dengan pendatang asing tetapi kedatangan mereka yang sesuka hati mendirikan rumah boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk kecurian dan rompakan kerana pada masa ini pelbagai masalah jenayah berlaku di sini.

“Kami bukan mahu menuduh mereka melakukan jenayah, tetapi eloklah kita berjaga sebelum kena,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Angsana Hilir,.

Menurutnya, penambahan warga asing di kawasan itu membimbangkan kerana menyebabkan jenayah kecil seperti kecurian berlaku hingga menakutkan penduduk terutama wanita.

Peniaga, Nasir Mohamad, 45, berkata, walaupun kedatangan setinggan tidak mengancam penduduk, ia memberi kesan pada masa akan datang kerana mereka berani mendirikan rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu.

Katanya, kawasan tebing sungai diteroka boleh merosakkan ekosistem air kerana mungkin mereka menggunakan sungai sebagai punca air dan melakukan kegiatan harian.

“Kita tidak mahu kehadiran mereka memberi kesan kepada pelbagai pihak dan meminta pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi melegakan hati masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya akan membuat siasatan perumahan setinggan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, perumahan itu mungkin baru kerana Subang Jaya bersih daripada setinggan apabila semua penduduk dipindahkan ke perumahan yang disediakan.

“Pada masa ini tidak sepatutnya ada setinggan kerana dasar inflasi sifar sudah menghapuskan semuanya dan mungkin ia dibina oleh pendatang asing,” katanya. -metroplus

3 ulasan:

  1. kerajaan BN tutup mata, macam pendatang asing mengundi di Galas dengan kerjasama SPR, bukan rakyat tempatan

    BalasPadam
  2. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya akan membuat siasatan perumahan setinggan sebelum tindakan sewajarnya diambil.
    ini kenyataan sudah baik bolih kaw tim sama pati...masyukk..masyukkk..masyuukk

    BalasPadam
  3. Jangan salahkan Indon tapi salahkan penduduk setempat yang tak membuat laporan kepada yang berkenaan. Salahkan wakil rakyat yang tak turun padang, kenape tak buat je macam dulu, ketika memancing undi kalau boleh ponggong Pak Mat Tempe (sakit) pun nak dicuci, punya prihatin.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.