28 Sep 2010

Video: Kereta Lotus Terbakar Di GP Singapura Kelmarin

Grand Prix Singapura berakhir dengan suram buat Lotus Racing apabila jentera Heikki Kovalainen terbakar pada pusingan terakhir sekaligus menyaksikan kedua-dua pemandu pasukan itu gagal menamatkan perlumbaan.

Jarno Trulli sebelum itu menghadapi masalah kegagalan hidraulik pada lap 26, menamatkan cabaran beliau selepas permulaan yang baik pada awal perlumbaan.

Walaupun dihalang oleh pelbagai rintangan, prinsipal pasukan itu, Tony Fernandes tetap positif.

"Perlumbaan malam ini menandakan satu anjakan ke hadapan buat kami," ujar Tony.

"Kami akan menggunakan semua yang dipelajari hari ini untuk memastikan kami kembali dengan lebih hebat pada 2011."

Kovalainen pula sudah semakin hampir untuk menamatkan perlumbaan sebelum jenteranya terbakar.

"Saya rasa injap pelepas tekanan minyak kereta saya pecah lalu menyebabkan kebakaran tersebut.

"Kami sudah hampir pasti tamat di tempat ke-15 tapi apakan daya, inilah perlumbaan," gurau beliau.

Kekecewaan pula menyelubungi Trulli selepas masalah hidraulik yang seringkali menyukarkan beliau sepajang musim menyerang kembali.

"Permulaan saya agak baik tapi masalah mula timbul lama kelamaan," menurut Trulli.

"Minggu ini agak sukar bagi saya tapi saya berharap dapat menebus kekecewaan di Suzuka, yang merupakan antara litar kegemaran saya." -astroarena



Siapa Serigala Berkulit Bebiri Dalam PKR?

Ada serigala dalam PKR? Oleh Siddique Ghouse

Bila Nurul Izzah menyebut adanya “serigala berkulit bebiri” dalam PKR beberapa hari yang lalu, kebanyakan ahli parti itu tercengang-cengang kehairanan; Bila pula adanya serigala seperti itu dalam PKR?

Apakah kenyataan seperti itu suatu sandiwara atau apakah ini benar-benar suatu peristiwa? Kalau Nurul bersandiwara, ahli parti kena tarik balik gelaran srikandi yang diberi padanya.

Jika ini peristiwa yang benar, ahli parti kena ambil berat dan tidak boleh main-main. Ini bukan sekadar cerita penglipur lara “The Shepherd Boy and the Wolf” dalam koleksi ceritera yang ditulis oleh Aesop.

Jika “serigala” itu hanya dijumpai di kota Kuching, tempat Nurul meneriakkan amaran serigala dan hanya akan “membaham bebiri” di persekitaran kota Kucing, barangkali Nurul tidaklah “cemas” sangat.

Dia mungkin boleh bisik-bisik kepada ahli dan pimpinan PKR di kota Kuching supaya “berjaga-jaga” kerana serigala itu sudah kelihatan di situ.

Tetapi apabila Nurul melihat serigala itu sudah merayau-rayau ke seluruh pelusuk kota dan desa di negeri satu Malaysia, untuk menjadikan dirinya “ketua bebiri” dan nantinya akan membaham lebih banyak bebiri dalam PKR, makanya Nurul sudah tentu menjadi amat cemas lalu meneriakkan amaran dengan nyaring “Awas ! Awas! Serigala itu sudah datang !!”

Dia memakai kulit bebiri, dia mahu jadi ketua bebiri! Dia akan membaham bebiri! Parti bebiri akan hancur tinggal tulang! Yang boleh bunuh; bunuh! Yang tidak boleh bunuh; lari! Lari!

Barangkali itulah teriakan dalam hati srikandi yang namanya Nurul itu. Hebat juga srikandi Nurul ini.

Tak nampak

Ahli-ahli parti juga hairan bagaimana srikandi Nurul boleh mengenali serigala itu walhal hampir semua pemimpin besar dalam PKR macam tak “perasan” adanya seekor serigala seperti itu dalam PKR.

Takkanlah ketua umum tidak nampak dan beri amaran awal. Takkan presiden, timbalan, naib, setiausaha dan pemimpin kanan PKR lain tak nampak. Hatta ketua strategik yang bertanggungjawab ehwal keselamatan PKR pun macam tak nampak juga.

Atau mungkin juga mereka betul-betul tidak nampak kerana barangkali kulit serigala itu “sebijik” macam kulit orang-orang besar dalam PKR.

Bila cerita serigala ini di dedahkan oleh srikandi Nurul, ramai orang tertanya-tanya dan pelbagai soalan timbul; macam mana Nurul boleh kenal serigala itu?

Bila agaknya kulit bebiri yang dipakai serigala itu terselak dan ternampak oleh wajah sebenar serigala itu?

Di mana Nurul nampak wajah sebenar serigala itu ? Di tengah-tengah majlis parti, atau di pejabat parti atau di rumah ketua parti - tempat di mana bebiri selalu bertemu dan berkumpul.

Dan persoalan yang paling dinantikan jawabannya ialah siapakah gerangannya pemimpin dalam PKR yang dikatakan serigala berkulitkan bebiri itu?

Mengikut Nurul pemimpin seperti serigala ini tidak harus diangkat menjadi pemimpin PKR. Jika baru masuk harus ditendang. Jika sudah lama di dalam parti dia harus diterajang, kerana itulah layanan selayaknya kepada serigala yang ganas yang menyembunyikan jatidirinya semata-mata untuk mempastikan matlamatnya dicapai, iaitu membaham mampus seluruh warga bebiri dan memusnahkan terus “parti bebiri” yakni parti PKR.

Siapa serigala PKR?

Apapun jua soalan yang dikemukakan, srikandi Nurul mungkin tidak akan mendedahkannya kepada umum siapakah yang dimaksudkan itu. Kecuali orang yang bertanya itu kenalan rapat Nurul atau orang yang dipercayai Nurul.

Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim.

Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya “Serigala yang menyamar sebagai Bebiri“ yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid.

Jadi siapakah yang dimaksudkan?

Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula “serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama” malah bergandingan erat pula dengan ketua umum.

Banyak “bual kosong” orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh “menggosip” perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu “membaham” Zaid Ibrahim.

Tidak mungkin juga serigala itu naib presiden Mustafa Kamil Ayub kerana Mustafa amat dikenali sebagai budak baik, kerja rajin dalam PKR. Macam-macam projek dia buat untuk mempromosi PKR cumanya kekadang dia lebih banyak memperaga wajahnya yang lawa itu lebih dari imej PKR. Taring Mustafa belum nampak ada “kesan darah membaham bebiri”

Terbakar dan bisa

Kalau bukan dua Naib Presiden tersebut maka siapa lagi serigala itu kerana serigala yang dimaksudkan oleh Nurul itu adalah yang mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kanan PKR.

Barangkali serigala itu mengikut Nurul mahu menjadi timbalan presiden atau naib presiden kanan. Kalau serigala itu setakat mahu bertanding AJK Pusat, mungkin Nurul tidak kisah sangat dan tidak akan “sibuk-sibuk” menimbulkan isu yang panas seperti ini. Dia pasti akan turut “terbakar” akibat kepanasan isu ini, kerana “ngauman serigala” itu “bisa” membakar sesiapa sahaja yang berani mengganggu pelan strategiknya.

Jadi ahli parti kena mula teropong jauh ke dalam parti mengenalpasti serigala itu. Jangan sampai sudah banyak yang terkorban baru para ahli nak berkonvensyen dan merumuskan resolusi menghapuskan sang Ssrigala itu.

Dalam pemilihan PKR kali ini srikandi Nurul sudah memberi isyarat awal bahawa serigala itu sedang bersiap sedia untuk menjadi pemimpin utama parti dan Nurul amat resah jika serigala itu kali ini berjaya lagi sebab itu dia berteriak nyaring kali ini.

Mesej Nurul adalah supaya ahli parti segera menganalisis watak serigala ini dan segera mengenalpasti orangnya dan segera menghalau atau membunuhnya dari perkampungan PKR.

Orang yang berwatak serigala yang menyamar sebagai bebiri ini mengikut Nurul tidak boleh dibenar memimpin parti PKR.

Begitulaj mesej Nurul yang terkandung dalam ucapannya di kota Kuching, Sarawak yang dipetik oleh media alternatif yang ulung, yang antara lain berbunyi; “they should be aware of leaders who were just like a wolf wearing a sheepskin. It means he is being deceitful, dishonest and not to be trusted”

Berita ini tidak sempat berlegar luas di media alternatif lain kerana ia tiba-tiba tenggelam atau sengaja dipadam, selepas bermulanya pencalonan bagi jawatan utama PKR yang sedang rancak berjalan sekarang ini.

Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan “bebiri yang pekak dan bisu” yang sedang berkira-kira nak menjadi “ketua umum kepada Ketua JKKK” apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan. -mk

Tujuan Rekod: Gambar Sekitar Solat Jenazah ADUN Galas



8 Syawal 1431H.

GUA MUSANG : Dianggarkan sekitar 3000 orang yang hadir dalam solat jenazah ADUN Galas, Chek Hashim Sulaima awal pagi tadi. Sembahyang diimamkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikut ini adalah koleski gambar yang diambil oleh Blogger Topeng Perak dan Blogger Tok ggawo.

dari : idhamlim.blogspot.com











Ulasan GB

Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Ikan berenang di dalam lubuk.
Ikan belida terkena panah.
Adat pinang pulang ke tampuk.
Adat jasad pulang ke tanah.

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Anak haruan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Budi tuan dalam perjuangan kami terima,
Terhutang sampai bertahun-tahun.

Isu Si-Sepet Dan Si Botol Dibawa Ke Galas

Ungkapan 'Si Sepet' & 'Si Botol', MCA Mahu Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR 28 SEPT : MCA hari ini menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiasat dan bertindak terhadap Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Hamim Husin jika terbukti mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap kaum Cina dan India.

“Jika perlu, polis harus mendakwa Hamim mengikut Akta Hasutan 1960 kerana menghina masyarakat itu.

“Sudah tiba masanya menghentikan tindakan bongkak dan tidak bertolak ansur di kalangan fanatik itu,” kata Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut Malaysiakini, Loh berkata, MCA terkejut seorang pegawai kanan kerajaan yang tanggungjawab utamanya untuk memupuk semangat patriotik, menjadi begitu rasis dan terhadap komuniti minoriti di negara ini.

“Adalah memalukan seorang kakitangan awam yang digajikan BTN yang melatih bakal kakitangan awam sanggup menggunakan kata-kata seperti 'si sepet mata dan 'si kaki botol' ke atas rakyat Malaysia keturunan Cina dan India.

Hamim semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno semalam dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata adalah hak memerintah negara di tangan kaum Melayu dan menggesa mereka bersatu mempertahankan hak itu.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi anacam,” katanya yang dilapor turut berkata, "Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC."

“Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu Caves dan juga mempunyai satu undi,” Hamin dilaporkan berkata. -TVS



Si sepet, si botol: Itulah wajah sebenar Umno

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.

Anggapan itu merujuk kepada ucapan seorang pegawai BTN yang dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.

"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah sebenar Umno. Mereka akan jadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrem dalam memainkan isu perkauman," ujarnya di Pejabat Agung PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, insiden terbaru yang dialporkan itu seakan mengulangi tindakan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas bagi Perdana Menteri pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka.

Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.

"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya.

Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno.

"Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia.

"Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain kian sedar dengan bahaya politik perkauman yang ditiupkan oleh Umno dan BTN itu.-harakahdaily


Ulasan GB

Mulai sekarang pastikan semua isu dikumpulkan untuk dibawa ke Galas termasuk isu perkauman UMNO seperti tiada tindakan ke atas pengetua rasis dan juga isu si sepet dan si botol di atas.

Masyarakat bukan-Melayu mempunyai banyak isu ekoran dari semangat perkauman yang dimainkan UMNO bersama-sama dengan Perkasa.

Sementara isu tempatan seperti isu royalti minyak sepatutnya boleh mendominasikan kempen PRK Galas nanti.

Yakin boleh!

Saman 4 Pelajar UKM Cabar AUKU Ditolak

Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mencabar Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang dikenakan terhadap mereka.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali dalam kamarnya kira-kira pukul tiga petang tadi.

Peguam mewakili empat pelajar UKM, Haris Ibrahim ketika ditemui pemberita berkata, hakim dalam keputusannya mendapati Seksyen 15 (5) (A) AUKU tidak bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hak kebebasan bersuara.

Berikutan itu, hakim turut memutuskan 7 Oktober depan sebagai tarikh pendengaran hujah injuksi erinford (sementara) yang dikemukakan pihak plaintif bagi menyekat pihak sebelah (UKM) terus mengenakan tindakan disiplin terhadap empat pelajar terbabit sementara menunggu rayuan difailkan.

"Pendengaran injuksi erinford tidak dapat diteruskan hari ini kerana peguam mewakili UKM Datuk Shafie Abdullah tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

"Jadi defendan sebentar tadi memberi jaminan kepada hakim bahawa korum barisan peguamnya akan dapat dipenuhi pada Jumaat depan," katanya.

Pada 23 April lalu, empat pelajar tahun akhir Sains Politik UKM tersebut Hilman Idham bersama Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai serta empat aktivis luar lain ditahan dalam sekatan jalan raya sekitar kira-kira pukul 10 malam.

Polis menjumpai sekeping video cakera padat (VCD) ceramah oleh parti politik.

Kesemua pemimpin Kelab Sains Politik UKM itu kemudiannya menerima surat pertuduhan daripada mahkamah UKM pada 13 Mei lalu menyatakan mereka akan didakwa bawah Seksyen 15 (5) AUKU yang berbunyi:

"Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap – (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia".

Mereka bagaimanapun, menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada semasa pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor berlangsung itu adalah untuk tujuan kajian penyelidikan akademik.

Turut mewakili pelajar terbabit peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Ashok Kandiah.

Sementara itu, Hilman yang ditemui sebaik sahaja selesai perbicaraan berkata walaupun permohonan mereka ditolak tetapi ia tidak akan melunturkan semangat mereka untuk terus berjuang bagi memastikan AUKU dimansuhkan.

"Hari ini mahkamah menetapkan bahawa permohonan untuk mencabar AUKU telah ditolak namun kami akan tetap teruskan perjuangan ini.

"Ini adalah satu titik permulaan bagi mahasiswa untuk terus bersemangat dan berjuang bagi memastikan AUKU ini dimansuhkan demi masa depan negara.

"Ini kerana ia melibatkan masa depan negara dan pendidikan merupakan asas kemajuan negara, jadi AUKU ini perlu dimansuhkan," katanya.

Kira-kira 100 penyokong daripada Solidariti Mahsiswa Malaysia (SMM), Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) turut hadir dan berhimpun secara aman diluar perkarangan mahkamah bagi memberikan sokongan moral. -FMT

Ulasan GB

Bersabar. Akan tiba hari kemenangan itu.
...... teringat GB masa muda-muda di ipt tempatan dulu....

Kes Sosilawati: Peguam Suspek Tidak Tahu Bila Pelanggannya Akan Didakwa

Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Tidak Tahu Bila Pelanggan Akan Didakwa

KUALA LUMPUR: Peguam Ravi Nekoo yang mewakili dua adik beradik peguam yang ditahan berhubung pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, berkata beliau tidak tahu bila pelanggannya dan enam lagi suspek akan didakwa.

"Perintah tahanan reman pelanggan saya akan berakhir hari Sabtu, jadi saya rasa mereka mungkin didakwa Jumaat ini, atau polis mungkin memutuskan untuk memohon tempoh tahanan dilanjutkan kepada majistret," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Ravi akan menulis kepada pemangku ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah, bagi membolehkan beliau dan seorang lagi peguam mempunyai akses kepada suspek kerana kedua-dua pelangggannya yang berumur 41 dan 38 tahun kini ditahan kontinjen polis negeri itu.

"Setakat ini, hanya sekali polis memberikan akses kepada kami dan isteri suspek bertemu mereka. Bagaimanapun, kami mahu bertemu dengan mereka tanpa kehadiran pegawai polis," katanya.

Beliau berkata berdasarkan undang-undang, peruntukan Seksyen 28A(5) Kanun Prosedur Jenayah membenarkan peguam mempunyai akses kepada pelanggannya dalam penglihatan pegawai polis, tapi bukan pendengaran.

"Dalam kata lain, mereka (polis) boleh menyaksikan perbualan kami namun mereka tidak boleh mengikutinya. Kami perlukan privasi sepenuhnya dalam perkara ini, yang telah dinafikan sejak kunjungan pertama lagi," katanya.

Beliau berkata, polis telah mengguna pakai Seksyen 28A(8) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan peguam mungkin mengganggu bukti, atau mereka bimbang suspek akan melarikan diri.

Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu selepas mereka dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sehingga mati, mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

"Mereka sudah pun mempunyai lebih daripada 14 hari untuk mengumpul bukti daripada suspek, maka kini berikan akses untuk kami bertemu dengan pelanggan kami," katanya yang turut meminta polis membenarkan enam lagi suspek dalam kes itu diberikan akses bertemu peguam mereka.

Ravi juga berkata pada masa ini, hanya beliau dan isterinya, Pushpa Ratnam berada dalam pasukan pembelaan bagi kes itu, manakala seorang lagi peguam iaitu D.P.Vijandran belum memutuskan sama ada akan menyertai mereka atau tidak. - BERNAMA

Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Bekas Pengerusi Eksekutif MAS?

Salahuddin gesa PACC siasat kerugian MAS semasa Tajuddin

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat isu kerugian RM8 bilion MAS didakwa dialami ketika pengurusan bekas pengerusi eksekutifnya Tan Sri Tajudin Ramli.

Salahuddin berkata beliau juga telah meminta jawatankuasa khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). yang beliau merupakan salah seorang anggotanya, agar siasat segera isu tersebut selepas badan antirasuah itu gagal menyiasat kes berkenaan.

“Hari ini saya telah menghantar surat kepada SPRM dan PAC berhubung kerugian RM8 bilion ditanggung MAS.

“Saya mahu kedua-dua agensi ini menyiasat secara terperinci mengenai perkara ini dan memanggil mereka yang terlibat termasuk Tajuddin untuk memberikan keterangan,” katanya.

Beliau juga menggesa suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dan menyelesaikan isu kerugian MAS.

“Saya mahu suruhanjaya diraja isu ini adalah kes berprofil tinggi selain melibatkan agensi termasuk SPRM dan MAS sendiri.

“Jadi saya rasa perlu suruhanjaya diraja ini ditubuhkan,” katanya.

Ini merupakan kali ketiga Salahuddin membuat kenyataan berhubung kerugian MAS selepas kali terakhir pada Ogos lalu.

Sebelum ini Salahuddin meminta Perdana Menteri campur tangan dengan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan isu kerugian RM8 bilion yang ditanggung MAS berikutan dakwaan bahawa SPRM mendedahkan maklumat kepada pihak polis sehinggga pihak-pihak bertanggungjawab tidak didakwa lagi.

Beliau berkata, berkata isu itu telah berlarutan sejak lapan tahun lalu melibatkan dua bekas perdana menteri sebelum ini, dan Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan komitmen menyelesaikan masalah ini.

Laporan polis pertama terhadap Tajuddin pada 2002 kerana dipercayai menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian lebih RM8 bilion.

Tajuddin menerajui MAS dari 1994 hingga 2001.

Laporan kepada SPRM bertarikh Mei 2009 mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan mendakwa Tajuddin walaupun ketua CCID ketika itu Datuk Ramli Yusoff memberi jaminan pada 2007 bahawa ia ada menemui kesalahan-kesalahan yang boleh dibuktikan.

Malah laporan itu mendakwa Tajuddin diberikan akses kepada rekod-rekod siasatan dan polis yang kemudian digunakan untuk dakwaan proses artibrasi. -TMI

Jenazah Allahyarham ADUN Galas Selamat Disemadikan

ADUN Galas Dikebumikan Awal Pagi Ini

Gambar: Ibu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Allahyarham Che Hashim Sulaima, Tuan Jah Tuan Mahmood, 65, (dua, kanan) menyiram air mawar di pusara anaknya selepas upacara pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting di sini, awal pagi tadi.

GUA MUSANG: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, 46, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kerinting, di sini, awal pagi ini.

Che Hashim meninggal dunia di Hospital Al-Islam, Kampung Baru Kuala Lumpur pukul 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu sejak tujuh hari lepas akibat barah usus yang dialaminya lebih setahun lalu.


Sebaik jenazah Allahyarham tiba dari Kuala Lumpur pukul 12 tengah malam tadi, ia terus dibawa ke Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra untuk disembahyangkan dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jenazah itu kemudian dibawa ke rumah isteri pertama Allahyarham, Che Bongsu Yunus, 49, di Perumahan Jabatan Perumahan Negara (JPN) Kampung Kerinting sebelum dikebumikan pada pukul 1 pagi.

Seorang lagi isteri Allahyarham ialah Aida Zakaria.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas setelahmenewaskan calon Barisan Nasional Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi apabilabeliau memperoleh 4,399 undi manakala Mohamad Saufi mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, semasa ditemui di masjid Tengku Muhammad Faiz Petra berkata, pihaknya akan mengemukakan dokumen berkaitan kematian Adun Galah itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secepat mungkin.

"Tengoklah kalau dapat sijil kematian Allahyarham esok (hari ini) kita segerakan berbuat demikian bagi mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Galas," katanya. - BERNAMA


Kehilangan besar

KOTA BHARU – Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima sebagai seorang pemimpin rakyat yang baik dan tidak mempunyai kontroversi.

Md Alwi berkata, beliau sudah lama mengenali Che Hashim memandangkan isteri pertama Allahyarham juga berasal dari Kok Lanas.

“Saya mewakili ADUN Pembangkang yang lain ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau seorang yang baik dan isteri pertama beliau juga orang kampung saya. Isteri beliau pernah menjaga ibu saya sewaktu sakit ketika itu mereka masih beluam berkahwin.

“Allahyarham juga merupakan seorang ADUN yang tidak mempunyai kontroversi sebab mungkin dia sendiri tak sangka dia akan menang pada pilihan raya 2008 sebab dia bertanding di kubu kuat Barisan Nasional. Beliau juga merupakan seorang yang aktif di dalam dewan. Beliau selalu mencelah masa saya berucap. Sama-sama memberikan pendapat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Allahyarham Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Pusat perubatan Kampung Baru di sini dua hari lalu dan disahkan meninggal dunia kira-kira 4.30 petang semalam.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Che Hashim yang mewakili Pas berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan undi yang diperolehi 4,399 manakala penyandang dari BN Saufi Deraman mendapat 3,753 undi.

Allahyarham Che Hashim yang dengan majoriti 646 undi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad mewakili BN turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. -SH


Nik Aziz Tempelak Pemuda UMNO

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang tidak dapat berfikir dengan baik ketika mengulas isu sebuah syarikat yang dikatakan mahu menderma RM4 Bilion kepada Kerajaan Negeri.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Anuar Safian seharusnya menyedari sumbangan yang dibuat oleh I’da World Group itu hanya berbentuk replika yang tiada nilai.

“Ketua Pemuda UMNO nak cabar saya, cabar apa bendanya, dia tak fikir orang (syarikat) itu bukan bagi duit, bagi replika (cek), nak kata saya terima duit apa,” katanya kepada pemberita rumahnya di Pulau Melaka, semalam.

Anuar dalam satu kenyataan kelmarin, meminta Nik Aziz menyaman malu atau apa jua saman yang bersesuaian dengan fakta yang ada berkaitan isu derma RM4 bilion.

Menurutnya, saman itu penting untuk membuktikan bahawa Nik Aziz tidak tahu menahu dan tiada dimaklumkan mengenai pelaburan dan wang yang didakwa diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Nik Aziz dalam nada sinis meminta Anuar supaya menghadiri khusus berkaitan undang-undang Islam yang ingin dianjurkan oleh Dewan Himpunan Penyokong Pas.

“Saya nak ketua pemuda supaya buat permohonan dalam khusus ini, faham mengenai undang-undang Islam supaya beliau faham dan malu sikit kepada mereka (orang bukan Islam),” katanya sambil tersenyum.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, pihaknya belum merancang untuk menyaman Ida World Group yang menimbulkan kontroversi kerana mahu memberikan RM4 bilion yang dikatakan menjejaskan imej Kerajaan Pas Kelantan. -SK

Tayangan "Lagenda Budak Setan" Bakal Kembali Di Galas?

Polis sedia hadapi pilihan raya kecil Galas

KOTA BAHARU - Polis bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya.

Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terlibat dalam suasana aman dan harmoni. -Bernama

Ulasan GB

Anak didik UMNO - yang dikatakan pelapis pimpinan negara di masa hadapan.










PRK Galas Hujung Okt Selepas Perhimpunan Umno?

Selepas ‘berehat sementara’ selama empat bulan daripada siri ribut pilihan raya kecil — parti-parti politik nampaknya tiada pilihan kecuali menghadapi satu pilihan raya kecil. Kali ini pilihan raya kecil ke-12 sepanjang pascapilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dua pilihan raya kecil yang lalu masing-masing kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Sibu pada April dan Mei dimenangi oleh calon MIC-BN dan DAP-PR.

Kali ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pilihan raya kecil dan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud. Yang kedua di Kelantan selepas DUN Manek Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan Julai 2009 dengan peratusan keluar mengundi paling tinggi dan ia dipertahankan oleh calon PAS. Majoriti undi diperoleh calon PAS 65. BN yang menurunkan calon Umno mengecilkan jurang majoriti berbanding pilihan raya umum 2008.

Bertolak daripada senario itu, Galas juga menjadi tumpuan ramai khususnya ketika kebanyakan pihak mula bercakap-cakap tentang pilihan raya umum tergempar. Jika sebelum ini pilihan raya umum negeri Sarawak dijangkakan akan diadakan bila-bila masa mulai sekarang dan bakal menjadi petanda atau ukuran populariti sebelum Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum ke-13, keputusan DUN Galas kemungkinan akan menggantikan kedudukan itu.

Galas juga salah satu kerusi yang terletak di kerusi Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua Umno bahagian dan Ahli Parlimennya.

Berdasarkan peruntukan pilihan raya ruang bagi mengadakan mana-mana pilihan raya kecil (kecuali DUN Sarawak) adalah sehingga Mei 2011 iaitu dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim

Sulaima akibat barah usus.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

“Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lepas.

“Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan,” kata Wan Ahmad.

Che Hashim, 46, wakil rakyat penggal pertama merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Selain Galas, dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Di DUN Kelantan, PR menguasai 39 kerusi manakala BN pula enam.

Mengikut perangkaan kasar DUN Galas terdiri dairpada 10,330 pengundi dengan kira-kira 6,200 orang Melayu, Cina (1,900), India (172) dan Orang Asli (2,000).

Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Baru Ekonomi (MBE).

SPR pernah menggunakan pendekatan itu sebelum ini. Misalnya ketika pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Lubok Antu pada awal April 2009 diadakan selepas perhimpunan agung akhir Mac.

Memetik alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini, sudah pasti pilihan raya kecil hanya akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang berlangsung mulai 19 hingga 23 Oktober ini. Dari tarikh perhimpunan ini SPR masih mempunyai masa kira-kira sebulan lagi untuk mengadakan pilihan raya lebih-lebih lagi sebelum sambutan Aidiladha, 17 November.

Jika ini berlaku dan diambil kira bermakna sebagaimana pernah disaksikan di tiga pilihan raya kecil serentak Mac-April 2009 dan Manek Urai Julai 2009, parti-parti politik yang bertanding akan mempunyai ruang yang lama untuk berkempen secara tidak formal sebelum memasuki gelanggang secara rasmi.

Jika ia berlaku Umno-BN akan menggunakan perhimpunan semasa untuk memobilisasi jentera mereka.

Dalam kenyataan semalam Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini, kata beliau.

Selain daripada soal tarikh, pilihan raya kecil inin juga dijangka menarik ia merupakan salah satu kerusi yang berada di Parlimen Gua Musang dan berlangsung selepas di sebalik pelbagai isu peringkat negeri dan pusat termasuklah isu tuntutan royalti oleh kerajaan negeri. Kes berkaitan difailkan pada 30 Ogos lalu.

Ramai juga akan melihat peranan yang akan dimainkan oleh Umno Gua Musang dalam menggerakkan jentera menghadapi pilihan raya kecil ini. Gandingan peranan Umno bahagian, negeri dan pusat juga sudah pasti akan menjadi aspek menarik untuk diperhatikan.

Beberapa jam sebelum Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir, laporan Bernama menyebut bahawa Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Timbalan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.

Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober

bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan pada perhimpunan agung parti nanti.

Penganalisis dan pemerhati sudah mula mengandaikan isu berkenaan akan menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi selepas ia juga disentuh dalam dialog tertutup Puteri Umno semalam.

Kemungkinan konvensyen ini juga akan menjadi program membuat persiapan menghadpai pilihan raya sebagaimana dilakukan oleh Konvensyen BN Selangor sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kedua-dua PR dan BN kelihatan mempunyai senarai isu untuk dibawa ke gelanggang pilihan raya kecil DUN Galas sementara kita masih menanti satu dua lagi pilihan raya - kerana sebab teknikal - sebelum tempoh Mei 2011 tiba. -TMI

"Jangan Tukar Slogan" Dedahkan Bangang Yang Melantun-lantun

UMNO diingat tidak terjerat slogan DAP

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli UMNO yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Malaysian first and Malay second’ boleh dianggap mempunyai pandangan bertentangan dengan prinsip perjuangan dibawa parti itu selama ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata slogan itu tidak perlu dilayan pemimpin UMNO kerana ia adalah taktik murahan dan perangkap halus daripada DAP yang berusaha merosakkan perjuangan UMNO.

“Ia bercanggah dengan perlembagaan dan tujuan penubuhan UMNO. Selama ini UMNO memperjuangkan politik orang Melayu. Kita rebut kemerdekaan untuk beri keadilan kepada semua, namun terpaksa menyatukan orang Melayu di bawah satu parti siasah terlebih dulu.

“Apa salahnya jika mengaku saya Melayu dulu, rakyat Malaysia kedua. Negara dan bangsa tidak boleh dipisahkan. Bangsa adalah akar, sumber budaya dan jati diri kita,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada sesi Parlimen sebelum ini isu ‘Malaysian first and Malay second’ hangat diperdebatkan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyatakan bahawa dirinya adalah ‘Malaysian first and Chinese second’ serta mencabar Menteri dan Ahli Parlimen lain menyatakan pendirian masing-masing.

Cabaran Kit Siang disahut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan beliau adalah ‘Malay first and Malaysian second’.
Mohd Puad berkata, jika perkara itu terus diperdebat dan pemimpin UMNO terus mengikut rentak DAP akan menyebabkan mereka terjebak dengan dilema ‘Malayfobia’ sehingga boleh meragut jati diri bangsa.

“Lebih malang lagi apabila sudah ada pemimpin parti terperangkap dengan taktik licik Kit Siang yang tidak mengotakan apa yang dicakapnya selain terus memperjuangkan kepentingan orang Cina,” katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran turut mengkritik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana terperangkap dengan permainan politik DAP apabila beliau tidak bangga sebagai bangsa Melayu. -BH

Ulasan GB

GB salintampal entri tukar-tiub yang agak menarik.


SLOGAN : HIDUP MELAYU!
KERANA MELAYU KURANG OXYGEN !




UMNO DI INGAT TIDAK TERJERAT SLOGAN DAP – beerita hairan

Pemimpin dan ahli UMNO yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Malaysian first and Malay second’ boleh dianggap mempunyai pandangan bertentangan dengan prinsip perjuangan dibawa parti itu selama ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi, berkata slogan itu tidak perlu dilayan pemimpin UMNO kerana ia adalah taktik murahan dan perangkap halus daripada DAP yang berusaha merosakkan perjuangan UMNO.

“Ia bercanggah dengan perlembagaan dan tujuan penubuhan UMNO. Selama ini UMNO memperjuangkan politik orang Melayu. Kita rebut kemerdekaan untuk beri keadilan kepada semua, namun terpaksa menyatukan orang Melayu di bawah satu parti siasah terlebih dulu.

“Apa salahnya jika mengaku saya Melayu dulu, rakyat Malaysia kedua. Negara dan bangsa tidak boleh dipisahkan. Bangsa adalah akar, sumber budaya dan jati diri kita,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

KAH KAH KAH

woit… INI SARANAN BETUL DARI PEMIMPIN YANG JUJUR… kah kah kah..

kah kah kah… KENAPA PERLU TUKAR SLOGAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. GEROMBOLAN WAJIB SETIA PADA SLOGAN …. kah kah kah..

woit… JANGAN LUPA….. INI SLOGAN PARTI GEROMBOLAN…. kah kah kah…

woit… INI SLOGAN NYA : BANGANG DARI DULU KINI DAN SELAMA LAMANYA… kah kah kah - tukartiub


Demikian adanya.

Ini bererti, UMNO meletakkan slogan 1Malaysia di belakang punggung, di depan tetap menjulang dan mencium keris.

MCA & MIC Batu Pahat pasti dah buat catatan. Di Batu Pahat, pengundi Melayu: 52.79%Cina: 45.72% dan India: 1.43%. Bererti 50-50 diantara Melayu dan bukan-Melayu. Lu fikir la sendiri.


2 Abang Usahawan India Beri Kenyataan Kepada Suruhanjaya Tinggi India

Dua abang usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, Isnin memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi India di Jalan Taman Duta di sini.

Gambar: Adik kepada kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, Vijaya Subramaniam (kiri) dan Dr Rasi Visuanathan ketika keluar dari Kedutaan India selepas bertemu Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia mengenai kehilangan abangnya di sini hari ini. foto: Bernama

Vijaya Subramaniam dan adiknya, Dr Kasi Viswanathan tiba di bangunan suruhanjaya tinggi itu pada 3.30 petang dengan ditemani bekas anggota Majlis Tertinggi MIC K P Samy, sebelum dilihat beredar keluar dari bangunan kira-kira 5 petang.

Dr Kasi berkata mereka akan berada di ibu kota sehingga kes kehilangan Muthuraja selesai, manakala ibu bapa mereka akan datang jika diminta berbuat demikian oleh Polis Diraja Malaysia.

"Kami menunggu polis Malaysia memberikan jemputan rasmi kepada kedua ibu bapa kami... Saya akan berada di sini sehingga masalah selesai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan suruhanjaya tinggi di sini, Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kedatangan kedua-dua abang jutawan itu.

"Pihak polis tidak mengetahui tentang kehadiran mereka, mungkin mereka dijemput oleh pihak suruhanjaya," katanya.

Muthuraja, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sejurus tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas.

Isteri mangsa, S Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 Sept lepas, dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat Jumaat lepas. - BERNAMA


Keluarga saudagar fail bantahan

KUALA LUMPUR: Keluarga saudagar batu permata dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, yang dipercayai dibunuh suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mengemukakan bantahan rasmi secara bertulis kepada Kerajaan Malaysia.

Bantahan difailkan melalui Kedutaan India di Jalan Duta dilakukan adik mangsa, Dr Kasi Vishwanathan, 30-an, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Dr Kasi yang tiba di ibu negara Jumaat lalu bagi memantau perkembangan kes abangnya berkata, keluarganya mengambil keputusan itu selepas kurang berpuas hati dengan pengendalian kes berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, kes kehilangan ahli perniagaan itu dibuat pada 8 September lalu sedangkan ahli perniagaan itu datang ke negara ini pada Januari lalu. Ini menyebabkan polis tiada maklumat terperinci mengenai kehilangan jutawan itu.

Beliau mempunyai perniagaan di Russia juga mendakwa keluarganya tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkembangan siasatan kes terbabit, malah tidak pernah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) seperti dilaporkan media.

“Tujuan kami ke sini (Kedutaan India) adalah untuk memfailkan bantahan rasmi kepada Kerajaan Malaysia. Banyak perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli keluarga berhubung kes ini.

“Keputusan ini dibuat selepas mendapat nasihat peguam. Yang pasti, kami berada lebih lama lagi di negara ini untuk mengikuti perkembangan kes dan membantu siasatan sekiranya diperlukan,” katanya.

Katanya, segala kenyataan isteri mangsa, S Usharani, 24, juga bercanggah dengan situasi sebenar kehilangan abangnya itu. Antara kenyataan yang dikatakan bercanggah itu ialah mengenai maklumat awal kehilangan suaminya yang dilaporkan media.

Kunjungan Dr Kasi ke Kedutaan India turut ditemani isterinya, seorang wanita warga Russia; adik lelakinya, Vijay Subramaniam dan wakil pembangkang, K P Samy yang bertindak sebagai pegawai perhubungan mereka di Malaysia.

Dalam kejadian 18 Januari lalu, Muthuraja, dilaporkan hilang selepas dijemput dua beradik peguam yang juga suspek utama kes bunuh dan bakar Sosilawati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang sebelum dibawa ke Banting.

Sebelum ini, isteri mangsa, Usharani, berkata mangsa yang memiliki perniagaan batu permata, syarikat kewangan, restoran dan hartanah di Chennai, berkunjung ke Malaysia untuk meninjau peluang pelaburan selepas diyakinkan kedua-dua suspek.

Kali terakhir mangsa menghubungi isterinya sejurus tiba di KLIA dan memaklumkan dijemput kedua-dua suspek untuk dibawa ke Banting sebelum gagal dikesan hingga kini. -BH


Umno-BN Fobia Kartun Zunar

Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan menahan kartunis politik, Zulkiflee Anwar Ulhaque aka Zunar yang membuktikan corak intimidasi berterusan untuk mengekang kebebasan berekspresi di negara ini.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam mendesak agar kerajaan menghentikan ugutan dan pendakwaan terhadap rakyat yang hanya menggunakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan untuk bersuara dan memberi pendapat termasuk kritikan terhadap kerajaan dan dasarnya.

"Pelanggaran jelas terhadap hak asasi manusia dalam usaha kerajaan mengekang kebebasan berekspresi menimbulkan persoalan berhubung komitmen Malaysia kepada standar has asasi paling asas dan minima yang diterima pakai seluruh dunia, apatah lagi tanggungjawab sebagai ahli dilantik dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata beliau.

Suaram menambah 10 anggoa polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang diketuai ASP Arikrishnan Apparau telah menyerbu pejabat Zunar pada pukul 4.00 petang pada 24 September lalu serta merampas 66 naskah buku kartun terbarunya, Cartoon-o-Phobia yang dijangka dilancarkan pada sebelah malam.

Penahanan Zunar di bawah Akta Hasutan dan pengharaman tiga buku beliau sebelumnya, 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, adalah beberapa bukti usaha kerajaan untuk mengugut dan mensasar secara selektif personaliti awam tertentu dengan tujuan menghadkan ruang bicara dan diskusi dan menutup suara bangkangan.

"Pendirian kritikal Zunar terhadap kerajaan Barisan Nasional dalam karyanya menjadikannya sasaran untuk ugutan dan intimidasi. Oleh sebab itu Suaram mengecam penahanan beliau sebagai satu lagi salahguna kuasa pihak polis, yang nampaknya bertindak atas arahan kerajaan yang terus menerus mengekang kebebasan bersuara - hak yang dijamin di bawah Deklarasi Hak Asasi Manusa dan juga dalm Perlembagaan Malaysia," kata Hasbeemasputra.

Tambah Suaram, Zunar telah di bawa ke beberapa buah balai polis bermula dari Brickfields dan berakhir di Sepang.

"Roadshow ini adalah tidak perlu sama sekali kerana kenyataan beliau boleh diambil ketika berada di IPD Brickfields dan kemudiannya dibebaskan atas jaminan polis.

"Peguam beliau juga tidak diberikan cukup notis pendengaran reman serta arahan reman juga diserahkan tanpa kehadiran peguam beliau.Ini adalah jelas salahguna kuasa; penafian hak Zunar mendapatkan keadilan; dan pelanggaran proses perundangan di mana badan kehakiman sepatutnya melindungi hak tahanan," kata beliau lagi. -SK


Zunar diminta lapor diri semula 7 Oktober

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifly Anwar ul Haque diminta melaporkan diri ke balai polis Sepang 7 Oktober ini selepas ditahan dan dibenarkan reman satu hari sahaja baru-baru ini.

Zunar yang kini berada di Bali ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman oleh polis, beliau meminta mahkamah agar polis menyiasat dahulu buku beliau sebelum beliau ditahan.

"Oleh kerana isu tangkapan saya kerana buku, saya meminta hakim mengarahkan polis menyiasat dahulu buku saya sebelum menahan saya," kata Zunar.


Ekoran itu, katanya, mahkamah hanya membenarkan beliau ditahan reman selama satu hari sahaja.

Selepas sehari, beliau dibebaskan oleh polis dan diminta melaporkan diri semula ke balai polis Sepang 7 Oktober ini.

Sementara itu, seluruh negara tertanya-tanya kenapa beliau ditahan polis menjelang pelancaran bukunya yang terbaru di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Rakan kartunis beliau juga melahirkan perasaan itu dengan membuat kartun khas untuk Zunar. (gambar)

Mereka juga mengutuk penahanan itu dan menghasilkan karya untuk membela Zunar.

Turut mengutuk tindakan kerajaan itu adalah badan-badan bukan kerajaan.

"Tindakan kerajaan ini adalah satu perlanggaran terhadap hak-hak asasi menusia. Jika kerajaan Melaysia mahu dilihat sebagai sebuah negara yang moden, jangan ajar kita apa yang harus dibaca dan ditulis," kata Josh Hong dari 1Muted Malaysia.

Faizal Mustafa dari Bersih 2.0 pula berkata, daripada menahan Zunar lebih baik kerajaan menganjurkan debat dan dialog dalam mencari persefahaman.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque bermalam di ibu pejabat polis daerah Sepang selepas ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan pada 24 September lalu.

Sebelum itu, pada jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan pada malamnya.

Menurut Zunar, pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Setelah ditahan sehari semalam, polis membebaskan Zunar lewat petang 25 September.

Menurut peguamnya Latheefa Koya, Zunar ditahan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang.

Ketika dihubungi, beliau turut mendedahkan bahawa setakat ini polis masih belum merekodkan kenyataan kartunis popular itu walaupun telah menahannya sejak jam 4 petang semalam di pejabatnya di Brickfields.

"Mereka juga masih flip-flop (berdolak-dalik) sama ada mahu menyiasatnya bawa akta penerbitan atau akta mesin cetak dan penerbitan.

Sementara itu, polis 'melawat' pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama petang Sabtu lepas mencari buku yang dianggap kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, dalam kunjungan pada jam 3.45 petang itu, setelah memeriksa stor buku Malaysiakini, tiada sebarang barang diambil.

Polis juga merekodkan kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan kira-kira 45 minit. -harakahdaily


Animasi Jepun Paling Merbahaya Untuk Kanak-kanak

Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak

KOTA BAHARU, 27 Sept – Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

“Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

“Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Dialog berkenaan merupakan kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.

Tanpa menyebut jumlah animasi yang telah diharamkan katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.

Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan, kata Mohd Hussain.

“Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya,” katanya.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.

“Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan,” katanya.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.

“Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya,” katanya.

Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.

Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni. – Bernama

Kes Sosilawati: Pencarian Bahan Bukti Terbaru, Usha Sambung Beri Keterangan

Empat suspek dibawa ke Ladang Gadong cari bahan bukti terbaru.

Gambar: Kelihatan seorang wakil media sempat merakam suspek kes bunuh di dalam kenderaan polis ketika kenderaan itu memasuki kawasan ladang milik suspek utama bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dan seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, dekat sini hari ini. foto: Bernama

BANTING - Empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibawa memasuki Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, hari ini dengan sebuah van polis.

Tinjauan Bernama mendapati kesemua suspek yang berpakaian oren itu dibawa ke situ kira-kira pukul 11.20 pagi tadi dipercayai bagi membantu pasukan forensik mengesan bukti-bukti terbaru kes itu.

Kira-kira 20 minit sebelum itu, lima buah kenderaan forensik termasuk kereta polis memasuki kawasan ladang itu.

Wartawan dan jurugambar yang pada mulanya dibenarkan memasuki kawasan ladang kemudiannya diarah keluar oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk ladang milik suspek utama yang merupakan seorang peguam kira-kira 20 minit kemudian.

Pada kira-kira 3.30 petang, sesemua suspek dibawa keluar dari ladang itu.

Difahamkan tiada sebarang bukti terbaru ditemui selama operasi empat jam itu.

Bagaimanapun, operasi itu dijangka disambung semula esok.

Sosilawati, 47; pemandu peribadinya Kamarudin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. -Bernama


Usharani sambung keterangan berhubung kehilangan suami

S Usharani, isteri usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun lalu, hari ini menyambung keterangan berhubung kehilangan suaminya selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini.

Usharani, 27, tiba di IPD berkenaan pada 1.45 tengah hari bersama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, dan dua lelaki yang tidak dikenali.

Sebelum ini, Usharani membuat laporan mengenai kehilangan suaminya 8 September lalu dan memberi keterangan berhubung perkara itu di IPD sama pada 23 September.

Semalam, beliau dilihat hadir ke IPD berkenaan pada 10.00 pagi dan meninggalkan premis itu 45 minit kemudian.

Manikavasagam berkata, Usharani memberi keterangan dari jam 2 petang hingga 6 petang dengan bantuan seorang jurubahasa Tamil.

"Proses ditangguhkan hari ini kerana semalam pegawai berkenaan terbabit dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman untuk tiga suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain," katanya.

Beliau berkata, Usharani dijangka pulang ke Chennai pagi Rabu depan dan malam ini wanita itu akan melakukan upacara sembahyang untuk suaminya di sebuah kuil di Pudu.
Katanya, Usharani akan dibawa bertemu dengan pegawai Kedutaan India petang esok. -Bernama


Lu Fikir Sendiri La: Koh Tsu Koon Dah Ketinggalan Keretapi

Pakatan Rakyat tidak akan mampu tawan Putrajaya, kata Presiden Gerakan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan hilang sokongan undi Melayu jika Umno menolak Perkasa sekaligus mampu menghalang usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang, kata Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika diminta mengulas amaran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa Umno akan hilang undi Melayu jika Perkasa disisihkan.

"Itu hanya pandangan peribadi beliau," kata Koh kepada pemberita selepas merasmikan forum perpaduan kebangsaan anjuran NGO.

"Pakatan tidak akan menang kerana perbezaan ideologi DAP dan PAS. DAP tidak akan pernah bersetuju dengan cita-cita PAS membentuk negara Islam," katanya.

Beberapa pemimpin Umno sebelum ini mengingatkan kepimpinan tertinggi supaya menjauhi Perkasa yang dilihat mereka sebagai halangan usaha BN untuk meraih sokongan kaun bukan Bumiputera.

Namun Dr Mahathir yang mempertahankan bahawa Perkasa ditubuhkan akibat kegagalan Umno mempertahankan kedaulatan Melayu berpendapat desakan itu sebagai cubaan bunuh diri.

Sementara itu, Koh berpendapat pertubuhan seperti Perkasa akan hilang peranannya apabila masyarakat mula berfikiran terbuka dan lebih berpelajaran.

"Cara penyelesainnya adalah menentang golongan berfikiran ekstrkimis ini dan tekankan masalah ekonomi rakyat," katanya.

Katanya, apa yang lebih penting sekarang bagi komponen BN adalah fokus kepada kekuatan perpaduannya dan lebih memahami antara satu sama lain.

Beliau juga mengkritik proses pemilihan jawatankuasa PKR pusat yang melihatkan beberapa pemimpin itu bertelagah sesama sendiri.

"PKR sebelum ini mengkritik parti lain. Sekarang mereka perlu cermin muka sendiri," katanya. -FMT

Ulasan GB

Koh Tsu Koon, yang tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP, Prof Dr P Ramasamy dengan majoriti 9,485 undi, dijadikan menteri di JPM di atas tiket Senator. Jenis muka tak tahu malu, lagi mau bising.

Kedua, Koh Tsu Koon patut menyedari tentang kenyataan bekas Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik yang dilaporkan oleh The Edge:

Lim Keng Yaik, who headed Gerakan for 27 years, believes that Gerakan has lost Penang for good.

“Should it (regain Penang)? No! We missed our chance. In cricket, they say you had a good innings and 39 years is a long and good one. What more do we want?” said Lim in his office in Bandar Utama in Petaling Jaya recently.


Ketiga, Koh Tsu Koon di dalam isu hukumum hudud yang kononnya PAS dan DAP ak mungkin bersepakat mengenainya, Koh Tsu Koon ketinggalan keretapi.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

Baca sini.

So, Koh Tsu Koon, do your homework before jumping to the conclusion you so easily arrived at.