20 Feb 2010

Pakatan Rakyat Malaysia Melangkah Ke Putrajaya

Pakatan Rakyat dipercayai kemungkinan menerima nama Pakatan Rakyat Malaysia sebagai “kompromi” jika ia diperlukan untuk mendaftarkan ikatan PAS-PKR-DAP.

Nama Pakatan Rakyat Malaysia disyorkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini bagi mencerminkan identiti nasional negara pada nama tersebut.

“RoS mahu perkataan Malaysia ditambah untuk menggambarkan imej nasional pada Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya masih mengharapkan nama asal yang dikemukakan kepada RoS tahun lalu dikekalkan.

“Bagaimanapun kami akan membincangkan (perkara ini),” kata beliau.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat pada November lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk sebagai badan bukan formal pada April 2008 susulan keputusan pilihan raya umum ke-12.

Ia dibentuk dengan ikatan PAS-PKR-DAP.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Di Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai 80 kerusi sekarang.

Ketika ditanya sama ada ia akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat Isnin ini, Saifuddin berkata ia tidak dijadual untuk dibincangkan.

“Tidak (kita tidak bincang Isnin ini),” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tiada masalah dengan syor RoS tetapi ia perlu dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat secara mendalam.

“Saya yakin mungkin ia akan dibincangkan minggu depan... mungkin Datuk Zaid Ibrahim ada laporan untuk dibentangkan, kita mungkin membincangkan,” katanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu juga tiada masalah dengan Pakatan Rakyat Malaysia.

Ketika dihubungi kata beliau, nama itu sudah lama disyorkan tetapi belum diluluskan pihak berkuasa. -MI

Ulasan GB

Pakatan Rakyat Malaysia - apa ada pada nama. Yang utama sistem dua parti bakal menjadi kenyataan. PRU13 menyaksikan perlawanan sengit BN vs PRM. Yang penting Pakatan Rakyat Malaysia menggantikan BN di Putrajaya.

3 huruf (P-R-M) lebih kuat dan lebih kukuh dari 2 huruf (B-N). Itu hikmahnya - sepertimana sebuah bangku 3 kaki lebih kuat dari bangku 2 kaki.

ROS bakal pening pula selepas ini. Nak tarik balik atau nak teruskan?

Pakatan Rakyat Desak Penjarakan Nasir Safar

Pakatan Rakyat menuntut kerajaan memenjarakan bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang memberikan kesan besar kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Sehubungan itu Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata PR tidak akan teragak-agak mendapatkan satu perintah mandamus daripada mahkamah untuk mewajibkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Nasir di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 sekiranya beliau memilih untuk tidak mendakwa Nasir.

"Tindakan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan perletakkan jawatan Nasir tidak cukup untuk mengubat hati masyarakat Cina dan India di negara ini yang terguris dengan kenyataan beliau.

"Sebaliknya satu siasatan terperinci perlu dibuat dan dokumen penyiasatan itu perlu diserahkan kepada Peguam Negara agar kes ini dibicarakan di mahkamah," tegas Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat ADUN Datok Keramat hari ini.

Jelas Karpal Perlembagaan Negara menjelaskan Peguam Negara berhak untuk membicarakan sesuatu kes atas budi bicara beliau tetapi mengingatkan kuasa tersebut tidak boleh digunakan sesuka hati.

Karpal berkata, kenyataan "India pengemis, Cina jual tubuh" yang dibuat Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka 2 Februari lalu adalah komen yang tidak berasas dan cuba merendah-rendahkan martabat kaum Cina dan India di negara ini.

"Peguam Negara juga harus menggunakan peluang ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sentiasa mengamalkan sikap yang adil dalam melaksana sistem kehakiman dan tidak bersikap berat sebelah terhadap pihak yang tidak menyokong kerajaan.

Sejumlah 58 laporan polis telah dibuat ke atas Nasir diseluruh negara yang menjurus kepada sisatan polis di bawah Akta hasutan 1948.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof siasatan ke atas Nasir telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Polis telah mengambil keterangan daripada 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan. -SK

Isu Royalti: Zaid Ibrahim Persoal Kenyataan Tok Pa

Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad (gambar) adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.



Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.


Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum -myzaidibrahim

Jangan Terkejut Jika Nasir Safar Dibebaskan

Pengumuman pihak berkuasa bahawa siasatan keatas kenyataan ekstrem bekas Pembantu Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar telah selesai adalah sandiwara semata-mata.

Adun Batu Caves, Amirudin Shari (gambar) berkata beliau tidak terkejut sekiranya siasatan ini tidak membawa kepada pendakwaan sepertimana skandal badan kehakiman dan peguam V.K Lingam dan skandal rasuah bekas Menteri Rafidah Aziz.

"Dalam kes Lingam sebagai contoh, siasatan telah selesai tapi tidak dibuat apa-apa sebab Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mendakwa. Dan juga dalam banyak kes dari dulu sampai sekarang ni. Rafidah Aziz, Rahim Tambi Chik dan banyak sebagainya," jelas beliau.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof mengumumkan bahawa siasatan keatas kenyataan berbaur perkauman pembantu PM itu telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Nasir mengundang kecaman pelbagai pihak selepas mengecam masyarakat Cina sebagai 'penjual tubuh' dan masyarakat India sebagai 'pengemis'.

Amir Shari berkata watak-watak seperti Nasir ini adalah manifestasi sebenar sifat Umno yang sentiasa curiga dan ekstrem, lantas membuktikan bahawa moto 1Malaysia tidak lebih dari omong kosong semata-mata.

"Rakyat sudah jelas dengan wajah sebenar Umno-BN. Di dalam 1Malaysia ada Nasir Safar, ada Ahmad Ismail, ada kepala lembu yang di arak," tegas beliau.


Kes Nasir Safar diserahkan kepada AG

Polis telah melengkapkan siasatan berhubung aduan tehadap bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Ayer Keroh awal bulan ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.

Bercakap kepada pemberita selepas pada majlis penutupan Kursus Asas Motosikal Berat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka hari ini, beliau berkata polis telah merakamkan percakapan Nasir selama dua jam di Putrajaya pada minggu lalu.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Ucapan Nasir pada 2 Feb lalu itu dilapor menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Beberapa jam selepas berita itu didedahkan, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan. - malaysiakini


Royalti: Jangan Asyik Tumpukan Inkues Teoh Dan Liwat

Dalam ceramah balas yang diadakan di sini malam tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Kelantan hanya berhak menerima wang ihsan, bukannya royalti.

“Royalti yang disebut pada ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV bulan lalu tak betul kerana hakikat sebenar tidak ada royalti, yang ada ialah bayaran tunai.

"Itu pun sekiranya disahkan betul-betul ada minyak atau gas,” kata Pengerusi Umno Kelantan ini di sini malam tadi.

Pada 28 Jan lalu, bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah dalam ceramah yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaaan Gegar berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

“Jika benar adanya minyak di perairan pantai Kelantan, dan wujud hasil pengeluarannya maka Kelantan berhak kepada tuntutan royalti sebanyak lima peratus,” kata beliau.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mustapa mempertahankan fakta tiga batu nautika berdasarkan Undang-undang kemajuan Petroleum.

“Undang-undang negara mengatakan bahawa tiga batu nautika. Kalau minyak betul-betul dijumpai di dalam kawasan itu, maka ia wajib diberikan lima peratus dan disalurkan ke akaun kerajaan negeri.

“Tetapi jika sebaliknya adalah wang ihsan.

“Mengikut takrif wang ihsan ini kalau hendak beri (wang ihsan) tiada masalah dan tak nak bagi pun tak mengapa kerana itu atas budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau.

Ceramah yang diadakan di pekarangan pejabat Umno Kelantan itu dihadiri 2,000 penyokong Umno-Barisan Nasional dengan mengibar sepanduk tertera kata-kata “Insya-Allah... wang ihsan” dan “Tok soh caro hok Ku Li royak” (jangan peduli kenyataan Ku Li).

Mengulas lanjut pertikaian isu tuntutan tersebut, beliau berkata, tidak termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum istilah royalti kecuali terma bayaran tunai.

Oleh kata beliau kebanyakan rakyat tidak diberi kefahaman secara terbuka takrif istilah berkenaan menyebabkan timbulnya pelbagai andaian di kalangan rakyat terhadap isu tersebut.

Namun atas rasa keinsafan dan tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mahu memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan sebanyak lima peratus, hasil daripada pengeluaran gas yang dijumpai di kawasan PM301.

Sebanyk RM20 juta bagi tahun 2008 akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bulan depan.

Dalam pada itu Mustapa kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang menuduhnya sebagai pengkhianat dan derhaka kerana tidak prihatin terhadap rakyat negeri sendiri.

“Dukacita juga rasa kalau banyak sangat tuduhan-tuduhan tidak berasas seperti itu dilemparkan pada kita. Mereka tidak tahu siang malam kita bekerja untuk rakyat dan negeri ini.

“Mereka (kerajaan PAS) lupa siapa yang meluluskan beberapa projek pembangunan yang ada di negeri ini, contohnya bangunan kedai medan selera di stadium, naik taraf lapangan terbang, Universiti Malaysia Kelantan dan banyak lagi.

“Saya yang bawa masuk projek-projek itu semua dulu. Tapi saya juga yang dituduh derhaka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang turut berucap berkata isu tuntutan royalti minyak Kelantan sekarang sudah menjadi satu pertikaian masalah perundangan.

Justeru, pertikaian antara kerajaan negeri dan persekutuan berhubung itu tersebut hanya mahkamah sahaja yang boleh putuskan.

“Kita perlu faham bahawa kita tertakluk dengan undang-undang perairan antarabangsa. Takrif undang-undang antarabangsa, kerajaan (Kelantan ) layak menerima bayaran lima peratus sekiranya minyak atau gas dijumpai dalam jarak tiga batu nautika.

“Ini dikatakan berlaku pertikaian dalam masalah perundangan kerana dalam perjanjian tidak disebut bayaran lima peratus perlu dibayar bila minyak dijumpai pada jarak 200 atau 300 batu nautika,” katanya.

Justeru Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mencabar kerajaan Kelantan supaya mengambil langkah rasional bagi membawa isu tersebut ke mahkamah agar pertikaian itu tidak lagi dijadikan bahan modal politik.

“Rakyat pun tidak pening kepala dengan isu minyak kerajaan negeri ini,” katanya.

Namun sebaliknya Ibrahim percaya kerajaan negeri tidak semudah itu akan bertindak sedemikian kerana itulah di antara senjata ampuh kerajaan PAS Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Sudah semestinya mereka akan guna isu minyak ini untuk kaitkan sentimen rakyat beritahu tentang kezaliman kerajaan pusat,” katanya.

Sambil menyifatkan kerajaan negeri seolah-olah terlalu takut pemberian wang ihsan disalurkan melalui JPP, Ibrahim berkata, “kebijaksanaan kerajaan pusat menguruskan pengagihan wang itu kepada rakyat akan menjejaskan kedudukan kerajaan negeri." -Malaysian Insider


honouring our agreements

razaleigh.com

The Government has now responded to Kelantan’s claim to a portion of the profits derived from petroleum resources extracted offshore by PETRONAS.

Its response violates the letter and the intent of a solemn agreement signed between each State Government and PETRONAS under the Petroleum Development Act.

That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English.

The Constitutional rights of the people of Kelantan are denied. However this has implications far beyond Kelantan:

1) It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS. By implication, it negates identical agreements signed by PETRONAS with every other state and deprives the people of their constitutional rights.

2) The Government’s refusal to recognize a straightforward contractual obligation on PETRONAS’s part puts a question mark over the status of oil payments due to the other oil-producing states. The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly

3) If PETRONAS no longer recognises its legal obligation to pay the States what is due to them under the Petroleum Development Act, the States, and in particular Sabah and Sarawak, will now wonder if the corresponding Vesting Deed by which they vested all their rights in their petroleum resources to PETRONAS remains in force.

4) The Government’s response substitutes for PETRONAS’s legal obligations under the Petroleum Development Act an arbitrary “compassionate payment” from the Federal Government. This casts serious doubt on the Malaysian Government’s respect for the sanctity of contracts and the rule of law. Let’s not talk about spurring investment to take our economy to a higher level if we fail to understand the importance of abiding by contractual obligations.

I helped craft and negotiate the Petroleum Development Act. As Chairman of Petronas, I signed separate and identical agreements in respect of these payments with each of the Mentris Besar of the States. I must insist that PETRONAS is bound by them and that the Federal government should not interfere in their fulfillment.

Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament, Gua Musang


Ulasan GB

Berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani dintara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas, tindakan Dato Seri Mustapha Mohammad yang secra berterusan menafikan hak royalti minyak Kelantan itu boleh diambil tindakan mahkamah.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu berusaha untuk mengheret Mustapha dan kerajaan BN ke muka pengadilan. Jangan kesemua peguam hanya bertumpu kepada inkues Teoh dan liwat Saiful.

Kelantan Bangun! PR Bangun!

Blogger UMNO Kecewa Khairy Rampas Demo Mereka

Demonstrasi yang diketuai oleh KJ di depan kedutaan Australia penuh dengan kontroversi rupanya.

Demontrasi tersebut tidak didokong oleh MCA dan Gerakan. Ini kemungkinan kerana Mca dan Gerakan lebih memahami peranan negara - negara lain dalam dunia globalisasi ini. Bukan sahaja 2 komponen ini rakyat juga seharusnya sedar dalam satu masa KJ protes kononya campur tangan asing dalam mendesak pelaksanaan keadilan, namun KJ membisu apabila sistem pertahanan Malaysia dicampuri oleh Amerika. KJ membisu apabila pesawat perang Amerika membuat latihan perang bebas dalam negara yang jelas mencemar kedaulatan. KJ membisu apabila PM melantik APCO (syarikat perunding imej Zionis) yang merupakan syarikat perunding imej PM Israel. Najib dan Umno terpaksa juga sanggup melantik syarikat perunding Zionis ini demi mematahkan imej dan penghormatan dunia terhadap Anwar. APCO yang dibayar jutaan (menurut sumber RM20 juta) wang rakyat juga berperanan kononya mampu membersihkan imej Najib yang terpalit perbagai skandal dan rasuah khususnya kes Altantuya.

Umno tidak pernah hilang dengan sentimen perkauman sempit, dibawah ialah petikan blog pro Umno yang telah mengambil kesempatan ketidak hadiran gerakan dan mca dengan membakar sentimen perkauman.

Keduanya banyak blog pro Umno mengakatakan demo tersebut ialah anjuran 'bloggers' pro Umno tetapi telah dirampas oleh KJ. Ramai 'bloggers' pro Umno telah mengatakan kekecewaan mereka apabila KJ hadir dan 'merampas' program yang mereka rancang.


Ketiga, inilah demontsrasi atau program bertujuan menarik perhatian media dunia yang paling banyak bahan 'pameran' salah eja. Menurut sumber dalaman mengatakan kain pemidang yang dibawa ke depan kedutaan tersebut memang banyak, malah hampir semua sengaja disalah eja untuk sabotaj imej KJ.


Kesian dengan KJ rupanya demo depan Kedutaan Australia itu lebih menyerlahkan dan memparahkan serangan dalaman Umno yang kamu berdepan.

Moga KJ tabah berdepan dengan serangan 'geng Mahathir' dalam Umno, namun cheGuBard percaya dan yakin KJ mampu berdepan kerana 'geng Mahathir' yang nak benam KJ termasuk bloggers hanya hangat - hangat tahi ayam. - chegubard

Najib, PM Yang Sanggup Buat Apa Saja Untuk Kekalkan Kuasanya

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.

Ini mengesahkan ketakutan Najib dalam mendepani hujah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jika sidang tergempar itu menjadi realiti, sebaliknya Najib lebih rela bermuka-muka apabila berdepan pimpinan masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan keengganan Najib itu menunjukkan Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

"Tetapi persepsi orang melihat ini konspirasi politik yang membabitkan dirinya sendiri. Membabitkan Najib sendiri. Dia sudah tentu la akan membuat penafian. Mana ada seorang pencuri mengaku pencuri?

"Dia akan bersumpah dengan nama Allah. Dengan menjunjung Quran di masjid dan sebagainya. Dia takkan mengaku," katanya kepada TV Selangor.

Beliau menganggap sidang tergenpar itu sebagai perkara yang wajar kerana negara dilanda krisis kepercayaan baik masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa.

"Jadi, sepatutnya ada satu sidang khas untuk membincangkan perkara ini. Ini bukan lagi perbicaraan yang berasaskan undang-undang tapi perbicaraan ini berasaskan kepada konspirasi politik."

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mencadangkan sidang tergempar itu pula menyifatkan keengganan Najib itu, menyebabkan Parlimen Malaysia langsung tiada ketetapan dalam isu yang menarik perhatian dunia itu.

"Tapi kita semua tahu ini adalah satu isu politik. Sebab itu ia dapat penumpuan perhatian bukan sahaja rakyat malaysia tetapi masyarakat anatarabangsa," kata Penasihat DAP itu.



Penunggang Motosikal Maut Dirempuh SUV Tajol Rosli

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motorsikal) meninggal dunia dalam kejadian di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi dikenali sebagai Rina Kumala, 23, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah syarikat di sini.

Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan pada masa sama kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh motorsikal terbabit, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ. - BERNAMA

Ulasan GB

Jika di dalam kes kemalangan membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim yang terlibat di dalam kemalangan dengan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seksyen 7, Shah Alam, 7 Feb lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan :

"Kertas siasatan sudah hampir selesai untuk diberikan kepada DPP. Ada cadangan supaya beliau dituduh dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa ketika memandu kenderaan. "

Maka hal yang sama sepatutnya dikenakan ke atas Tajol Rosli.


INKUES: Gobind Akan Cabar Keterangan Dr Shahidan

Debaran samada bekas pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock di bunuh atau sebaliknya mungkin akan terjawab apabila pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka mendedahkan laporan autopsi kedua beliau apabila prosiding inkues bersambung di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Dr Pornthip membuat pendedahan yang mengegarkan negara apabila membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Beng Hock dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja beliau membunuh diri.

Jelas beliau tanda bulat pada leher mendiang Teoh menunjukkan dia ‘dicekik’ manakala retakan pada tengkorak mangsa bukan satu kecederaan akibat terjatuh lantas menyanggah pakar forensik kerajaan yang mendakwa Teoh membunuh diri.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Pakar forensik itu membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kepada tiga faktor penting termasuk laporan bedah siasat yang menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

Dr Pornthip juga menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh serta kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Kerajaan negeri Selangor menggunakan khidmat serta kepakaran Dr Pornthip bagi membantu siasatan ke atas kematian Beng Hock.

Bekas setiausaha politik berusia 32 tahun itu ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu.

Mayat mendiang ditemui dalam keadaan terlungkup .

Beng Hock datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang hari Rabu 15 Julai 2009 untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor.

Sehari sebelum kematian Teoh SPRM menyerbu pejabat majikannya, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di Shah Alam untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

Mayat Beng Hock digali semula pada 21 November 2009 bagi menentukan punca sebenar kematian setelah pengumuman Dr Pornthip mengenai kesimpulan beliau menimbulkan keraguan pada keluarga mendiang.

Namun rumusan Pornthip itu disanggah oleh Dr. Shahidan Md Noor dari Hospital Sungei Buloh memberitahu inkues siasatan kematian Beng Hock bahawa kecederaan pada tubuh badan mendiang konsisten dengan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi.

Dr. Shahidan juga bersetuju dengan hasil penemuan bedah siasat kali pertama yang dilakukan Dr. Khairul Azman Ibrahim dan Dr. Prashant Naresh Sambekar bahawa kecederaan yang dialami Beng Hock konsisten dengan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi.

Peguam keluarga mendiang, Gobind Singh menegaskan pihaknya akan mencabar keterangan Dr Shahidan, khususnya mengenai kesam lebam di leher Beng Hock.

Inkues bagi mengenal pasti punca kematian Beng Hock hari ini bertumpu kepada laporan bedah siasat kedua mendiang yang di lakukan pada akhir tahun lalu.

“Itu pendapat pada masa kini dan kita akan melakukan pemeriksaaan balas terhadapnya, kita ada versi dan pendirian sendiri beberapa penemuan yang telah beliau jumpa. Tetapi apa yang penting bagi saya adalah untuk kita beri perhatian bahawa bukti dia pada hari ini seolah-olah mencadangkan terdapat tekanan pada bahagian leher,"katanya.

Gobind juga berkata apa yang jelas daripada keterangan shahidan ialah beberapa fakta penting tidak dimasukan dalam laporan bedah siasat pertama.

“Saya tidak akan membuat kenyataan lanjut kerana saya belum melakukan pemeriksaan balas terhadapnya, tetapi ia sesuatu yang memberi sinar dari bedah siasat pertama kerana ia tidak menyatakan fakta itu. Saya tidak akan beri komen mendalam mengenai perkara ini kerana ia tidak adil, bair kami lakukan pemeriksaan balas terhadap saksi pada 1 Mac ini. Kami akan mengajukan teori kami kepadanya dan dengar apa yang dia akan katakan, kita perlu adil kepada saksi,”katanya.

Gobind akan menyoal balas Shahidan pada 1 Mac.