20 Feb 2010

Pakatan Rakyat Malaysia Melangkah Ke Putrajaya

Pakatan Rakyat dipercayai kemungkinan menerima nama Pakatan Rakyat Malaysia sebagai “kompromi” jika ia diperlukan untuk mendaftarkan ikatan PAS-PKR-DAP.

Nama Pakatan Rakyat Malaysia disyorkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini bagi mencerminkan identiti nasional negara pada nama tersebut.

“RoS mahu perkataan Malaysia ditambah untuk menggambarkan imej nasional pada Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya masih mengharapkan nama asal yang dikemukakan kepada RoS tahun lalu dikekalkan.

“Bagaimanapun kami akan membincangkan (perkara ini),” kata beliau.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat pada November lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk sebagai badan bukan formal pada April 2008 susulan keputusan pilihan raya umum ke-12.

Ia dibentuk dengan ikatan PAS-PKR-DAP.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Di Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai 80 kerusi sekarang.

Ketika ditanya sama ada ia akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat Isnin ini, Saifuddin berkata ia tidak dijadual untuk dibincangkan.

“Tidak (kita tidak bincang Isnin ini),” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tiada masalah dengan syor RoS tetapi ia perlu dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat secara mendalam.

“Saya yakin mungkin ia akan dibincangkan minggu depan... mungkin Datuk Zaid Ibrahim ada laporan untuk dibentangkan, kita mungkin membincangkan,” katanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu juga tiada masalah dengan Pakatan Rakyat Malaysia.

Ketika dihubungi kata beliau, nama itu sudah lama disyorkan tetapi belum diluluskan pihak berkuasa. -MI

Ulasan GB

Pakatan Rakyat Malaysia - apa ada pada nama. Yang utama sistem dua parti bakal menjadi kenyataan. PRU13 menyaksikan perlawanan sengit BN vs PRM. Yang penting Pakatan Rakyat Malaysia menggantikan BN di Putrajaya.

3 huruf (P-R-M) lebih kuat dan lebih kukuh dari 2 huruf (B-N). Itu hikmahnya - sepertimana sebuah bangku 3 kaki lebih kuat dari bangku 2 kaki.

ROS bakal pening pula selepas ini. Nak tarik balik atau nak teruskan?

2 ulasan:

  1. Disamping menghadapi kejahatan BN khususnya UMNO, Pas juga terpaksa bertarung dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Ada antara mereka secara terang-terangan menzahirkan mereka Pro Umno dan ada yang menamakan mereka jamaah Islam tetapi bertindak menyerang Pas. Pas dianggap tidak syumul dalam perjuangannya. Pas bergerak secara tidak sistematik, Pas masih tradisional dan tidak mampu menjuari zaman. Pas tidak syarie,kerana mengambil pendekatan Demokrasi.

    Sedikit sebanyak suara-suara itu menganggu perjalanan Pas, khususnya pelajar-pelajar yang mula berjinak-jinak dengan Pas di Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Hingga berlaku rebut merebut ahli Usrah. Penampilan "elit" jamaah tersebut berjaya mencuri anak-anak usrah Pas yang seketika terlupa erti "berjamaah dan wala".

    Dengan kehendak Allah..Pas berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihanraya 1990. Sejak itu Pas terpaksa memperluaskan tingkapnya ( bukan hanya pintu dibuka) kerana menyambut "tetamu" yang datang dari segenap lapisan masyarakat. Parti yang dahulunya dilihat kolot dan tradisional mula dipuji dan didampingi. Benarlah kata seorang ulama; "tawanlah kerusi nescaya engkau akan lebih berjaya menawan hati".

    Alhamdulillah..akhirnya mereka-mereka yang sebelum itu agak geli geleman untuk berdampingan dengan Pas, kerana dilihatnya Pas hanya parti pak-pak lebai yang tidak punya wawasan,akhirnya dapat makan setalam. Kumpulan elit yang gagal membentuk "jamaah Islam elit" akhirnya terpaksa bertenggek di dahan Pas. Ramai antara mereka yang telah insaf bahawa jamaah Islam mestilah syumul sebagaimana Islam itu sendiri adalah agama yang syumul.

    Namun malangnya..ada antara mereka masih tidak senang berketuakan sesetengah pimpinan Pas. Lalu dibentuknya komuniti sendiri di atas "dahan Pas". Sesekali dilihat dari jauh mereka seperti sebahagian dari dedaun yang merimbun diatas pohon Pas. Namun bila diamat-amati rimbunan itu rupanya DEDALU yang sedang bertenggek dicelah dahan. Mereka ada ketua sendiri yang lebih mereka wala'. Mereka ada mesyuarat sendiri yang lebih mereka taati. Mereka ada wawasan sendiri yang sesekali dilontar dan jelas bertentangan dengan wawasan Pas.

    Justeru itu mereka tidak hairan dengan pimpinan Pas. Justeru itu tiada lagi adab dan hormat kepada pimpinan Pas. Kini rimbunan Dedalu itu semakin membesar. Benih-benih kecil mula bertenggek disetiap dahan. Percaturan disusun dengan rapi ...Tahniah kepada yang ikhlas bersama dengan Pas dan Awaslah kepada yang berniat khianat. Keterbukaan Pas bukan untuk dikhianati.Waspadalah sentiasa agar jamaah ini terpelihara daripada pengkhianatan. (sumber)

    Ingat !! KETERBUKAAN PAS JANGAN DISALAH ERTI DAN DIKHIANATI.

    BalasPadam
  2. BN pula boleh daftar atas nama BN, kenapa tak BN malaysia? ROS BN

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.