20 Feb 2010

Najib, PM Yang Sanggup Buat Apa Saja Untuk Kekalkan Kuasanya

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.

Ini mengesahkan ketakutan Najib dalam mendepani hujah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jika sidang tergempar itu menjadi realiti, sebaliknya Najib lebih rela bermuka-muka apabila berdepan pimpinan masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan keengganan Najib itu menunjukkan Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

"Tetapi persepsi orang melihat ini konspirasi politik yang membabitkan dirinya sendiri. Membabitkan Najib sendiri. Dia sudah tentu la akan membuat penafian. Mana ada seorang pencuri mengaku pencuri?

"Dia akan bersumpah dengan nama Allah. Dengan menjunjung Quran di masjid dan sebagainya. Dia takkan mengaku," katanya kepada TV Selangor.

Beliau menganggap sidang tergenpar itu sebagai perkara yang wajar kerana negara dilanda krisis kepercayaan baik masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa.

"Jadi, sepatutnya ada satu sidang khas untuk membincangkan perkara ini. Ini bukan lagi perbicaraan yang berasaskan undang-undang tapi perbicaraan ini berasaskan kepada konspirasi politik."

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mencadangkan sidang tergempar itu pula menyifatkan keengganan Najib itu, menyebabkan Parlimen Malaysia langsung tiada ketetapan dalam isu yang menarik perhatian dunia itu.

"Tapi kita semua tahu ini adalah satu isu politik. Sebab itu ia dapat penumpuan perhatian bukan sahaja rakyat malaysia tetapi masyarakat anatarabangsa," kata Penasihat DAP itu.



1 ulasan:

  1. inilah yg dikatakan hero dimedia eletronik aje.... bila berdepan dgn lawan tak berani. saudara/i seagama semua cuba ambil makna dlm al quran surah Al-Insan ayat 24 baca dan fahamilah maknya sekali... kemenangan yg telah diberi oleh Allah kepada mereka ni bersifat sementara aje... Allah minta kita bersabar dan memperbanyakkan doa, munajat, solat dan buat yg halal jauhi yg haram.... KEMENANGAN AKAN KITA PEROLEHI JUGA AKHIRNYA NANTI, JIKA KITA BENAR2 BERJUANG UNTUK AGAMA ALLAH TIDAK SELAIN DARI ITU.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.