Saya Islam, mengapa perlu terkejut?
Semasa saya tiba di wilayah Arab itu untuk bekerja di pusat kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya membawa bersama pandangan yang dimiliki semua wanita berkulit putih kelas pertengahan (secara senyap atau terbuka) mengenai wanita Islam, wanita yang saya anggap tidak lebih dari sekadar jasad yang dibalut dengan jubah hitam.
Sebagai seorang wanita Barat yang mempunyai semua kebebasan, saya jangka saya akan hanya berurusan dengan golongan lelaki sahaja. Bukankah itu yang menggambarkan dunia Islam?
Nampaknya pandangan stereotaip saya itu terbukti masih dikongsi oleh semua penduduk Barat apabila beberapa kolumnis yang mendengar saya sudah menganut Islam, menjerit ketakutan dan terkejut.
Ya, begitulah pandangan mereka terhadap lebih setengah bilion wanita di dunia yang menganut agama Islam.
Semasa lawatan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lebanon, saya banyak berurusan dengan lelaki yang berkuasa, termasuk lelaki berjambang yang kita selalu lihat dalam berita di tempat-tempat di mana kita sendiri menghantar bom untuk dimusnahkan.
Tetapi sesuatu yang mengejutkan (untuk saya), semasa lawatan ini, saya turut berurusan dengan banyak wanita berkuasa pada semua peringkat umur yang memakai pelbagai gaya tudung.
Percaya atau tidak, wanita Islam boleh dididik, mampu bekerja dalam tempoh waktu yang lama seperti wanita Barat, dan mereka juga mengarah suami mereka supaya melakukan sesuatu, walaupun di hadapan rakan lelaki itu.
Adakah bukti ini mencukupi? Saya harap ia mencukupi, kerana selepas saya menganut Islam, pengulas sinis menggunakannya sebagai alasan untuk menimbulkan pelbagai pandangan buruk terhadap wanita Islam di mana-mana.
Jadi mari kita semua menarik nafas panjang dan benarkan saya mendedahkan dunia Islam sebenar pada abad ke-21 ini.
Kebanyakan amalan dan peraturan di negara 'Islam' sudah jauh terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
Amalan-amalan yang merendahkan wanita ini wujud daripada budaya dan tradisi (yang dikuasai lelaki) yang telah menular ke seluruh lapisan masyarakat.
Perjalanan saya menuju kepada Islam bermula dengan kesedaran mengenai jurang dalam apa yang diberitahu kepada saya mengenai Islam, dan realiti sebenar.
Semasa lawatan saya ke Iran September lalu, apabila saya melihat jemaah berwuduk, sujud dan membaca doa di dalam masjid, saya teringat mengenai pandangan Barat yang salah mengenai agama ini, agama yang menolak keganasan, mengamalkan keamanan dan kasih sayang melalui meditasi secara senyap.
Saya melalui perubahan ketara yang saya sendiri tidak sedari iaitu setiap kali berdoa sejak setahun lalu, saya mengucapkan 'Ya Allah' dan bukannya 'Ya Tuhan.'
Memang kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama tetapi bagi mereka yang baru memeluk Islam, bahasa asing yang digunakan dalam solat dan al-Quran kadang-kala menjadi penghalang untuk beribadat dengan sempurna.
Tetapi saya amat bernasib baik apabila dapat mengatasi perbezaan bahasa itu tanpa saya sendiri sedari.
Kemudian saya mula merasakan hubungan emosi antara umat Islam lain dengan perasaan penuh terbuka dan kemesraan.
Sejak memeluk Islam, saya mula merasakan betapa rakan-rakan bukan Islam seperti tidak berperasaan.
Mengapa kita tidak boleh menangis di tempat awam, memeluk satu sama lain atau mengucapkan kata-kata sayang kepada kawan baru tanpa disyaki atau diperlekehkan?
Saya melihat bagaimana pelbagai perasaan dikongsi antara umat Islam dan berfikir jika peraturan yang ditetapkan Allah berasaskan ketakutan semata-mata, mengapa rakan-rakan Islam saya tidak berpaling tadah daripada agama mereka dan mula meminum arak untuk mendapatkan 'keseronokan' seperti kita di Barat?
Kita seronok, bukan?
Dahulu, saya sering cuba berhenti mengambil minuman beralkohol tetapi tidak berjaya, namun sejak saya memeluk Islam, saya langsung tidak membayangkan akan minum arak lagi.
Saya yakin inilah pilihan yang tepat bagi saya, terlalu banyak yang dapat dipelajari, dinikmati dan dikagumi dalam Islam.
Sebelum saya mengakhiri perkongsian pengalaman ini, saya ingin memperjelaskan perbezaan antara budaya Islam dan budaya media yang mungkin dapat memberikan orang ramai lebih pemahaman mengenai agama suci ini.
Apabila kita melihat rakaman media yang menunjukkan penganut Islam melaungkan 'Allahu Akhbar!', kita, orang Barat, telah dilatih menterjemahkan perbuatan itu sebagai ancaman.
Kita berfikir apabila mereka melaungkan kalimah itu, mereka sebenarnya mengatakan: "Kami membenci anda rakyat Britain, dan kami akan meletupkan diri di pusat membeli belah semasa anda sedang membeli keperluan harian."
Padahal sebenarnya, kami (umat Islam) hanya melaungkan 'Allah Maha Besar!' dan kami cuba menenangkan jiwa selepas negara bukan Islam menyerang kampung kami.
Kalimah itu mewakili harapan kami untuk hidup dalam suasana aman dengan semua masyarakat, sama ada beragama Islam atau tidak, dan jika itu terlalu susah untuk dicapai seperti keadaan sekarang, kami hanya mahu supaya kami tidak diganggu.
*Lauren Booth, 43, adalah adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Booth memeluk Islam selepas melalui 'pengalaman suci' semasa melawat Iran, September lalu. Beliau menulis rencana ini untuk akhbar Britain, The Guardian bagi menjelaskan kritikan yang diterima daripada media Barat selepas mengumumkan keputusannya memeluk Islam.
Kisah mengenai Lauren Booth memeluk Islam pernah disiarkan oleh blog ini di bawah tajuk: [Video] Lauren Booth Peluk Islam, Berhasrat Ajar Abg Iparnya Tony Blair Tentang Islam Sebenar
Ulasan GB
Di dalam setiap kali ceramah PAS< seringkali terdengar ungkapan "Takbir" dan disambut oleh yang lain dengan "Allahu Akbar".
Kalimah itu amat ditakuti oleh jin-jin - baik jin tanah atau jin langit, jin laut atau jin hutan, jin dalam diri atau luar diri.
Ramai juga yang menyalah-tafsirkan kalimah tersebut, disangkanya sebagai semboyan untuk "berperang" dan lantas melabelkan puak Islam sebagai "terroris".
Sedangkan sebenarnya ia adalah manifestasi jiwa yang sudah lama tertekan dek kezaliman dan kekejaman.
Kerdilnya diri tidak dapat melawan kezaliman-kezaliman sehingga kalimah "membesarkan Allah" yang menjadi tempat penyerahan diri dan pergantungan.
Ia sepertimana tafsiran Lauren Booth yang baru memeluk Islam itu, sebagai satu cara untuk menenang jiwa apabila mengingatkan bahawa tiada yang lebih besar selain Allah.

allahuakbar...
BalasPadamALLAH HU AKBAR..TAKBIR..ALLAH HU AKBAR..TAKBIR..ALLAH HU AKBAR..
BalasPadama ah baru teman perasan ... ternyata sudah kini 'takbir' yg selalu dilaung oleh pengikut & pemimpin Islam, khsanya, PAS, amatlah di'segani' ditakuti oleh musuhnya? Guess who? Yeah right UM?NO la sapa lagi? who else in this mere world?
BalasPadamSampai depa jadi sasau, panik, sakit mental dengar takbir. Eh! takbir raya boleh pulak depa terisak-isak nangis sedia sayu? Depa jugak la secara sinis & terang-terang membenci orang yang menyebut perkataan suci 'takbir' tu & tukar 'takbir' jadi take beer'. Pelik UM?NO ni. Sesat lagi menyesatkan secara halus & terang. Terkecuali orang UM?NO yang memang jenis baik la.
God-damn-it (UM?NO)~