Landasan Keretapi Berkembar Bukan Punca Banjir - KTM
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)menganggap langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahu projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) dihentikan kerana mendakwa ia punca banjir di Kedah adalah tidak wajar dan tidak berasas.
Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB Mohd Fazli Ismail berkata projek itu tidak menyumbang kepada banjir yang lebih kronik di Kedah mahupun seperti dikhuatiri di Pulau Pinang.
"Laporan Jabatan Meteorologi menunjukkan hujan lebih dari luar biasa iaitu hampir sekali ganda direkodkan pada 2005, iaitu peningkatan paras air dari 119m kepada 207mm.
"Banjir juga berlaku di Selatan Thailand dan tidak ada PLBE dijalankan. Adalah tidak berasas untuk meletakkan punca dan kekhuatiran berlakunya banjir atas sebab PLBE," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.
Beliau berkata arahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya kontraktor PLBE menghentikan kerja-kerja serta merta akan membawa implikasi kos dan kelewatan penyiapan projek.
Mohd Fazli berkata arahan itu akan turut menjejaskan perancangan pembangunan industri pelancongan melalui perkhidmatan kereta api yang akan kelak membawa manfaat kepada rakyat di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Katanya KTMB dan kontraktor bertanggungjawab iaitu MMC-Gamuda Joint Venture bagaimanapun akan mengaturkan perbincangan lanjut bersama wakil kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian perkara berkenaan.-BERNAMA
Ulasan GB
KTMB tidak mengakui fakta bahawa Gamuda MMC yang telah mengakibatkan banjir di Kedah sepertimana yang telah diakui sendiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.
Sikap KTMB yang melihat isu ini dari perspektif komersial dan keuntungan semata-mata adalah amat tidak wajar dengan membelakangkan kepentingan rakyat di negeri-negeri terbabit. Patutlah KTMB rugi berganda-ganda sepanjang tahun. Sebabnya mereka cuba menjadi binatang raksaksa di dunia perniagaan tanpa memperdulikan "social obligations" lantas tiada "barakah" di dalam setiap urusniaga mereka. itu pun masih tidak sedar tetapi membela rakan niaga yang bernama Gamuda MMC yang jelas-jelas membelakangkangkan kepentingan awam di dalam projek yang mereka laksanakan.
Tidak ada lansung tanda-tanda untuk berubah supaya mereka menjengah ke dalam diri agar menjadi manusia-manusia yang bertaqwa sepertimana firman Tuhan:
“Seandainya penduduk suatu tempat beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan atas mereka barakah dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka mendustakan Kami, sehingga Kami siksa mereka karena perbuatannya.” (Al A’raaf: 96).
p/s Nampaknya pemimpin Pakatan Rakyat terutama pemimpin PKR tengah sibuk berpolitiking. Sedangkan masalah negara kian menokok. Lansung tak dihiraukan.
Nak rebut Putrajayalah, PAS gantikan UMNOlah, Anwar dabik dada jadi hero sebab rakyat berdemo untuknyalah dulu dan bermacam-macam karenah pemimpin PR ni. Macam-macam yang retorik dihamburkan untuk menyapu sampah ke bawah karpet.
Blogger juga yang terpaksa berperanan untuk menjawab serangan-serangan pihak kerajaan dan agensinya yang dilihat keterlaluan menyusahkan rakyat.
Pemimpin-pemimpin PR sibuk berangan-angan. PR tak sedar-sedar dah "dikurniakan" kekalahan berturut-turut dari Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas & Batu Sapi. Ia akibat PKR dan PAS punya tabiat berpolitiking.

Memang betullah kata Pegawai tu yang merujuk kepada Jabatan Meteorologi dan banjir di Selatan Thailand...
BalasPadamTapi Hujan lebat tu bukan sekali tu saja yang banjir ..Tahun-tahun terdahulupun hujan telah lebat..juga, Air Empangan Pedu, Gubir juga dilepaskan habis melimpah...tenggelam juga bandaraya Alor Setar kat Jalan Stadium dan tebing-tebing Sungai Anak Bukit..
Lebih-lebih lagi air laut pasang..sebak air sungai tu naik ...TERUK JUGA..
TAPI APABILA HUJAN BERHENTI, CUACA PANAS DALAM SEHARI DUA KERINGLAH SEMUANYA.SEBAB AIR MUDAH MENGALIR KELUAR KESUNGAI TANPA HALANGAN..TAKLAH SAMPAI JALAN SULTANAH DAN AIRPORT KEPALA BATAS TENGGELAM
Sekarang ni mengapa kedua-dua tempat tersebut tenggelam apabila Landasan Keretapi Berkembar dibuat..Tenggelam berhari-hari
pula
Adakah kerana Hujan di Selatan Thailand !!!???
Ini bermakna sistem perparitan mesti dikaji semula untuk mengalirkan air dengan mudah..ke sungai samaada membina terowong di suatu tempat yang air bah boleh menjadi tumpuan untuk mengalir ke keluar ke sungai Anak Bukit atau didalam sepanjang Bandaraya, rail dibina tinggi bukan atas tanah.
rakyat yang tiada pelajaran pun tahu landasan keretapi berkembar penyumbang banjir terburuk, kalau berdiri atas landasan, boleh nampak landasan macam empangan menakung air banjir
BalasPadamorang begini biasanya boleh jadi pemimpin UMNO dan BN, bukan pemimpin untuk rakyat
BalasPadamkelantan tu takde projek landasan berkembar pon banjir tiap2 tahun...ingat banjir nie semua atas izin Allah untuk menguji hambanya....tak payah menyalahkan pihak yg lain.......cuba projek Double Track nie DAP yg buat...apa alasan korang...jgn suka menunding jari nanti tertunjuk diri sendiri..
BalasPadam