Tindakan Tegas Elak Kritikan Peribadi Sesama Sendiri - Wan Azizah
PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, jaminan itu diharapkan tiada kritikan berbentuk peribadi sesama pimpinan dan ahli secara terbuka kerana keadaan itu akan membuka ruang kepada musuh.
“Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti. Kita yakin ia akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman pada Jumaat menyerahkan satu Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.
Resolusi tersebut mengandungi enam perkara berkaitan perjalanan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan ketika ini.
Wan Azizah difahamkan resolusi itu satu proses yang baik mengikut saluran tepat dan menunjukkan kematangan ahli dalam menangani isu-isu berbangkit.
“Pimpinan parti, khususnya saya sendiri dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan memberi perhatian serius resolusi enam perkara tersebut dan semua memorandum serta surat aduan yang telah diterima dari akar umbi.
“Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas,” katanya.
Ulasan GB
Serangan peribadi? Bagaimana sebelum ini calon yang dijulang oleh pimpinan PKR menyerang peribadi lawannya secara terang-terangan?
Boleh lihat sini:
Azmin Serang Zaid Habis-habisan Setelah Mendapat Pencalonan Tertinggi
Azmin Sifatkan Zaid "Deperado", Guna BH Serang Lawan.

presiden sokong mana nie.. bunyi macam nak defend ketua umum jaa..
BalasPadammana keadilan ahli-ahli, kenapa disekat untuk bersuara.. mana kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh pkr selama ini