Muhyiddin yakin BN rampas balik Galas, majoriti besar
GUA MUSANG, 3 Nov - Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti besar esok.
Bercakap pada satu majlis di sebuah sekolah Cina di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Umno dijangka menang di kesemua 13 daerah mengundi.
Kempen pilihan raya kecil ini berakhir malam ini manakala pengundian berlangsung mulai pagi hingga petang esok. Keputusan dijangka diketahui sekitar 8 malam.
“Perang belum berakhir lagi. Kita belum lagi menang sehingga keputusan diumumkan malam esok,” kata timbalan perdana menteri.
“Insya-Allah, kita akan menang di kesemua 13 daerah mengundi,” kata Muhyiddin ketika berucap di hadapan 800 penyokong BN di sini.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di tujuh daripada 13 daerah mengundi.
BN menewaskan di kesemua enam daerah mengundi melibatkan Orang Asli dan masyarakat Cina kawasan luar bandar di Kampung Pulai.
“Kami bukan (bercakap) megah di sini, tetapi kita ada calon yang berupaya untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin juga meminta hadirin menyokong calon BN Abdul Aziz Yusoff ekoran hubungan mantap dengan Putrajaya.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima pada 27 September lepas.
Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.
Ulasan GB
Dari dua kenyataan Muhyiddin seperti yang dilaporkan oleh media, seolah-olah menunjukkan bahawa proses membawa peti undi menggunakan helikopter dari kawasan Orang Asli ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik esok seperti dirancang untuk memberika kemenangan dengan majoriti yang besar kepada BN.
Dan justeru itu maka Allah telah menunjukkan kepada kita bahawa petanda berlakunya kegelapan di dalam sistem demokrasi negara.

N45 Galas: PAS Terdesak Pertikai SPR
GUA MUSANG: Tindakan PAS cuba membantah proses membawa peti undi menggunakan helikopter dari kawasan Orang Asli ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik esok jelas menunjukkan bahawa parti itu berada dalam keadaan terdesak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PAS begitu tertekan untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hingga terpaksa mempertikaikan amalan biasa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses berkenaan.
"Itu tanda mereka berhadapan dengan tekanan hingga perkara yang biasa dilakukan oleh pihak SPR turut dibantah.
"Selama ini pun perkara begini tak berbangkit atau keputusan pilihan raya di cabar hanya kerana membawa peti undi ke pusat penjumlahan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry di Sungai Terah di sini, Rabu.
Beliau mengulas tindakan PAS yang mahu mengemukakan bantahan terhadap SPR berhubung proses membawa peti undi yang belum dikira ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik.
PAS tidak bersetuju dengan kaedah yang digunapakai oleh SPR itu yang didakwa boleh menimbulkan keraguan.
Selain itu Muhyiddin turut berharap agar PAS menghormati peraturan yang sedia ada dan bersifat lebih rasional.
"Bagi saya hormatilah peraturan-peraturan yang sedia ada, jangan kita terdesak atau jadi tak berapa rasional.
"Memang perlu angkat peti undi, itu biasa berlaku dengan kawalan polis dan pihak berkuasa. Pihak parti tak akan terlibat bersama. Walaupun kita boleh memerhati, tapi ini diuruskan oleh pihak berkuasa," katanya.
Diminta mengulas mengenai gambar yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan sumbangan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di Lojing kelmarin, Muhyiddin berkata perkara tersebut jelas bertentangan dengan undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
"Itu bukti jelas, Nik Aziz boleh jelaskan apa yang dilakukannya, tapi berdasarkan kenyataan SPR perbuatan itu salah.
"Sama ada tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) itu kita serah kepada mereka. Bagi saya ia jelas bertentangan dengan undang-undang," katanya. -mstar
Ulasan GB
Dari dua kenyataan Muhyiddin seperti yang dilaporkan oleh media, seolah-olah menunjukkan bahawa proses membawa peti undi menggunakan helikopter dari kawasan Orang Asli ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik esok seperti dirancang untuk memberika kemenangan dengan majoriti yang besar kepada BN.
Dan justeru itu maka Allah telah menunjukkan kepada kita bahawa petanda berlakunya kegelapan di dalam sistem demokrasi negara.
kalau betul umgok buat camtu ... nak menipu... mudah2an helikopter tu musnah disambar petir dan hancor musnah semua undi2 tu dan mereka yang bersubahat... mari kita AMINkan beramai2... doa orang teraniaya diterima Allah S.W.T...
BalasPadamAaamin.. ya memandangkan sekarang musim hujan lebat dan berangin, mari kita doakan semoga Allah kirimkan hujan dan angin kencang supaya heli yang membawa peti undi tidak dapat terbang dan usaha penipuan UMNO/SPR gagal.
BalasPadamSemoga Allah kurniakan kemenangan kepada PAS/PR.
Allah Maha Bijaksana !
BalasPadamamin...mudah2an perancangan jahat mrk kan kecundang...serta ditunjukkan segala rancangan jahat mrk itu kpd umum....agar rakyat sedar penipuan dan pembohongan UMNO-BN selama ini....amin...
BalasPadamPada hemat saya kan lebih baik & selamat kertas undi dikira sebaik sahaja waktu pengundian di tutup di tempat buang undi. Seperti amalan biasa. Tidak timbul rasa tak puashati dikalangan calun/parti yang bertanding sebab wakil calun dapat menyaksikan bersama. Pihak SPR hanya ambil keputusan sahaja. Kalau ditaqdirkan hujan ribut heli tidak dapat mendarat, keputusan kita dah ada. Semoga Allah bukakan hati pentadbir SPR.
BalasPadamPAS patut ada keinteligenan tahap tinggi dalam pengendalian hal-hal pilihan raya. Jangan memanjang je kene perbodoh dan dimudah-autakan oleh agen-agen UMNGOK yang terkenal itu.
BalasPadamSeorang yang benar dan jujur tetapi 'ngok akal' pun tak pakai juga dalam mengurus hal-hal strategik yany sepenting pilihan raya itu.
Sebab itu, UMNGOK tak pernah takut kepada PAS sebab mudah benar dipermainkan.
Syukurlah Nik Aziz masih sihat dan berupaya. Harapkan Hji Hadi..!!?? Pada aku, tak kemanalah PAS oleh dia. Yang sudah digengam pun terlepas. Macam si pengantok je.
Jangan-jangan masih belum bangun lagi. Masih beremimpikan kerajaan perpaduannya lagi barangkali.
Maaf jelah ha...
hahaha...berbaloi-baloi baca komen anoymous 8:10,betui la tu,kawe setuju benor ngan demo...
BalasPadamTahun 80han dulu dah pernah jumpa kotak peti undi dibuang dalam hutan Gua Musang.
BalasPadam