Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa untuk mengambil tindakan ke atas Azmin Ali, calon Timbalan Presiden ekoran dari kelaku buruknya menyerang peribadi lawan seperti yang telah dilaporkan oleh media.
Azmin didakwa telah menganggap Zaid Ibrahim, calon lawannya sebagai seorang pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian.
Ahli Parlimen Kelana Jaya semalam melahirkan rasa sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.
"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-nyebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini.
Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti.
"Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau.
Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti.
"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat.
“Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.
“Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka),” kata pemimpin ini pada satu majlis di sini.
Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah.
“Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah,” kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan.
Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub.
Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua.
Sementara itu pelbagai pihak kesal dengan tindakan Azmin berkenaan.
MB Selangor, tan Sri Khalid Ibrahim juga pernah menasihatkan calon-calon yang bertanding supaya menjjaga kelakuan dan tatatertib sewaktu berkempen.
Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.
“Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti," tegas Khalid.
Seorang pengkomen yang menamakan dirinya anhipokrit telah menghantar komen di dalam blog Kelab GB yang diantara lain menulis:
kalau mendabik dada...akulah yg hebat...akulah yg paling lama.... akulah yg paling banyak berjasa...dan mcm2 lagi jasa nak dihebahkan, bermakna sudah tidak ada keikhlasan dalam perjuangan anda wahai si Azmin... apakah niat anda sebenarnya menceritakan kerjabuat anda selama ini?... bukankah ini namanya riya'...ujub.... dll.. Sepatutnya bukan anda yg menceritakan amalan diri sendiri, tetapi bila anda menceritakannya...maka terbuktilah selama ini anda tidak ikhlas... anda berkata anda tahan diuji...sebenarnya anda TEWAS... TEWAS kepada NAFSU anda sendiri! Anda mungkin MENANG di dunia...tetapi anda akan TEWAS diakhirat! Bukanlah jangkamasa itu sebagai pengukur untuk melayakkan anda menerima redha Allah... tetapi keikhlasan anda itulah penentu segala-galanya! Org yg pendek umurnya tetapi ikhlas amalannya akan akan diterima oleh Allah drp org yg panjang umurnya tetapi tidak ikhlas amalannya! Buangkanlah sifat2 munafik yg bersarang didalam hatimu sebelum terlambat! Bartaubatlah kpd Allah sementara umur masih ada. Sanggupkah anda memakan daging saudara2 anda sendiri? Bertandinglah secara berhikmah, bijaksana... bukannya mencela sahabat2 seperjuangan! kalau beginilah sikap anda... maka lebih baik anda berundur... atau anda akan kami undurkan!...atau lebih dahsyat lagi kalau anda dimalukan oleh Allah s.w.t. di hari yg tidak ada org yg yg akan menyokong anda di akhirat kelak!
Sementara itu, pelbagai pihak mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya berlaku adil dan saksama di dalam bertindak. Kegagalan JPP untuk berlaku adil akan hanya menjadikan mereka sebagai "boneka" sepertimana kerajaan UMNO BN memperalatkan Polis, SPRM, institusi kehakiman dan lain-lain agensi kerajaan sebagai alat mereka untuk menekan Pakatan Rakyat.
Media PKR seperti Suara Keadilan dan TVS turut dilihat tidak berlaku adil dimana ruang seluas-luasnya diberikan kepada Azmin tetapi hampir tiada ruang untuk Zaid.
"Jika kita marahkan orang lain tidak adil, mengapa di dalam parti sendiri berlaku ketidak-adilan itu?. Mengapa cakap tak serupa bikin?" tegur seorang ahli.
"Kita lihat semacam sudah ada agenda tertentu dari peringkat tertinggi parti menyebelahi Azmin. Menggunakan jentera parti untuk menetapkan calon-calon tertentu untuk jawatan-jawatan tertentu. Malah penggunaan nama-nama pemimpim-pemimpin parti untuk membuat kenyataan media terhadap sokongan terbuka beberapa kerat pemimpin parti terhadap Azmin jelas menunjukkan adanya agenda tertentu itu," tambahnya.
Di dalam hal Zaid Ibrahim yang dikecam hebat oleh pihak tertentu, ia dilihat hanya sebagai mainan Azmin yang takut dengan bayang-bayangnya.
“Individu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam dekrelasi Permatang Pauh 10 tahun yang lalu,”katanya.
Azmin menambah, "adakah pemimpin ini yang hendak kita pilih menjadi pemimpin parti kita."
Serangan melulu Azmin itu dilihat sebagai kebudak-budakan kerana tiada siapa boleh menghalang ahli parti tanpa mengira usia keahliannya, untuk bertanding mana-mana jawatan di dalam parti.
"Jika demikian, parti kena buat syarat nak masuk PKR, jangan bertanding dulu, duduk jadi lembu selama dua tahun kemudian baru boleh bertanding," bentak seorang ahli yang memakai baju "Trojan Horse" sebagai sindiran kepada pihak tertentu di dalam parti.
"Tak ada parti dalam dunia buat syarat sedemikian. Malah dalam sejarah Islam pun tak ada. Tak der kita dengar kisah hatta para muallaf pun yang dihalang menjadi pemimpin umat Islam. " tegasnya.

saya setuju. beliau perlu dulucutkan kelayakan untuk bertanding dalam mana-mana jawatan.
BalasPadamperosak.
Saya mewakili PKR cabang di satu negeri di Pantai Timur pun setuju Azmin dihadap ke Lembaga Disiplin parti kerana melanggar etika pemilihan yang jelas melarang calon menyerang dan mencerca calon lain. Kalau tak buat ke atas Azmin memanglah PKR double standard dan tak adil dan kami akan keluar parti.
BalasPadamOrang ini sesen pun takde guna terutama kepada penduduk di kawasan parlimen yg dia wakili...
BalasPadamPada parti lagi laa...
melekehkan pemimpim2 lama dalam parti dan menyerang parti takper pulak--- ini dinamakan setia pada org bukan setia pada parti-- harap dijauhkan..
BalasPadamAzmin ni ingusan lagi. tak perlu layan sgt dan tak perlu sokong dia dlm apa-apa jawatan
BalasPadambeliau kalah di bukit antarabangsa dan parlimen gombak di dalam pilihanraya akan datang. kita bet!