30 Okt 2010

Ansari, Bakal Ketua Menteri Sabah Satu Hari Nanti

Patah Sayap Terbang Jua, Terkehel Tangan Berjuang Juga

Dango Mamamat menulis di blognya dengan tajuk Terima kasih Pak Ansari: Tahniah teman kepada calon PKR di PRK Batu Sapi, Pak Ansari. Pak Ansari telah berjaya mendedahkan kedaifan kerajaan BN Sabah.

Dua kali BN Sabah dimalukan oleh Pak Ansari. Tidak payah buka dokumen, tidak payah repot polis. Hanya meniti di titi reput dan ambil risiko basah kuyup. Biarkan BN gelak, biar mereka kata apa-apapun.

Janji rakyat dapat melihat dengan mata sendiri betapa rakyat Sabah yang selama ini begitu setia dengan BN telah diabaikan oleh Kerajaan 1 Malaysia. 1Malaysia tahu yang rakyat miskin ini bukan minta tanah, mereka hanya minta titi ...

Adalah dijangka bahawa dua peristiwa ini akan merupakan satu petanda yang memungkinkan Pak Ansari memenangi PRK Batu Sapi. Selepas hari penamaan calon, calon PKR dilabel sebagai kacau daun kepada BN dan SAPP. Tetapi dengan peristiwa dua kali titi patah, rakyat tanpa mengira status dan kedudukan mula mempertimbangkan semula calon mana yang harus diundi.

Calon mana yang hampir dengan rakyat? Calon BN? Jangan harap. Jikalau mendiang suaminya semasa menjadi wakil rakyatpun tidak menyedari ada titi reput di kawasannya, apakah datinnya akan memperjuangkan nasib rakyat?

Yong Teik Lee? Lagi tak boleh pakai. Pernah jadi KM Sabah. Ketika berkuasa dia tidak ambil pedulipun pasal rakyat miskin yang minta titi baru. Takkan dalam keadaan tidak berkuasa dia mampu mengadakannya.

Sama ada Pak Ansari menang atau kalah, selepas ini titi yang patah akan diganti dengan yang baru. Kerajaan Musa Aman tidak mungkin sanggup dimalukan lagi. Jikalau titi tidak diganti sebelum PRU13, rakyat akan menjauhi BN. Tetapi di hati kecil rakyat kita boleh mendengar kata-kata mereka, terima kasih Pak Ansari.

Kepada semua pengundi di PRK Batu Sapi, selamat mengundi.

Ulasan GB

Ramai yang mentertawakan calon PR yag jatuh ke laut. Dan banyak pula andaian-andaian nakal ekoran dari peristiwa itu. Ada yang menyatakan suwehnya nasib Ansari.

Apakah rahsia di sebalik kejadian tersebut lansung tidak diteroka dan dibaca.

Ansari bakal kalah kali ini. GB juga turut menerimanya. Tetapi jangan tersekat di situ cuma.

Namun daripada peristiwa dua kali jatuh ke laut, ia adalah petunjuk besar dari Ilahi bahawa orang yang bernama Ansari ini perlu "dibenamkan" di dalam laut Sabah - bermaksud Ansari perlu bergelumang dengan rakyat Sabah. Benar-benar bergelumang sehingga dua kali berada di lautan rakyat.

Kemudian Ansari bangkit dari lautan rakyat itu - dengan penuh sedar dan keinsafan bahawa rakyat Sabah memang perlukan pembelaannya. Hanya Ansari yang mampu membawa perubahan. Dan hanya Ansari dipilih Tuhan untuk dijatuhkan ke dalam laut Sabah itu.

Kedua, orang yang bersama dengan Ansari ketika itu ialah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah petunjuk dari peristiwa itu? Nasib Ansari akan mengikuti apa yang telah dilalui Khalid. Khalid kalah di Ijok di dalam pilihanraya kecil. Dihina, dicaci, ditohmah dan pelbagai lagi. Tetapi kemudiannya beliau menang besar di Ijok dan menang juga di Parlimen. Diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Ya, Ansari akan menerima nasib yang serupa dengannya.

Pemerhatian GB: Ansari bakal Ketua Menteri Sabah satu hari nanti.


7 ulasan:

  1. Berapa ramai orang 'jati Sabah' berbanding orang-orang yang 'dijatikan'...!!??

    BalasPadam
  2. Memang kamu ketawa..lucu kan ? Bagaimana kalau kamu yang jatuh, anak isteri @ suami kamu yang jatuh. Apa wakil rakyat kamu buat dulu ? Gelak sedikit tak apa tapi renungkan peristiwa ini dalam... dalam... dalam dan jadilah pengundi yang bijak !

    BalasPadam
  3. Tahniah!!! pemimpin hebat bermula dari kepayahan bukan hidup senang lenang macam najib

    BalasPadam
  4. Calon BN dan SAPP tak perlu buat janji bohong kerana pernah berkuasa selama ini!

    BalasPadam
  5. Cuba buat perubahan sikit dgn mengundi sdr Ansari. Biar dia bercakap di Parlimen.

    BalasPadam
  6. Sama saja dengan Projek-Mee-Segera UMNO. Bukti UMNO dulunya tidak buat apa-apa untuk rakyat. PMS tidak berkualiti sebab 60 persen ! ongkosnya jatuh keriba kroni mahu-cepat-kaya. Sokong dan Undilah PKR.

    BalasPadam
  7. Hendaknya calun Parlimen PKR ni sabar menempuh dugaan, sebenarnya rakyat dah banyak kali jatuh, bukan sekali dua malah dah banyak kali, pasal jambatan ni rakyat mahaen dah berkali-kali jatuh, jambatan yg kerajaan bina mungkin satu atau dua, itu pun heboh seluruh dunia kasi tau.

    Yang rakyat bina sendiri dengan kos ditampung secara patak-patak belum dikira lagi.

    Sesiapa pun akan jatuh, tahu saja lah jambatan sudah uzur, jatuh ni tak berkait dengan tuah atau malang dah sebagainya. Ianya hanya satu hakikat jambatan sudah uzur perlu ganti baru. Apa lagi jumlah berat yang melampau yang ditampung oleh jambatan itu.

    Rakyat pula kena melihat dua arah pandangan berbeza kemudian ditapis oleh otak untuk mengundi;

    -Calun yang gagal BI dari kerajaan yang tak pernah ambil tahu, termasuk lah isu jamtaban atau;

    -Sdara Ansari peguam yang mewakili kerajaan dalam bayangan.

    Jadi selamat mengundi dan undilah dengan bijak dan waras demi masa depan yang lebih baik, baik dari semua segi, terutama taraf kehidupan yang sepatutnya menjadi hak kita semua.

    Jangan lah terpedaya dengan pemimpin penipu dan akan terus menipu rakyat sampai masuk kubur pun menipu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.