30 Okt 2010

Ahmad Maslan Hina Sultan Kelantan

Umno: Nampak sangat PAS tak boleh selesai masalah

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai kedatangan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke satu kawasan di Gua Musang sebelum ini.

Kedatangan Sultan Muhammad sebelum ini dipercayai berkaitan masalah tanah yang dihadapi sekumpulan masyarakat di kawasan tersebut.

"Tapi kalau sultan sendiri kena datang selesai, nampak sangat kerajaan negeri tak boleh selesaikan (masalah)," kata Ahmad ketika bercakap kepada pemberita di bilik gerakan BN di Bukit Cekati hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan yang sebenarnya diajukan kepada calon BN Abdul Aziz Yusof.

Turut ditanya ialah sebab kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan itu sebelum ini, yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Muhammad Faris Petra.

Isu mengenai kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan pilihan raya kecil DUN Galas timbul semalam apabila desas-desus mengenainya dikutip oleh sebuah blog.

Pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad semalam bagaimanapun menafikan desas-desus bahawa Sultan Kelantan akan menyertai kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Ulasan GB

Apa yang diucapkan oleh Ketua Penerangan UMNO itu adalah sesuatu yang biadab dan sikap tidak hormat kepada Sultan Kelantan.

Beliau (Ahmad Maslan) sendiri mengakui tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku sedangkan Sultan Kelantan sebenarnya adalah seorang yang berjiwa rakyat, yang mahu turun ke padang bersama rakyat, sentiasa menyelami masalah rakyat dan sentiasa berada bersama rakyat.

Contoh, apakah apabila Sultan Kelantan sendiri menyembelih lembu misalnya disebabkan oleh "masalah rakyat" yang takde seorang pun pandai sembelih lembu? Tidak samasekali! Tetapi adalah kerana Sultan Kelantan merasakan dirinya sebagai sebahagian anggota rakyat dan apa yang dilakukan oleh Sultan Kelantan itu amat disenangi dan disayangi oleh rakyat Kelantan sendiri.

Bgitulah halnya dengan apa-apa juga dengan tindakan Sultan Kelantan termasuk datang ke Gua Musang untuk menyampaikan geran tanah. Ia adalah kehendak Sultan sendiri yang ingin bersama rakyat, yang ingin melihat senyum wajah rakyat di bawah naungannya.

Bukan macam kamu di dalam UMNO yang sebat segala hak rakyat, yang suka melihat rakyat menderita.



7 ulasan:

  1. best betul libasan GB, terima kasih dan tahnia. Perlu ramai blogger PR macam GB.

    BalasPadam
  2. Ini Amat Maslan aa bukan cedik sangat. Itu Felda punya hal pun dia kasi nakpak dia punya bodo, lagi mau kacau Galas ka ? Lamai olang kenai sama lu woi...

    BalasPadam
  3. Kenapa..!!?? Tak bolehkah sultan turun padang..!!?? Saiyyidina Umar lebih hebat daripada sultan pun turun padang.. Itulah kemulian seorang sultan. Sedia turun padang bertemu rakyat jelata yang mengiktiraf seseorang itu Sultan.
    Bukan macam UMNGOK yang kerjanya 'membonekakan' para sultan dan raja. Sebaliknya 'mereka yang 'bersultan dimata dan beraja di hati'.
    Berawaslah wahai pengundi Galas. Galaslah tanggungjawab tuan puan untuk membenamkan parti si Ahmad Maslan itu.
    Keceluparannya sudah melebihi batas adab rakyat jelata dengan seorang sultan yang menjadi ketua sesebuah negeri.
    Cuba mengampu sultan tetapi tampa sedar ia menghina sultan yang bertanggungjawab terhadab rakyat jelata.

    BalasPadam
  4. TGNA sudah menang malam ni, kelantan menang 2-1, istihar cuti umum, teruskan sokong PAS dan TGNA

    BalasPadam
  5. TAHNIAH, bendera PAS dari Galas di Stadium Bukit Jalil, nanti ke PUTRAJAYA pula Insyaallah

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum,

    Kalau menyanyi dan menari kebanyakan pemimpin UMNO kita akan sama mengikut dan menyambung sahaja rentaknya walau pun tak pandai. Begitu juga kalau terpaksa bertahlil, aminnya sayup sekali. Putrinya memang pandai berjoget macam orang Haiti (?) kerana sporting.

    Kalaulah pemimpin UMNO tahu akan jadual perjalanan YM Sultan, habislah orang ramai tak dapat salam dengan Tuanku kerana dikelilingi songkok tinggi.

    Pemimpin UMNO akan sibuk datang meyelesaikan masaalah rakyat yang berkaitan wang sahaja kerana ada tersembunyi persennya. Pasal kemasyarakatan tu bukan tak ada, tapi jarang-jarang !, dan kalau ada mahu dibawa dengan mi segeranya sekali. Mee segra yang enam-puluh-sembilan sen itu akan jadi RM3.69. Pengikut tak kisah barang free, terima saja.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.