4 Ogo 2010

Subsidi Gula Hanya Buncitkan Peniaga - Senator Akbar

Subsidi tahunan kerajaan bagi gula berjumlah RM2.3 bilion tetapi 96 peratus dari jumlah itu adalah untuk golongan peniaga dan bukannya pengguna, dakwa seorang Senator.

Senator Datuk Akbar Ali (gambar) berkata, "majoriti yang mendapat keuntungan dari subsidi gula itu ialah golongan yang sepatutnya tidak berhak iaitu pekilang gula, hotel dan pengusaha restoran.

"Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan ialah lebih RM24 bilion setahun termasuk petroleum, makanan dan buku teks untuk pelajar sekolah," terang beliau.

Katanya, golongan yang tidak layak mendapat subsidi gula kerana dasar kerajaan yang memberi subsidi di peringkat pengeluaran dan bukannya kepada pengguna.

Beliau berkata, "kerajaan memberi subsidi kepada pekilang gula, hotel yang menyediakan makanan dan minuman serta pengusaha restoran."

Menurut Akbar, jumlah sebenar kalau betul, golongan miskin ialah 228,000 isi rumah berdasarkan bancian terbaru kerajaan. Ini bermakna, jika subsidi gula untuk golongan miskin ia lebih kecil daripada RM60 juta.

Akbar turut membangkitkan perkara ini dalam sidang Dewan Negara minggu lalu.

Menurutnya, beliau memberi angka isi rumah itu berdasarkan penyiasatan perbelanjaan isi rumah yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2007.

Beliau berkata, kerajaan telah menyedari ketidakadilan ini dan kerana itu mereka menstruktur semula dasar subsidi.

"Kalau ada golongan yang menentang penstrukturan semula subsidi mereka ialah pengusaha restoran, hotel dan pekilang kerana golongan inilah yang paling banyak mendapat manfaat dari subsidi kerajaan," katanya.

Akbar berkata, kerajaan perlu mempunyai data keluarga miskin di seluruh negara supaya skim subsidi kerajaan benar-benar dinikmati kumpulan sasaran.

Katanya, rakyat tidak mahu kumpulan yang tidak berhak turut mendapat subsidi manakala orang miskin tersisih. -FMT

5 ulasan:

  1. pemerintahan BN dah lama sehingga dah tak kenal bantu rakyat atau tindas

    BalasPadam
  2. Jadi apakah langkah kerajaan bagi mengembalikan subsidi gula kepada yang berhak?..sampai hari ni masih omong kosong..sepatutnya insentif untuk golongan rakyat berpendapatan rendah diumumkan serentak dengan kenaikan harga gula..barulah rakyat didahulukan, yang menjadi slogan UBN Najib-Rosmah memberi erti yang besar kepada rakyat..harga gula dah lama naik..mana dia subsidi yang ditarik balik?..kembalikan kepada rakyat bukan masuk poket hangpa UBN..

    BalasPadam
  3. Pemerentah UMNO hanya mengejar wang dari titik peluh rakyat, sebelum pengumuman kenaikan harga barang (Barang Naik} BN, Barang keperluan tiada di kedai dan pasaraya seluruh Malaysia olih itu kenaikan harga barang memang sudah di rancang bertujuan untuk menyusahkan rakyat kali kedua, taukey barangan tersebut sudah tahu bila kenaikan barangan tersebut akan diummkan serta bersubahat dengan Najib untuk menghukum dan memaksa rakyat membeli barangan keperluan tersebur...
    Itulah penipuan besar olih PM tehadap rakyat.yang untungnya dapat komisen dari taukey taukey tersebut dan becuti keluar negara..

    Rakyat ditindas dengan berbagai cara..

    BalasPadam
  4. inilah kesan natijah dasar pensuastaan dan pengkoperatan yg laksanakan oleh kerajaan dimana hasil kekayaan yg diturunkan kerajaan kepada rakyat dikaut oleh pehak berkeaan ahirnya rakyak bawahan hanya mendapa lelehan kuah yang tumpah sahaja.

    BalasPadam
  5. udah x boleh pikir ker,kalu udah industri belasah subsidi gula,cukai laa syarikat tuu brapa persen gula/tan contohnya.itupun susah ker nak buat.ini yg susah kalu byk pemimpin bodoh x leh ajar.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.