PAS hari ini membidas Umno, dan melabelkan parti itu sebagai punca kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui kebuntuan.
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.
"Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, maka jatuhlah (1Malaysia) Najib,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.
"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak memerlukan musuh.”
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib.
Mengulas lanjut, Dr Dzukefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mendakwa pemimpin Umno sendiri yang mensabotaj dasar tersebut.
"Kalau begitu, Najib tidak perlu seteru politik seperti kami...," katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Ghazali; pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad serta ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Mengupas perkara yang sama, Dr Lo Lo pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa konsep 1Malaysia telah gagal apabila Najib tidak berada dalam negara.
"Kenapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?” soalnya.
Beliau juga mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan yang pernah ditemui di satu majlis perkahwinan, menyatakan bahawa "Salam 1Malaysia" diucapkan oleh kakitangan kerajaan sebagai satu "protes" terhadap konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri.
Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula, konsep satu Malaysia adalah sesuatu yang sememangnya dimahukan rakyat namun Umno bukan wadah terbaik memperjuangkannya.
Malah katanya, Pakatan Rakyat sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak dulu lagi berasaskan perinsip keadilan untuk semua kaum. -mk
Ulasan GB
GB telah lama melihat bahawa gagasan 1Malaysia hanyalah lipstik yang dipakaikan ke bibir orang tua, kedut wajahnya tetap kelihatan. 1Malaysia hendak diperjuangkan oleh parti perkauman UMNO? Tidak mungkin sama sekali menjadi kenyataan.
Apatah lagi pemimpin UMNO seperti Najib - pemimpin yang tidak datang dari kelas rakyat marhain tetatpi dari "istana kayangan" - dia tidak pernah mengenal erti kemiskinan, tidak pernah kenal erti penderitaan, tidak pernah kenal erti kesusahan - justeru pemimpin sebegini adalah pemimpin palsu yang kelak bakal menghancurkan agama dan bangsa. Hanya berslogan kosong sedangkan isinya hampas belaka.
Muhyiddin kita semua dah kenal, pemimpin nasionalisme Melayu kelas rendah yang kalau ditakdirkan menjadi PM, rosak binasalah negara. Baru jadi TPM dah terima tentangan dari bangsa lain menunjukkan kepada kita bahawa beliau tidak akan kekal lama memegang jawatannya.
Yang memperjuangkan intipati 1Malaysia hanyalah Pakatan Rakyat, tetapi tanpa slogan tanpa gendang. Rakyat mana-mana-mana bangsa boleh pilih mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS< PKR ataupun DAP - tiada halangan etnik, tiada perkauman.
Slogan 1Malaysia Najib saling tak tumpah slogan Islam Hadhari Pak Lah - akan pergi dibawa angin dengan perginya pemimpin UMNO tersebut yang dijatuhkan dan akan terus dijatuhkan oleh ahli-ahli mereka sendiri.

Budaya cantas mencantas ni memang telah segar dalam pemerintahan UBN..kalau sipenipu kena cantas oleh sipembohong, atau sipenyamun kena cantas oleh siperompak maka juak juak, katak katak dan ulamamak ulamamak UBN akan sekelian menghanggukkan kepala mereka tentunya kepada pencantas yang baru menaiki takhta..tanda setia pada parti konon..eloklah tu, semaikanlah budaya tu dalam parti hangpa biar cepat kena cantas oleh Paktan Rakyat
BalasPadam