OCPD Petaling Jaya Didesak Mohon Maaf Kasari Peserta Perhimpunan Anti Isa
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed memohon maaf secara terbuka berhubung tindakan ganas yang dilakukan pihak polis menangkap 29 individu dan menyuraikan peserta perhimpunan aman anti ISA di Petaling Jaya Ahad lalu.
Suaram berpendapat, sebagai pegawai yang bertanggungjawab, tindakan ganas polis atas arahan Arjuanaidi itu sangat tidak profesional dan tidak wajar disebabkan himpunan itu mempunyai permit yang sah.
"Tanpa mengendahkan permintaan penganjur untuk berunding syarat untuk acara memasang lilin itu dan memberi masa kepada hadirin untuk bersurai secara aman, anda mengarahkan anggota anda bertindak secara keras ke atas peserta menyebabkan keadaan huru-hara dan ketakutan. Dalam keangkuhan, anda malah menafikan permit yang diberi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kepada penganjur," tegas Suaram dalam surat terbukanya kepada OCPD berkenaan.
Menurut Suaram, polis berlaku ganas dan kejam apabila menceroboh masuk untuk menahan peserta yang hadir acara memasang lilin di dataran Padang Timur, MBPJ itu.
Mereka yang ditahan termasuk peserta wanita ditolak, dipukul dan diheret serta secara dimaki hamun oleh pegawai polis.
"Menggunakan kekerasan keterlaluan sedemikian amat tidak perlu kerana mereka yang ditahan akan bekerjasama bila diberitahu bahawa mereka telah ditahan. Anda mempraktikkan kuasa anda secara arbitrari dan oleh itu, anda dipersalahkan atas pencabulan hak asasi yang berlaku pada malam itu," Suaram lagi.
Arjunaidi diselar kerana menggunakan taktik intimidasi seperti mengarahkan penggunaan trak pancutan dan Unit Pasukan Simpanan (FRU) untuk menyuraikan peserta di hadapan ibu pejabat polis tersebut yang berkumpul kerana menunjukkan solidariti kepada rakan mereka yang telah ditahan.
Suaram menganggap tindakan itu sebagai ugutan paling dahsyat termasuk memaksa peguam yang mewakili mereka yang ditahan memberi kenyataan saksi berasingan.
"Kami mengutuk pencabulan terang-terangan terhadap hak mendapatkan peguam dan hak peguam mewakili pelanggan mereka," tegas kenyataan itu.
Menurut Suaram, walaupun Seksyen 27 Akta Polis memperuntukkan polis dengan kuasa arbitrari untuk tidak membenarkan perhimpunan awam, peruntukan itu bercanggah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin kebebasan awam.
"Sebagai OCPD, anda seharusnya merasa malu kerana menjadi satu contoh buruk sebagai seorang pemimpin kepada anggota polis yang lebih muda dan lebih rendah pangkat daripada anda.
"Anda telah menunjukkan teladan bukan sahaja kepada pegawai anda tetapi juga rakyat Malaysia bahawa anda berlatih mengendalikan keselamatan awam dengan menimbulkan ketakutan dan keganasan.
"Disebabkan di atas, Suaram menuntut anda meminta maaf secara terbuka kepada peserta perhimpunan nyalaan lilin, mereka yang didera oleh pegawai anda dan peguam yang anda gertak. Kami juga menggesa anda tidak mendakwa mereka yang ditahan kerana mereka hanya mempraktikkan hak perlembagaan dengan memasang lilin secara aman," ujar Suaram. -SK

kalau beginilah perangai polis baik buangkan saja perlembagaan malaysia ketengah laut gunakan saja akta polis, apaguna perlembagaan malaysia kalau ianya hanya ada dalam kertas saja sedangkan akta polis boleh mengatasinya.
BalasPadamBila PR jadi kerajaan nanti, Polis2 UMNgOk bolehlah letak jawatan serta pencen..he he he
BalasPadamUMNO berlakon depan melayu nak dapat sokongan, MCA berlakon depan Cina.. dua-dua serupa tak boleh percaya...
BalasPadam