7 Ogo 2010

Beranikah UMNO-BN ISAkan Chua Soi Lek?

Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.

Chua berucap kepada kira-kira 300 ahlinya yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanannya - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Tan Chai Ho, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim - dan beberapa pemimpin Pulau Pinang lain seperti Lau Chiek Tuan dan Tan Cheng Liang.

Chua berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.

Dalam ucapannya, Chua merujuk kepada buku tulisan, Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", yang mana pengarangnya menyenaraikan beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia.

Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Menurut Chua lagi, tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan. Malah katanya, tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita.

Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.

"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya. -mk


Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. -MK


Ulasan GB

Demikian biadabnya Chua Soi Lek ini. Dia tidak merujuk fakta sebenar, tidak juga mendapatkan maklumat mengenai Islam dan umat Islam dari sumber yang authentik, tetap daripada sebuah buku karya Syed Akbar Ali berjudul “Malaysia and the Club of Doom” yang mengetengahkan pandangan kritik mengenai negara-negara Islam.

Syed Akbar menulis menurut perspektifnya, dalam lingkungan keterbatasannya terhadap agamanya sendiri serta mentafsirkan kemajuan sesebuah negara mengikut pentafsiran dan acuan barat.

Kemudian Soi Lek mengutip sampah ini untuk dijadikan modal bagi menyerang Islam di negara ini - dengan kaedah cuba membunuh dua burung dari seketul batu - killing two birds with one stone - cuba menyerang UMNO dan PAS dalam satu masa.

Tak kisah menyerang UMNO dan PAS, tetapi amat dikisahkan apabila beliau bertindak keterlaluan mencemuh Islam dan umatnya. Kata Chua:

tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan. Malah katanya, tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita.

Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.


Ini jelas satu blasphemy - satu penghinaan terhadap negara Islam, umat Islam malah agama Islam sendiri semata-mata untuk memulihkan imejnya yang satu dunia sudah tahu mengenai skandalnya dulu dan untuk mendapatkan semula sokongan kaum Cina terhadap MCA yang telah pupus itu.

Chua perlu dikenakan tindakan. Chua perlu diISAkan. Persoalannya: Beranikah UMNO?


4 ulasan:

  1. mana berani najib nak ISA kan sipornoman ni..najib ni kanke takut bini..apa apa hal kena tanya puaka..takut nanti tersebar pulak najib punya video misteri..lagi haru..nak tangkap Ling Ling Syok pun najib terpaksa cabut lari keluar negara..inikan pulak nak ISAkan Cha Sui Luit..kena lari ke plutolah jawabnya najib kali ni..kah..kah..kah

    BalasPadam
  2. jika kpd org lain, sibuk UMNO BN gunakan ISA kononnya menghasut dan sebagainya, kenapa dlm kes berat spt ini UMNO BN tak berani nak amik tindakan kpd Chua Soi Lek?

    BalasPadam
  3. Mana Umno berani mengambil tindakan terhadap Presiden MCA.Mengenakan tindakan ISA jauh sama sekali. Jika Umno gunakan ISA terhadap beliau, kemungkinan ahli2 MCA atau kaum cina tidak akan memberi undi kepada Umno dalam PRU akan datang. Tanpa undi kaum cina, Umno akan tewas. Itulah hakikatnya.
    Yang mereka gunakan ISA hanyalah untuk orang2 melayu dari PAS. Mereka sanggup lakukan apa saja pada orang2 melayu atau pemimpin2 PAS kerana mereka tahu bahawa melayu mudah lupa dan akan mengundi Umno apabila tiba pilihanraya.

    BalasPadam
  4. sebenarnya chua soi lek ni perkakas umno. apa yang beliau katakan tidak lebih dari percubaan oleh umno untuk menggambarkan bahawa umno juga berjuang di atas platform agama seperti pas.

    dari sekarang sehingga pru 13, umno akan gunakan apa sahaja untuk menyamakan umno dengan pas bagi tujuan yang semua sudah maklum. kesinambungan kepada usaha2 menggabungkan pas dengan umno. kalau dah sama, kan lebih baik bergabung sahaja!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.