4 Jul 2010

Jika Amerika Latin Boleh Dibenam, Mengapa Tidak Barisan Nasional?

Piala Dunia: Dua pasukan Eropah benam gergasi Amerika Latin

Baki perlawanan suka akhir kejohanan bola sepak edisi Piala Dunia 2010 menyaksikan benua Eropah menguasai tiket separuh akhir dengan membenam dua gergasi dari Amerika Latin di tanah Afrika Selatan.

Selepas juara tiga kali Jerman dengan penuh bergaya menyingkirkan Argentina pimpinan Diego Maradona 4-0, Sepanyol menumpaskan Paraguay 1-0 dalam pertemuan penuh dramatik kira-kira empat jam kemudian.

Penyerang David Villa menyempurnakan pantulan bola pada minit ke-83 untuk melangkah ke separuh akhir walaupun pasukan itu keciciran tendangan penanlti.

Gol Villa itu, yang kelima bagi dirinya dalam kejohanan dan terbanyak setakat ini, membolehkan Sepanyol buat kali pertama dalam era moden memasuki separuh akhir Piala Dunia.

Terdahulu tendangan penanti penyerang Paraguay Oscar Cardozo gagal disempurnakan di separuh masa kedua perlawanan yang berlangsung di Ellis Park.

Lawannya juga gagal menyempurnakan tendangan penanti dua minit kemudian.

Kapten Paraguay Justo Villar menyelamatkan tendangan penalti yang diambil semula oleh Xabi Alonso pada minit ke-58.

Sepanyol, juara Eropah, akan bertemu dengan Jerman di separuh akhir di Durban, Rabu ini.

Malam kelmarin (waktu Malaysia), Belanda menyingkirkan satu lagi gergasi dari Amerika Latin, Brazil 2-1 untuk ke separuh akhir.

Ia akan bertemu dengan Uruguay yang menumpaskan pasukan tunggal benua Afrika Ghana.

Separuh akhir kali ini menyaksikan tiga pasukan Eropah bertarung untuk menjulang Piala Dunia edisi 2010 yang pertama kali dilangsungkan di benua Afrika.

Ramai yang meramalkan perlawanan akhir akan menyaksikan pertembungan Belanda-Jerman.

Terdahulu di Cape Town malam tadi, Jerman mengatasi Argentina 4-0 dengan bintangnya Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ketiga.

Jerman menambah tiga gol di separuh masa kedua.

Bagaimanapun Mueller yang telah menjaringkan empat gol setakat ini tidak akan beraksi di separuh akhir kerana menerima kad kuning.

Ulasan GB

Sepertimana tajuk, Gb meletakkannya jika Amerika Latin, gergasi bolasepak dunia boleh dibenamkan di Piala Dunia 2010, mengapa tidak Barisan Nasional di negara ini?

Firasat GB berdasarkan keputusan Piala Dunia setakat ini: tunggu saat dan ketika, Barisan Nasional pasti akan dibenamkan supaya mereka menyedari tinggi rendahnya langit dan agar keangkuhan mereka selama ini dipenggal hancur sampai ke bumi.


6 ulasan:

  1. Kau ingat main bola????

    BalasPadam
  2. Teringat juga akan parti SEMANGAT 46 yang berkubur bersama2 dengan ideologi singkat dan kecewa !

    BalasPadam
  3. saya setuju dgn pandangan GB. Ia adalah sebahagian evolusi politik. BN akan menjadi semakin pupus ...

    BalasPadam
  4. Tumbangkan UMNO dan BN, kita naikkan pemimpin beriman yang adil dan menjaga rakyat

    BalasPadam
  5. Nak menang main bolasepak bukan guna kaki aje tau. Kena guna kepala dan mata.

    Sama lah dgn nak menang pru. Bukan kena pakat dgn kapir aje tau tapi kena manis mulut hati.

    Bukan setakat mecarut dan mengkapirkan orang lain.

    BalasPadam
  6. wei maradona... mmg politik mcm main bola pun cuma bee end lom kasi berjudi bertaruh sapa kalah sapa menang... lu pikir la sendirik...wakakakaka

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.