4 Jul 2010

BN Tertipu, Percaya Laporan Yahudi

Barisan Nasional (BN) harus menyiasat pemilik The Washington Post terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan bagi menjatuhkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu jelas menjerat BN sendiri kerana mempercayai laporan yang dibuat oleh penulis Yahudi.

“Tindakan itu sekali gus melihatkan BN berjaya di tipu oleh Yahudi sendiri, hanya untuk mencari jalan bagi memburuk dan menjatuhkan reputasi Anwar,” katanya kepada: Sinar Harian.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebelum ini Anwar telah menyatakan dengan jelas bahawa apa yang diperkatakan telah disalah tafsir.

Anwar menyifatkan ia sebagai tradisi untuk memburunya biarpun telah menjelaskan bahawa beliau menentang keganasan zionis yang bermaksud keganasan dan penguasaan Yahudi.

The Washington Post :bertarikh 28 Jun lalu melaporkan Anwar telah meluahkan rasa kesal dengan penggunaan perkataan pencerobohan Yahudi dan beliau akan ‘lebih berhati-hati’ pada masa hadapan.

Dalam artikel Jackson Diehl bertajuk Flirting with zealotory in Malaysia, telah menyebut bahawa Anwar menghabiskan banyak masa memberi penjelasan kepada teman lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Negara, Horward Berman dan beberapa pemimpin Yahudi. -SH

3 ulasan:

  1. bukan tertipu...
    sebenarnya itu lah rancangan BN yahudi...
    supaya rakyat lupa sapa tu APCO

    debatapasaja.blogspot.com

    BalasPadam
  2. BN dapat maklumat dari APCO agaknya?

    BalasPadam
  3. apco yang bagitau twp point yang patut ditulis dan dihighlightkan. sah ini kerja agen umno IAITU UPCO.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.