Mahkamah Tolak Rayuan Sivakumar
PUTRAJAYA 22 Jun - Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.
Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.
Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan.
Keputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.
Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.
Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu.
Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.
Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.
Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi imuniti.
Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.
Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.
Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker.
Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker. -Bernama
Ulasan GB
Terperanjatkah kita dengan keputusan hakim berkenaan?
Lansung tidak ada apa yang baru.
Hairannya kali ini mahkamah menyatakan bahawa "tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri" dan "memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan".
Sedangkan sebelum ini mahkamah telah pun campurtangan apabila memutuskan sidang dewan rakyat Perak yang dilansungkan di bawah pokok tidak sah.
GB pernah menyatakan dengan keadaan di mana institusi kehakiman negara yang bobrok, jangan harap PR akan memperolehi kemenangan di dalam isu-isu tertentu seperti isu perak, isu DSAI dll.
Baca ulasan GB di SINI
Petikan semula :

Mahkamah Persekutuan? Oh, masyarakat berpersepsi bahawa ia adalah badan pegesah kepada kehendak dan keputusan Peguam Negara yang membuat keputusan demi kepentingan kerajaan UMNO dan BN. Bukan untuk kebenaran dan keadilan.
Ada beberapa kes terpilih yang mana Pakatan Rakyat atau mana-mana individu yang melawan institusi kerajaan akan PASTI ditewaskan apabila ianya sampai ke penal Mahkamah Persekutuan. Diantaranya kes Perak, kes liwat DSAI, kes melibatkan SPRM, kes melibatkan SPR, kes melibatkan PDRM.
Buka semula penghakiman kes-kes berkenaan Mahkamah Persekutuan, jika anda rasa GB tidak berkata benar.
Dan ingat juga kes correct, correct, correct. Si hakim bedebah yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan masih lepas bebas dan tidak diambil sebarang tindakan.
Jadi, keseluruhan sistem kehakiman negara sebenarnya bobrok. Rakyat tidak dapat mengharapkan kebenaran dan keadilan dari Istana Keadilan (Palace of Justice) lagi. Istana Keadilan bakal runtuh akibat hakim-hakim durjana ini.
hakim hanya patung bercakap bagi pihak najib
BalasPadammahkamah kurangkan hukuman sebab tak mahu pilihanraya, bukan sebab keadilan...
BalasPadamselagi najib bee end memerintah, selagi itulah semua badan kerajaan mengikut telunjok beliau, sehinggakan pegawai2 agama juga sanggup menggadai maruah diri demi mempertahan pembohongan yang dilakukan oleh najib... apalagi orang yang jahil tentang hukum Allah. WAHAI MUFTI2 DAN KETUA2 AGAMA YANG MENYOKONG PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH NAJIB... ENGKAU TUNGGULAH BALASAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK......
BalasPadamKalau nak hapuskan kezaliman dengan cepat, ramai ramai (lagi ramai lagi kuat dan cepat) adakan majlis tasbih (menyabut nama Allahu Samad berulang ulang dengan niat supaya yang zalim dibalas dengan kezalimannya sendiri) dalam lingkungan masa dua pertiga malam. Buat beberapa kali se hingga berjaya. Jangan buat perkara perkara yang tidak berkesan malah menjadikan kita ditemplak dan dihina.
BalasPadam