27 Jan 2010

Serangan Kepala Babi Di Masjid Mencurigakan

ADUN Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan provokasi yang direncanakan UMNO Barisan Nasional gagal membangkitkan kemarahan orang melayu.

Pagi tadi, 2 kepala babi diletakkan diperkarangan 2 masjid berasingan disyaki didalangi UMNO Barisan Nasional.

Haniza berkata UMNO Barisan Nasional lupa kaum Melayu kini bukan berfikiran jumud. Mereka kini pandai menilai situasi semasa.

"Ini adalah usaha untuk membangkit kemarahan orang Melayu. Tapi orang melayu sekarang tidak bodoh. Mereka tahu ini adalah provokasi. Ini taktik lama," katanya.

Beliau berpendirian tindakan ini satu perbuatan khianat untuk melagakan rakyat Malaysia kerana cara bagaimana kepala babi itu ditemui.

"Kalau difikir logik, babi itu dibungkus elok- elok dalam plastik. Menunjukkan bahawa orang yang letakkan kepala babi itu sendiri takut hendak memegang kepala babi itu. Kalau orang bukan islam, mereka tidak takut untuk pegang kepala babi itu. Ini jelas satu provokasi," tambahnya lagi.

Beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan taktik kuno UMNO Barisan nasional ini yang mana sangat terdesak mahu meraih sokongan rakyat negara ini khususnya kaum Melayu.

"Bagi saya nampak sangatlah ini adalah satu provokasi sebab, sehinggakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan datang hari ini. Saya harap rakyat sedarlah," jelas Haniza. -TVS



Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Menurut wartawan Malaysiakini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.

Wang juga dijumpai bertaburan

Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.

Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.

Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.

Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.

Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.

Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.

Bungkusan lutsinar

Manakala di Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya - berdekatan dengan lebuh raya NPE - terdapat dua kepala babi hutan ditemui di perkarangan masjid berdekatan di pintu belakang kira-kira jam 6 pagi tadi oleh anak kariah.

Jarak antara kedua-dua masjid tersebut adalah sejauh 3km.. Seorang saksi yang bernama Mohd Hilmi Bakri, 20, seorang pelajar berkata ketika dia untuk menunaikan solat subuh, dia ternampak kira-kira 20 orang sedang berkerumun melihat sebuah bungkusan lutsinar.

Berdekatan dengan bungkusan itu juga terdapat 30 wang kertas RM1. Mereka membiarkannya kerana menyangka bungkusan tersebut adalah kes buang bayi.

Kemudian, seorang pegawai masjid menghubungi pihak polis kira-kira jam 6.30 pagi. Dua anggota polis tiba dan membuka bungkusan tersebut, dan mendapati ia berisi kepala babi hutan.

Selepas itu, dua kereta peronda polis datang dan mengambil kepala babi hutan itu kira kira jam 7.30 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Nazir masjid berkenaan, Hasbullah Zainal berkata beliau kesal dengan kejadiaan tersebut dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

Beliau juga meminta anggota kariah supaya bertenang dan menyerahkannya kepada pihak keselamatan untuk menyiasat kejadian itu.-malaysiakini


4 ulasan:

  1. Ha itulah falsafah 1 Malaysia, babi dah halal. Tak percaya cuba renung ada seorang yang kata di dalam televisyen tu. Kita boleh hantar masakan yang kita buat kepada jiran kita yang bukan Islam. Kita juga boleh terima dan makan masakan yang mereka beri kepada kita. Kalau sup babi atau anjing atau apa saja seperti kura-kura misalnya macam mana? Fikir-fikirlah!

    BalasPadam
  2. setelah gagal membangkit kemarahan orang bukan islam mereka cuba memancing kemarahan orang2 islam pula, ni memang kerja jahat dan celaka... babi tu pun lebih mulia dari menatang yg melakukan kerja bodoh ni...

    BalasPadam
  3. Taktik gaya zaman penjajahan jepun di batu pahat dulu....tektik zaman kuno. Sama sifat macam ameno....

    BalasPadam
  4. Saya terfikir tentang duit yang ada bersama kepala babi tu....saya rasa duit tu ialah duit baki si penjual kepala babi kepada si tukang beli , oleh kerana si pembeli kepala babi ni " ga lam ya" nak pegang duit tu sebab "najis", maka di bubuhnya sekali baki duit tu dalam plastik....and that's the explanation of the mysterious moolah hehehe

    and so we can guess from which race the buyer was, right? :)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.