13 Jan 2010

Kalimah ALLAH : Tentangan Yang Sia-sia

Kalimah ALLAH yang ditentang penggunaannya di kalangan bukan-Islam dan oleh sebahagian masyarakat Islam yang primitif tidak akan berjaya.

Sebabnya, anda tidak mungkin boleh mengubah Al-Quran, anda tidak mungkin boleh menggugurkan walau sebatang alif dari Al-Quran. Dan anda tidak akan mampu untuk menyerang Allah sekalipun anda mampu untuk menyerang semua gereja di atas dunia.

Firmanullah;



Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya? Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.'' (QS. 39:38)


Cukup dengan satu ayat itu sahaja membuktikan bahawa kalimah ALLAH itu adalah universal. Kalimah ALLAH itu sejagat. Kalimah Allah itu tiada siapa yang berhak memonopolinya. Tiada siapa yang berhak untuk mengkurungkannya untuk menjadi milik bangsa atau kumpulannya.

Dan Allah akan tetap menjaga kalimah itu tidak terpadam dari Al-Quran, tidak terpadam dari disebut-sebut oleh hambaNya - sekalipun oleh yang bukan beragama Islam, hatta kepada yang bukan dari kalangan manusia sekalipun, kerana binatang dan tumbuhan juga berzikir menyebut kalimahNya.

Dan jika kamu mampu, sembunyikanlah kebenaran itu kerana Allah menyatakan:



Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan peringatan, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (QS. 15:9)


Berbanggalah kamu kaum muslimin kerana nama tuhanmu, ALLAH, dipilih mereka untuk memanggil tuhan mereka juga, daripada nanti engkau terpaksa memilih nama tuhan mereka untuk memanggil nama tuhanmu!

Dan berdoalah:



Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu kebenaran dan bimbinglah kami untuk mengikutinya dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatillan dan bimbinglah kami untuk menjauhinya. Dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pengasih dari sekalian pengasih



3 ulasan:

  1. sy sokong pendapat ini. sy dah terlalu muak dgn tingkah laku, reaksi dan kata2 ekstrem oleh sesetengah org/golongan islam di negara ini. mereka menutup ruang dakwah di negara ini oleh tindakan ekstrem mereka.

    BalasPadam
  2. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    BalasPadam
  3. bah lantok jgn jadi mat lalok. org non muslim kat sabah dah lama guna 'ALLAH'. dan org2 muslim xda masalah pn. 'Allah" merujuk tuhan. org masuk atau tukar agama kepada agama yg lain bukan pasal perkataan "ALLAH" ye... faktor utama nya adalah keberkesanan dakwah. aku dah lama dok sabah. kwn2 non muslim ramai. gerakan gereja aktif dlm aktiviti kebajikan. so msyrkt suka. so kita sebagai umat islam kena ambil pengajaran... gerakan dakwah kita kena lebih berkesan.. jgn jd mcm org d Jbtbn agama. ada org non muslim nk join2 dgr kuliah agama, dia suruh masuk islam dulu.. itu namanya bengap.

    -jack

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.