13 Jan 2010

Juara Rakyat Atau Juara Salahguna Wang Rakyat?

PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.

Program Juara Rakya titu dilancarkan Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.

Mahfuz berkata, Umno perlu menjelaskan bahawa keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.

Katanya, ia termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.

"Umno kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program Umno dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu dapat dijelaskan, maka barulah Umno boleh mendabik dada sebagai juara rakyat, seperti yang diuar-uarkan.

"Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus," katanya lagi.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

"Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?

"Persoalannya ialah kalau Umno hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri?

"Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung (pangsapuri di Taman Bukit Sentosa). Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat?" soalnya lagi. -malaysiakini


Juara rakyat salahguna wang rakyat

DS Najib telah melancarkan program UMNO juara rakyat. Program ini adalah merupakan usaha umno yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada umno. Seperti kata Najib, umno dah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan pru12 2008.

Yang menghairankan saya, kenapa mesti umno juara rakyat. Bukankah umno bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah umno sedar yang mereka ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN. Nampaknya umno hanya nak rakyat melihat umno saja yang juara rakyat dan bukannya bn, atau umno memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana umno yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat. Mungkin ini lah jawapannya sehingga umno terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang umno lah juara rakyat.

Saya tidak kisah kalau umno nak ajak rakyat mengatakan dia juara rakyat, itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua parti politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Persoalannya ialah kalau umno nak mengaku yang dia juara rakyat, program dan projek yang dia buat dalam kempen umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari umno sendiri. Najib umum peruntukan rm15.6 juta untuk baiki bumbung pangsapuri sentosa, ada kah ini duit dari tabung umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan pemantauannya dibawah icu Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai2 ICU untuk projek ini dibayar oleh umno. Begitu juga dengan program dan projek2 lain apakah dia tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan.

UMNO kena jelaskan pada rakyat bahawa semua projek dan program yang umno buat dalam siri kempen umno juara rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera umno sendiri. Baru lah boleh umno dabik dada kata dia juara raayat. kalau tidak dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik umno yang kian pudar dan mulai pupus.

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.