11 Dis 2009

Nazri Ayam Sabung UMNO - Mahfuz

Naib presiden PAS, Mahfuz Omar yang melihat pertelagahan pendapat di antara Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai satu usaha untuk menghalang sikap bekas Perdana Menteri itu yang suka mengambil pendekatan mengkritik pentadbiran kerajaan Malaysia.

Malah menurut Mahfuz, Nazri sebenarnya merupakan ayam tambatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka sendiri kurang menyerlah dalam menegakkan isu rasisnya Biro Tata Negara (BTN).

“Saya tidak lihat ini satu perkembangan positif tapi saya lihat bahawa hakikat sebenarnya UMNO masih lagi hendak mempertahankan isu-isu yang bersifat rasis ini tetapi datuk Najib sendiri dan Muhyiddin tidak begitu menonjol untuk memperkatakan isu sebegini. Saya lihat Datuk Nazri ini seolah ayam sabung kepada UMNO dan juga untuk bercakap bagi pihak Datuk Najib dan Muhyiddin” ujarnya kepada TV Selangor.

Polemik mengenai kursus BTN sebelum ini berjaya mencetuskan pertelagahan pendapat di antara Nazri Aziz dan Mahathir yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Nazri sebelum ini melabelkan Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul BTN manakala Mahathir pula mahu Nazri meletakkan jawatan dalam UMNO sekiranya berpendirian modul latihan BTN perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Ramai pengamal politik yang melihat perkembangan tersebut sambil memberikan persepsi sendiri berhubung perbezaan pendapat antara Nazri dan Mahathir yang sejak dahulu lagi sering tidak sependapat.

Mahfuz berkata, isu BTN dan rasis ini hanyalah satu sandaran untuk menyingkirkan Mahathir namun UMNO sendiri harus berubah jika tidak mahu dikritik Mahathir yang telah menerajui negara selama 22 tahun.

“Untuk tidak lagi rasis sepertimana yang diakui oleh mereka bahawa ini bukan waktu mereka untuk rasis, UMNO bukan parti rasis. Hanya Tun Dr Mahathir sahaja kata, UMNO parti rasis. Jadi mereka kena buktikanlah bahawa mereka bukan parti rasis” katanya.

Mahfuz percaya apa yang dilakukan Nazri ini didokong oleh Najib dan Muhyiddin kerana mereka tidak melihat isu ini dari sudut rasisnya BTN tetapi mereka tidak begitu senang dengan Mahathir kerana tidak mahu peristiwa ‘campur tangan’ pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berulang pada hari ini.

Mahfuz juga menganggap Nazri sebagai ‘ayam sabung’ Umno yang dijadikan ‘orang tengah’ bagi berhadapan dengan Mahathir. -TVS



DAPSY PP Pertikai Tindakan Pulihkan Penggantungan Ahmad Ismail

Pemuda DAP Pulau Pinang mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi Umno yang memulihkan penggantungan Ketua Umno Cawangan Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang dilihat sebagai tidak wajar berikutan kesalahan yang dilakukan oleh Ketua Bahagaian itu amat serius dan berunsur sentimen perkauman.

Menurut Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Pulau Pinang, NG Wei Eik, tindakan Majlis Tertinggi Umno yang memulihkan penggantungan Ketua Bahagian itu menjadi tanda tanya semua pihak berikutan kesalahan yang dilakukan oleh beliau adalah serius dan ini membuktikan bahawa Umno tidak tegas dalam mengendalikan masalah disiplin.

Datuk Ahmad Ismail pernah mengemparkan negara apabila mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan menguris perasaan masyarakat Cina apabila mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat bukan Melayu di negara ini sebagai "pendatang" semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.

Selain itu beliau juga pernah berkata bahawa, kaum cina hanya "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Ng Wei Eik yang juga Adun Kawasan Komtar mempertikai keputusan Majlis Tertinggi Umno yang memendekkan tempoh penggatungan terhadap Ahmad Ismail yang sepatutnya digantung selama 3 tahun keahliannya sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh beliau terlalu serius berbanding dengan hukuman yang dikenakan oleh Tan Sri Isa Samad yang digantung selama 3 tahun keahlianya akibat kesalahan rasuah tanpa memendekan tempohnya.

Jelas beliau kesalahan yang dilakukan oleh Isa hanya melibatkan beberapa individu sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail adalah lebih serius iaitu menguris hati ribuan masyarakat bukan melayu di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda DAP Pulau Pinang mendesak parti-parti cina seperti Gerakan dan MCA yang berada dalam Barisan Nasional agar keluar dari parti komponen itu berikutan tindakan yang dilakukan oleh Umno dilihat tidak adil dan menjejaskan reputasi parti-parti lain dalam BN. -TVS


Rakyat Kutuk Tindakan Menukarkan Hakim-hakim

Adalah sahih bahawa ketiga-tiga hakim yang membuat keputusan tidak memikhak kepada kerajaan Barisan Nasional akan ditukarkan dan Ketua Hakim Zaki Azmi menykong tindakan berkenaan.

Mereka yang ditukarkan dari Bahagian Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Mhkamah Tinggi ke Bahagian Perdagangan mahkamah yang sama bermula 1 Januari ialah hakim-hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin, Lau Bee Lan dan Mohamad Ariff Md Yusoff.

Zaki walaubagaimana pun menafikan pertukaran itu ada kaitan dengan keputusan yang mereka lakukan, dan mendakwa pertukaran itu telah dibuat tiga bulan lalu untuk mendedahkan mereka kepada cabang lain undang-undang agar mereka boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

Sekalipun belaiu mengakui ketiga-tiganya masih menunggu untuk disenaraipendekkan untuk kenaikan pangkat, beliau menyatakan di dalam melalui email kepada sebuah akhbar tempatan bahawa pendedahan mereka kepada aspek yang berbeza akan memberikan mereka pngalaman yang diperlukan supaya boleh di pertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

"Saya andaikan bahawa ramai berkesimpulan (pertukaran itu) kerana mereka membuat keputusan tidak menyebelahi pihak kerajaan.

“Mengapa pertukaran yang lain tidak mendapat perhatian? Apakah bererti hakim-hakim ini perlu disimpan di situ untuk selama-lamanya," tambahnya.

Mjlis Peguam menyokong pertukaran itu dngan menyatakan tidak adil untuk meletakkan hakim-hakim di sati tempat terlalu lama namun pemimpin parti pembangkang merasakan sistem kehakiman Malaysia sudah tunduk kepada kuasa eksekutif kerajaan Barisan Nasional.

Mereka menyatakan kes-kes yang diadili oleh ketiga-tiga hakim baru-baru ini yang membuat penghakiman secara bebas menjelaskan sebab mengapa pertukaran itu dilakukan.

Alizatul mengisytiharkan pada Nov 16 bahawa wakil rakyat UMNO, Abu Hassan Sarif tidak lagi seorang ADUN Kota Siputeh dan mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya SPR) mengadakan pilihanraya kecil. SPR kemudiannya telah membuat rayuan.

Lau Bee Lan pada 6 Mac mendengar permohonan dari Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat Mohammad Nizar Jamaluddin, yang telah mencabar kesahihan penggantinya, Zambry Abdul Kadir dari Umno.

Beliau telah menyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan mesti menetapkan empat persoalan perundangan sebelum dapat memutuskan siapa mentri besar yang sah.

Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, menyatakan Lau tidak mengikut prosidur yang betul dan menyerahkan semula kes itu kepada Mahkamah Tinggi dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim, telah menetapkan keputusan berpihak kepada Mohammad Nizar. Keputusan itu diterbalikkan oleh Mahkamah Rayuan.

Mohamad Ariff pada 19 Nov memutuskan Suruhanjaya Anti Rahsuan Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal saksi di luar masa pejabat.

Beliau menyatakan SPRM bertindak secara tidak sah sewaktu menahan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dari PR semalaman, di dalam siasatan berhubung penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat yang menyaksikan kematian Teoh Beng Huat sewaktu di dalam tahanan SPRM.

Ulasan GB

Rakyat 1 Malaysia memang wajar mengutuk tindakan pertukaran hakim-hakim yang dilakukan. Ketua Hakim Negara cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan jawapannya dan terlalu mustahil pula untuk menyatakan tindakan ke atas hakim-hakim itu "hanya satu kebetulan" yang mana mereka itu telah membuat pengadilan yang tidak berpihak kepada kerajaan BN.

Tindakan yang dipercayai dilakukan oleh Peguam Negara itu adalah tindakan zalim dan juga tindakan yang disifatkan cuba menakut-nakutkan hakim-hakim yang sedia ada supaya tidak membuat keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan BN.

Ini adalah satu bukti pencabulan dan pelacuran institusi kehakiman yang begitu jelas dan ketara dan wakil-rakyat PR perlu mempastikan hal ini terbela di Parlimen.

Rakyat kini sudah tidak lagi boleh meletakkan harapan kepada "Palac of Justice" sebagai tempat untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan.


Mengapa Sulitkan Orang Nak Kahwin?

Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua
BERNAMA

KOTA BAHARU, 11 Dis - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

"Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.



Ulasan GB

GB pun hairan mengapa perlu dipersulitkan orang yang ingin berkahwin secara sah sedangkan Islam tidak pernah menggalakkan disusahkan orang yang ingin bernikah secara halal.

Kenaikan maskahwin (mhar) akan menyulitkan pihak yang ingin berrumahtangga dan selain daripada ramai yang menjadi "anak dara tua" seperti yang dikhuatiri oleh Nik Aziz, kita khuatir remaja terutamanya akan mencari jalan lain untuk melepaskan nafsunya daripada mendirikan rumahtangga. Dan ini pastikan mengundang lebih banyak masalah sosial yang sudah sedia melambak-lambak kini yang melibatkan pasangan remaja Islam.

Sedangkan di dalam Islam, mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Sabda Nabi "Permudahkanlah, dan jangan suka mempersulit-sulitkan, terangkan jangan kelamkan!"
[HR Imam Bukhari]

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra., ia berkata:
Seorang wanita datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah saw. memandang perempuan itu dan menaikkan pandangan serta menurunkannya kemudian beliau mengangguk-anggukkan kepala. Melihat Rasulullah saw. tidak memutuskan apa-apa terhadapnya, perempuan itu lalu duduk. Sesaat kemudian seorang sahabat beliau berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, jika engkau tidak berkenan padanya, maka kawinkanlah aku dengannya. Rasulullah saw. bertanya: Apakah kamu memiliki sesuatu? Sahabat itu menjawab: Demi Allah, tidak wahai Rasulullah! Beliau berkata: Pulanglah ke keluargamu dan lihatlah apakah kamu mendapatkan sesuatu? Maka pulanglah sahabat itu, lalu kembali lagi dan berkata: Demi Allah aku tidak mendapatkan sesuatu! Rasulullah saw. bersabda: Cari lagi walaupun hanya sebuah cincin besi! Lalu sahabat itu pulang dan kembali lagi seraya berkata: Demi Allah tidak ada wahai Rasulullah, walaupun sebuah cincin dari besi kecuali kain sarung milikku ini! Sahal berkata: Dia tidak mempunyai rida` (kain yang menutupi badan bagian atas). Berarti wanita tadi hanya akan mendapatkan setengah dari kain sarungnya. Rasulullah saw. bertanya: Apa yang dapat kamu perbuat dengan kain sarung milikmu ini? Jika kamu memakainya, maka wanita itu tidak memakai apa-apa. Demikian pula jika wanita itu memakainya, maka kamu tidak akan memakai apa-apa. Lelaki itu lalu duduk agak lama dan berdiri lagi sehingga terlihatlah oleh Rasulullah ia akan berpaling pergi. Rasulullah memerintahkan untuk dipanggil, lalu ketika ia datang beliau bertanya: Apakah kamu bisa membaca Alquran? Sahabat itu menjawab: Saya bisa membaca surat ini dan surat ini sambil menyebutkannya satu-persatu. Rasulullah bertanya lagi: Apakah kamu menghafalnya? Sahabat itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Pergilah, wanita itu telah menjadi istrimu dengan mahar mengajarkan surat Alquran yang kamu hafal.

- dari kitab Sahih Muslim.

Konvensyen PR Langkah Pertama Ganti BN

Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 19 Disember ini akan membuka lembaran baru yang lebih jelas, nyata dan tepat terhadap hala tuju perjuangannya yang berteraskan kesejahteraan rakyat.

Ia bakal menjadi satu titik permulaan atau langkah pertama menuju destinasi yang diuar-uarkan dengan bergerak di bawah landasan satu polisi atau ‘common policies’.

Selain mengukuhkan ikatan pakatan parti yang menjadi tunjang PR, konvensyen julung-julung kali ini akan menggariskan wawasan yang komprehensif untuk menawarkan rakyat satu tahap kepimpinan yang berkualiti dengan meletakkan rakyat sebagai ketuanan dalam perjuangan.

Seramai 1,500 delegasi kepimpinan akan menghadiri konvensyen itu yang membabitkan PAS, PKR dan DAP.

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim ketika ditemubual oleh Free Malaysia Today (FMT) menjelaskan konvensyen ini mengesahkan PR sebagai satu pakatan yang sahih yang diiktiraf dan memberi alternatif terbaik untuk rakyat menggantikan Barisan Nasional.

"Ini adalah konvensyen yang sulung untuk PR, muncul sebagai satu pakatan yang jitu dengan berjuang atas landasan yang digariskan untuk kepentingan rakyat," katanya .

Beliau berkata, selama ini PR hanya bergerak atas landasan yang longgar tapi mereka kini sedang berusaha keras untuk memperkukuhkan ikatan itu dengan bergerak dan bergabung di bawah ‘common policies’ yang sudah diperseutjui oleh majlis kepimpinan.

Common policies atau polisi bersama itu akan diumumkan oleh pemimpin PR pada konvensyen itu yang akan diterima pakai serta dihormati oleh parti dalam gabungan PR itu. Satu slogan khas akan dinamakan terhadap polisi itu yang akan diumumkan pada konvensyen berkenaan.

PR akan berjuang dengan satu polisi bersama dari aspek ekonomi, pembangunan insan dan demokrasi.

Salehuddin berkata, konvensyen ini juga untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa PR telah, sedang dan akan terus bekerjasama dalam perjuangan untuk rakyat.

"Parti-parti yang mendukung PR juga sudah mengatasi perbezaan yang wujud dan kami semakin hari semakin memahami hala tuju perjuangan," katanya

Beliau berkata, walaupun konvensyen itu hanya sehari tapi segala isu termasuk tiga aspek perjuangan sudah dibincangkan berbulan-bulan di pelbagai peringkat kepimpinan dan konvensyen ini adalah kemuncak persetujuan yang telah dicapai.

"Ia belum terlambat untuk semuanya ini. Polisi ini sudah dibincangkan lebih awal dan kita masih mempunyai lebih tiga tahun lagi sebelum PRU13 untuk memberikan satu tahap kepimpinan yang berkualiti, telus semata-mata untuk kesejahteraan rakyat. Malah sebelum ini pun kita telah bergerak bersama tapi konvensyen ini akan mengukuhkan pegang perjuangan," katanya.

Bagaimanapun, Salehudin menjelaskan PR tidak perlu gopoh untuk menjadi seperti BN. PR sedang berusaha menuju ke arah itu.

"Sudah tentu kita berusaha keras tapi kita tidak mahu mengambil jalan singkat dengan mengenepikan beberapa realiti.

"PR sudah bersama lebih setahun melalui pelbagai cabaran dan masalah apatah lagi percubaan memecahbelahkannya. PR sudah bersedia mengambil pendekatan yang proaktif untuk mengenepikan sebarang perbezaan yang wujud.

"Kami sudah mula duduk berbincang untuk mengatasi perbezaan-perbezaan yang ada. Kami mungkin belum lagi menemui solusinya tapi kami sudah memulakannya," katanya.

Beliau berharap perwakilan yang menghadiri konvensyen ini akan melihat PR dalam skop yang lebih besar serta arah tujunya. Bila mereka balik, mereka akan dapat memaklumkannya kepada pemimpin dan pengikut peringkat akar umbi akan situasi dan perkembangan terbaru ini.

“Kita tidak mahu mengatakan, segala masalah akan dapat diselesaikan selepas konvensyen ini. Tapi kita sedang menuju ke arah pembentukan perpaduan yang sejati di bawah satyu pakatan pelbagai parti yang berhak dinikmati negara ini.

"Saya juga tidak nafikan, akan ada pelbagai maklum balas yang pro dan kontra apabila perbincangan konvensyen ini disampaikan ke peringkat bawah tapi sekiranya semua peringkat sudah memahami perkara yang kita setuju dan tidak setuju serta pentingnya kerjasama, kita akan mampu mempunyai satu pakatan atau gabungan yang kekal.

Semua media dan blogger sama ada yang pro PRK atau tidak akan dijemput membuat liputan konvensyen ini. -FMT

Pakatan Rakyat Pertahan Kenyataan Nga Kor Meng

Pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar arus perdana sengaja memutar belit kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dengan tujuan mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli berkata, corak pemberitaan akhbar arus perdana sejak akhir-akhir ini semakin melampau sehingga sanggup memutar-belitkan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menjayakan agenda tersembunyi.

“Kita tidak nafikan ada kebebasan dalam soal pemberitaan tetapi cara akhbar akhir-akhir ini seperti berita hari ini (semalam) membangkitkan sentimen kaum India. Saya rasa mereka tidak boleh terima.

“Isu itu sengaja dicetuskan atas sebab yang kita sendiri tidak faham. Kor Ming tidak pernah mempertikaikan peruntukkan sebanyak RM700 juta bagi masjid, satu sen dia tidak minta dikurangkan.

“Sebaliknya beliau menyebut RM9 juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam kurang mencukupi. Saya rasa perlu lebih prihatin demi kerohanian dan wajar kita mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Semalam, Kor Ming dalam laporan sebuah akhbar dikatakan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh sama.

Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan Pusat harus belajar dari kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, peruntukkan yang diminta adalah wajar kerana dapat membantu kerajaan mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa melalui pendekatan keagamaan.

“Kita lihat banyak masalah sosial dan maksiat yang berlaku. Apa salahnya gunakan agama bagi tangani masalah yang berlaku, kita juga bantu polis dan imigresen tetapi caranya dengan tambah peruntukkan,” katanya.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyiarkan penyiaran artikel berkenaan kerana cuba menanamkan perasaan benci kepadanya selaku pemimpin pembangkang.

“Saya akan buat laporan polis dalam masa terdekat kerana saya percaya ada agenda tersembunyi. Tindakan perlu diambil di bawah Akta Hasutan dan peguam saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya. -SH


PAS tidak sepakat isu dana bina masjid

Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.

Beliau yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".

"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.

Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.


Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius." -malaysiakini


Ulasan GB

Kita hairan bagaimana Timbalan Presiden PAS Ust Mohd Nasharuddin Mat Isa lebih percaya kepada laporan di Utusan Malaysia dan bersuara seirama dengan Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali di dalam isu berkenaan.

Tindakan Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad dan Datuk Johari Abdul mendedahkan kepalsuan dan pemutar-belitan berita oleh akhbar Utusan Malaysia mengendurkan sedikit ketegangan dan kesalah-fahaman orangramai terhadap Nga Kor Meng.

Menjadi sesuatu yang mengecewakan apabila seorang Timbalan Presiden PAS masih belum melepaskan diri dari membuat kenyataan yang tidak cermat dan tidak berhati-hati sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli.

GB sendiri pada awalnya tidak bersetuju dengan kenyataan Nga Kor Meng, namun setelah menyasatinya di dapati laporan mengenai ucapan itu tidak benar dan sengaja ditokok tambah untuk mewujudkan sentimen perkauamn dan kebencian kepada Pakatan Rakyat.

Hubaya-hubaya.

Kebergantungan Terhadap Petronas Harus Dihentikan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyambut baik usaha PETRONAS menghebahkan prestasi separuh tahun kewangan yang berakhir 31 Mac tahun hadapan syarikat itu.

Meskipun begitu, kebimbangan tetap timbul apabila untung rugi syarikat itu memberikan impak yang begitu besar kepada ekonomi Malaysia disebabkan kebergantungan negara terhadap sumber asli itu.

Anwar menyarankan kerajaan agar menghentikan kebergantungan ekonomi Negara kepada PETRONAS semata-mata.

Katanya, PETRONAS melalui laporan kewangan yang dikeluarkan mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion yang bermaksud, cukai yang sepatutnya diperolehi negara berkurangan sehingga 57 peratus.

Sikap kebergantungan ekonomi negara kepada PETRONAS begitu merunsingkan.

“Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998” ujar Anwar. Menurut Anwar sudah sampai masanya kerajaan meneliti perkara yang sebegini penting kerana ia melibatkan kepentingan umum.

Malah ujarnya lagi, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS meningkat setiap tahun dalam tempoh lima tahun mutakhir ini iaitu sebanyak 21 peratus dari setiap tahun sebelumnya.

Ini bermakna wang yang disedut oleh kerajaan meningkat dua kali ganda dalam tempoh itu.

“Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh kerajaan pusat. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun. Jelasnya kerajaaan Barisan Nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS”.

Pakatan rakyat turut mencadangkan beberapa inisiatif untuk membantu menghentikan kebergantungan ini iaitu antaranya Malaysia harus bertindak menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara bagi menampung keperluan tempatan yang meningkat.

Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus dan menstrukturkan semula subsidi gas serta pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan.

Empat cadangan Pakatan Rakyat :-
1)Memastikan ekonomi Negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

2)Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.

3)Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.

4)Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat. -TVS