Pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar arus perdana sengaja memutar belit kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dengan tujuan mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.
Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli berkata, corak pemberitaan akhbar arus perdana sejak akhir-akhir ini semakin melampau sehingga sanggup memutar-belitkan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menjayakan agenda tersembunyi.
“Kita tidak nafikan ada kebebasan dalam soal pemberitaan tetapi cara akhbar akhir-akhir ini seperti berita hari ini (semalam) membangkitkan sentimen kaum India. Saya rasa mereka tidak boleh terima.
“Isu itu sengaja dicetuskan atas sebab yang kita sendiri tidak faham. Kor Ming tidak pernah mempertikaikan peruntukkan sebanyak RM700 juta bagi masjid, satu sen dia tidak minta dikurangkan.
“Sebaliknya beliau menyebut RM9 juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam kurang mencukupi. Saya rasa perlu lebih prihatin demi kerohanian dan wajar kita mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Semalam, Kor Ming dalam laporan sebuah akhbar dikatakan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh sama.
Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan Pusat harus belajar dari kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, peruntukkan yang diminta adalah wajar kerana dapat membantu kerajaan mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa melalui pendekatan keagamaan.
“Kita lihat banyak masalah sosial dan maksiat yang berlaku. Apa salahnya gunakan agama bagi tangani masalah yang berlaku, kita juga bantu polis dan imigresen tetapi caranya dengan tambah peruntukkan,” katanya.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyiarkan penyiaran artikel berkenaan kerana cuba menanamkan perasaan benci kepadanya selaku pemimpin pembangkang.
“Saya akan buat laporan polis dalam masa terdekat kerana saya percaya ada agenda tersembunyi. Tindakan perlu diambil di bawah Akta Hasutan dan peguam saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya. -SH
Ulasan GB
Kita hairan bagaimana Timbalan Presiden PAS Ust Mohd Nasharuddin Mat Isa lebih percaya kepada laporan di Utusan Malaysia dan bersuara seirama dengan Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali di dalam isu berkenaan.
Tindakan Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad dan Datuk Johari Abdul mendedahkan kepalsuan dan pemutar-belitan berita oleh akhbar Utusan Malaysia mengendurkan sedikit ketegangan dan kesalah-fahaman orangramai terhadap Nga Kor Meng.
Menjadi sesuatu yang mengecewakan apabila seorang Timbalan Presiden PAS masih belum melepaskan diri dari membuat kenyataan yang tidak cermat dan tidak berhati-hati sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli.
GB sendiri pada awalnya tidak bersetuju dengan kenyataan Nga Kor Meng, namun setelah menyasatinya di dapati laporan mengenai ucapan itu tidak benar dan sengaja ditokok tambah untuk mewujudkan sentimen perkauamn dan kebencian kepada Pakatan Rakyat.
Hubaya-hubaya.

PAS tidak sepakat isu dana bina masjid
Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.
Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.
Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.
Beliau yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."
Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.
Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".
"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.
"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."
"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.
Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".
"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.
Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.
Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.
Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.
Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.
Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.
Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.
Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius." -malaysiakini
Ulasan GB
Kita hairan bagaimana Timbalan Presiden PAS Ust Mohd Nasharuddin Mat Isa lebih percaya kepada laporan di Utusan Malaysia dan bersuara seirama dengan Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali di dalam isu berkenaan.
Tindakan Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad dan Datuk Johari Abdul mendedahkan kepalsuan dan pemutar-belitan berita oleh akhbar Utusan Malaysia mengendurkan sedikit ketegangan dan kesalah-fahaman orangramai terhadap Nga Kor Meng.
Menjadi sesuatu yang mengecewakan apabila seorang Timbalan Presiden PAS masih belum melepaskan diri dari membuat kenyataan yang tidak cermat dan tidak berhati-hati sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli.
GB sendiri pada awalnya tidak bersetuju dengan kenyataan Nga Kor Meng, namun setelah menyasatinya di dapati laporan mengenai ucapan itu tidak benar dan sengaja ditokok tambah untuk mewujudkan sentimen perkauamn dan kebencian kepada Pakatan Rakyat.
Hubaya-hubaya.
tuan penulis artikel yang budiman, saya hampir menangis bila membaca artikel tuan. kewujudan melayu yang dangkal pemikiran seperti tuan penulis inilah yang merosakkan PAS.politik mendahului agama. rosak agama dan bangsa. tuan cuba menghalalkan apa yang DAP buat macam pemimpin Pas yang lain. jangan kerana politik nanti mak kita dihina kita diam.
BalasPadamtanah melayu melayu yang punya.
Salam..
BalasPadamBerkenaan dengan Timbalan Presiden PAS Ust Mohd Nasharuddin Mat Isa yang percaya kenyataan Utusan tu, saya rasa sepatutnya Ust Mohd Nasharuddin ni rujuk terus kepada yang membuat kenyataan supaya lebih jelas segalanya.. dari pengalaman ni..
Saya juga hairan kenapa dalam pemimpin PR menjeritkan boikot Utusan dan TV3 masih ramai yang mempercayai TV3 dan Utusan.
Kalau dah busuk sampai ke usus nak buat macam mana? Saya bimbang ulat busuk ni akan berjangkit pada PAS
BalasPadamSdr pis,
BalasPadamFirman Allah Ta’ala ;
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (٨
( maksudnya );
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ . ( Surah Al-Maidah : 8 )
saudara greenboc menggunakan ayat quran untuk menghalal cara tuan. negara ini melayu yang punya agama islam agama rasmi negara, ni perlu ditegakkan untuk keadilan. keadilan apa yang tuan greenbox cari? keadilan bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya bukan bagi sama rata faham.
BalasPadamApa nas yang menyatakan negara ini melayu yang punya? Bukankah seluruh langit, bumi dan segala yang terkandung diantara kedua-duanya adalah milik Allah?
BalasPadamAgama Islam agama rasmi? kemudian kenapa pakai "common law" tajaan penjajah dan tidak menggunakan hukum Allah s.w.t.?
Keadilan menurut Islam ialah:
Pertama, adil dalam arti "sama". Anda dapat berkata bahwa si A adil, karena yang Anda maksud adalah bahwa dia memperlakukan sama atau tidak membedakan seseorang dengan yang lain. Tetapi harus digarisbawahi bahwa persamaan yang dimaksud adalah persamaan dalam hak.
Dalam surat Al-Nisa' (4): 58 dinyatakan bahawa: "Apabila kamu memutuskan perkara di antara manusia, maka hendaklah engkau memutuskannya dengan adil..."
Kedua, adil dalam arti "seimbang". Keseimbangan ditemukan pada suatu kelompok yang di dalamnya terdapat beragam bagian yang menuju satu tujuan tertentu, selama syarat dan kadar tertentu terpenuhi oleh setiap bahagian.
Dengan terhimpunnya syarat ini, kelompok itu dapat bertahan dan berjalan memenuhi tujuan kehadirannya.
Ketiga, adil adalah "perhatian terhadap hak-hak individu dan memberikan hak-hak itu kepada setiap pemiliknya"
Pengertian inilah yang didefinisikan dengan "menempatkan sesuatu pada tempatnya" atau memberi pihak lain haknya melalui jalan yang terdekat". Lawannya adalah "kezaliman", dalam arti pelanggaran terhadap hak-hak pihak lain.
Dengan demikian menyirami tumbuhan adalah keadilan dan menyirami duri adalah lawannya.
Sungguh merusak jika perjuangan hanya berdasarkan bangsa, kerana ia akan menjauhi makna keadilan sepertimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.
greenbox said
BalasPadamApa nas yang menyatakan negara ini melayu yang punya? Bukankah seluruh langit, bumi dan segala yang terkandung diantara kedua-duanya adalah milik Allah?
ini lagi bukti penggunaan agama untuk kepentingan peribadi. kita berbicara dalam kontek hukum adat. mengikut adat, rumah yang kita beli adalah rumah kita bukan rumah adik kita atau musuh kita. handphone saudara, saudara yang yang punya bukan saya yang punya. tanah melayu melayu yang punya bukan cina india israel atau amerika yang punya.kita disuruh menjaga hak kita. isteri kita, kita yang punya dimana tanggungjawab hingga keakhirat. ini masalah orang kita cakap berbelit belit untuk menegak benang yang basah.
adilkah tuan jika belanja sekolah anak tuan RM1 sedangkan anak jiran RM0.50?
greenbox said
Sungguh merusak jika perjuangan hanya berdasarkan bangsa, kerana ia akan menjauhi makna keadilan sepertimana yang dikehendaki oleh syariat Islam
apakah perjuangan kita untuk islam selama ini? kita banyak berbicara soal politik dunia bukan berbicara memertabatkan islam dan perpaduan ummah.PAS untuk mermatabatkan islam kena buat dan usaha kearah itu. tanding semaksimum mungkin kerusi parlimen supaya menjadi majoriti sekurang-kurangnya dalam PR danlebih baik dalam parlimen. ini nak tanding lebih kerusi kompromi/takut dengan PKR dan DAP.perti sendiri tak dimartabatkan camne nak martabat islam. tuan tahu perubahan dalam dasar negara perlu suara majoriti. fikirkanlah tuan jangan terpedaya dengan musuh islam. adakah islam lebih dimartabatkan jika PR memerintah negara(maksud saya bukan pas memerintah sendirian)
rndah sgt mentaliti org umno kalau begitu jawapan pis.
BalasPadam"tanah melayu melayu yang punya"
kat mana ada perjanjian tu?
boleh buktikan?
mr. greenboc, kita hanya boleh berdoa ajelah dgn puak2 seperti mr. pic kerana hati mereka penuh dengan penyakit...
BalasPadam