13 Ogo 2009

Era Najib Altantuya :Ust Asri Selamat Dikebumikan

Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah Asri.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan. - mstar





Era Najib Altantuya : Kesan Kasut Diseret Beri Implikasi Penting Dalam Kes Kematian Beng Hock (updated)

Pakar forensik polis hari ini tidak menolak kemungkinan Teoh Beng Hock telah diseret sebelum ditemui mati. Dan inkues juga diberitahu pemeriksaan dua cawangan forensik di tingkap tingkat 14 Plaza Masalam, di tempat mayat Beng Hock ditemui dan tempat mendiang disoalsiasat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dijalankan dengan kadar yang terhad. .

Pemeriksaan itu dijalankan oleh pasukan forensik Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Selangor.

Pada sebelah pagi prosiding menyaksikan saksi ke 13, Inspektor Mazli Jusoh daripada cawangan forensik IPK Shah Alam memberitahu tidak ada sebarang kesan tapak kasut dikesan pada tingkap di mana mendiang dikatakan terjatuh.

Malah pemeriksaan menggunakan teknik "dusting" untuk mengesan cap jari juga tidak berhasil kerana menurut inspektor Mazli, kawasan tersebut berhabuk. Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan tempat yang berhabuk memudahkan kesan tapak kaki ditemui.

Mahkamah hari ini turut melakukan pengecaman terhadap barang bukti terdapat pada mangsa di hari kematiannya dan tingkap yang dipercayai tempat mangsa terjatuh.

Inspektor Mazli memberitahu mahkamah sewaktu membuat pemeriksaan di tingkap tingkat 14 bangunan Plaza Masalam itu mendapati penyendal tingkap yang telah patah ditemui di samping kesan lekukan di tingkap tersebut.

Beliau juga turut mengecam kasut mangsa. Terdapat geseran yang nyata pada kasut tersebut.

Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz kemudian bertanya, sama ada saksi setuju bahawa geseran pada kasut Beng Hock memberikan implikasi yang penting kepada kes ini. Mazli menjawab ya.


Dan ketika ditanya oleh Malik kemungkinan kesan geseran itu akibat Beng Hock diseret, pegawai polis itu pada awalnya menafikan tetapi kemudiannya berkata "ya mungkin".

Malah apabila ditanya oleh peguam sama ada pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat lain termasuk tingkat 15 bangunan Plaza Masalam, Mazli menyatakan beliau tidak tahu kewujudan tingkat berkenaan.

Saksi turut memberitahu tidak melakukan sebarang pengesanan cap jari pada badan dan tali pinggang Beng Hock .

Pihaknya juga tidak melakukan perbandingan klip yang ditemui berhampiran mayat mangsa dengan mana-mana bahagian di tempat Beng Hock kemungkinan terjatuh.

Peguam Kerajaan Negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar hari ini membuat kesimpulan melalui keterangan yang diberikan oleh Mazli.

"Dari keterangan saksi yang pertama kita dapat tahu pemeriksaan yang dibuat khususnya di tingkat 14 di tingkap yang disyaki mangsa telah jatuh dan di bahagian sofa sahaja dan bukannya di tempat lain di pejabat SPRM tempat mendiang di soal. Dari saksi itu kita dapat tahu, pemeriksaan lanjutan juga terhad kepada beberapa area dalam pejabat SPRM"

Saksi kedua dipanggil pada hari ke lapan inkues ialah DSP Shahrul Othman Mansur.

Beliau dipanggil untuk memberikan keterangan di samping melakukan pengecaman terhadap barang saksi kematian.

Shahrul memberitahu mahkamah beliau bersama pasukannnya telah melakukan pemeriksaan di bilik Beng Hock pernah disoal siasat yang juga merupakan bilik mesyuarat utama SPRM dan bilik percakapan mendiang ketika soal siasat dirakam.

Pegawai polis itu juga mengesahkan memasuki bilik mesyuarat berkenaan dan masuk atau keluar dari bilik tersebut perlu menggunakan kad akses.

Tetapi apabila ditanya, adakah pihaknya meminta rekod keluar masuk melalui pintu itu diteliti, Shahrul berkata tiada sebarang rekod diambil dari pejabat SPRM.

Ditanya sama ada beliau mengetahui adakah kedua-dua bilik tersebut telah digunakan selepas mangsa ditemui mati, saksi menjawab tidak pasti kerana beliau hanya datang pada hari ketiga selepas mangsa ditemui mati.

Beliau juga memaklumkan pihaknya tidak melakukan sebarang pengesanan cap jari kerana dimaklumkan ia telah dilakukan terlebih dahulu oleh forensik IPK Selangor.

Namun apa yang mengejutkan ialah Unit Forensik Cawangan Bukit Aman mendapati kesan tapak kasut yang tidak nyata di tingkap tingkat 14 bangunan Plaza Masalam.

Menurut saksi tapak kasut itu berukuran 9 inci.


Walau bagaimanapun, apabila ditanya adakah penemuan kesan tapak kasut tersebut dibuat perbandingan dengan kasut milik mangsa, Shahrul menjawab tidak.

"Saya ingat dari apa yang dapat kita dengar ahli-ahli forensik telah melakukan seperti arahan yang diberikan tetapi boleh dikatakan skop penyiasatan terlalu terhad dan telah tertumpu kepada tingkap di tingkat 14 atas anggapan si mati jatuh dari situ dan mangsa memang berada dalam kawalan SPRM," kata Malik. -TVA



Nizar vs Zambry : Rakyat Perak Tak Pernah Iktiraf Zambry Sebagai MB

Rakyat Perak khususnya tidak pernah mengiktirafkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Itulah hakikatnya.

Ini kerana Zambry menjadi Menteri Besar Perak melalui keputusan hakim Mahkamah Rayuan dan bukan dari pilihan rakyat untuk meletakkan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang sah di Perak.

Jawapan itu adalah sebagai balasan terhadap kenyataan Zambry seperti yang dilaporkan oleh Bernama yang menytakan beliau tidak mengiktirafkan Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah.

Zambry berkata beliau tidak pernah mengiktiraf V Sivakumar sebagai Speaker sejak Barisan Nasional (BN) menerajui kembali kerajaan negeri pada Februari lalu apabila Sivakumar sekali lagi menggantung beliau daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan didenda RM250,000.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata sejak BN mengambil alih kerajaan negeri selepas mempunyai majoriti dengan disokong tiga Adun bebas serta melantik Speaker yang baru, beliau tidak pernah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker.

Krisis politik Perak tercetus ekoran rampasan kuasa oleh UMNO Barisan Nasional yang diaturkan oleh Datuk Seri Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dengan "membeli" tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat dan seorang dari DAP yang kemudiannya mendapatkan perkenan dari Sultan Perak untuk menabalkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ir.Mohd. Nizar Jamaluddin.

Rakyat Perak telah berkali-kali memohon agar pilihanraya diadakan di negeri tersebut, namun telah tidak diindahkan kerana UMNO BN merasakan begitu takut dan gentar untuk berhadapan dengan rakyat yang telah menunggu sekian lama untuk menghumbankan UMNO BN dari ntampuk kerajaan negeri Perak.

Banyak pihak telah menyatakan bahawa hanya pilihanraya semula di negeri itu yang dapat memulihkan krisis Perak dari berlanjutan tetapi UMNO BN sengaja memekakkan telinga lantaran khuatir akan tewas teruk jika pilihanraya diadakan semula di Perak.

Kesan dari pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang menyaksikan bahawa meskipun UMNO BN telah mengerahkan segala tenaga dan jentera untuk memenangkan calonnya untuk mengalahkan calon PAS PR, namun UMNO BN masih juga gagal dan ini meletakkan maruah kerajaan Zambry berada di dalam tong najis...

Era Najib Altantuya : UMNO Terkedu, Isu Arak Selangor Selesai (updated)

Salah faham berhubung isu pengharaman arak di negeri Selangor melibatkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dengan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew selesai apabila masing-masing menyatakan pendirian dan perkara itu sudah mencapai kata putus.

Apa yang berlaku antara dua pemimpin ini bingkas dimanipulasikan media arus perdana seolah-olah menunjukkan adanya keretakan serius dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Namun, isu arak ini hanya sempat diputar belitkan media milikan UMNO Barisan Nasional tidak sampai seminggu.

"Pertama sekali tidak timbul isu pertikaian disitu. Perbedaan dari segi pandangan, dari segi pendapat, sebagai mana yang disebut Datuk Hadi. Kita mungkin berbeza dari segi pendapat tapi dalam isu yang besar kita banyak bersama. Tadi pemimpin- pemimpin kita menekankan kita banyak yang bersama daripada tidak bersama. Kita menekankan persamaan yang ada pada kita dan kita tidak kisah tentang perbezaan yang ada pada kita. Saya yakin kalau inilah pegangan kita, kita akan capai kejayaan yang besar dalam pilihanraya akan datang," kata Hassan Ali.

"Kita memang ada persefahaman dalam hal ini. Cara kita sekarang, kita pun bersetuju. Tidak ada masalah. Kalau mereka ingat mereka masih ada peluang untuk jatuhkan kita, teruskan bermimpi. Kita akan terus berusaha berkerjasama untuk buat apa yang kita rasakan baik," tambah Ronnie Liu.

Perdamaian kedua- dua tokoh ini seraya menutup peluang UMNO Barisan Nasional menjalankan serangan sistematik untuk merampas kembali Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Hassan Ali menggesa supaya Ronnie Liu yang memegang portfolio Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, dilucutkan jawatan kerana mengarahkan penguatkuasa MBSA mengembalikan rampasan arak di sebuah kedai di Seksyen 8, 21 Julai lalu.

Walhal, Ronnie bertindak sedemikian kerana MBSA telah merampas minuman keras itu tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Tindakan ini memungkinkan MBSA terdedah kepada saman dari pihak kedai terbabit.

Kekusutan ini terlerai apabila kedua- dua mereka duduk berbincang mencari titik persamaan, menangkis segala serangan propaganda murahan UMNO Barisan Nasional.

"Kita setuju dengan apa yang dikatakan menteri besar. Kalau dia kata tidak ada pertukaran, tidaklah. Saya ada ketua dan ketua saya menteri besar. Berhubung isu memperjuangkan syariat islam, bagi saya tidak ada masalah. Prinsip Islam senang. Arak tidak boleh dijual kepada orang Islam, tidak boleh dijual pada mereka yang berumur 18 tahun kebawah dan tidak boleh letak papantanda yang mengatakan arak dijual disitu," ujar Hassan Ali.

Hassan Ali menegaskan, perdamaian ini tidak akan menghalangnya meneruskan agenda memperjuangkan syariat islam berhubung isu arak ini. Hassan Ali juga menafikan khabar angin yang mengatakan PAS dan UMNO selangor akan berganding bahu mengadakan jelajah bagi mendapatkan sokongan rakyat berhubung isu itu.

"Saya ingin menafikan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO akan buat jelajah. Ini tak benar sama sekali. Inilah yang didendangkan oleh UMNO. Kita tidak berjumpa dan tidak pernah berbincang tentang hal ini," tegasnya lagi.

Kedai serbaneka 7eleven sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyambut seruan kerajaan negeri Selangor untuk membuat kawalan kendiri penjualan arak.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hasil daripada perbincangan yang dibuat, 7 eleven didapati tidak lagi menjual arak di beberapa kawasan majoriti Islam dan beberapa kawasan lain, membabitkan seksyen 6, 19,11 13, 8, 7, 3, Jalan Kristal 7, Jalan Plumbum seksyen 7.

Tan Sri Khalid berkata, ada beberapa kawasan yang mendapat permintaan dan 7eleven hanya mengeluarkan minuman tersebut atas permintaan sahaja iaitu di Sekyen 16, 17, 20, 9,13 Giant, 13 Calrton Hotel, dan Seksyen 18. -TVA


Era Najib Altantuya : Operasi Buah Pala Gagal, Ditunda 1 Sept (updated)

Pemaju Nusmestro ventures (P) Sdn Bhd hari ini gagal dalam dua cubaan untuk meroboh 23 unit rumah di Kampung Buah Pala, Gelugor di sini setelah beberapa kali menangguhkan hasrat itu beberapa minggu lalu.

Pemaju membawa kira-kira 100 pekerja bersama sekurang-kurangnya tiga jentolak untuk merobohkan rumah-rumah itu.

Penduduk Kampung Buah Pala Bru diberi tempoh sehingga 1 September ini untuk mengosongkan rumah masing-masing sebelum dirobohkan.

Keputusan itu itu dicapai dalam rundingan bersama pemaju, Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd, penduduk terbabit dan polis sebentar tadi.

Sebelumnya, bailif Mahkamah bersama dua Pengarah Nusmetro, Garry Ho dan Thomas Chan dilihat berbincang dengan pihak polis yang berada di kawasan itu pada kira-kira pukul 9.30 pagi untuk meneruskan hasrat meroboh kediaman di situ.

Bagaimanapun, percubaan pekerja pemaju untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi dan 1 tengah hari dihalang oleh penduduk yang berkumpul di Jalan Kaki Bukit iaitu kira-kira 100 meter daripada laluan masuk ke kawasan itu sejak awal pagi ini sambil menjerit ke arah pekerja-pekerja berkenaan.

Keadaan di kawasan itu tegang ketika ini dan penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak masih tidak berganjak dari tempat mereka berdiri walaupun hujan turun dengan agak lebat pada sebelah pagi.

Penduduk juga dilaporkan mengumpul tahi lembu sebagai persediaan untuk bertindak balas sekiranya rumah mereka dirobohkan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat penduduk mahupun pekerja syarikat itu yang cedera.

Hampir 100 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am dan polis berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.

Turut kelihatan berada di situ ialah Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC 11 Wan Abdullah Tunku Said tetapi enggan mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini.

Sejak beberapa minggu lalu, kontroversi Kampung Buah Pala menghiasi dada akhbar berikutan keengganan penduduk di situ berpindah keluar daripada kampung berkenaan walaupun Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan mereka mengosongkan tanah seluas 2.6 hektar itu bagi membolehkan pemaju dan pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang membangunkan kawasan berkenaan.


Era Najib Altantuya : Pakatan Rakyat Akan Didaftarkan - Deklarasi Tropicana

Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi, lapor harakahdaily.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.

Era Najib Altantuya : Calon PAS Permtg Pasir Diumum Esok

Pas akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir esok, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, demikian lapor Bernama.

"Calonnya (senarai nama) dah ada dalam poket, cuma ia akan diumumkan malam esok di Permatang Pasir," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada pemberita selepas mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang di Tropicana Golf and Resort di sini.

Abdul Hadi berkata, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir adalah satu simbol menarik kepada Pakatan Rakyat kerana yang Pas akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dipegang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri yang diperintah Ketua Menteri DAP.

"Itu yang menarik," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas pada 31 Julai lalu.

Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini manakala pengundian ditetapkan pada 25 Ogos.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib, dengan majoriti 5,433 undi.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kedua-dua parti sama ada PKR mahu pun DAP telah mencapai kata sepakat untuk menyokong calon Pas itu.

"Di sini saya ingin menjelaskan jentera Pakatan Rakyat telah dikerah dan kita (PKR dan DAP) akan beri sokongan padu kepada calon Pas," katanya.

Mesyuarat pakatan pembangkang itu turut dihadiri Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali; dan Exco Selangor, Ronnie Liu.

Era Najib Altantuya : UMNO Terbeliak, Hassan Dan Ronnie Berdamai

Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".

“Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie.

“Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang turut hadir dalam sidang media di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya selepas berakhirnya sesi pagi permukiman pemimpin utama gabungan pembangkang itu.

Penasihat PKR itu menegaskan, Pakatan Rakyat tetapi mengambil pendirian tidak menggalakkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi penjualan kepada bukan Islam kekal seperti biasa.

Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.

Hasan menafikan mereka berdua mendapat arahan pimpinan tertinggi Pakatan supaya menutup kes tersebut bagi memberikan gambaran baik hubungan PAS dan DAP di depan umum.

“Kamu media, kita tutup pun, kamu buka juga. Perbincangan dalam media ini natural. Saya nampak rakyat Selangor berbeza dengan di tempat (negeri) lain.

“Suatu perkara yang hendak disampaikan, mereka sudah ada ilmu tentang perkara itu. Kalau media hendak main pun, tak makan (tidak berkesan),” kata ADUN Gombak Setia.

Ronnie pula berkata, PAS dan DAP tidak perlu takut pada perbezaan antara kedua-duanya kerana sentiasa ada penyelesaian untuk terus bekerjasama.

“Isu ini telah selesai. Kita sudah ada kawalan kendiri, kita tinggalkan perkara itu sebagai percubaan (selama sebulan). Kita tunggulah hasil yang memuaskan selepas ini,” kata ADUN Pandamaran.

Kedua-dua mereka berkata, desakan menarik balik portfolia kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie tidak lagi timbul apabila menteri besar membuat keputusannya.



Era Najib Altantuya : Tiong Kata Ong Boleh Saman, Tak Akan Tarik Balik Kenyataannya

Datuk Tiong King Sing, CEO pemaju Zon bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), menyatakan beliau tidak akan menarik kenyataannya yang Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah menerima RM10 juta derma darinya.

Hari ini, Ong telah memberikan Tiong tujuh hari untuk menarik balik kenyataannya dan menuntut pernyataan maaf atau akan menghadapi tindakan undang-undang.

Menteri Pengangkutan itu jua membuat laporan polis terhadap Tiong pagi ini di balai polis Cheras mengenai kenyataan fitnah itu.

Di dalam riaksi spontannya, Tiong menyatakan beliau tetap dengan kenyataan yang diberikan di dalam satu wawancara semalam.

"Saya tidak akan tarik balik kenyataan saya. Mengapa saya perlu tarik balik? Saya alu-alukan (Ong) untuk buat laporan polis. Beliau boleh teruskan dansaman saya," kata Tiong.

Apabila ditanya samada beliau berupaya untuk menunjukkan bukti yang Ong ada menerima derma tersebut, Tiong berkata beliau mempunya saksi untuk menjelaskannya.

"Saya derma wang kepada parti untuk menyatukan para ahli dan dalam masa yang sama berkhidmat untuk rakyat. Saya telah tawarkan cek tetapi Ong meminta wang tunai kerana menurutnya ia lebih cepat. Saya ikhlas dengan tujuan saya," kata Tiong.

Beliau menambah bukan tujuannya untuk menjatuhkan sesiapa dan menyifatkan Ong adalah seorang "rakan".

Era Najib Altantuya : Laporan Polis Kemelut UMNO Tanah Merah

Laporan polis dibuat terhadap ketua bahagian dan setiausaha Umno Tanah Merah berhubung dakwaan gagal memberi notis bertulis dalam tempoh 14 hari kepada cawangan untuk mengadakan mesyuarat tahunan peringkat bahagian itu, lapor malaysiakini.

Aduan ketua cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai, Amran Abdul Rahman, Sabtu lalu, turut dibuat terhadap ketua dan penolong setiausaha kesemua tiga sayap Umno bahagian - Wanita, Pemuda dan Puteri - yang gagal memberi notis kepada ahli pergerakan masing-masing dalam tempoh yang sama sebelum mesyuarat pergerakan bahagian itu bermula.

Amran membuat aduan tersebut pada 8 Ogos lalu di balai polis Tanah Merah Kelantan.

Beliau sehingga hari aduan itu dibuat, pihak bahagian masih gagal mengadakan mesyuarat perwakilan serta mesyuarat ketiga sayap pergerakan tersebut.

Sedangkan, dakwanya, tarikh akhir untuk semua bahagian Umno untuk mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing ialah 16 Ogos ini.

Oleh itu, Amaran mendakwa, bahagian berkenaan tidak layak lagi mengadakan mesyuarat perwakilannya kerana ia perlu memberi notis panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan.

"Cawangan dan juga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan masih belum menerima sebarang surat daripada setiausaha bahagian serta penolong setiausaha Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian bagi memberitahu bilakah mesyuarat perwakilan bahagian serta mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian akan diadakan," kata Amran dalam aduan polis itu.

Menurut Amran lagi, mengikut pekeliling daripada ibu pejabat Umno - perkara 2.3.4 dan 2.4.3 - setiausaha bahagian dan penolong setiausaha bagi ketiga-tiga sayap dikehendaki memberi notis bertulis dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh bersidang.

Sehari selepas membuat laporan polis, Amran juga membuat aduan yang sama - melalui sepucuk surat - kepada pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berhubung perkara itu.

"Sehingga jam 12 tengah hari 9 Ogos 2009, setiausaha Umno bahagian serta penolong setiausaha pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, masih belum menghantar notis bertulis bagi memaklumkan kepada cawangan/ahli bilakah mesyuarat perwakilan bahagian dan mesyuarat pergerakan itu akan diadakan".

Sehubungan itu, tulis Amran dalam surat itu, beliau bercadang untuk menghantar laporan lengkap berhubung kegagalan pucuk pimpinan bahagian dan sayap-sayap terbabit, mematuhi perlembagaan dan peraturan parti.

"Aduan secara bertulis juga akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan di atas keingkaran pihak terbabit mematuhi perlembagaan Umno dalam mentadbir urus parti," kata Amran.

Salinan surat itu turut dihantar, antaranya kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan parti; Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan. Datuk Norzahidi Omar.

"Amatlah diharapkan agar badan perhubungan Umno Kelantan di bawah kepimpinan YB Datuk (Mustapa) tidak akan bersikap menyokong sebarang bentuk pentadbiran kepimpinan Umno bahagian yang bertindak ingkar terhadap Pekeliling Ibu Pejabat Umno.

"Sekaligus bertentangan dengan perlembagaan Umno serta peraturan persidangan perhimpunan agung perwakilan bahagian dan persidangan cawangan Umno," katanya.

Amran turut melampirkan salinan laporan polis bersama suratnya tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Amran mengesahkan membuat aduan polis tersebut serta surat berkenaan kepada Mustapa.

Era Najib Altantuya : Operasi Roboh Kg Buah Pala Gagal, Penduduk Diberi Tempoh Hingga 1 Sept

Pemaju Nusmestro ventures (P) Sdn Bhd hari ini gagal dalam dua cubaan untuk meroboh 23 unit rumah di Kampung Buah Pala, Gelugor di sini setelah beberapa kali menangguhkan hasrat itu beberapa minggu lalu.

Pemaju membawa kira-kira 100 pekerja bersama sekurang-kurangnya tiga jentolak untuk merobohkan rumah-rumah itu.

Penduduk Kampung Buah Pala Bru diberi tempoh sehingga 1 September ini untuk mengosongkan rumah masing-masing sebelum dirobohkan.

Keputusan itu itu dicapai dalam rundingan bersama pemaju, Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd, penduduk terbabit dan polis sebentar tadi.

Sebelumnya, bailif Mahkamah bersama dua Pengarah Nusmetro, Garry Ho dan Thomas Chan dilihat berbincang dengan pihak polis yang berada di kawasan itu pada kira-kira pukul 9.30 pagi untuk meneruskan hasrat meroboh kediaman di situ.

Bagaimanapun, percubaan pekerja pemaju untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi dan 1 tengah hari dihalang oleh penduduk yang berkumpul di Jalan Kaki Bukit iaitu kira-kira 100 meter daripada laluan masuk ke kawasan itu sejak awal pagi ini sambil menjerit ke arah pekerja-pekerja berkenaan.

Keadaan di kawasan itu tegang ketika ini dan penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak masih tidak berganjak dari tempat mereka berdiri walaupun hujan turun dengan agak lebat pada sebelah pagi.

Penduduk juga dilaporkan mengumpul tahi lembu sebagai persediaan untuk bertindak balas sekiranya rumah mereka dirobohkan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat penduduk mahupun pekerja syarikat itu yang cedera.

Hampir 100 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am dan polis berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.

Turut kelihatan berada di situ ialah Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC 11 Wan Abdullah Tunku Said tetapi enggan mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini.

Sejak beberapa minggu lalu, kontroversi Kampung Buah Pala menghiasi dada akhbar berikutan keengganan penduduk di situ berpindah keluar daripada kampung berkenaan walaupun Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan mereka mengosongkan tanah seluas 2.6 hektar itu bagi membolehkan pemaju dan pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang membangunkan kawasan berkenaan.

Era Najib Altantuya : Operasi Pemantauan Arak Di Shah Alam

Dua notis dikeluarkan kepada pekerja beragama Islam kedai serbaneka 7eleven di Seksyen 25, Shah Alam yang menjaga kaunter kerana di percayai terlibat dalam penjualan minuman keras kepada pelangan.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali berkata, umat Islam yang didapati bersalah melakukan perkara ini boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995.

“Operasi ini khusus untuk orang Islam namanya enakmen jenayah syariah 1995, Pertama umat Islam tidak boleh menjual dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM5,000,minum denda RM3,000 atau 2 tahun penjara. Jika mereka membeli, mengedar, atau menawarkan akan dikenakan 5,000 atau 3 tahun penjara. JAIS adalah agensi bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan yang terkandung dalam undang-undang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat beberapa kedai dalam operasi kuat kuasa khas pemeriksaan penjualan arak, di Shah Alam, malam tadi.

Menurutnya, ini sebagai satu langkah penguatkuasaan pihak JAIS bagi memantau penjualan dan pembelian arak oleh umat Islam dilakukan secara terbuka.

Katanya, operasi hari ini adalah di bawah bidang kuasa beliau sebagai Exco Agama Negeri Selangor dan JAIS merupakan agensi yang menguatkuasakan undang-undang tersebut bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan.

“Dua perkara yang disebutkan oleh menteri besar tentang kawalan self regulation yang lebih kepada peraturan sedia ada dan yang takda hubungan dan kaitan dengan enakmen jenayah, yang banyak dilakukan oleh PBT dibawah YB Ronnie tapi saya sebagai Exco Agama bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan dalam Enakmen Jenayah Syariah,” katanya.

Katanya, jika kedua-dua peraturan ini dilaksanakan dengan betul ia akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak terutamanya umat Islam.

Dalam pada itu, kedai serbaneka 7eleven memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyambut seruan kerajaan negeri Selangor untuk membuat kawalan kendiri penjualan arak.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hasil daripada perbincangan yang dibuat, 7 eleven didapati tidak lagi menjual arak di beberapa kawasan majoriti Islam dan beberapa kawasan lain.

“Saya difahamkan bahawa hasil daripada perbincangan dengan pekedai 7eleven tidak lagi menjual bir. Ada sepuluh kawasan yang mana 7eleven tidak dijual arak iaitu sekyen 6, 19,11 13, 8, 7, 3, Jalan Kristal 7, Jalan Plumbum seksyen 7. Sepuluh kedai ini tidak lagi menjual miniman beralkohol,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam, petang tadi.

Tan Sri Khalid berkata, ada beberapa kawasan yang mendapat permintaan dan 7eleven hanya mengeluarkan minuman tersebut atas permintaan sahaja iaitu di Sekyen 16, 17, 20, 9,13 Giant, 13 Calrton Hotel, dan Seksyen 18.

Katanya, kedai serbaneka lain seharusnya mencotohi 7eleven dalam melaksanakan kawalan kendiri dan pihak kerajaan negeri sendiri akan memantau dari semasa ke semasa.

“Kita sendiri akan pantau keadaan dari semasa ke semasa untuk tentukan bahawa pengusaha dan rakyat dapat bekerjasama, untuk menjalankan usaha supaya tiada penjualan ini mengakibatkan keadaan buruk dari segi sosial,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Besar mengarahkan supaya semua pasaraya dan kedai serbaneka di Shah Alam tidak menjual minuman keras untuk tempoh percubaan selama sebulan.





Era Najib Altantuya : UMNO Semakin Terdesak, Ugut Pecat Ahli Yang Sabotaj

UMNO dilihat semakin terdesak menjelang pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir Pulau Pinang apabila Bernama melaporkan pemimpin atau anggota parti yang terbukti mensabotaj jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan dipecat keanggotaannya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memberi amaran itu bagi memastikan semua pihak memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya itu, 25 Ogos ini.

"Saya ingin tegaskan, mana-mana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, kita beri tempoh 60 hari untuk memecat mereka. Saya tidak main-main dalam hal ini dan saya harap semua faham mesej ini," katanya kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua peti undi BN untuk pilihan raya kecil itu, di sini Rabu.

Katanya beliau tidak akan berkompromi dalam soal kesetiaan kepada parti.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan memantau sendiri perjalanan jentera BN sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu diadakan.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, sewajarnya pada ketika ini semua pihak mengetepikan sebarang persengketaan yang bersifat peribadi bagi memastikan kemantapan gerak kerja jentera pilihan raya itu di samping mengukuhkan perpaduan dalaman parti.

"Semua pemimpin, sama ada yang sudah lama atau baru mesti mempamerkan kesungguhan untuk memastikan kemenangan calon BN dan diberikan peranan dalam jentera kali ini," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Isnin ini sebagai hari penamaan calon manakala 25 Ogos ialah hari pengundian.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan, yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal mulai 1999, mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan memperoleh majoriti 5,433 undi.

Antara beberapa pemimpin Umno yang disebut-sebut bakal menjadi calon BN ialah Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman, Naib Ketua bahagian itu, Abdul Rahim Man, Ketua Pemudanya, Mohd Zaidi Mohd Said dan bekas Timbalan Ketua Bahagian itu, Datuk Ahmad Saad.

Sementara itu, PAS pula antara nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan peguam muda, Rosidi Husin selain nama bekas Pegawai Khas Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman Saudara Shamsul Kamal Shafiee.

Namun apa pun kena tunggu keputusan terakhir yang akan menentukan siapakah calon yang dimaksudkan untuk merentap di Dun berkenaan pada 25 Ogos itu nanti.

Walaupun hari penamaan calon tinggal empat hari lagi iaitu pada 17 Ogos namun ramai kepimpinan kelihatan datang mencari tempat tinggal sekaligus membantu calon masing-masing.



Era Najib Altantuya : H1N1 Mengganas, 7 Lagi Kematian

Wabak Influenza A (H1N1) atau selsema Babi hari ini mengganas lagi dengan tujuh lagi kematian dicatatkan hari ini di seluruh negara menjadikan jumlahnya 51 orang setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesemua kes kematian itu didapati mempunyai risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan imuniti rendah.

“Kes kematian tersebut turut membabitkan bayi yang berumur empat bulan dan seorang warga emas yang berumur 92 tahun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Saintifik Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia (MASO) di sini hari ini.

Mereka yang mempunyai masalah obesiti turut tergolong berrisiko tinggi untuk terkena serangan virus H1N1, demikian menurut Menteri Kesihatan.




Era Najib Altantuya : Teori Terjatuh dan Terjun Tercabar Lagi, Teoh Mungkin Diseret

Sekali lagi teori TERJATUH atau TERJUN yang dikemukakan oleh pihak SPRM dan Polis terhadap kematian Teoh Beng Hock tercabar apabila hari ini saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock pada Khamis tidak menolak kemungkinan mendiang mungkin diseret sebelum ditemui mati tertiarap di atas lantai tingkat lima Plaza Masalam, di sini, Julai lalu.

Semalam saksi ke 11 Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menyatakan pegawai penyiasat menjelaskan berkemungkinan dia (Teoh) terjatuh atau ditolak dari salah satu tingkap di tingkat 14. Mahkamah juga diberitahu tiada catatan dibuat oleh Pegawai Penyiasat yang melakukan soalsiatan ke atas Teoh.

Pagi ini, pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh (gambar), 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata demikian selepas ditunjukkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan mangsa yang ditemui di tempat kejadian, demikian lapor Bernama.

"Setuju bahawa geseran bahagian tapak kasut ada implikasi yang penting?" tanya peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar dan Mazli menjawab:

"Setuju".

"Adakah kemungkinan si mati diseret?" tanya Malik Imtiaz lagi dan Mazli berkata:

"Tidak, kerana pada kebiasaannya kalau seseorang diseret, ia akan tidak kena pada tapak kasut, sebab kalau diseret dari belakang, dia akan tahan kaki dengan tumit."

"Tapi kalau diseret dari tepi? Ada kemungkinan?" soal Malik Imtiaz dan kali ini saksi itu menjawab: "Ada."

Mazli kemudian menjelaskan kepada koroner Azmil Muntapha Abas bahawa kesan geseran sehingga menampakkan lapisan kain yang melekat di atas tapak kasut itu bukanlah bahan asing, tetapi merupakan sebahagian daripada kasut itu sendiri.

"Bukan ia (lapisan kain itu) melekat pada kasut masa si mati jatuh?" soal koroner dan Mazli menjawab: "Tidak, kerana ia melekat di situ (atas tapak kasut) dan tidak boleh dicabut."

Bagaimanapun, saksi itu mengakui tidak membuat apa-apa pemeriksaan terhadap kesan tersebut dan berkata: "Untuk pastikan, perlu hantar balik ke kilang kasut.

"Tapi saya ada periksa kawasan kejadian dan tidak menjumpai apa-apa benda yang sepadan dengan bahan yang sama yang melekat pada kasut itu," jelasnya.

Ketika ditanya peguam pemerhati Richard Wee samada terdapat bahagian tajam di luar tingkap tingkat 14 bangunan itu yang boleh menyebabkan seluar mangsa tersangkut dan terkoyak, Mazli menjawab: "Tidak."

Mazli juga berkata beliau tidak pula menjumpai sebarang kesan gentian fabrik seluar pada bingkai tingkap di tingkat 14, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Dalam keterangannya lagi, beliau berkata tingkap seluas hampir 0.6m, dengan ketinggian 0.9m dari aras lantai itu, boleh dilangkah keluar.

Bagaimanapun, beliau berkata hasil pemeriksaannya menunjukkan tiada kesan tapak kasut di bingkai dan cermin tingkap serta lantai di kawasan tersebut.

"Saya ada periksa kawasan itu, ia berhabuk, kalau berhabuk, dan dipijak mesti meninggalkan kesan (tapak kasut) tapi tiada kesan," katanya.

Beliau berkata hasil ujian cap jari pada bahagian tingkap itu menggunakan kaedah 'dusting' juga adalah negatif kerana keadaan tingkap yang kotor dan berhabuk.

Terdahulu pada prosiding itu, koroner ditunjukkan barang-barang kes yang diperiksa dan diambil pasukan forensik dari tempat kejadian termasuk seluar putih yang terkoyak di bahagian punggung dan berlumuran darah kering, kasut, tali jam dan empat calitan yang diambil di sofa dan tingkap di tingkat 14 pejabat SPRM.

Dalam keterangannya, Mazli memberitahu beliau telah memeriksa kawasan tempat kejadian pada 16 Julai dan menemui sebatang gigi berhampiran mayat mangsa, kesan lekukan atas lantai tempat mayat tertiarap, kesan lekukan pada bingkai tingkap serta kesan patah pada pemegang kunci tingkap di tingkat 14.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di situ.

Saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini mengakui tidak menjalankan beberapa pemeriksaan penting di kawasan tempat mayat setiausaha politik exco Selangor itu ditemui, Julai lalu.

Pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh, 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata beliau tidak membuat pemeriksaan cap jari pada mayat mangsa serta pakaian dan tali pinggang yang dipakainya serta di kawasan tempat kejadian berlaku.

Beliau juga tidak mengambil apa-apa langkah untuk memastikan dari mana datangnya kesan berkapur yang terdapat pada tapak kasut sebelah kanan mangsa.

"Bukan tugas saya untuk memeriksa mayat," kata Mazli ketika menjelaskan mengapa pemeriksaan tersebut tidak dilakukan.

Beliau turut ditanya oleh peguam pemerhati Malik Imtiaz Sarwar sama ada melakukan analisis terhadap kesan hitam pada seluar mangsa jika ia sepadan dengan kesan lekukan atas lantai tempat mayat tertiarap dan Mazli berkata: "Tidak buat."

"Jadi, kesan hitam pada seluar yang disebabkan lantai hanyalah anggapan sahaja?" soal Malik dan Mazli mengakuinya.

Dalam keterangannya, beliau juga mengakui tidak melakukan ujian untuk membandingkan kesan calar pada bahagian tingkap di tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tali pinggang yang dipakai oleh Teoh.

Malik Imtiaz: "Ada buat ujian 'dusting' (untuk mengesan cap jari) pada dinding di luar tingkap di tingkat 14?"

Mazli: "Tidak, saya hanya buat pemeriksaan secara mata kasar (bila jenguk ke luar tingkap)."

Katanya, beliau hanya mengambil dua sampel calitan pada sofa tempat Teoh dikatakan duduk dan berbaring dalam pejabat itu, tetapi tidak melakukan ujian 'polylight'.

Ujian polylight juga tidak dilakukan di tingkat lima, tempat di mana mayat Teoh dijumpai 16 Julai lalu.

Prosiding di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas bersambung esok


Era Najib Altantuya : Kerja Meroboh Kg Buah Pala Bermula Hari Ini (updated)

Jentolak telah pun masuk ke Kg Buah Pala bagi tujuan merobohkan rumah penduduk dan suasana tegang mula tercetus apabila jentera berat mula digerakkan untuk merobohkan rumah penduduk di sini, pagi ini.

Tinjauan juga mendapati anggota polis juga dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dilaporkan akan tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata sebanyak empat jentolak sudah bersiap sedia memasuki kawasan.

Pada masa ini seramai 40 angota polis bersiap sedia mengawal keadaan dan bailif mahkamah yang membawa notis mengatakan kerja meroboh boleh diteruskan.

Seramai 200 penduduk mengunakan kereta dan rantaian manusia menutup jalan masuk ke rumah mereka.

Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan.

Perobohan ini dipercayai dilakukan untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang kononnya dikatakan gagal untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala. Ia adalah untuk memberikan impak negatif kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos ini.




Era Najib Altantuya : Asri Rabbani Meninggal Dunia (Updated)

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat kearah kebaikan. Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya.

GB.fm kerap menyiarkan lagu-lagu dendangan Rabbani seperti Hanzalah, Ya Beena, Pergi Tak Kembali, Apa Yang Kau Tahu dan banyak lagi.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.

Menurut Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Takziah kepada balu dan anak-anak Allahyarham. Alfateha.



Era Najib Altantuya : Kerja Roboh Kg Buah Pala Bermula Hari ini

Jentolak telah pun masuk ke Kg Buah Pala bagi tujuan merobohkan rumah penduduk dan suasana tegang mula tercetus apabila jentera berat mula digerakkan untuk merobohkan rumah penduduk di sini, pagi ini.

Tinjauan juga mendapati anggota polis juga dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dilaporkan akan tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata sebanyak empat jentolak sudah bersiap sedia memasuki kawasan.

Pada masa ini seramai 40 angota polis bersiap sedia mengawal keadaan dan bailif mahkamah yang membawa notis mengatakan kerja meroboh boleh diteruskan.

Seramai 200 penduduk mengunakan kereta dan rantaian manusia menutup jalan masuk ke rumah mereka.

Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan.

Perobohan ini dipercayai dilakukan untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang kononnya dikatakan gagal untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala. Ia adalah untuk memberikan impak negatif kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos ini.



Era Najib Mahathir : Asri, Ketua Rabbani Meninggal

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat kearah kebaikan. Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya.

GB.fm kerap menyiarkan lagu-lagu dendangan Rabbani seperti Hanzalah, Ya Beena, Pergi Tak Kembali, Apa Yang Kau Tahu dan banyak lagi.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Takziah kepada balu dan anak-anak Allahyarham. Alfateha.

Era Najib Altantuya : Arak - UMNO Lidah Bercabang

Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas arak di kawasan majoriti Melayu, kemudian pula dibantah oleh Romie Liu Exco Kerjaan Tempatan atas tindakan MBSA. Maka Umno pun ambil kesempatan di atas isu ini, kononnya satu penghinaan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor.

Maka ada di kalangan mereka yang mengadakan demontrasi, Ali Rustam dan Khairi Jamaludin pula menyuruh Pas keluar Pakatan Rakyat, kerana perjaungan Pas tidak dihormati. Sebenarya apa yang dinyatakan oleh pemimpin Umno itu bukan ikhlas untuk mengharamkan arak, tetapi mereka hendak memecah belahkan Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak kenal siapa wajah pemimpin umno maka kita akan anggap umno adalah parti yang suci dalam debu. Tetapi kalau kita kenal inilah pemimpin yang lidah bercabang.

Umno kena jawab soalan ini dahulu sebelum komen isu arak di Selangor.


- Bukankah rakyat yang ketagih arak di negara ini kerana umno yang membiarkan rakyat mabuk . Apabila rakyat mabuk maka mereka tidak peduli isu stadium runtuh, bagaimana pemimpin mereka boleh bina rumah RM24 juta, kematian Beng Hock, isu wakil rakyat umno Selangor belanja RM27 juta dalam masa 50 hari, isu skandal PKFZ, isu siapa bunuh Antatuya.

- Apa yang umno buat selama 52 tahun mereka memerintah di negara ini untuk membendung masalah arak di negeri-negeri yang mereka memerintah.

- Kenapa Dato’ Ali Rostam tidak mengharamkan arak di Melaka. Kalau kita ke Melaka Raya bersepah kedai arak, kenapa Ali Rostam tidak ada niat untuk mengawal penjualan arak di negeri beliau.

- Khairi Jamaludin jangan tunjuk beliau anti arak, kita kenal siapa kamu.

- Bukankah umno tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja. Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda Umno seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda Umno. Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato’ Hishamuddin Hussain dan Khairi Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno yang menganggap bahawa ini pandagan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005)

- Kenapa pemimpin umno tidak mengarahkan supaya wang EPF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengeluarkan pelaburan mereka di dalam syarikat arak. Isu ini lebih besar kerana membiarkan wang pekerja yang tidak berdosa di dalam kilang arak.

- Kita tidak pernah dengar pemimpin umno menyuarakan dalam persidangan umno supaya orang Islam tidak dibenarkan menjadi ahli lembaga syarikat arak.

- Kita tidak pernah dengar umno mencadangkan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di tempat menjual arak.

- Kita tidak pernah mendengar umno berhajat untuk mengawal arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.

Daripada hujah di atas sah umno adalah parti yang berpura-pura memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya pemimpin umno adalah perangsang maksiat di negara ini. Mereka hanya berlakon anti arak, kerana hendak menarik undi orang Islam sahaja. Umno mampu tanggani isu arak, kalau umno mahu.

Contohlah kerajaan Kelantan yang berjaya mengawal arak dan mendidik rakyat supaya tidak bebas membeli arak. Arak hanya dijual di kawasan majoriti orang bukan Islam. Inilah juga cadangan Pas Selangor untuk kerajaan Selangor. Insyaalah kita cuba membentuk rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat, berbeza dengan rakyat yang dibentuk oleh umno/bn. Kita yakin cadangan Pas Selangor akan menjadi kenyataan satu hari ini, untuk melihat rakyat yang jijik dengan arak. - Idris Ahmad


Era Najib Altantuya : Firnado Dibunuh Kerana Cuba Hentikan Seludup Warga Filipina Ke Malaysia

Rakan NGO dari Malaysia dan Filipina berpendapat pembunuhan diplomat Filipina Finardo G. Cabilao 6 Ogos lalu, adalah berkait rapat dengan usahanya menyelamatkan wanita-wanita yang telah diseludup ke negara ini.

AHLI Parlimen Klang, Charles Santiago berkata kematian Firnado berkenaan telah menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan di peringkat antarabangsa kerana beliau dipercayai dibunuh oleh sindiket penyeludupan.

“Rakan beliau dari NGO Filipina dan juga dari Sabah Serawak yakin bahawa beliau dibunuh kerana hasrat baik beliau yang cuba untuk menghentikan aktiviti penyeludupan wanita Filipina ke negara ini.

“Malaysia sudah menjadi negara yang terkenal dengan aktiviti penyeludupan ini kerana sudah terdapat banyak laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu ini terutamanya ketika kes penyeludupan manusia berleluasa di sempadan Thailand.

“Malaysia juga dikatakan pusat utama seludup binatang liar di seluruh dunia. Ini seperti menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak ada undang-undang.

Santiago menegaskan bahawa jika benar Firnado dibunuh oleh dalang penyeludupan, ia menunjukkan betapa serius dan beraninya tindakan mereka tersebut sehingga berani melibatkan diplomat asing di negara ini.

“Menjadi masalahnya di sini adalah bukan kerana longgarnya garis panduan yang ditetapkan, tetapi punca dalang orang dalam kerajaan yang telah memanipulasi aktiviti penyeludupan ini.

“Banyak bukti yang telah dikeluarkan termasuk satu kes di mana seorang warganegara Myanmar yang diseludup ke Malaysia membuat kenyataan bahawa pihak polis dan imigresen yang bertindak mengawal mangsa seludup ini.

“Memang telah buat penangkapan terhadap seorang pegawai imigresen di Johor, tapi semua hanya satu wayang kulit kepada rakyat dan dunia kononnya kerajaan membuat kerja," tegas Charles.

Menurut beliau jika kerajaan membiarkan isu ini berleluasa, kepercayaan diplomat dari luar negara terhadapat Malaysia akan kurang dan sekaligus menjejaskan nama baik negara.

Aktiviti penyeludupan manusia yang dikatakan semakin berleluasa di negara ini telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang gagal memenuhi piawaian minimum bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia.

Tahun ini sahaja negara dikatakan sudah menyeludup hampir 800 ribu manusia dan sekaligus melebelkan Malaysia negara ke tujuh tertinggi dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2009 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat bulan lalu. -TVAntara


\

Era Najib Altantuya : UMNO Petualang Bangsa - Anwar

Di sebalik tuduhan 'pengkhianat' yang dilempar terhadapnya, namun ribuan tetap hadir mendengar ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.

Walaupun ceramah diadakan di sebuah kampung kecil yang terperusuk di Rembau, Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya sembilan ribu orang merentas denai dan bersesak di sebuah padang kecil mendengar Anwar membela dirinya dari fitnah Umno-Barisan Nasional.

Beralaskan kertas surat-khabar, mereka datang dari dekat dan jauh. Di hadapan mereka, Anwar mencabar Umno membuktikan siapa petualang bangsa sebenarnya.

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang UMNO Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang UMNO kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.

Datuk Seri Anwar menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau- lampau.

Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin UMNO ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa ? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin UMNO mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh ?," Anwar berkata.

Sebaliknya Datuk Seri Anwar menegaskan UMNO Barisan Nasionallah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.

"Orang Melayu diperbodohkan kerana UMNO hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.

Datuk Seri Anwar juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri najib Razak. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.

"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil," soal Anwar lagi.

Disebalik keangkuhan Najib mempopularkan slogan keramat IMalaysia, perdana menteri itu bagaikan alpa akan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat dinegara ini.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang mahsyur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi. -TVAntara



Era Najib Altantuya : SPR Masih Pilih Hari Bekerja Untuk Mengundi

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak pro pengundi apabila mengisytiharkan hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 (Selasa) iaitu hari bekerja.

Kecewa dengan keputusan SPR itu, beliau berkata, sepatutnya SPR memberi ruang kemudahan kepada pengundi untuk turun mengundi tanpa perlu mengambil cuti.

"Walaupun SPR kata dalam undang-undang majikan harus melepaskan pekerja mereka untuk keluar mengundi, tetapi kita (PAS) masih tidak nampak majikan akan memberi kerjasama yang baik," ujarnya yang dilantik sebagai Pengarah Piliharaya Kecil Permatang Pasir itu.

Tekannya lagi, keputusan SPR itu nyata menyusahkan pengundi, terutamanya yang tidak berada di luar lokaliti tempat mengundi, melainkan SPR menetapkan hari membuang undi itu pada hari bercuti (Sabtu).

Tambahnya, SPR sendiri tidak seriusnya mengambil tindakan kepada majikan untuk membenarkan pekerjanya keluar mengundi.

"Sekalipun majikan berkenaan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, ianya tetap akan menyusahkan pengundi tersebut kerana ianya akan melibatkan kekangan waktu terutamanya bagi mereka yang berkerja di luara dari kawasan mengundi," ujarnya.

Mahfuz melihat keputusan SPR menetapkan hari mengundi pada hari bekerja itu hanya mengganggu efisensi dan produktiviti yang perlu diberi keutamaan di institusi tersebut.

"SPR sudah berkali-kali tidak mengendahkan dan tidak menampakkan slogan yang di katanya '"rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", sepatutnya mereka mengutamakan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu beliau turut mencadangkan SPR mengkaji semula keputusan yang telah dibuat itu dan mengharapkan hari mengundi dibuat pada hari bercuti supaya memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi pada hari kejadian. -prkn11penang

Era Najib Altantuya : Apa Agenda Muhyiddin Serang Anwar?

Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba membuka gelanggang perdebatan, dengan mendakwa Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.

Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Umnolah sebuah parti yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu.

Jujurkah Umno? Tulenkah Umno? Memang isu ini amat menarik untuk diperdebatkan, khususnya oleh orang-orang Melayu, kerana ia bakal membuktikan kepada rakyat, siapa sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal?

Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?

Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI.

Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar ‘membunuh’ bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Muhyiddin hanya membuka pekung Umno. Sekaligus beliau memberitahu rakyat bahawa betapa bodohnya pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong dasar PPSMI secara membuta tuli, demi kepentingan politik Umno, walaupun dasar itu menindas bangsanya sendiri?

Dalam kolum ini, penulis belum berhasrat untuk membahaskan persoalan siapa sebenar pengkhianat Melayu secara terperinci.

Penulis mahu melontarkan persoalan dari sudut yang berbeza, iaitu mengapa tiba-tiba sahaja Muhyiddin beria-ia mencanangkan ketuanan Melayu dan menempelak Anwar, yang pernah menjadi pemimpin yang disokong dan disanjungnya sebagai pengkhianat?

Penulis beranggapan ‘tembakan’ Muhyiddin terhadap Anwar bukan bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar semata-mata. Beliau ada agenda yang lebih besar dari itu.

Justeru, apa agenda tersirat Muhyiddin dalam konteks ini? Pada penulis tindak tanduk Muhyiddin sebenarnya mencurigakan orang-orang Umno sendiri.

Tatkala Presiden Umno dan PM, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap soal One Malaysia, rakyat pelbagai bangsa diutamakan, Muhyiddin pula bercakap sebaliknya, seolah-olah mempamerkan beliau seorang yang rasis.

Tindakan Muhyiddin bercanggah dengan aspirasi Najib yang meuar-uarkan dasar liberalisasi pentadbirannya, yang menarik balik atau memansuhkan puluhan dasar kepentingan bumiputera.

Umno kini ibarat kapal dengan dua nakhoda. Apa yang berlaku ialah wujud perbezaan ketara antara Najib dengan Muhyiddin. Ini menunjukkan perbezaan pendapat dan perpecahan dalam Umno masih wujud, khususnya di kalangan pemimpin tertinggi.

Politiking dalam Umno memang hebat. Masing-masing tidak mempercayai rakan sendiri, masing-masing berjuang untuk melindungi kepentingan peribadi dan puak. Najib takut dicantas Muhyiddin dan Muhyiddin juga mahu mencari jalan untuk menjadi PM.

Masa tidak mencukupi buat Muhyiddin kerana usianya lebih tua daripada Najib. Beliau hanya boleh tunggu sepenggal sahaja lagi untuk menaik setakuk. Barangkali Muhyiddin juga bimbang, beliau akan mengulangi nasib Tan Sri Musa Hitam sewaktu menjadi TPM di zaman Mahathir dahulu.

Oleh itu, sewaktu Najib sibuk mencari sokongan bukan Melayu, Muhyiddin mengorak langkahnya sendiri dengan percubaan untuk menjadi ‘jagoan’ menjuarai isu-isu Melayu. Najib cuba membuat reform supaya Umno lebih terbuka dan tidak rasis, sebaliknya Muhyiddin menarik ‘gear’ ke belakang.

Muhyiddin bukannya memperjuangkan semangat ketulenan Melayu, beliau hanya mahu memperkuatkan ‘political base’nya sahaja.

Muhyiddin tahu teras sokongan kepada Umno ialah dari orang-orang Melayu, bukan dari bangsa lain. Bagi Muhyiddin inilah masa yang terbaik buat beliau, iaitu sewaktu Umno lemah, untuk membangkitkan semangat rasis atau nasionalisme Melayu.

Ini adalah strategi serampang dua mata. Jika selepas ini dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil atau Umum, Umno-BN kalah juga, bermakna dasar One Malaysia yang diperkenalkan Najib merupakan suatu kesilapan.

Maka ketika itu orang-orang Umno yang dalam setahun dua ini dibentuk dengan persepsi bahawa Muhyiddin adalah nasionalis tulen, akan menuding jari pula kepada Najib, sekaligus menyuruh PM berundur dan digantikan dengan Muhyiddin.

Dalam politik Umno tiada jaminan setiakawan. Muhyiddin bersama Najib dalam satu kumpulan wawasan yang bertembung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekumpulan dengan aruah Tun Ghafar Baba dalam pertembungan sengit Umno tahun 1993.

Mereka ‘naik’ dalam parti bersama Anwar, meninggalkan dan membuang Anwar sebaik bekas TPM itu dipecat pada tahun 1998.

Selepas Abdullah lantik TPM oleh Mahathir, Muhyiddin meninggalkan Najib yang sekumpulan dengannya dahulu untuk menyertai ‘geng’ Abdullah pula.

Selepas kegagalan besar Umno-BN pada PRU 2008, Muhyiddin mengambil kesempatan dari kelemahan Abdullah, ‘menikamnya dari depan’ dengan membuat gesaan berulangkali supaya berundur dari jawatan PM.

Maka dalam keadaan sekarang, tidak mustahil suatu hari nanti, Najib juga, jika tersilap langkah, akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah.

Semua ini hanya sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa, pemimpin-pemimpin Umno bukannya jujur memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi lebih kepada perjuangan untuk kepentingan peribadi, demi merebut jawatan dan kuasa.

Reform untuk memperbaiki Umno dari dalam akan terus menemui kegagalan kerana mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang materialistik dan tamak.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menghentikan semua kedangkalan ini. -Mohd Rashidi Hassan