13 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Arak - UMNO Lidah Bercabang

Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas arak di kawasan majoriti Melayu, kemudian pula dibantah oleh Romie Liu Exco Kerjaan Tempatan atas tindakan MBSA. Maka Umno pun ambil kesempatan di atas isu ini, kononnya satu penghinaan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor.

Maka ada di kalangan mereka yang mengadakan demontrasi, Ali Rustam dan Khairi Jamaludin pula menyuruh Pas keluar Pakatan Rakyat, kerana perjaungan Pas tidak dihormati. Sebenarya apa yang dinyatakan oleh pemimpin Umno itu bukan ikhlas untuk mengharamkan arak, tetapi mereka hendak memecah belahkan Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak kenal siapa wajah pemimpin umno maka kita akan anggap umno adalah parti yang suci dalam debu. Tetapi kalau kita kenal inilah pemimpin yang lidah bercabang.

Umno kena jawab soalan ini dahulu sebelum komen isu arak di Selangor.


- Bukankah rakyat yang ketagih arak di negara ini kerana umno yang membiarkan rakyat mabuk . Apabila rakyat mabuk maka mereka tidak peduli isu stadium runtuh, bagaimana pemimpin mereka boleh bina rumah RM24 juta, kematian Beng Hock, isu wakil rakyat umno Selangor belanja RM27 juta dalam masa 50 hari, isu skandal PKFZ, isu siapa bunuh Antatuya.

- Apa yang umno buat selama 52 tahun mereka memerintah di negara ini untuk membendung masalah arak di negeri-negeri yang mereka memerintah.

- Kenapa Dato’ Ali Rostam tidak mengharamkan arak di Melaka. Kalau kita ke Melaka Raya bersepah kedai arak, kenapa Ali Rostam tidak ada niat untuk mengawal penjualan arak di negeri beliau.

- Khairi Jamaludin jangan tunjuk beliau anti arak, kita kenal siapa kamu.

- Bukankah umno tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja. Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda Umno seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda Umno. Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato’ Hishamuddin Hussain dan Khairi Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno yang menganggap bahawa ini pandagan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005)

- Kenapa pemimpin umno tidak mengarahkan supaya wang EPF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengeluarkan pelaburan mereka di dalam syarikat arak. Isu ini lebih besar kerana membiarkan wang pekerja yang tidak berdosa di dalam kilang arak.

- Kita tidak pernah dengar pemimpin umno menyuarakan dalam persidangan umno supaya orang Islam tidak dibenarkan menjadi ahli lembaga syarikat arak.

- Kita tidak pernah dengar umno mencadangkan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di tempat menjual arak.

- Kita tidak pernah mendengar umno berhajat untuk mengawal arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.

Daripada hujah di atas sah umno adalah parti yang berpura-pura memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya pemimpin umno adalah perangsang maksiat di negara ini. Mereka hanya berlakon anti arak, kerana hendak menarik undi orang Islam sahaja. Umno mampu tanggani isu arak, kalau umno mahu.

Contohlah kerajaan Kelantan yang berjaya mengawal arak dan mendidik rakyat supaya tidak bebas membeli arak. Arak hanya dijual di kawasan majoriti orang bukan Islam. Inilah juga cadangan Pas Selangor untuk kerajaan Selangor. Insyaalah kita cuba membentuk rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat, berbeza dengan rakyat yang dibentuk oleh umno/bn. Kita yakin cadangan Pas Selangor akan menjadi kenyataan satu hari ini, untuk melihat rakyat yang jijik dengan arak. - Idris Ahmad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.