13 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Kerja Meroboh Kg Buah Pala Bermula Hari Ini (updated)

Jentolak telah pun masuk ke Kg Buah Pala bagi tujuan merobohkan rumah penduduk dan suasana tegang mula tercetus apabila jentera berat mula digerakkan untuk merobohkan rumah penduduk di sini, pagi ini.

Tinjauan juga mendapati anggota polis juga dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dilaporkan akan tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata sebanyak empat jentolak sudah bersiap sedia memasuki kawasan.

Pada masa ini seramai 40 angota polis bersiap sedia mengawal keadaan dan bailif mahkamah yang membawa notis mengatakan kerja meroboh boleh diteruskan.

Seramai 200 penduduk mengunakan kereta dan rantaian manusia menutup jalan masuk ke rumah mereka.

Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan.

Perobohan ini dipercayai dilakukan untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang kononnya dikatakan gagal untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala. Ia adalah untuk memberikan impak negatif kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos ini.




1 ulasan:

  1. Itulah kerja BN yang telah menjual tanah tersebut dan penduduk juga dihasut supaya jangan menerima bentuk penyelesaian yang diushakan oleh kerajaan negeri akhirnya penduduk yang rugi. Kerajaan negeri telah berusha supaya mereka menerima pampasan yang diberikan tapi kedegilan sebahagian dari penduduk membuatkan mereka rugi sepanjang hidup. BN yang menjual tanah tidak mengikut kaedah rundingan dan sepatut nya koh soo koon yang menyelesaikan nya. ini sepatutnya rakyat jadikan sebagai satu panduan untuk memilih pemimpin dimasa akan datang. HIDUP PR

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.