8 Mei 2009

100 Orang Ditahan Di Bulan Pertama Najib Altantuya Sebagai PM

Polis setakat ini menahan kira-kira 100 orang, termasuk peguam dan ahli pembangkang semalam dalam gerakan besar-besaran terhadap pihak yang membantah apa yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi di Perak.

Hampir 70 orang ditahan di Ipoh manakala 10 lagi di Kucing Sarawak. 5 peguam ditahan di Kuala Lumpur semenatara seorang aktivis di Pulau Pinang. Diantara yang ditahan termasuklah beberapa ahli parlimen pembangkang seperti Salehuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Zuraida kamaruddin dan Tian Chua.

Aktivis berkenaan Ng Ng Kiat dari dari Suara Rakyat Malaysia ditahan kerana terbabit di dalam satu perhimpunan aman di Georgetown. Kira-kira 100 orang di sini membantah tindakan Barisan Nasional menggunakan polis untuk mengheret keluar Speaker V.Sivakumar dari dewan undangan negeri Perak.

Di Kuala Lumpur kira-kira 200 peguam berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebagai membantah penahanan rakan mereka malam tadi. Lima peguam itu antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sejak kelmarin.



Wan Azizah: Tragedi Semalam Adalah Konspirasi Berbahaya Najib Altantuya

Apa yang dilakukan oleh wakil-wakil Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Perak semalam merupakan satu konspirasi terpendam dan berbahaya yang dirancang oleh Najib untuk memusnahkan demokrasi di Negeri itu.

Memetik dari kenyataan Presiden KeADILan Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata Kurang daripada dua bulan setelah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, Najib sudah menggadaikan slogan beliau sendiri – ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

“Kini amat jelas bahawa slogan itu hanya suatu gimik politik, dan beliau tidak menghormati rakyat langsung,” kara Wan Azizah.

Lagipun, penggunaan mahkamah dan polis untuk campur tangan dalam hal ehwal di bawah dewan undangan negeri adalah jelas suatu percanggahan doktrin pemisahan kuasa yang diiktiraf oleh setiap kerajaan demokratik.

“Malah, tindakan membawa masuk polis ke dalam dewan untuk mengheret keluar Speaker V. Sivakumar adalah satu perbuatan jenayah,” jelas beliau dalam kenyataannya.

Persidangan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini adalah sangat memalukan dan merupakan titik hitam yang terbaru dalam politik Malaysia.

“Rakyat negeri Perak telah memilih wakil-wakil mereka dalam bulan Mac 2008, tetapi Umno-BN tidak mengikut peruntukan Perlembagaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah,” beliau berkata.

“Rakyat negeri Perak tentu akan menuntut Najib untuk bertanggungjawab di atas peristiwa hitam dalam sejarah negeri itu,” kata Wan Azizah mengakhiri kenyataan beliau. -sk

Saya Akan Berpakaian Hitam Sehingga Negara Tidak Hitam Lagi

Wong Chin Huat, aktivis Bersih yang dibebaskan di Balai Polis Briekfields petang tadi berkata “Saya akan memakai baju hitam sehingga negara ini tidak hitam lagi,” demikian dilaporkan suarakeadilan.

Turut di bebaskan termasuk lima peguam, seorang editor akhbar dan 15 penyokong lagi di balai polis Brickfields petang tadi. Lima peguam dibebaskan semalam adalah Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan dan Ravinder Singh ditahan dalam satu perhimpunan memasang lilin bagi menuntuk pembebasan Wong.

Antara penyokong Bersih lain termasuk Genie Lim dari KeADILan serta pembantu peribadi Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Chua Yee Ling dan editor Gong ZhengBao Law Teck Hao juga turut dibebaskan hari ini.

Semua pakaian hitam yang dipakai mereka semalam telah diirampas polis. Laungan “Reformasi, One black Malaysia, Demokrasi first, election now.” bergema sejurus pembasab mereka diikuti bunyi hon kenderaan yang melalui di hadapan balai polis berkenaan.

Wong menyeru orang ramai supaya jangan berasa takut, hanya kerajaan diktator sahaja yang menghalang orang ramai memilih warna baju. “Memakai baju hitam merupakan hak kebebasan seorang, kempen bersifat seperti Mahatma Ghandi dan Martin Luther King tanpa pertumpahan darah,” jelas wong.

Salah seorang Ibu peguam yang ditangkap berkata, “ini adalah menzalimi orang-orang yang sedang bertugas. Meraka hanya petugas bukan pemberontak.” kata beliau kepada Suara Keadilan. Mereka disambut Pengarah Strategi Piliharaya KeADILan Tian Chua dan Ketua Penerangan KeADILan Latheefa Koya.

“Penahan beramai-ramai seperti telah menimbulkan kemarahan rakyat yang menujukkan betapa ganasnya kerajaan pimpinan Perdanan Menteri Najib Razak,” jelas Tian Chua.

“Apakah kesalahan meraka yang hanya mahu menunjukkan perasaan sedih secara aman dengan memakai baju berwarna hitam,” jelas Tian Chua.

Ditanya mengenai pembebasan tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata bahawa Najib Razak sudah tunduk dengan tekanan yang diberikan Pakatan Rakyat terhadap beliau apabila M Manoharan mahu lepaskan jawatan dan mengadakan pilihanraya baru.

Semalam beliau juga turut ditahan di perkarangan Bangunan Setiausaha Negeri Perak (SUK) setelah menyambut wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang beridang.

Ahli UMNO Yang Bersalam Dengannya Mengundang Padah

Tahukah Anda?

Bahawa jika ada bersalam dengannya itu tanda penamat kareer politik anda? Mungkin ia satu kebetulan namun hasil kajian ringkas mendapati setiap yang bersalam dengan beliau pasti akan menerima padah terutama di dalam pilihanraya.

Kajian ini dilakukan oleh sebuah majalah kecil sebuah pusat pengajian rendah di sebuah desa oleh sekumpulan kanak-kanak tadika yang sudah mengenali watak orang yang bersalam tersebut. Tetapi hasil kajian yang dilakukan setakat ini belum dapat dinafikan oleh mana-mana kajian lain.

Berhipotesiskan dengan satu rangkaikata, "Terdapat hubungan yang berarti antara salam / sentuhan si A dengan orang yang disalamnya" - didapati hipotesis itu tidak dapat disangkal di mana hubungkaitnya berkadar songsang - sesiapa juga bersalam dengannya akan kalah dalam pilihanraya.







Dan kajian ini akan terus dilakukan selepas ini.

Isu Perak : Najib Altantuya Diselar Kerana Salahkan Pakatan Rakyat

Banyak pihak menyelar kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang menuduh kekecohan yang timbul di Dewan Undangan Negeri Perak semalam disebabkan tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang.

Najib berkata kekacauan dan keadaan tegang itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan dengan cara yang menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.

"Kalau kita tak suka pada apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak.

Seorang pensyarah Sains Politik di USM yang enggan dikenali berkata bahawa apa yang diucapkan oleh Najib itu sebenarnya beliau cuba menutup jenayah rampasan kuasa yang telah beliau lakukan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Segala-galanya tidak wujud jika tidak berlaku rampasan kuasa yang telah dirancang oleh Najib sendiri. Apa yang berlaku semalam adalah rentetan dari permainan kotor politik Najib sendiri," tambahnya.

Sementara itu beberapa penganalisis politik menyifatkan kenyataan Najib itu ialah percubaan untuk meletakkan kesalahan di pihak orang lain.

"Yang perlu dihukum ialah Najib sendiri. Sebenarnya beliau telah dihukum di dalam pilihanraya Bukit Gantang dimana rakyat Perak berdiri teguh di belakang Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohd Nizar. Sepatutnya beliau berasa malu dengan tindakan gopoh dan kotornya merampas kuasa dengan sogokan dan penculikan. Walaupun beliau menafikan hal tersebut, siapa yang boleh percaya kata-katanya itu sedangkan beliau yang mengatur sekalian plot ke arah rampasan kuasa itu?" kata seorang pemimpin PR di sini.




Usung dan Kurung Sivakumar - UMNO BN Sudah Gila

Speaker DUN Perak V Sivakumar berkata beliau dikurung dalam sebuah bilik persalinan selepas dibawa keluar dari DUN Perak semalam.

"Ini satu bentuk tahanan. Mereka kunci pintu," katanya, sambil menyifatkan persidangan itu - yang tidak diiktirafnya - sebagai "konspirasi" yang melibatkan banyak pihak.

"(Konspirasi) ini jelas hendak jatuhkan Speaker (Sivakumar). Jika ini bukan konspirasi, saya tidak tahu apakah maknanya konspirasi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini.

Turut hadir, tokoh DAP Lim Kit Siang dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Menyifatkan insiden semalam sebagai memalukan, kesemua mereka bergambar sambil memegang kertas bertulis "malu" dalam pelbagai bahasa.

Di penghujung sidang media berkenaan, mereka turut menayangkan rakaman beberapa insiden kekecohan di dalam dewan persidangan yang penuh drama dan emosi selama enam jam.

Sivakumar turut menyuarakan kekesalannya terhadap tindakan bentara yang tidak menurut perintahnya, sebaliknya meminta beliau keluar dewan.

Beliau berkata, bentara datang kepadanya dan berkata: "YB Adun Tronoh (Sivakumar), saya minta tuan keluar daripada dewan. Arahan daripada Speaker (baru, lantikan BN)."

Menteri besar BN Zambry Abd Kadir semalam mengusulkan R Ganesan, bekas ADUN Sungkai, sebagai pengganti Sivakumar pada sesi pagi di tengah-tengah bantahan semua 27 ADUN Pakatan Rakyat sebelum dewan dibuka secara rasmi oleh Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Sivakumar menegaskan, persidangan DUN Perak semalam "tidak pernah bermula" kerana sejak awal lagi beliau memaklumkan, dewan hanya akan bersidang apabila Zambry dan enam exconya - yang telah digantung - keluar.

Beliau membacakan beberapa peruntukan dalam peraturan tetap dewan bagi membuktikan prosiding itu sebagai "bukan persidangan".

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Ko Ham menyifatkan tindakan polis dan sekumpulan pegawai DUN mengeluarkan Sivakumar dari dewan sebagai penafian hak ADUN tersebut.

"Walaupun (BN anggap) Sivakumar bukan Speaker, beliau tetap seorang ADUN yang berhak duduk di dalam dewan," katanya.

Setiausaha parti itu Nga Kor Ming pula mendakwa, "terdapat beberapa samseng tanpa pas (kebenaran)" telah masuk ke dalam dewan dan "memukul wakil rakyat dan speaker".

"Malaysia sebagai pengerusi CPA (Persatuan Parlimen Komanwel) tahun 2008, tetapi dalam tanah air kita sendiri pula berlaku kejadian speaker dewan dan wakil rakyat dipukul dengan kekerasan.

"Tindakan BN yang membenarkan pihak polis dan beberapa samseng tanpa pas memasuki dewan dan memukul wakil rakyat dan Speaker adalah satu perkara yang tidak pernah berlaku (dalam sejarah negara) dan menjatuhkan maruah negara kita," katanya.

Beliau menambah, mereka akan mengadukan perkara tersebut kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan badan antarabangsa, termasuk CPA.

Sementara Lim pula meminta seluruh rakyat menyimpan gambar insiden Sivakumar dibawa keluar dari dewan semalam sebagai "rekod berlakunya hari yang buruk dan memalukan" dalam sejarah negara.

Belau turut menyelar penangkapan 69 orang - termasuk 10 ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat - oleh polis sejak pagi semalam sebagai "salah guna kuasa" kerana sepatutnya polis menumpukan perhatian kepada kejadian jenayah yang berlaku.


Rakyat Akan Mengusung UMNO Sepertimana Sivakumar Diusung Semalam - AJK UMNO

Saya terperanjat dengan insiden kebudak-budakan yang disandiwarakan oleh juragan-juragan UMNO di DUN Perak semalam, sehingga mereka tidak sedar pementasan ALA KUDETA ini sebenarnya bakal menjerat leher UMNO yang semakin alergik dari kaca mata rakyat terbanyak di negeri Datuk Maharaja Lela ini.

Ingatlah, majoriti rakyat di negeri 'Tok Sagor' ini sudah pun membuat keputusan menolak UMNO/BN semasa diadakan PRU12 yang lalu, sehingga saya tak percaya benarkah negeri kelahiran saya (Perak) sudah jatuh ke tangan pembangkang pada masa itu?

Bukan itu sahaja, saya juga menjadi kalimayo setelah UMNO mendabik dada berkuasa semula di negeri ini, tetapi tidak mampu hendak menyekat penolakan rakyat terbanyak terhadap UMNO/BN dalam pilihan aya kecil di Parlimen Bukit Gantang tempoh hari. Apa jua hujah yang dialaskan oleh Zambry tentang kekalahan partinya di Bukit Gantang, jelas menampakkan tanda aras majaroti rakyat negeri Perak telah menolak kepimpinannya.

Melihatkan keadaan tegang yang berlaku di DUN Perak semalam, saya menjadi semakin tidak percaya benarkah UMNO sudah menjadi desperado sehingga sanggup mengenepikan keluhuran undang-undang yang dijunjung demi untuk merampas kuasa untuk menjadi 'penguasa' yang dibenci rakyat?

Tahukah betapa tindakan yang tidak bersopan ini bukanlah satu teladan yang baik yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN, sebaliknya tindakan mengusung speaker Sivakumar keluar dari dewan bakal mengundang kebencian rakyat yang akan menghukum kita (UMNO) dalam PRU13 nanti?

UMNO berjenama 786 di Perak ini berada dalam tanda aras bahaya sekarang ini. Kuasa yang dirampas tidak sekuat mana pun, bila-bila masa kuasa kudeta ini akan diruntuhkan akibat tindakan yang tidak strategik yang dilakukan oleh pemguasa-penguasa yang rakus ini. Dr. Mahathir sendiri konsisten dengan pendapatnya betapa UMNO tidak cermat dan terlalu gopoh untuk mengembalikan kuasa di negeri yang telah menolak UMNO/BN ini.

Golongan muda yang kini bakal mendominasi peti-peti undi sedang asyik memerhati gelagat UMNO ini, dan tentunya mereka semakin pelik untuk mempercayai kewajaran 'parti tertua' ini bertindak ala membabi buta yang bakal menjahanamkan diri.

Saya terasa malu kerana ketegangan politik di negeri Perak ini telah tercetus akibat kegelojohan pencatur-pencatur UMNO negeri ini yang dilihat tidak cermat mengendalikan isu sehingga kita ditertawakan, kerana hanya Perak sahaja yang mempunyai dua MB, dua speaker dan dua set barisan exco negerinya. Inilah akibatnya orang yang gila talak sedang memegang kuasa yang bakal dihina oleh rakyatnya sendiri....

(Rencana diatas ditulis oleh Abdul Rahman Hashim, Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa, juga salah seorang AJK UMNO Bahagian Setiawangsa)

Apabila Panggilan Pengkritik Zambry Masuk Siaran Langsung RTM

Pagi tadi sekitar jam 8.40 pagi ketika saya sedang bersiap untuk keluar rumah, mata sempat menjeling ke siaran TV1 di dalam rumah saya. Ketika itu di dalam TV terpampang gambar 2 pengacara TV - seorang lelaki dan seorang wanita - bersama tetamu yang sedang membincangkan isu ragut dan mat rempit.

Sambil mendengar celoteh pengacara dan tetamu, pengacara membuka peluang untuk pendengar memberi pandangan. Lalu keluarlah pelbagai pandangan yang kebanyakannya menghentam mat rempit dan peragut yang dalam masa beberapa hari ini telah menyebabkan 3 nyawa terkorban.

Saya tidaklah terlalu memberi perhatian terhadap pandangan-pandangan dalam TV kerana saya perlu keluar rumah segera. Tapi tiba-tiba telinga saya menangkap perbualan seorang lelaki yang berdasarkan suaranya saya kira separuh umur yang turut memberi pandangan terhadap gejala rempit ini.

Pendengar ini menyalahkan ibu bapa yang katanya memberi kebebasan kepada anak menunggang motor, walaupun usia masih semuda 10 tahun. Dia memberi contoh dirinya sebagai pemimpin keluarga yang tidak mengizinkan anaknya menunggang motor selagi belum mempunyai lesen yang sah.

Tiba-tiba dari isu rempit, pendengar itu bercakap pula mengenai isu pemimpin yang seperti sesetengah ibu bapa, tidak menunjukkan contoh yang baik. Inilah yang menarik perhatian saya untuk dikongsi dalam blog ini.

"Ibu bapa sekarang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Mereka seperti juga Kerajaan sekarang yang tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat. Contohnya apa yang berlaku di Perak, kami rakyat Perak pilih Kerajaan yang baik, tapi mereka tukar kepada kerajaan yang...."

Tiba-tiba belum lagi habis pemanggil itu menghabiskan pandangannya,talian tersebut diputuskan oleh pengacara TV. "Terima kasih pemanggil kita...panggilan seterusnya...", kata pengacara TV sambil tersipu-sipu senyum.

Dalam hati saya berkata, jika pemanggil itu menyokong Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kudeta Perak, adakah panggilannya akan diputuskan? -pendikargunungkriang

Apakah Keputusan Mahkamah Sudah Dirancang Sehingga UMNO BN Terlalu Berani Semalam?

Bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam, Dato Param Cumaraswamy berkata kekecohan di DUN Perak semalam adalah amat memalukan untuk sebuah negeri di bawah naungan seorang Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara.

Sultan Azlan Shah “telah berpeluang mengelak segala kekecohan ini jika baginda telah membubarkan dewan dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baru, selaras dengan prinsip demokrasi,” kata Param.

“Istana tidak hanya harus bebas dari campurtangan dalam politik tetapi mesti juga dilihat sebagai berbuat demikian,” tambah beliau.

Param berkata Barisan Nasional telah bertindak dengan tergesa-gesa mengadakan sidang DUN itu walaupun pertikaian siapa Menteri Besar yang sah belum diputuskan oleh mahkamah.

“Bagaimana jika Isnin ini, mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sah,” tanya Param.

“Dan jika Zambree yang menang, sudah tentu tanggapan yang timbul ialah keputusan itu dipengaruhi oleh sidang dewan berkenaan,” kata beliau.

Param berkata kekecohan semalam membuktikan kestabilan politik tidak mungkin kembali ke Perak selagi Sultan tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan.

Berikut artikal penuh Param Cumarasamy yang pernah berkhidmat sebagai penyelaras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kewibawaan hakim dan peguam.

On March 4, I appealed to the Sultan of Perak to dissolve the state legislative assembly to avoid the crisis there leading to anarchy.

Indeed what happened in the state legislative assembly yesterday was anarchy.

I have never seen or heard of such chaos in any legislature in the world. That such commotion could occur in a state where the ruler was once the Lord President of the Supreme Court is beyond belief.

As I said previously he could have averted all these if he had dissolved the legislative assembly on Feb 5, and left it to the rakyat to elect a new government in accordance with the fundamentals of democracy.

Rulers must not only be above politics but must be seen to be so.

Lawyers will continue debating the validity of appointments and removals of the Menteri Besar and the speaker and the crude manner in which V Sivakumar was removed.

They will continue to debate on the validity of motions adopted yesterday and at the previous meeting under the tree.

Each will have an interpretation of the applicable provisions of the constitution and bye laws.

As I said on March 4, this is not the time to look into the technicalities and strict interpretation of the law, constitution and bye laws.

That one disputed speaker could call in the police to assist the sergeant-at-arms to remove the other speaker who was indeed removed forcibly did not speak well of the calibre of these state representatives.

Procedural fairness was thrown overboard in the assembly yesterday. The Perak Regent Raja Nazrin Shah's presence there and his delivery of the royal address may not be seen as the ruler being above politics.

What is most disconcerting is all these happened when there was pending before the High Court an application to determine who is the rightful Menteri Besar!

Why the unholy haste to summon the legislative assembly? The state constitution does not expressly provide that if the assembly is not convened within six months since the last session the assembly is automatically dissolved.

What happens if on Monday the High Court declares that the rightful Menteri Besar is Mohammad Nizar Jamaluddin?

On the other hand if the court finds that Zambry Abd Kadir's appointment was valid, the public perception would be that the events of yesterday pre-empted the decision of the court.

The independence and impartiality of the court would be called into question. .

The ugly events of yesterday clearly showed that there can never be an orderly and stable government in Perak unless the legislative assembly is dissolved and fresh elections held.

I therefore urge Sultan Azlan Shah to exercise his discretionary power under Article 36(2) of the state constitution and dissolve the legislative assembly.

More than anybody else he should know better the finer principles of democracy and its values for a state under a just rule of law.


Selangor Pelihara Habitat Kelip-kelip

Kawasan di sekitar Kampung Bukit Belimbing dan Kampung Kuantan akan diwartakan oleh kerajaan negeri untuk dijadikan zon penampan dan kawasan rizab bagi memelihara habitat kelip-kelip.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pihaknya kini masih dalam proses mengenal pasti keluasan tanah yang bakal diambil alih.

“Namun untuk menampung koloni kelip-kelip itu kerajaan negeri memerlukan zon penampan hampir 100 meter dan 12 kilometer dari hulu dan ke hilir di kawasan berkenaan,” katanya proses pengambilan tanah itu perlu disegerakan kerana kelip-kelip itu kini terancam disebabkan aktiviti pertanian yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, pemantauan yang dibuat sejak tiga bulan lalu mendapati empat daripada tujuh habitat kelip-kelip berada dalam keadaan kritikal kerana terdapatnya aktiviti penebangan pokok untuk dibuat ladang kelapa sawit.

“Walaupun tanah di kawasan ini berstatus tanah pertanian tetapi hanya tanaman seperti pokok berembang, rumbia, nipah dan pokok sagu sahaja yang boleh ditanam dan ia penting dalam kehidupan kelip-kelip,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Elizabeth berkata segala kegiatan pembalakan di tiga kawasan selainnnya akan dihentikan mulai esok. Satu tabung khas juga akan ditubuhkan untuk tujuan pengambilan tanah dan membantu memelihara habitat kelip-kelip itu.



Tragedi Semalam Hanya Helah BN Untuk Tukar Speaker

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang diadakan semalam tanpa menunggu sebarang keputusan Mahkamah hanyalah helah BN untuk menyingkirkan Speaker Dun yang sah, V.Sivakumar.

Demikian telahan Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui di Badan Perhubungan PAS Perak selepas sidang kontroversi Dun Perak semalam.

BN katanya sengaja beberapa kali melengahkan perjalanan sidang, menafikan hak Sivakumar membuat arahan dan keputusan selaku speaker yang sah.

Malah sidang yang boleh disifatkan sebagai satu lagi usaha rampasan kuasa itu turut menggunakan polis bagi menekan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kata Khalil Ihdam lagi, polis sengaja dibiarkan menceroboh dengan jumlah yang sangat besar sehingga 400 orang semata-mata membantu untuk mengusung Sivakumar keluar dari kerusi Speaker dan menyorokkan Speaker itu di dalam stor tingkat dua.

Dalam pergelutan adun-adun Pakatan Rakyat mempertahankan Sivakumar, ramai yang dikasai polis dan akibatnya ada yang dipijak polis, katanya.

Beliau sendiri bergelut dengan polis menyebabkan ditarik keluar dengan cara yang paling tidakj bertamadun dan menyedihkan, katanya.

"Saya sebut nama Allah, Allah,cukup kuat tekanan ketika itu dan saya dihentam polis, ditolak dan tarik saya keluar, kita tidak mengalah tetapi sampai bila kami nak begelut, inilah kaedah BN dalam menidakkan demokrasi kepada kami,"katanya kesal.

Justeru kata Khalil Idham, secara keseluruhannya sidang pada hari tersebut adalah satu usaha dan bukti, satu hasrat untuk rampasan kuasa kerusi Speaker.

"Tindakan beberapa kali penangguhan itu dirancang untuk S.Ganesan (Wakil MIC bukan Adun) duduk di kerusi Speaker," katanya.

Sehubungan itu Khalil Idham menyifatkan tindakan itu satu perancangan yang dilakukan oleh BN untuksingkair dengan cara yang tidak beretika, ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan beberapa orang ADUN Pakatan rakyat termasuk Speaker V.Sivakumar telah membuat laporan polis di IPD Ipoh pagi tadi mengikut Kanun Keseksaan Panel KOd 124 dengan tindakan mengasari ADUN semalam.


Manoharan Bakal Dibebaskan, UMNO-BN Sertai Penanti?

Kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, tiga pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) adalah antara 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dibebaskan dalam masa terdekat. Mereka adalah M. Manoharan, P. Uthayakumar dan K Vasantha Kumar.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu.

Blog Kelab GB sebelum ini menyatakan bahawa pilihanraya di Selangor tak mungkin dapat dielak jika UMNO BN terus tahan Manoharan, dan GB pernah menyatakan, keberangkalian harapan untuk UMNO BN menang di Kota Shah Alam menghampiri sifar.

Akhirnya terbukti Kerajaan UMNO BN akur dengan hal tersebut dan ramai penganalisis politik berpendapat berkemungkinan langkah itu juga di ambil sebagai petanda bahawa UMNO BN bersedia untuk turun ke gelanggang Penanti. UMNO BN masih berlengah-lengah untuk membuat keputusan samada perlu bertanding atau pun tidak dimana tarikh pengumuma keputusannya itu kerap berubah-ubah.

Sekalipun UMNO BN berharap dengan pembebasan Hindraf itu akan memulihkan sokongan kaum India terhadap partinya, namun ramai penganalisis politik berpendapat damage has been done. Tidak mungkin masyarakat kaum India mampu untuk memafkan UMNO BN lagi.

Malah pembebasan itu adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat yang bukan sahaja mahu kerajaan membebaskan saki-baki tahanan ISA, malah meminta supaya ISA itu dihapuskan terus lantaran terbukti sentiasa disalahgunakan oleh kerajaan. Semetelah lagi sebelum ini menteri berkenaan pernah menyatakan dengan angkuh kononnya beliau tidak pernah tunduk dengan ugutan.

Kini UMNO BN berharapan agar mereka mampu mencipta kemenangan di Penanti jika "terpaksa" masuk bertanding, dipaksa oleh mereka yang tidak berpuashati dengan sikap Najib yang sudah mula kalut dan kecut akibat ditimpa kekalahan demi kekelahan di dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjung.

Tetapi UMNO BN jangan mudah mengharapkan kemenangan di Penanti. Isu krisis politik Perak yang mencatatkan detik hitam di dalam sejarah demokrasi negara pada hari semalam sudah pasti akan dibawa ke Penanti.

UMNO BN yang kini sudah menjadi OKU akan ditelanjangkan secukup-cukupnya sekalipun mereka akan dibantu oleh 3M (money, media dan machinery) kerana arus tsunami politik yang melanda tanahair sejak pilihanraya umum 2008 belum reda dan setiap yang menentang arus itu pastinya akan dihanyutkan ke lembah kegagalan dan kehancuran.

* Tahniah kerajaan Selangor atas kejayaan kempen bebaskan Mano

Teresa Lancar Kempen Bebas Manoharan

SHAH ALAM, 5 Mei - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebulat suara menyokong penuh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk terus mengekalkan jawatan tersebut walaupun menerima tekanan hebat tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika ini.

Demikian kenyataan Teresa Kok ketika ditemui pada sidang media sempena pelancaran Kempen Pembebasan Manoharan daripada tahanan ISA di sini yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan isteri Manoharan, S. Pushpaneela.

Beliau menyifatkan spekulasi peletakan jawatan Manoharan sebagai Adun Kota Alam Shah dengan alasan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana berada di bawah penahanan ISA menggambarkan kezaliman penahanan ISA.

“Penahanan beliau di bawah ISA hanya kerana menjadi peguam bela kepada pemimpin Hindraf yang didakwa di mahkamah,” katanya.

Katanya, Manoharan pernah memfailkan kes-kes habeas corpus ke mahkamah untuk membebaskan dirinya daripada ISA namun usaha dan hak beliau dinafikan.

“Kami difahamkan Lembaga Penasihat Penahanan ISA dijangka bermesyuarat pada 18 dan 19 Mei ini untuk mengkaji semula penahanan Manoharan”, tambahnya lagi ketika melancarkan kempen membebaskan Manoharan dan tahanan ISA yang lain di seluruh Selangor, khasnya di sekitar Kota Alam Shah yang dijangka tamat pada 17 Mei.

Teresa berkata dalam kempen ini beliau dijangka melancarkan kempen antaranya mengumpul tandatangan, ceramah dan lawatan penerangan kepada orang ramai. Kesemua tandatangan petisyen yang dikumpulkan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri serta Lembaga Kaji Semula Penahanan ISA melalui peguam bela Manoharan, Karpal Singh.

Beliau menggesa kepada rakyat yang menyokong kempen ini agar mengemukakan bantahan dan petisyen menerusi laman sesawang www.petitiononline.com/freemano ataupun melalui emel freemanoharan@gmail.com

Para Peguam Bantah Penahanan 5 Anggotanya

Bermula dari beberapa orang sahaja, akhirnya lebih 200 peguam menghitami lobi komplek mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi membantah penangkapan lima rakan mereka semasa menjalankan tugas.

Lima rakan peguam mereka, Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar ditangkap polis semalam ketika membantu mereka yang ditangkap kerana mengadakan vigil untuk Wong Chin Huat yang ditangkap sebelum ini.

Turut berada di perhimpunan tanpa dirancang pagi ini adalah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dan beberapa peguam kanan termasuk Haji Sulaiman Abdullah, Tommy Thomas dan Ranjit Singh.

Mereka menunggu ketibaan kelima-lima peguam yang ditangkap itu yang dijangka akan dibawa ke situ untuk permohonan perintah reman oleh polis.

Usaha polis untuk menyuraikan mereka mendapat tentangan sengit dan polis terpaksa berundur.

Mereka kemudiannya bersurai kira-kira jam 11.30 pagi selepas diberitahu kelima-lima peguam itu akan dibebaskan dengan jaminan polis.


Pakatan Rakyat Perlu Fokus

Yang dah berlaku telah pun berlaku. Tak ada apa yang boleh mengubahnya. Mulanya Jamaludin dan Osman diperangkap. Kemudian dua pelacur politik itu diugut dan diumpan. Seterusnya mereka di'ghaib'kan sehingga muncul bersama Hee Yit Foong di majlis Najib Altantunya pada 4 Februari. Besoknya DS Nizar dititah meletak jawatan. Sehari kemudian Zambry angkat sumpah jadi MB (haram).

Selepas itu Speaker isytihar kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong. Tetapi SPR tolak perisytiharan itu dan tak mahu adakan pilihanraya kecil. 18 Februari, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN menggantung Zambri dan enam exco haramnya. Zambry digantung 18 bulan dan enam exco haramnya digantung 12 bulan. Sepanjang tempoh itu mereka tak boleh hadir ke sidang DUN. Akhirnya mahkamah putuskan Jamal, Osman dan Hee masih sah sebagai ADUN. Mahkamah juga berikan deklarasi Speaker tak boleh gantung Zambry dan enam exco haramnya.

Saman DS Nizar terhadap Zambry belum diputuskan oleh mahkamah. Setakat ini ditangguhkan keputusannya ke hari Isnin 11 Mei. Kalau keputusannya berpihak kepada Zambry, pasti DS Nizar akan rayu kes itu ke mahkamah lebih tinggi. Kalau berpihak kepada DS Nizar, Zambry juga pasti bawa kes itu ke mahkamah lebih tinggi.

Besok lusa hampir pasti PR akan saman Zambry atau Ganesan atau Rahman Hashim atau Abdullah Antong atau mungkin saman semua sekali. Semua pihak sama ada PR atau UMNO akan turun naik mahkamah berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.

Tak banyak yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Sejarah mahkamah selama dua dekad terakhir sejak Mahathir jadi raja Malaysia, hampir tak ada yang menguntungkan parti lawan BN.

Mahu tak mahu Pakatan Rakyat terpaksa juga membawa semua kes pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh UMNO-BN untuk dihakimi oleh mahkamah. Kalau tak disaman dan tak dibawa ke mahkamah, UMNO-BN akan lebih melampau. Sekurang-kurangnya UMNO-BN tak dibiarkan bersenang lenang mencabul undang-undang sesuka hati mereka. Walau pun mereka sentiasa dapat mengugut dan menekan institusi kehakiman namun ada ketikanya hakim-hakim tiada ruang langsung untuk menghalalkan kebiadaban UMNO-BN yang tertentu. PR perlu terus ke mahkamah walau pun 'harap ada, percaya tiada'. Mudah-mudahan akan tiba masanya terdetik rasa tanggungjawab di hati hakim-hakim.

Khabarnya Pakatan Rakyat akan meneruskan road-show ke merata ceruk negeri Perak untuk menerangkan peristiwa hitam sidang DUN 7 Mei. Cerita bagaimana UMNO-BN merampas jawatan Speaker akan diterangkan kepada rakyat. Kisah kebiadaban Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan yang dah dipecat, Bentara Dewan dan sekelian haiwan-haiwan yang bersekongkol menghalalkan plan UMNO-BN akan didedahkan sepenuhnya. Rakyat akan mempelajari Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perintah-Perintah Tetap DUN dengan lebih mendalam.

Memang Pakatan Rakyat tak banyak pilihan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Setiap hari media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh UMNO-BN sentiasa memutar fakta untuk menggambarkan PR salah dan jahat. Tindakan UMNO-BN semua betul dan baik. Harakah, Suara Keadilan dan Roket amat terhad pengedarannya kerana disyaratkan jualannya hanya kepada ahli. Maklumat yang melimpah ruah di ruang cyber hanya diakses oleh tak sampai dua tiga peratus rakyat Malaysia. Mahu tak mahu terpaksalah juga pemimpin-pemimpin PR turun padang berceramah.

Teruskan menghimpit UMNO-BN di mahkamah. Teruskan berceramah dari Parit Buntar ke Hutan Melintang di sepanjang pantai barat dan dari Pengkalan Hulu ke Behrang di sepanjang tepian Banjaran Titiwangsa. Teruskan!

Tetapi Pakatan Rakyat jangan hilang fokus. Selain mahkamah dan ceramah ada banyak lagi tugas yang perlu digerakkan dengan sempurna sekiranya PR serius mahu menguburkan UMNO-BN di negeri Perak. UMNO-BN yang dikatakan sedang nazak itu sebenarnya masih ada banyak senjata bahkan mungkin ada nyawa yang disimpan di bank nyawa. Oleh kerana tiada yang haram di sisi mereka maka percaturan kita tak boleh diasaskan kepada perkiraan undang-undang yang tersurat sahaja. Mereka tidak pernah menjunjung 'fair-play' dalam perlawanan di gelanggang politik ini. Walau pun tidak dibentes, mereka sentiasa merebahkan badan di kotak penalti untuk mendapatkan gol percuma. Mereka dah terbiasa menujah buku lali dan tumit pemain kita tanpa disedari oleh pengadil perlawanan. Bahkan mereka tak segan silu merasuah pengadil dan pemain kita. Selain itu hampir di setiap perlawanan mereka mengupah tok pawang menjampi tiang gol. Macam mana kita nak menang?

PR perlu fokus kepada semua keperluan untuk memenangi pertembungan sebenar dengan UMNO-BN. Gelanggang yang sebenar ialah pilihanraya. PR perlu menang pilihanraya dengan kelebihan kerusi yang selesa. Kemenangan yang bermakna ialah memperolehi majoriti dua pertiga dalam DUN. Bagi negeri Perak dua pertiga ialah 40 kerusi. Lebih sempurna kalau ada lebihan empat lima kerusi daripada angka minima 40 itu. PR wajar ada misi yang jelas untuk memenangi antara 43 hingga 45 kerusi dalam PRU13.

Misi 43-45 kerusi bukanlah perkara mustahil. Selain daripada 31 kerusi yang dimenangi dalam PRU12, ada 10 kerusi lagi yang berpotensi untuk dimenangi oleh PR iaitu kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti di bawah seribu undi. Turut boleh diusahakan ialah 4 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan majoriti antara 1000 ke 1500. Jika 31 kerusi asal dapat dikekalkan dan 10 kerusi (majoriti bawah 1000) dapat ditawan, PR sudah memiliki majoriti dua pertiga. Kalau 4 kerusi (majoriti 1000-1500) lagi dapat juga dimenangi, PR selesa di depan dengan 45 kerusi. Ada rakan-rakan yang sinis apabila dikemukakan angka-angka seperti ini. Hujah mereka, "bermain angka memang mudah, tetapi bukan senang nak buat." Ya, kenyataan itu betul. Tetapi berpolitik tanpa matematik dan angka adalah sia-sia dan buang masa.

Tugas kita ialah 'buat' dan 'laksana'. Nak buat rumah perlu ada plan. Nak bentuk kerajaan pun kena ada plan. Plan pilihanraya tak boleh lari daripada perkiraan angka. Kalau tak ada perkiraan angka yang asas seperti contoh ini maka kita tak akan sampai ke mana. Dari angka yang asas itu kita patut bergerak kepada perincian yang lebih spesifik dan terarah. Dengan perincian itu kita akan dapat melihat keperluan yang menyeluruh. Setelah dikenalpasti semua keperluan, kita boleh menyusun kadar kepentingannya supaya tugasan terlaksana mengikut keutamaan. Apabila keutamaan telah jelas, langkah kita akan teratur dan bermakna. Fokus kita betul dan tepat. Keberkesanannya dapat diukur dan dinilai. Penambahbaikan dapat dilakukan. Peluru sampai tepat ke sasaran. Tenaga tidak sia-sia. Akhirnya insyaAllah berjaya.

Teruskan langkah ke mahkamah. Teruskan pidato di pentas ceramah. Tetapi jangan salah perkiraan dan jangan silap andaian.

Rakyat bukan saja perlu maklumat. Mereka perlukan pembelaan dalam urusan hidup seharian. Mereka gembira kalau dijadikan kawan. Mereka teruja kalau dipandu dibimbing dalam hal menceriakan taraf hidup keluarga. Mereka amat terhutang budi kalau anak cucu dan kerabat mereka disantuni di saat gembira apatah lagi di kala duka. Kalau mereka dah jadi sahabat kita, kalau mereka dah teruja dengan keprihatinan kita dan kalau mereka terhutang budi kepada kita, apa pun maklumat yang kita sampaikan pasti lebih mudah disambut, difikir dan diterima.

PR perlu fokus membangunkan program, projek dan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan hubungan langsung dengan masyarakat dalam konteks ini. Jika ahli dan penyokong PR berjaya menjalin ikatan emosi dengan rakan dan keluarga terdekat dalam maksud 'keprihatinan' ini nescaya misi 'angka' dalam gerak kerja pilihanraya akan lebih mudah dicapai.

Masa masih ada. Laluan masih terbentang luas. Daya masih gagah. Kepakaran masih jenuh. Semangat tak pernah luntur. Cuma fokus saja perlu betul. -jeritan minda

Kronologi Tragedi Hitam 7 Mei 2009

Berikut ialah kronologi Tragedi Hitam 7 Mei 2009 mengikut catatan YB Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim.

8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami, sebelum bergerak ke dewan.

Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi

8.27 pagi: Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri saya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri. Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.

8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan. Ahli Parlimen Ampang, YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.

9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.

Doakan keselamatan kami.

9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan. Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

9.45 pagi. Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar ikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

10:10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

Kepada 10 orang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.20 pagi. Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.

10.30 pagi. Arahan speaker masih belum di ikuti. Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.

10.40 pagi. Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.

Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.50 pagi. BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

11.00 pagi. Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

11.10 pagi. Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu
Sidang Haram Sedang berlangsung

Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.18 pagi. Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.30 pagi. Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.44 pagi. Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

12.23 tgahari. Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri.
Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salhuddin.

12.35 tghari. Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

12.20 tghari. Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.30 tghari. Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.49 tghari. Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan
Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya
Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 tghari. Ganesan tangguh sidang satu jam lagi...
Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

1.21 tghari. Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi....
Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...

Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.

2.03 petang. Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. ‘Sidang Syiling’ haram
Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.17 petang. Kecoh Hampir ke Kemuncaknya
Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang
Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker.
Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan

2:20 petang:Polis masuk campur
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker

2.40 ptg : Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

3.05 petang. BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang. Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!
ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker
Siapakah mereka yang misteri ini?
Siapakah mereka ini?
Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang. Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin
Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

4.07 petang. Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN
Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

4.15 petang. Sidang Akhbar
Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

4.40 petang. Kenyataan Speaker Sivakumar. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini! Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

4.49 petang. Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.



Tragedi 7 Mei - Demokrasi Yang Dilacurkan UMNO BN

Beginilah hebatnya angkara durjana BN. Merampas sidang dan menidakkan kuasa speaker semata-mata tamakkan kuasa. Tragedi hitam yang menyayat hati ini jelas memperlihatkan bagaimana rakusnya BN merampas kuasa di Perak serta merobek kuasa speaker serta melacurkan demokrasi yang dipegang selama ini.

Perlantikan speaker haram yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan membelakangkan peraturan dewan serta mencabar kuasa speaker. Lihatlah bagaimana angkuhnya BN apabila mengingkari arahan speaker ketika speaker mengarahkan 10 ADUN keluar dewan kerana mereka ini masih digantung. Bukan setakat itu ADUN BN dengan biadabnya merampas speaker dengan menggantikan speaker yang baru walaupun pada hakikatnya usul bagi perlantikan speaker baru itu ditolak.

Tidak cukup dengan itu BN telah menggunakan Polis untuk menyeret keluar speaker dengan sehina-hinanya tanpa ada pertimbangan. Kedudukan speaker yang mempunyai tempat paling atas di dewan rakyat telah dinafikan. Inilah sebenarnya gambaran sebenar BN yang hanya pandai menggunakan media massa miliknya untuk menutup kebiadaban sebenar mereka.

Dalam Buletin utama TV3, Zambry dengan angkuh memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah menimbulkan kekecohan dan tidak menghormati dewan. malah beliau juga tanpa rasa bersalah mendakwa bahawa Pakatan rakyat mengamalkan undang-undang rimba pada hal mereka lah sebenarnya pendokong undang-undang rimba apabila mengingkari perintah speaker apabila diarahkan supaya keluar dewan terhadap 10 ADUN yang masih lagi dalam tempoh penggantungan.

Di mana lagi letaknya nilai demokrasi sebenar. Apakah demokrasi hanya diguna pakai atas kepentingan tertentu sahaja. Di mana perginya pakar undang-undang. Banyak persoalan-persoalan yang wujud. Arahan siapakah pula yang menghalalkan polis memasuki dewan tanpa kebenaran speaker malah mengheret speaker keluar dan membawa menaiki kenderaan ke tempat yang tidak diketahui.

Apakah ianya tidak menjadi satu kesalahan kerana telah menidakkan hak seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang.

Tragedi hitam 7 mei ini telah memalitkan lumpur pada BN sendiri sebenarnya. Rakkyat yang melihat kejadian ini sudah pasti akan melihat BN sebuah gagasan yang tidak bermoral dan rakus. Orang-orang yang lalu lalang dan sedang minum kopi di kawasan berhampiran juga khabarnya ada yang ditahan polis tanpa sebab. beberapa pemimpin parti pembangkang pula dimuatkan ke dalam trak untuk dihantar ke balai polis berhampiran. Demokrasi kah ini? Adilkah ini? Pejuang bangsa dan agama kah ini? agama Islam tidak mengajar kita jadi begini. Agama-agama lain juga menyarankan supaya penganut-penganut agama berbuat baik.

Ingatlah, BN adalah rakus. Rakus dalam semua keadaan. Rakus merampas kuasa dan rakus melacurkan demokrasi. Yang membantu orang yang rakus, jawablah nanti diakhirat. Tuhan itu adil. Ustaz-ustaz dalam BN kenapa masih lagi mengunci mulut untuk memperbetulkan kerakusan BN ini. - warung pak katib