8 Mei 2009

Isu Perak : Najib Altantuya Diselar Kerana Salahkan Pakatan Rakyat

Banyak pihak menyelar kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang menuduh kekecohan yang timbul di Dewan Undangan Negeri Perak semalam disebabkan tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang.

Najib berkata kekacauan dan keadaan tegang itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan dengan cara yang menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.

"Kalau kita tak suka pada apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak.

Seorang pensyarah Sains Politik di USM yang enggan dikenali berkata bahawa apa yang diucapkan oleh Najib itu sebenarnya beliau cuba menutup jenayah rampasan kuasa yang telah beliau lakukan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Segala-galanya tidak wujud jika tidak berlaku rampasan kuasa yang telah dirancang oleh Najib sendiri. Apa yang berlaku semalam adalah rentetan dari permainan kotor politik Najib sendiri," tambahnya.

Sementara itu beberapa penganalisis politik menyifatkan kenyataan Najib itu ialah percubaan untuk meletakkan kesalahan di pihak orang lain.

"Yang perlu dihukum ialah Najib sendiri. Sebenarnya beliau telah dihukum di dalam pilihanraya Bukit Gantang dimana rakyat Perak berdiri teguh di belakang Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohd Nizar. Sepatutnya beliau berasa malu dengan tindakan gopoh dan kotornya merampas kuasa dengan sogokan dan penculikan. Walaupun beliau menafikan hal tersebut, siapa yang boleh percaya kata-katanya itu sedangkan beliau yang mengatur sekalian plot ke arah rampasan kuasa itu?" kata seorang pemimpin PR di sini.




6 ulasan:

  1. lu punya pasal la perak jd kucar kacir,ni ibarat berak tepi jalan tp tak nak ngaku taik lu pastu salahkan org lain pulak, lu ni memang hipokrit la mangkuk!!!!

    BalasPadam
  2. babilah PM... jgn marah ek PM! aku geram sebab tu aku kate babi la PM!..

    BalasPadam
  3. owww.. waktu anwar ibrahim nk rampas malaysi xde sape pn nk kecoh.. skg bising2 plak..

    bangang to geng pembangkang..

    BalasPadam
  4. BILA ANWAR RAMPAS M'SIA?YANG TEMAN TAHU ISRAEL RAMPAS PALESTINE..EH BARU LE BETUI SALING X TUMPAH DGN AMENO HARAM JADAH

    BalasPadam
  5. kadang2 tak faham kat msia ni.. raja melayu, pemimpin melayu, polis melayu, mat rempit melayu, artis melayu, penagih dadah melayu, mangsa ragut melayu.. agaknya last2 rakyat melayu 'melayu'(dlm bhs jawa maksudnya lari) & layu di bumi sendiri... kesimpulannya takde makna pun dok laung2kan melayu, tak ke mana pun,yg penting ISLAM ditegakkan, sekaligus tidak akan timbul soal hak..

    BalasPadam
  6. ape susah-susah beb..bubarlah dun Perak biar rakyat tentukan..ok

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.