4 Feb 2009

Perak: Perlu Kembali Kepada Rakyat

Sekarang ini segala-galanya terpulang kepada perkenan Tuanku Sultan Perak.

Namun, jika benar Kerajaan BN dapat dibentuk, ia adalah sebuah kerajaan negeri paling hina dan paling tidak bermaruah yang pernah disaksikan oleh negara semenjak merdeka.

Ia terbentuk bukan dari hasil pemilihan yang bebas oleh rakyat di dalam sebuah negara demokrasi tetapi adalah hasil permainan kotor seorang Timbalan perdana Menteri yang korup bernama Najib dari sebuah parti yang korup juga bernama UMNO.

Kenyataan ADUN Bota yang telah berhijrah ke PKR dan kemudian menyerta semula ke UMNO menimbulkan keraguan kerana beliau kelihatan hanya membaca skrip dan tidak membuat kenyataan secara bebas. Apakah beliau dipaksa dan skrip itu telah disediakan oleh pihak lain untuk beliau membacanya?

Antara lain Nasaruddin menyatakan, beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.

"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.


APA YANG PERLU PAKATAN RAKYAT LAKUKAN?

1) Di dalam keadaan kemelut yang ada kini, Pakatan Rakyat Pusat perlu memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan episod ini dengan lebih teliti.

2) Datuk Seri Anwar sepatutnya mesti dilihat pro-aktif di dalam usaha untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat Perak dan tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab hanya kepada Menteri Besar Perak

3) Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang perlu memendekkan lawatannya ke luarnegara dan kembali ke tanahair segera untuk sama membantu menyelesaikan kemelut ini sebagai Presiden sebuah parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

4) Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat perlu digembelengkan untuk merafak sembah kepada ke bawah duli DYMM Sultan Perak merayu supaya kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk mendapatkan mandat pemerintahan. Sebarang kerajaan yang terbentuk bukan dengan pemilihan rakyat adalah batal dan tidak boleh berkuat-kuasa di dalam sebuah negara yang menjunjung tinggi perlembagaan dan lunas-lunas demokrasi.



Perak: BN Bentuk Kerajaan?

Berjayakah BN membentuk kerajaan perak petang ini? Jawapannya belum lagi sekali-pun akhbar online telah cepat mengumumkan Kerajaan Perak telah tumbang hanya bersandarkan pengumuman Najib!

Dan sekalipun dilaporkan bahawa Barisan Nasional sekarang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri dengan penyertaan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, Changkat Jering dan Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu, namun sebenarnya ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker Hee Yit Foong adalah wakil rakyat bebas sekalipun dikatakan oleh Najib menyokong Barisan Nasional. Begitu rupanya penipuan Najib.

Kedudukan ADUN Bota yang sebelum ini telah mmenyertai PKR masih samar-samar kerana beliau telah diculik untuk hadir sama dengan pertemuan dengan Najib petang ini. Kenyataan yang menafikan kononnya beliau tidak diculik tidak datang dari dirinya sendiri tetapi dari pihak lain.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," kata Najib dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

ADUN Bota jelas dipaksa.

Justeru itu, mana majoriti BN jika kedudukan Hee Yit Foong dan Nasaruddin masih kurang jelas?

Tetapi jika benar tindakan Nasaruddin dan Hee berpaling tadah menyertai Barisan Nasional dan memberi laluan BN untuk merampas kuasa di Perak maka adalah jelas mereka tidak bermaruah dan wajar dikutuk oleh rakyat.

Harapan Pakatan Rakyat kini adalah perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak yang kini dipersembahkan kepada baginda oleh YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Akan dikemaskinikan

Nasaruddin Diculik, DUN Perak Dibubarkan?

Perkembangan terbaru menyatakan bahawa ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru menyertai PKR dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi.

Perkara tersebut dimaklumkan isteri beliau bahawa Nasarudin telah dijemput oleh dua orang yang tidak dikenali di rumah mereka sebentar tadi.

MSTAR melaporkan bahawa Datuk Nasaruddin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN). Walaubagimana pun kesahihan beritanya masih tidak dapat dipastikan kerana tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh datuk Nasaruddin sendiri.

Malaysiakini dan Harahdaily pula mlaporkan Timbalan Speaker Perak, Adun DAP Jelapang Hee Yit Foong telah mengisytiharkan menjadi ahli Bebas.

Di dalam satu perkembangan lain, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada jam 3.50 petang tadi.

Beliau diterima mengadap untuk memohon perkenan Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

YB Khalil Idham Lim melaporkan: "Beliau (YAB DS Nizar) menjelaskan perkara ini berlaku dalam keadaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berpegang atas prinsip-prinsip yang baik namun gangguan dari UMNO yang hendak merompak hak rakyat, oleh itu katanya "saya terpaksa menggunakan kuasa yang diperuntukkan untuk memohon dari Tuanku supaya DUN dibubarkan ".

"Hari ini seramai 29 ADUN telah bersetuju DUN di bubarkan, IsyaAllah kita akan berhadapan dengan PR keseluruhannya. Dengan itu ikatan 3 parti lebih kukuh dan tidak diganggu gugat " katanya dalam kenyataan itu.

"Saya juga nak bagi tahu ini adalah kerja jahat BN, mereka masih terima 2 bekas exco untuk tubuh kerajaan jadi jelas mereka lemah". kata Nizar.

Nizar juga mengesahkan bahawa ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim sebagaimana beliau baru mendapat talipon dari anwar ibrahim bahawa dia telah di ambil oleh ADUN Pengkalan Baru, Dato' Hamdi dan ADUN Lintang,Pakeh Adam dengan alasan Raja Muda menjemput ke Istana, tetapi mereka telah dibawa ke Putrajaya bertemu dengan Najib petang ini.

Perkembangan terbaru ini menjelaskan tentang kotornya permainan politik Najib di dalam usaha untuk merampas Perak dengan cara yang tidak demokratik setelah berjaya memperalatkan SPR dengan tidak mengadakan pilihanraya kecil di DUN Beehrang dan Changkat Jering.

Perkembangan ini juga menunjukkan betapa rendahnya moral BN untuk kembali memerintah Perak tetapi takut untuk menghadapi rakyat di dalam sebarang pilihanraya kecil setalah tewas di dalam Pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

dikemaskinikan sentiasa.

Najib Takut Dibaling Kasut?

Khabarnya Datuk Seri Najib akan mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 4 petang ini dipercayai ada kaitan dengan perkembangan terbaru pergolakan politik di Perak.

Najib menjadi sasaran rakyat Perak yang tidak berpuashati dengan tindak tanduknya kerana dipercayai merupakan dalang sebenar terhadap segala kemelut yang berlaku di Perak kini.

Telah menjadi pengetahuan umum yang tidak mungkin dapat dinafikannya lagi bahawa isu "kehilangan" dua ADUN PKR (ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering) adalah hasil daripada perancangan licik dan kotor Najib untuk membawa mereka masuk ke dalam UMNO/BN.

Sekalipun telah dinafikan oleh salah seorang ADUN berkenaan yang menyatakan bahawa beliau ke Pahang untuk mendapatkan rawatan tradisional kerana sakit tulang belakang namun tidak ada sesiapa pun yang siuman boleh mempercayai alasannya itu kerana yang jelas beliau hanya muncul selepas Speaker mengumumkan perletakan jawatannnya sebagai ADUN.

Sementelah lagi sewaktu beliau di "rumah tukang urut" di Pahang beliau telah boleh menghantar surat penafian perletakan jawatan kepada Pengerusi SPR pada hari berikutnya dan telah juga mampu menghantar surat penafian perletakan jawatan untuk satu sidang media yang kononnynya disampaikan oleh Firdaus Saharuddin yang mendakwa dirinya adalah pegawai khas kepada Jamaluddin Mat Radzi yang sebenarnya adalah seorang kontraktor di Behrang dan merupakan seorang ahli UMNO di Perak.

Mana mungkin Najib tidak terlibat? Sedangkan pada hari-hari kehilangan dua orang ADUN PKR, Datuk Seri Abdullah tiba-tiba membuat kenyataan bahawa ada ahli PKR yang akan menyertai UMNO dan ia sepastinya dimaklumkan oleh Najib kerana waktu itu Abdullah baru pulang dari luar-negara yang tidak menyedari apa-apa yang berlaku di dalam negara!

Kredibiliti Najib kini merudum. Hasil kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center menunjukkan hanya 41 peratus dari rakyat Malaysia yang percaya Najib mampu menjalankan tugasnya sebagai PM nanti berbanding Abdullah yang mendapat 46%. Peratus ini semakin menunjukkan tren yang merudum berbanding 80% diperolehinya pada awal kenaikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004 dahulu.

Najib mempunyai terlalu banyak track record yang buruk. Beliau disyaki terlibat di dalam mempengaruhi hakim untuk "melepaskan" rakan karibnya Abdul Razak Baginda dari kes Altantuya dan kini telah berdepan dengan satu dakwaan oleh Ketua Bhagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda di mana Najib dikatakan telah mencuba untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti. Tawaran RM50juta diperuntukkan bagi tujuan berkenaan.

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) sebelum ini mendesak agar Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantung tugas Najib Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

Isu "kehilangan" beberapa orang penting di dalam sesuatu kes maka Najib menjadi fokus utama kerana rakyat mempercayai bahawa beliau adalah dalangnya yang gemar menggunakan modus operandi sedemikian untuk melakukan "turning over" terhadap mangsa yang hilang.

Beliau yang baru saja menjadi Pemangku Pengeru UMNO Perak telah berusaha untuk membawa ADUN PKR ke dalam UMNO/BN setelah tersentak dengan berita pengumuman Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang berhijrah ke PKR.

Di dalam perkembangan mutakhir di mana tren membaling kasut oleh mereka yang tidak berpuashati terhadap pemimpin apakah nanti tidak ada yang akan melakukan perkara yang sama kepada Najib sekiranya rakyat yang menjadi begitu marah kepadanya di atas segala kucar-kacir yang beliau telah timbulkan ini?


Jika Sultan Murka: Najib dan SPR Dipertanggungjwabkan

Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof akan dipertanggungjawabkan kerana dikatakan telah bertindak keterlaluan dengan melakukan penghinaan kepada Sultan Perak.

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada hari kelmarin telah menghadap be bawah duli Sultan Perak untuk memaklumkan kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dan dilaporkan oleh Perak Daily bahawa baginda telah perkenan supaya pilihanraya kecil diadakan.

Baginda yang pernah menjadi Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982 sehingga 3 Februari 1984 dimana baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah adalah orang yang lebih memahami undang-undang negara ini berbanding Najib dan seluruh jentera SPR sendiri.

Namun keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipercayai telah dipengaruhi oleh anasir luar terutama TPM Datuk Seri Najib yang telah berusaha merampas Perak dengan cara tidak beretika yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang disifatkan sangat mengelirukan dan menghina DYMM Sultan Perak.

YB Khalil Idham Lim, ADUN Titiserong menyatakan "tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak."

"Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perak kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi," tambah beliau.

Pagi ini, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak dipercayai untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru.







Jika Sultan Murka: Najib dan SPR Dipertanggungjwabkan

Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof akan dipertanggungjawabkan kerana dikatakan telah bertindak keterlaluan dengan melakukan penghinaan kepada Sultan Perak.

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada hari kelmarin telah menghadap be bawah duli Sultan Perak untuk memaklumkan kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dan dilaporkan oleh Perak Daily bahawa baginda telah perkenan supaya pilihanraya kecil diadakan.

Baginda yang pernah menjadi Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982 sehingga 3 Februari 1984 dimana baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah adalah orang yang lebih memahami undang-undang negara ini berbanding Najib dan seluruh jentera SPR sendiri.

Namun keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipercayai telah dipengaruhi oleh anasir luar terutama TPM Datuk Seri Najib yang telah berusaha merampas Perak dengan cara tidak beretika yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang disifatkan sangat mengelirukan dan menghina DYMM Sultan Perak.

YB Khalil Idham Lim, ADUN Titiserong menyatakan "tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak."

"Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perak kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi," tambah beliau.

Pagi ini, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak dipercayai untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru.







Sambutan Balingan Kasut Untuk 2 ADUN ?

Harakahdaily melaporkan bahawa ramai penduduk di sekitar Dun Changkat Jering dan Taiping tidak 'sabar' menanti kepulangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd. Osman Jailu yang dilaporkan hilang dan masih tidak muncul di kawasan mereka.

Reaksi awal beberapa penduduk kesal dengan tindakan beliau yang 'hilang' tanpa berita dan tidak lagi menumpukan keraja-kerja kawasan khususnya melibatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitarnya.

Bagi Aktivis PAS yang ditemui di Markas PAS Air Kuning Shahahudin bersedia menerima sesiapa pun calon yang dipilih oleh Pakatan Rakyat kerana baginya yang paling penting memastikan kerajaan negeri Perak kukuh.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS kawasan Taiping Bandar Haji Abdul Halim Aziz berkata, rata-rata penduduk sekitar sudah tidak sabar lagi menanti pilihan raya kecil di adakan di Changkat Jering untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat akan terus memenangi sekali lagi seperti yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

"Momentum semangat 8 Mac, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih kuat dan gelombang itu akan sekali lagi berlaku jika pilihan raya kecil di adakan di Perak. Kita akan buktikan sekali lagi dan lagi," katanya yang merupakan bekas pengetua sekolah menengah.

Wartawan Harakahdaily yang juga dikatakan 'menyamar' sambil 'mencuri' dengar perbincangan beberapa penduduk setempat di warung kedai makan berhampiran untuk mendapat respon balas terhadap Adun mereka itu.

Mengejutkan rata-rata memberi idea lucu dan penuh 'sarkastik' sesuai dengan tindakan Adun tersebut iaitu meraikan kepulangannya dengan balingan kasut!

Ilham itu dipercayai diperolehi daripada insiden Murtadza, wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah George W. Bush yang ketika itu memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Disember lalu.

Di Universiti Cambridge London kelmarin Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah dibaling dengan kasut ketika Jiabao sedang menyampaikan ucapannya.

Lelaki tersebut menghina Jiabao dengan berkata; "Dia adalah diktator. Bagaimanakah anda semua boleh mendengar penipuan yang dikatakannya?"

Rakyat Perak terutama di Behrang dan Changkat Jering dikatakan turut melahirkan rasa kemarahan mereka kepada Datuk Seri Najib yang disifatkan oleh mereka sebagai "dalang" yang telah cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak setelah mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

"Sesuai juga untuk diberikan 'hadiah' balingan kasut berkenaan," seloroh seorang pemuda tetapi begitu marah dengan tindakan TPM berkenaan.


SPR Diheret Ke Mahkamah, 2 ADUN Tak Diiktiraf

Kerajaan Negeri Perak hari ini memutuskan akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam. Demikian tegas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar malam tadi selepas Mesyuarat Tergempar yang di hadiri oleh sesemua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak di kediaman MB Perak bagi membincangkan tindakan selanjut berhubung isu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Turut hadir ialah pemimpin tertinggi parti PAS, DAP dan PKR.

Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka. Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana Jamaluddin dan Mohd Osman telah menulis surat kepada speaker DUN Perak yang menyatakan peletakan jawatan mereka adalah tidak sah.

Namun banyak pihak telah mempersoalkan keputusan SPR itu dan SPR dilihat sebagai telah bertindak melangkaui bidang kuasanya apabila tidak menghormati notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Speaker DUN Perak, Sivakumar. Ini kerana SPR tidak sepatutnya menggunapakai surat orang lain kecuali notis makluman Speaker berkenaan di dalam membuat keputusannya.

Ia dilihat jelas dipengaruhi oleh permainan politik yang diaturkan oleh pihak ketiga dan di dalam konteks ini UMNO sebagai parti kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib yang dilihat oleh rakyat terlibat secara lansung di dalam usaha menculik dan merasuah kedua-dua ADUN berkenaan untuk berpaling tadah menyertai BN.

Tindakan Pengerusi SPR itu telah menyebabkan imej dan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan adil dipersoalkan dan banyak pihak meminta agar Pengerusi SPR tersebut dikenakan tindakan sewajarnya kerana GAGAL untuk bertindak secara profesyenal serta non-partisan di dalam menjalankan tugasnya.

Sebelum itu di dalam sidang media yang sama, Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar malam ini berkata, jawatan exco yang dipegang oleh keduadua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

"Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa keduadua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya," tegasnya lagi.

YAB Datuk Mohd Nizar Jamaluddin juga mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

Sebelumnya, Exco Kanan negeri Perak, Ngeh Koo Ham telah di tanya tentang kata duanya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyemak semula dalam masa 48 jam, keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil Behrang dan Changkat Jering.

Ngeh menegaskan, tindakan mahkamah akan diambil terhadap keputusan SPR itu supaya langkah mengadakan pilihan raya kecil di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering diadakan.

“Saya juga akan memohon kepada mahkamah supaya Pengerusi SPR sekarang ini dibersarakan diatas kegagalannya melaksanakan tugasnya,” jelas Ngeh kepada wartawan.

Rakyat Perak khususnya menyokong penuh Kerajaan Negeri Perak di dalam sebarang tindakannya di dalam usaha mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini cuba dikucar-kacirkan oleh UMNO khususnya Perdana Menteri sendiri yang telah membuat kenyataan terbuka kononnya akan berlakunya penyeberangan ramai ADUN-ADUN PKR ke BN dan TPM yang kini menjadi Pemangku Perhubungan UMNO Perak yang bekerja keras untuk merampas Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan menggunakan taktik kotor dan keaedah yang tidak beretika.