4 Feb 2009

Jika Sultan Murka: Najib dan SPR Dipertanggungjwabkan

Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof akan dipertanggungjawabkan kerana dikatakan telah bertindak keterlaluan dengan melakukan penghinaan kepada Sultan Perak.

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada hari kelmarin telah menghadap be bawah duli Sultan Perak untuk memaklumkan kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dan dilaporkan oleh Perak Daily bahawa baginda telah perkenan supaya pilihanraya kecil diadakan.

Baginda yang pernah menjadi Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982 sehingga 3 Februari 1984 dimana baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah adalah orang yang lebih memahami undang-undang negara ini berbanding Najib dan seluruh jentera SPR sendiri.

Namun keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipercayai telah dipengaruhi oleh anasir luar terutama TPM Datuk Seri Najib yang telah berusaha merampas Perak dengan cara tidak beretika yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang disifatkan sangat mengelirukan dan menghina DYMM Sultan Perak.

YB Khalil Idham Lim, ADUN Titiserong menyatakan "tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak."

"Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perak kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi," tambah beliau.

Pagi ini, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak dipercayai untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.