26 Nov 2009

Apabila Nik Abduh Menempelak Bodoh!

Saya diminta oleh beberapa orang sahabat untuk memberi pandangan tulisan Sdra Nik Abduh Nik Aziz yang tersiar di blognya bertajuk "abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu".

Pada awalnya saya tidak berapa nak layan tulisan-tulisannya sebab saya tahu beliau adalah penyokong kepada idea Kerajaan Perpaduan di satu ketika sebelum ini yang sanggup menentang dan bersikap tidak beradab (biadab) kepada ayahandanya sendiri.

Namun untuk sahabat yang mengharapkan saya cuma akan sentuh beberapa kepincangan yang saya kesani di dalam tulisan anak Tok Guru ini. Kalau nak harapkan lebih dari itu, bersabar dulu, tunggu petunjuk Ilahi melalui ayat manzurahNya. Kebenaran tetap terpapar jua akhirnya. Jangan ragu.

Rencananya yang panjang lebar menggunakan stail bahasa sasterawan tetapi malang dipenuhi dengan penonjolan diri berlebihan - kononnya aku adalah sang penasihat utama dalam isu yang sedang melanda. Jangan tak tahu hal itu!

Tulisnya:

Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?

Kita tidak menamakan diri kita sebagai penasihat sekalipun kita ini memikirkan kita telah mengeluarkan buah-fikiran berupa nasihat. Cukup sekadar kita menyatakan kita mengeluarkan "buah fikiran" kerana yang mengkategorikan kita memberi nasihat ialah si pendengar bukan si pemberi. Ada penyakit di dalam hati jika kita sendiri meletakkan diri kita di tempat yang kita belum tentu layak di situ.

Beliau juga berkata:

Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain.

Anehnya, beliau sendiri tidak mengkritik orang yang dikatakan bersalah di dalam isu ini yang masing-masing maklum beliau membedilkan pelurunya kepada Husam Musa tetapi melakukan di belakang figur terbabit dengan tuduhan yang belum tentu benar:

yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda (kickdfella) ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

Bukankah itu pemaparan watak yang hipokrit, cakapnya lain buatnya lain?

Yang ketiga ialah di akhir tulisannya di mana beliau menempelak jika ada yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan" malah menempelak dengan sesuatu tempelakan yang menepekkan ludah ke mukanya sendiri. Aduh duh duh:

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”

Ia juga mengingatkan saya tentang seorang pemimpin yang disanjung tinggi oleh Nik Abduh yang menggunakan perkataan "celaka" ke atas orang lain yang kemudiannya dirinya ditimpa "kecelakaan" apabila dia dikatakan replika watak Pak Lah di dalam PAS.

Justeru itu berhati-hati memaki dan mengeluarkan kata-kata nista teristimewa untuk orang yang bergelar dari kalangan ugamawan.

14 ulasan:

  1. saya nak cakap dengan saudara Nik Abduh...

    oh SHUT UP!!!!

    Kalau cemburu katakanlah cemburu. tak perlu memfitnah orang & memburukkan lagi keadaan!!!

    Really, do not make the Rakyat punish PAS Kelantan before you going to wake up!!!

    but I think with this kekacauan / fitnah & jatuh-menjatuhkan orang...lebih baik PAS kelantan kalah di PR13 nanti...baru beringat sikit

    BalasPadam
  2. wah nampaknya saya dan saudara greenboc sependapat dlm hal ini. bukan menyokong atau membenci mana2 pihak, tapi lihatlah petikan luahan nik abduh dibawah;

    "...Saya bukanlah orang pertama yang menyokong perlantikan Ariffahmi ke kerusi panas CEO PMBK. Masa itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya dan saya tahu beliau mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat saya".

    "...Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK".

    "...YB Salahuddin Ayub pernah meminta pandangan saya untuk pencalonannya ke jawatan naib presiden PAS. Saya menasihatinya untuk tidak menerimanya. Saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung. Saya tidak tahu perasaannya ketika itu".

    "...Apabila menasihat, saya mesti memberi yang terbaik daripada diri saya".

    "...Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan".

    Hahaha Abduh abduh.. kononla menolak adalah kemuliaan yang disanjung. Yang hang pi terima jawatan ahli majlis MPKB-BRI tu amende???

    BalasPadam
  3. Masih budak2! Begitulah perangainya

    BalasPadam
  4. lihat komen sya dishout box sementera ianya ada.. terlalu sedih saya dgn artikel sebegini.. apakah api akan memadamkan api?

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, masih ada yg terang hati dlm PR, sya setuju atas penulisan tuan hamba.

    bagus, lawan tetap lawan.

    dia ahli majlis pun dah kira ok la tu, kalau berani masuk bertanding bg tau sama nik abduh... jgn jadi buduh sudah..

    huhu

    BalasPadam
  6. Memang api boleh memadamkan api!

    Ular sebenar dari tangan Musa telah menelan semua ular-ular jadian si tukang sihir Firaun laknatulllah.

    Allah yang menukarkan tokongkat Musa a.s. kepada seekor ular, Allah tak tukarkan tongkat Musa kepada seekor katak untuk dimakan oleh ular jadian itu.

    BalasPadam
  7. bila nik abduh cakap bodoh.. greenboc terasa pedas..sebab dlm hal ini greenboc memang bodoh piang.. taksub guna api padam api konon... ambil ayat nik abduh separuh2 dan beri komen macam media umno... ceh
    semua bloger sama je.. takbur merasa diri saja yang betul... bila kena tegur mula bagi jawapan macam ustaz celup... jawapan setengah masak..

    BalasPadam
  8. Abis nak suruh GB cut and paste artikelnya yg panjang bak hikayat 1001 malam yang hanya bermain dengan bunga2 bahasa sedangkan isinya hampeh?

    macam media umno? siapa yang dipelawa oleh Pemuda UMNO masuk UMNO hari tu? GB atau Nik Abduh? Kenapa Nik Abduh dan org2 spt kamu tersipu-sipu malu nak sambut?

    semua blogger sama jer? bila kena tegur bagi jawapan ustaz celup? kenapa tak sebut tukang komen sekali macam kamu yg anonymous? ustaz apa pula gelarannya kamu ni?

    jawapan setengah masak..? komen kamu, masak? separuh masak? atau lansung x masak?

    even idiot like this joined here to expose his own ignorance and stupidity!

    BalasPadam
  9. Kan apa GB, mereka cemburu GB bagi award tuh kat nik abduh jer.. mereka pun nak sama..

    BalasPadam
  10. Nik Abdul ni siapa?????

    Lamyer, Doktor, Majistret?????

    Haa apaaaaaaaaaaaaaaa... Penyanyi!!!!!!

    Hee... sorilah GB buat lawak pulak pagi raya ni...

    BalasPadam
  11. sama ..saya pun setuju 110% dgn greenbox...semalam saya dah post satu artikel yang dituju secara diam kepada nik abduh ni..

    tp ini bukan perkara pelik,sahabat nabi sendiri pun ada anak yang akhirnya membunuh cucu nabi..kalau tak silap sy yazid...iaitu anak kepada muawiyah..maknanya,walaupun si bapa itu mulia(sahabat nabi)si anak tidak tidak semestinya mewarisi sikap bapanya..

    BalasPadam
  12. Nik Abduh... saya harap semua orang mendesak dia janganlah menulis tentang politik terutama tentang kelantan, keluarga dan seumpamanya. Semakin dia tulis dia dedah.. semakin ditulis semakin nampak ketidak-matangannya. Inilah yang paling malang kepada politik Pas di Kelantan. Aduh apalah nasib..bukan membina, tulisannya semakin menampakkan ketidak sempurnaan. Malang sungguh..Nik abduh harus berhati-hati kerana dia anak pemimpin tertinggi pas. Tengok mana ada anak pemimpin lain tulis macam tu sekali, biasanya mereka ada cara yang lebih rasional dalam kehidupan mereka.

    BalasPadam
  13. ketua dia pun 2x5 ..., kalau nik abduh boleh rosakkan imej pas kelantan, ketua dia dah pun menyumbang kepada kerosakan imej pas pusat! future pas leaders, katakan!!!

    wahai pemuda! bangkitlah! isy, apa ke hal ni? semua cam khayal je... hmm dah lali dengan pil "wala'" yang berlebihan... cap 'ug' dikilangkan oleh musnah2 sdn bhd, kt, ganu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.