2 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Peguam Bantah Ahli Keluarga, Rakan Beng Hock Ditemuduga Ahli Psikiatri (Updated)

Peguam mewakili keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo dalam prosiding inkues hari ini, membantah ahli keluarga dan rakan Teoh menjalankan ujian temuduga oleh ahli forensik psikiatri.

Menurutnya, perkara ini tidak releven kerana keterangan yang diberikan kepada ahli psikiatri tidak dapat dipastikan kesahihannya dengan pemikiran Teoh, sebelum beliau ditemui mati.

Gobind berkata,"Kita tidak tahu siapa yang akan menemuduga. Kita juga tidak tahu apa yang mereka katakan. Mereka itu bukan di bawah sumpah,".

Beliau berkata, adalah tidak adil untuk membenarkan ahli psikiatri menemuduga pegawai-pegawai SPRM secara sulit dan selepas itu memberi keterangan di mahkamah.

Katanya, keterangan dan maklumat yang diberikan kepada ahli psikiatri yang akan menilai pemikiran Teoh sebelum kematiannya, tidak boleh diterima.

Sementara itu, Koroner Azmil Muntapa Abas, memberitahu jika ahli psikiatri dipanggil untuk membentangkan laporan mengenai pemikiran Teoh, ia akan menghadkan skop saksi-saksi yang pernah dipanggil memberi keterangan.

Inkues Teoh ditangguhkan pada 14 Oktober sehingga ahli psikiatri terbabit menyerahkan laporan keadaan fikiran Teoh, berdasarkan testimoni pegawai-pegawai SPRM di mahkamah dan laporan temuduga ahli-ahli keluarga Teoh.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salah guna dana peruntukan kerajaan Negeri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.