2 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Larangan Bendera, SPR Dibidas

DAP Negeri Sembilan menempelak tindakan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) melarang parti yang tidak bertanding daripada mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang tempoh berkempen.

Pengerusinya Loke Siew Fook menyifatkan larangan SPR itu sebagai tidak masuk akal dan diluar batas kuasa suruhanjaya berkenaan.

"Larangan meletak bahan kempen dan bendera saya rasa itu adalah sesuatu di luar batasan SPR. Tugas dan tanggungjawab SPR sepatutnya mereka perlu memberikan tumpuan kepada tanggungjawab untuk mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundian dan proses pengiraan undi.

"Itu adalah fungsi dan tugas utama mereka soal kempen biarlah parti-parti politik berkempen secara bebas jangan terlalu banyak kekangan dan halangan," katanya ketika dihubungi TV Antara sebentar tadi.

Menurutnya DAP Negeri Sembilan akan tetap meneruskan kempen untuk memberi sokongan kepada calon Pas bahkan sanggup membayar deposit sekiranya ia menjadi pertikaian SPR.

Katanya SPR kini dilihat seolah-olah gentar dengan kerjasama dan kesepaduan yang ditunjukan parti komponen Pakatan Rakyat.

"Apa yang susah sangat dengan SPR seolah-oleh mereka fobia dengan parti-parti komponan Pakatan Rakyat bersatu. Kalau itu menjadi masalah kita akan membayar deposit RM3000.

"Memang kita akan teruskan kempen kita. Kita akan naikkan bendera Pas, hanya bahan kempen seperti papan tanda dan banner, atas semangat Pakatan Rakyat ada lambang PKR dan DAP," katanya

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam mengumumkan larangan kepada mana-mana parti yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mengibarkan bendera, dan gambar pemimpin sepanjang kempen.

Menurutnya larangan berkenaan dibuat kerana parti-parti berkenaan tidak membayar deposit untuk berkempen.

Wan Ahmad menjadikan juga menjadikan alasan Pakatan Rakyat tidak berdaftar sepertimana Barisan Nasional yang mempunyai 14 parti gabungan dan berdaftar. Maka PKR dan DAP tidak boleh memasang bahan kempen bersama Pas.

Siew Fook berkata walapun Pakatan Rakyat belum didaftarkan namun ia bukan satu kesalahan sekiranya parti-parti komponennya berkempen untuk Pas.

Menurutnya, larangan berkenaan merupakan kekangan yang dicipta SPR untuk membantutkan sistem demokrasi negara.

"Saya rasa itu bukan satu kesalahan dan kenapa perlu diletakakan pelbagai kekangan dan halangan untuk membantutkan sistem demokrasi di negara kita ini.

"Saya rasa tidak patut SPR mengenakan pelbagai sekatan ini. Selagi kempen dilakukan dengan berhemat dan semua perkara berjalan lancar saya tidak nampak mengapa SPR perlu campur tangan dan menghalang parti-parti lain untuk membantu calon pas," katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada SPR akan berlaku adil dalam kempen pada kali ini dengan menguatkuasakan larangan-larangan kepada semua parti bertanding.

Katanya SPR juga perlu memastikan larangan mendirikan pondok panas dan merayu undi dipatuhi Umno-Barisan Nasional.

"Yang menjadi masalah dia kata tidak boleh letak pondok panas. Sama ada peraturan ini dapat dikuatkuasakan pada semua pihak termasuk Barisan Nasional.

"Ada parti lain bukan BArisan Nasional akan berkempen untuk BArisan Nasional seperti Makkal Sakthi dan KIMMA. Kita tidak menentang kerana itu hak mereka. Jadi untuk pihak Pakatan Rakyat kalau PKR dan DAP berkempen untuk calom Pas itu adalah hak kami," katanya. -TVA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.