17 Okt 2009

Era Najib Altantuya : PAS Belum Buat Post-Mortem Bagan Pinang

Bagan Pinang telah mencatatkan sejarah airmata dan kecewa di kalangan mereka yang telah bertungkus-lumus untuk memenangkan PAS di dalam pertandingan satu lawan satu berhadapan dengan calon BN, Mohd Isa Samad yang telah meraihkan kemenangan besar di dalam pilihnraya N31 Bagan Pinang N9 yang diadakan minggu lalu.

Namun setelah sseminggu berlalu, PAS gagal melakukan post-mortem dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hj.Abdul Hadi Awang menjelaskan kepada kita betapa "lembabnya" PAS bekerja sekalipun kenyataan berikut telah dikeluarkan:



Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek 'politik tempatan dan nasional' untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN.

Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.


Presiden PAS dilaporkan berada di Syria. Justeru itu post mortem ditangguhkan.

GB sebelum pernah mengkritik tentang kesukaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang lebih selesa meladeni program-program di luarnegara daripada menumpukn perhatian hal-hal parti di dalam negera yang sepatutnya diberikan prioriti yang lebih tinggi.

Contohnya Presiden PAS juga pernah satu ketika berada di Palestine yang mana sepatutnya beliau menghadiri sidang parlimen yang pada waktu itu kepeluan mendesak Pakatan Rakyat untuk berada di parlimen kerana adanya undi belah bagi untuk menentukan nasib seorang ahli parlimen yang kemudiannya dikalahkan kerana ketidak-cukupan undi di Parlimen sehingga menyebabkan MP Puchoong di gantung dari menghadiri sidang parlimen selama dua tahun.

Persoalan kini, mengapa hal prioriti (fiqh-awlawiyyat) seringkali diabaikan?

Post-mortem ditangguhkan sehingga "pesakit" yang sepatutnya menerima rawatan mendesak telah terabai.

Hal ini amat berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu umat Islam tewas di dalam Perang Uhud di tahun ke 5 Hijrah.

Di dalam Perang uhud, selain memberikan pelajaran berharga bagi ummat Islam ini dengan permasalahan yang menyebabkan kekalahan, juga memberikan semangat juang yang tidak pernah surut walau di timpa kekalahan cukup dahsyat.

Hanya sehari setelah uhud, Rasulullah SAW, memberikan komando pada para sahabat yang pada saat itu belum kering luka yang di derita tetapi belum hilang semangatnya, untuk kembali mengejar pasukan musuh yang sehari sebelumnya telah memporak-porandakan mereka sebelumnya.

Sebuah deskripsi kondisi psikologis yang amat sangat luar biasa yang dimiliki oleh para sahabat pada saat itu. Kekalahan besar di uhud, dilakukan pembedahan segera dan tidak menyurutkan semangat dan keberanian para sahabat untuk mengejar pasukan yang baru mengalahkannya itu.

Di era teknologi digital ini saya menjadi hairan mengapa ianya tidak dimenafaatkan untuk membuat "mesyuarat" atau konference di dalam talian supaya post-mortem itu disegerakan, malah boleh dilakukan sebaik saja keputusan diumumkan.

Campakkan sahaja laptop yang dibimbit sekiranya ia hanya sebagai tempat untuk melayari bahan-bahan pujian dan sorakan.

Analoginya, membiarkan "pesakit" berulat tanpa segera dilakukan pembedahan adalah petanda yang amat malang menimpa PAS dan ianya menjadikan perjuangan mengenakkan kebenaran dan keadilan serta penghapusan kemungkaran dan kezaliman tertunda ke satu detik yang hanya perlu dijawab oleh Tuan Presiden sendiri.

Lewatnya melakukan post-mortem dengan alasan Tuan Presiden mempunayi aturcara di luarnegara hanya akan menjadikan post-mortem itu sesuatu yang sudah basi dan tidak lagi relevan di dalam dunia yang bergerak pantas ketika ini.

Selain dari masalah kelembapan itu, menyangkut juga persoalan porioriti, sewaktu Pakatan Rakyat sibuk-sibuk bersiap untuk menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih selesa untuk berada di program di luarnegara menyebabkan beliau hanya berkempen di saat akhir di Bagan Pinang yang sewaktu itu telah dilaporkan sambutan majlis-majlis PR disambut dingin oleh penduduk Bagan Pinang.

Minggalkan medan perang, sebelum dan selepasnya, terutama oleh para jenderal yang sepatutnya berada di barisan paling depan seperti yang ditunjuki oleh Rasululullah s.,a.w. yang merupakan jenderal perang terhebat, telah menjadikan perjuangan seperti dipermainkan dikhianati oleh mereka yang bergelar pemimpin ini.

Ia merupakan petanda malang bagi jemaah, PR khususnya, yang memberikan isyarat jelas penempahan kegagalan di balik kekakalahan.

Oh, patutlah Allah menangguhkan dan melambatkan penghantaran PR ke Putrajaya. Ia adalah hasil dari kelembapan dan sikap "lemah cangok" pemimpin-pemimpin mereka sendiri!

3 ulasan:

  1. assalamualaaikum... saye ni blogger muda..
    saye ni baru berkecimpung dalam blogger ni..
    umur saye baru 16 tahun...
    kalau boleh, senaraikanlah blog saye dalam senarai pautan blog saudara..
    saye sudah menyenaraikan blog saudara di blog saye..
    saya tidak memaksa. takbirr...

    demokrasi93.blogspot.com

    BalasPadam
  2. HANYA GOLONGAN UG YANG LEMBAB ,
    JANGAN PUKUL RATA YA,
    UG(UMNO GROUP) HANYA AKAN
    BERTINDAK BERDASARKAN ISYARAT DARI
    PWTC.

    BalasPadam
  3. Timbalan presiden buat apa?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.