Timbalan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh, berkata partinya bersedia menerima sebarang keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.
Bagaimana pun katanya, apa sahaja keputusan yang diumumkan oleh SPR hari ini, parti PKR akan menerimanya, namun begitu sekiranya mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah jelas menerangkan Datuk Abu Hassan Sarif melakukan tindakan tidak mengikut peraturan.
“Kalau kita ikutkan undang-undang perlembagaan, perlu ada pilihan raya kecil sebab mana-mana Ahli Dewan sekiranya mereka tidak hadir perli meminta atau memaklumkan kepada Dewan ketidakhadiran mereka.
“Jadi dalam konteks ini, beliau tidak hadir dan langgar tatatertib. Justeru kita andaikan bahawa SPR harus ikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Menyentuh mengenai persediaan PKR sekiranya pilihan raya kecil akan diadakan di DUN terbabit, beliau berkata, partinya sudah pun bersedia untuk melakukan gerak kerja untuk pilihan raya kecil kali ini.
“Kita sudah lama bersedia memandangkan hampir setengah tahun sebanyak lapan kali pilihan raya kecil sebab itu semua jentera parti bersedia,” katanya.
Menurutnya, dalam usaha memastikan jentera parti kuat, partinya telah menambahkan kemahiran agar dapat memantapkan lagi gerak kerja.
“PKR sebenarnya sentiasa bergerak. Kita telah lakukan dua gerak kerja iaitu gerak kerja khusus dan gerak kerja kempen.
“Gerak kerja khusus dilaksanakan secara berterusan bagi memperkukuhkan anggota parti manakala gerak kerja kempen hanya akan berjalan bila adanya pilihan raya,” katanya. -SH

eh.. jgn bagi la pada PKR. calon2 PKR banyak spesis dua alam , spesis katak malaun. dimana2 pun PKR ni memalukan.
BalasPadamSalam,
BalasPadamKenapa kalangan PR minat dan seronok nak berpilihanraya sedangkan masih banyak lagi agenda yang lebih penting dan perlu diberi perhatian terutamanya perkara yang melibatkan keharmonian rakyat.PR seolah-olah dah gila sangat nak berkuasa (MABUK KUASA). Insyallah tuhan akan memberi petunjuk yang benar kepada rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran dan keamanan.