1 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Nasib Siputeh Hari Ini

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan membuat keputusan hari ini sama ada 'memperkenan' atau sebaliknya permintaan Speaker DUN Kedah untuk melucutkan status Adun Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang gagal hadir tanpa izin ke sidang Dun dua kali berturut-turut.

Bagi Pakatan Rakyat pilihanraya kecil ini penting untung meneruskan kesinambungan kemenangan Pasca Pilihanraya Umum dan juga memberi isyarat kepada Umno@BN bahawa Pakatan Rakyat tidak tergugat dengan melompatnya Adun Lunas Mohamad Radzi Salleh sebagai calon 'bebas'.

Bagi Umno@BN pilihanraya kecil ini adalah sesuatu yang ingin dielakkan setelah baru menerima aib ketujuh setelah tewas dengan majoriti besar di Permatang Pasir.Jika pilihanraya kecil diadakan Umno hampir pasti akan berputih mata sekali lagi dengan kebangkitan rakyat yang semakin menolak Umno@BN. Mungkinkah Umno@BN akan boikot pilihanraya kecil Kota Siputeh seperti di Penanti jika diumumkan kosong oleh SPR untuk mengelakkan aib yang seterusnya?

Jika pilihanraya kecil Kota Siputeh tidak diadakan kita tunggu apakah alasan SPR yang akan diguna pakai untuk menidakkan sebarang pilihanraya kecil. Apa yang pasti jika pilihanraya kecil diadakan ada pihak yang bakal berputih mata. Paling tidak pun Adun Kota Siputeh sekarang Datuk Abu Hassan Sarif yang bakal kehilangan taraf Yang Berhormat dan pelbagai elaun yang bukan sedikit akan hilang begitu sahaja. -angkasanuri

1 ulasan:

  1. rasanya 1malaysia dah tahu jawapannya. kita tgk kuasa spr dan kuasa speaker cmne. rasanya tiada pilihanraya kecil disini. 1 sebab spr adalah salah satu parti komponen be end. kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.