8 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Ronnie Liu Dipelawa Ke Kelantan

Kerajaan Pas Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

“Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

“Kalau boleh saya tak mahu campur urusan negeri Selangor itu kerana saya sendiri tidak tahu secara jelas apa punca kejadian itu, selain dari surat khabar dan media,” katanya.

Sementara itu di SHAH ALAM, Ronnie menyambut baik pelawaan Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras.

“Saya difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, Cuma penjualannya perlu mempunyai lesen.

“Kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing,” katanya, semalam.

Mengulas desakan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Ronnie berkata: “Beliau seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan saya sama ada dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah, berbeza pendapat adalah biasa."

2 ulasan:

  1. Kalau betul2 nak tegakkan yg makruf bagus la tapi jgn sbb PRK dah la .Mungkin secara kebetulan isu ini timbul bila dekat pilihan raya kecil

    BalasPadam
  2. sebenarnya penjualan arak memerlukan lesen .masa BN dulupun perlukan lesen kenapa pula sekarang menjadi isu . Sebelum dikeluarkan lesen ,ianya dihebahkan melalui akhbar sekiranya ada bantahan dan rasanya pengeluaran lesen adalah tegas dgn syarat2 tertentu . Keadaan sekarang seolah2 penjualannya sudah tidak terkawal . Kelantan juga menggunakan sistem yg sama . Kenapa dia ni nak pergi belajar pengurusan di Kelantan . Ikut saja kaedah yg telah dibuat olih BN sepertimana Kelantan kerana sistemnya lebih adil untuk semua golongan dan masyarakat . Tidak semua malah mmungkin tidak ada sistem yg digunapakai olih BN tidak tidak Islamik . Buka hati dan buka minda .Walaupuningin mengucapkan terimakasih kepada golongan ini , tidak semestinya menggadaikan semuanya

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.