3 Mei 2009

Sidang DUN 7 Mei Bertujuan Perbaharui Semula Lesen Wakil Rakyat UMNO BN

Tahun 2009 adalah Tahun Melawat Perak. UMNO melalui MB DPulau telah membantu mempromosi Perak ke peringkat antarabangsa. Satu Malaysia telah sedia maklum perihal Perak. Sebagaimana popularnya Monggolia dengan kisah pembunuhan Altantuya, begitulah juga popularnya Perak dengan pembunuhan demokrasi. Kedua-dua ‘pembunuhan’ ini, begitu sinonim dan berani mengaitkan pemimpin Satu Malaysia.

Ketika tarikh 7 Mei 2009 dinanti, pelbagai andaian dan congakan dilemparkan secara maya oleh rakyat marhaen. Sidang DUN pasti berlaku di tempat yang diwartakan. Samada mendapat perkenan istana atau tidak, sidang ini tetap sah sebagaimana Sidang Bawah Pokok yang tidak memerlukan perkenan istana.

Saya tidak memikirkan sangat tentang usul untuk memecat speaker. Saya berpandangan bukan itu yang menjadi keutamaan MB DPulau. Tetapi sekiranya UMNO berjaya menyingkirkan speaker, itu satu bonus setelah empat bulan bermasalah dengan speaker. MB DPulau dijangka membiarkan MB Nizar dan speaker duduk di tempat asal mereka. MB DPulau dan exconya serta tiga lompat bersedia untuk keluar apabila dihalau oleh speaker. MB DPulau akan patuh kepada keputusan speaker.

Satu Malaysia akan menyaksikan melalui bulletin atau berita di televisyen bahawa MB DPulau sedang dihalau keluar oleh speaker. Satu Malaysia akan menjadi saksi betapa baik, sopan dan sabarnya UMNO melayani kerenah speaker. UMNO menaruh keyakinan yang kebencian rakyat akan bertukar kepada simpati. Kemungkinan UMNO akan memprovokasi speaker supaya melayan UMNO secara ‘kurang ajar’.

Saya yakin MB DPulau sedang berusaha untuk mengurangkan suhu kemarahan rakyat. MB DPulau sedang memujuk rakyat terutama rakyat yang masih ‘pening dan bosan’ dengan politik Perak. MB DPulau sedang berusaha mencari jalan supaya kemarahan rakyat bertukar kepada simpati. MB DPulau mungkin berharap agar Sidang Dewan ini akan menyerlahkan emosi tidak terkawal ADUN PR. Oleh itu kepada ADUN PR serta speaker, berhati-hatilah dengan permainan UMNO ini. ADUN UMNO pula akan berlakon menjadi sabar serta alim di dalam dewan.

Saya berpendapat bahawa keutamaan sidang ini adalah untuk menyelamatkan 20 ADUN UMNO dan satu ADUN MCA. MB DPulau bimbang jikalau tetiba sahaja mahkamah mengistiharkan bahawa Sidang Bawah Pokok adalah sah, maka 21 ADUN ini akan tergugur sebagai ADUN kerana telah tidak menghadiri Sidang Dewan dalam tempoh enam bulan. Tujuh lagi ADUN UMNO dalam kedudukan selamat kerana mereka telah digantung daripada menghadiri Sidang Dewan. Kerana itulah MB DPulau beria-ia mahukan Sidang Dewan diadakan sebelum 13 Mei 2009. SUK DUN Perak yang telah digantung jawatannya oleh speaker telah digunakan sepenuhnya oleh MB DPulau. Konon sidang telah mendapat perkenan istana.

Dalam bahasa mudah, MB DPulau sedang membantu 21 ADUN ini memperbaharui lesen mereka untuk tempoh enam bulan lagi. Dalam tempoh ini MB DPulau dengan bantuan Satu Malaysia akan berusaha memujuk kembali rakyat supaya mengundi UMNO. Dan MB DPulau yakin dalam tempoh enam bulan ini, PR akan letih dan hilang fokus untuk meyakinkan rakyat bahawa MB Nizar adalah MB Perak yang sah. Andaikata MB DPulau mengundur diri, MB Nizar akan ditohmah merampas kuasa dengan membelakangkan istana. Derhaka lagi ..

Namun jauh di sudut hati MB DPulau ialah amat mengharapkan agar speaker tidak dapat hadir pada 7 Mei ini. Ketidakhadiran speaker akan memudahkan laluan bonus-bonus tambahan yang amat diperlukan oleh MB DPulau. Difahamkan MB DPulau sedang dan akan menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi serapah 28 ADUN PR.

Insya Allah mereka yang berniat baik akan mendapat perlindungan Allah. Kita sebagai manusia boleh merancang. Allah juga merancang. Namun kita sebagai manusia ciptaan Allah mesti sedar dan yakin bahawa perancangan yang dizinkan oleh Allah sahaja yang akan berjaya. - dangomamamat

1 ulasan:

  1. eek di zaman komputer ni pun orang bijak pandai macam orang umno masih percaya pada bomoh lagi?.kalau tak nak bagi speaker dgn adun pakatan rakyat datang senang aje,komekan ada orang songkok tinggi.kome saund aje kat dema mesti dema tunggu speaker dgn adun pakatan rakyat kat pintu masuk suk tu.komekan dah biasa buat koje macam tu taklah buat koje macam itu pun nak orang ajor kahkahkahkah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.