3 Mei 2009

Bank Idea Rakyat Dah Lama Ada Di Malaysia Wahai Tim Presiden UMNO!

Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan oleh Star Online mencadangkan penubuhan "Bank Idea Rakyat" bagi memberi peluang kepada rakyat setempat menyalurkan idea dan pandangan berhubung pelbagai perkara di kawasan mereka. Dengan itu rakyat boleh menyalurkan pelbagai pendapat tentang isu-isu ekonomi, pendidikan, sosial, hubungan antara kaum dan kebajikan. (illustrasi - sjsandteam)

"Penubuhan bank idea itu bukan bermakna kerajaan sudah bankrap idea kerana kita mempunyai pelbagai idea, tetapi ia adalah untuk memastikan kita mendampingi rakyat dan memberi peluang mereka (rakyat) menyalurkan idea yang berguna," kata Muhyiddin kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, di Kompleks Sukan Pagoh di sini yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

"Bank Idea Rakyat"? Sebenarnya kita tidak perlu susah payah mencipta gimik tentang penubuhan Bank Idea Rakyat kerana bank seumpama itu sudah lama wujud di negara ini. Ia wujud dalam pelbagai blog yang semuanya menggarap pemikiran rakyat merangkumi pelbagai isu semasa. Yang menjadi isunya bukannya tiada pendapat rakyat, tetapi sejauh mana kerajaan akan mendengar suara rakyat.

Rakyat menerusi pelbagai blog pernah menyuarakan pendapat misalnya mengenai isu PPSMI, keberkesanan SPRM dalam mengendalikan kes rasuah, keberkesanan SPR ketika mengendalikan pilihanraya, keadilan dalam perbicaraan mahkamah, polis yang berat sebelah bila melibatkan pertembungan kepentingan BN dan PR dan sebagainya; tetapi sejauh mana kerajaan mendengar keluh kesah rakyat itu?


Jadi Muhyiddin, tak payahlah anda bersusah payah fikir-fikir hendak buat bank baru ketika bank sedia ada yang boleh disoroti dalam blog sudah lama berfungsi. Cuma anda perlu celik IT dan bersedia mendengar suara rakyat. Apa susah sangat kan? -pendikargunungkriang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.