Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila pemimpin pembangkang turun ke padang untuk bertemu rakyat, mereka hanya tahu bercakap dan menabur janji semata-mata.
"Lain halnya dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) apabila mereka turun ke padang untuk bertemu rakyat.
"Kami datang bertemu rakyat untuk memberi peruntukan, bagi rumah dan kemajuan dan tidak pernah kami datang hanya untuk bersalam kosong," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis ramah mesra UMNO Bahagian Baling dan perasmian serentak Mesyuarat Agung UMNO cawangan itu di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.
Menurutnya, jika pembangkang bertemu dengan rakyat dan hanya tahu menabur janji semata-mata, lama kelamaan rakyat akan kembali sedar lalu beralih kepada BN.
"Pembangkang hanya tahu mencipta isu serta bernaung pada isu-isu tersebut. Kita yang membawa kemajuan kepada negara ini dan tidak pernah membuat janji kosong kepada rakyat kerana apabila kita cakap nak bina sekolah, kita akan bina sehingga siap," ujarnya.
Tambah beliau, penyusunan gerak kerja untuk memantapkan UMNO negeri akan segera dilakukan bagi memastikan negeri ini kembali ke tangan BN.
"Yang pasti semua ahli perlu bersatu dan sedia berkhidmat untuk memantapkan parti. Saya mahu semua ahli serta pemimpin UMNO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan dengan ini UMNO akan terus dekat dengan rakyat," jelasnya.
Selain itu Shafie memberitahu, peluang BN untuk kembali memerintah di negeri ini agak cerah kerana tiada ketaksuban kepada pemimpin pembangkang di negeri ini seperti yang berlaku di Kelantan.
"Di Kedah kita mempunyai kelebihan kerana kemajuan yang telah negeri ini kecapi adalah hasil daripada usaha BN. Jika kemajuan ini tidak dikekalkan, sudah tentu rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.
Si bebal ni otak dia ada tang lutut. Kalau X-ray kat lutut tak nampak jugak, cuba hangpa x-ray kat tapak kaki dia. Cakap ikut sedap mulut tapi walaupun dalam hati aku gerenti dia tau cakap dia tu seduit pun tak boleh pakai. Munafik orang macam ni.!!
BalasPadamini ckap orng bodoh ni, apedal ni pikir dia ckp mcm tu sokongan dekat UBN bertambah ke?? lagi orng kutuk lagi adela..jelas terbukti dari mulut apedal sendiri UMNO suka sogok rakyat dengan kebendaan, walhal kerohaiah zero...apedal apedal apa mau jadi dengan hang, wei! apedal cuba hang ckp utara skit aku mau dengar! wakakakakakakaka...
BalasPadam-Anton-
xray kat pale die nampan NAJIS je banyak... xray kat lutut die nampak ayaq kencing je banyak...
BalasPadamIni lah bapa segala rasuah yang baru kat negeri ku kedaaaaaaaaaaah d.a. bangsat ni dari sabah ,orang sana pun tak mahu dia ..mai kedah nak jual ubat sudah lah shafie pedal ayam...gula2 orng kedah pulak....nak bagi umah ,duit ,duit sapa dia nak bagi dok janji tu..gaji dia ker ...sudah ..balik sabah lah lu
BalasPadamHarap kerajaan negeri kedah jangan bagi mukan kat dia, kalau dia hebat sangat kita hantar dia balik sabah...
BalasPadam