"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.
Dengan mukaddimah sedemikian, kita mendapati dua perkara yang jelas, yang pertama wartawan yang bernama Zieman sengaja menimbulkan soalan yang cuba memberikan persepsi negatif terhadap mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Perak, dan yang kedua MAZA yang tidak tahu hujung pangkal menjawab solan provokatif wartawan berkenaan yang menjelaskan kepada kita beliau keliru atau tidak mengetahui bahawa program mogok lapar itu tidak seperti yang beliau fahami.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang menjelaskan apa yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ialah Program Puasa Sunat dan ia dianjurkan oleh PAS Perak yang berkebetulan dengan Program Mogok lapar dimana ia telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga memerlukan pejelasan lebih lanjut.
Menurut beliau apa yang dianjurkan oleh PAS Perak adalah yang dianjurkan dalam ajaran Islam iaitu pada setiap awal bulan kalender Islam kita dianjurkan puasa sunat 3 hari berturut. Berkebetulan semalam adalah tepat 1 Jamadal akhir dan kita berpuasa sehingga Khamis ini.
"Saya juga telah mengarahkan Ketua penerangan PAS Negeri Perak, Ust. Misbah untuk memaklumkan kepada semua kawasan mengenai program ini, dimana kemuncaknya diperingkat negeri kita adakan solat hajat mohon dibubarkan DUN ditempat yang ditentukan kemuadian sementara di peringkat kawasan dibuat di markaz PAS" jelas beliau.
Ust. Ahmad Awang juga menjelaskan di peringkat Negeri akan disediakan juadah berbuka pada setiap hari sehingga Khamis dan beliau mengalu-alukan warga sekitar Ipoh untuk berbuka bersama-sama di Pejabat PAS Ipoh di Medan Istana Ipoh.
Sementara program mogok lapar adalah untuk bukan-Islam dimana mereka tidak makan dan minum di waktu siang hari sementara umat Islam melakukannnya dengan cara berpuasa sepertimana yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya.
Selain itu beliau menafikan mogok lapar yang dianjurkan untuk bukan-Islam itu menyusahkan dan membawa mudarat yang besar kerana mereka yang terlibat masih boleh minum setiap 6 jam dan penganjur juga menyediakan doktor pakar sebagai persedian jika ada kecemasan.
Mogok lapar selama 72 jam dan berpuasa yang bermula semalam, menurut bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, bertujuan menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak (mengundi) dikembalikan kepada rakyat.
Justeru itu kita ingin bertanya kepada MAZA, bab manakah yang mengharamkan umat Islam berpuasa sehingga beliau bertindak sebagai "tuhan" untuk menghukum ianya ditolak oleh Islam?
MAZA ialah WAHABI TOTOK,,,,,,,,,,,,,,,,
BalasPadamPengikut WAHABI BOLEH DI JUAL BELI,,,,,, tak hairan lah Mujahidin Afghan dan juga TALIBAN dan yang KENA ISA di MAlaysia ini semua berfahaman WAHABI,,, mereka mereka ialah AGEN CIA tampa mereka sedari,,!!!
BalasPadamBiasalah puakx tu mana lepa faham semua tukalau bagi rasuah duit halal lah
BalasPadamitulah dia UMNO BEBAL NASIONAL..kebebalannya terkenal diseluruh dunia...kalu PR buat suma tak bleh kalau UMNO suma boleh..rampasan kuasa diperak itulah sebenarnya matlamat menghalalkan cara....satu peringatan UMNO BE END
BalasPadam