Bertempiklah sekelaian hulubalang BN dan media penjilat UMNO/BN mendedahkan sekian-sekian banyak pembaziran yang terpaksa ditanngung jika pilihanraya kecil diadakan.
Kini selepas dilihat Pakatan Rakyat mempunyai sedikit masalah keluarga, dan ada harapan untuk mereka menangguk di air keruh, maka timbul permintaan Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berharap Barisan Nasional (BN) dapat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini bagi menebus maruah parti dan membela nasib rakyat.
Ketuanya Norman Zahalan berkata, tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi itu pada 16 April lepas telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi di kawasan itu.
"Ahli BN dan UMNO harus mempunyai semangat dan maruah perjuang parti yang tinggi untuk membela nasib pengundi di kawasan Penanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Norman, yang juga Ketua Pemuda Bahagian Bayan Baru, berkata apabila UMNO tidak bertanding maka ini akan menunjukkan kemerosotan pengaruh parti itu di kawasan yang ada pilihan raya kecil.
Bagaimanapun, beliau berkata Pemuda UMNO Negeri akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan BN berhubung sama ada mahu meletakkan calon untuk bertanding kerusi DUN Penanti atau sebaliknya.
UMNO Pusat dijangka membuat keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam pilihan raya kecil Penanti selepas mesyuarat Biro Politik parti itu di Putrajaya Isnin ini.
Persoalan kini, akan sanggupkan Najib dan sekalian media pencacai menjilat ludah malah kahak-kahak mereka sebelum ini yang menganggap pilihanraya kecil itu satu pembaziran?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.