Dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Mansor Othman berkata Umno malah akan memilih seorang calon yang berwibawa untuk menyukarkan laluannya.
"Bukan gaya Umno tidak bertanding, bukan budaya parti tersebut. Parti itu akan meletakkan calon walaupun ia mendakwa underdog (tidak mudah menang)," katanya.
"Kita tidak boleh sambil lewa, terbawa-bawa atau tertipu dengan perang psikologi (Umno) ini. Kita mesti bersatu, berkempen bersungguh-sungguh dan menemui semua pengundi bagi memastikan kemenangan."
Ditanya peluang beliau memenangi pilihanraya kecil ini yang bermula 23 Mei ini, Mansor meletakkan "harapannya 60 peratus".
"Bukan kerana (saya) sombong atau terlalu yakin. Ia kerana Penanti berada dalam kawasan Permatang Pauh - kubu (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).
"Beliau mempunyai sokongan kuat di kalangan pengundi Penanti," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.